|
Tempat2 makan HALAL yang best2 kat Singapore?
[Copy link]
|
|
okie kekawan di sini.. kalo u all happen kat Tanjong Katong Complex .. another outlet Munchy Donuts dah ada ..betul2 di sebelah kedai shop & save eh. Info to share w u pple. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2205 SweetCandy's post
Sedap ker..paling best to me is still JCO..kalau holiday gi Indo mesti hari hari beli lol..bila ni JB nak bukak outlet JCO.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DarkBaron at 31-5-2008 05:01 PM
Sedap ker..paling best to me is still JCO..kalau holiday gi Indo mesti hari hari beli lol..bila ni JB nak bukak outlet JCO..
Setuju!! Dah ada dah Jco pat SG ni. Sebelum JCo ni, pat sini ada bukak Donut Factory, ala ala JCo....very nice....queue berejam...tapi sekarang dah banyak sangat donut outlets ni so que dah takde pung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2209 chicsee's post
Chicsee.. kat mana ada outlet JCO in Singapore?.. i yet to try.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2210 SweetCandy's post
Raffles City 6334257
Bugis Junction 68847412 |
|
|
|
|
|
|
|
kalo ke kawasan haig rd kawan2 mesti singgah ke banquet, mesti mau beli kuih putu piring.. yummy
i luve the putu piring @haigrd banquet |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 3 Jun 2008
JUALAN BBQ CHICKEN NAIK DENGAN SIJIL HALAL
Oleh
Suryani Omar
APABILA restoran menjual ayam masakan Korea, BBQ Chicken, mendapat sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi cawangan pertama mereka, penjualan restoran itu melonjak antara 10 peratus dengan 15 peratus.
Cawangan pertama di Cathay Cineleisure di Orchard Road itu dibuka Ogos lalu. Ia mendapat sijil halal sekitar dua bulan selepas itu.
Didorong sambutan yang hangat, BBQ Chicken telah membuka cawangan kedua di tingkat dua E!Hub, Downtown East.
Cawangan tersebut dibuka sekitar sebulan lalu dan berjaya mendapat sijil halal Muis minggu lalu.
BBQ Chicken dimiliki syarikat Genesis BBQ dari Korea, yang dimulakan dalam 1995.
Genesis BBQ membuka ibu pejabat bagi Asia Pasifik, Genesis BBQ (Asia Pasifik) di Singapura tahun lalu untuk mengendalikan perniagaannya di rantau ini.
Modal berbayar bagi Genesis BBQ (Asia Pasifik) adalah sebanyak $6 juta.
'Konsep cawangan kedua ini lebih tertumpu kepada keluarga, lantas kami juga mengenalkan hidangan baru iaitu daging dan ikan, selain ayam,' kata Pengarah Eksekutif Genesis BBQ, Encik Park Ki Chool.
Kesemua hidangan di BBQ Chicken dimasak seratus peratus dengan minyak zaitun extra virgin agar lebih sihat bagi pelanggan.
Secara purata, penjualan bagi satu cawangan BBQ Chicken di sini adalah sekitar $200,000 sebulan.
Pihaknya menetapkan matlamat untuk membuka 50 cawangan BBQ Chicken di Singapura menjelang 2010.
Di Korea sahaja, mereka mempunyai 1,800 cawangan.
Ia juga telah meluaskan sayap ke Malaysia, Vietnam, Australia, Amerika Syarikat, Mexico dan banyak lagi.
Ditanya mengapa BBQ Chicken memilih untuk mendapat sijil halal, Encik Park berkata:
'Apabila kami mula meluaskan perniagaan ke luar negara, kami tahu pasaran Timur Tengah akan turut menjadi sasaran kami.
'Jadi, mendapatkan sijil halal di negara di mana terdapat masyarakat Islam adalah satu langkah semula jadi.'
Tiga bulan lalu, ia telah menandatangani perjanjian bagi francais di Arab Saudi dan akan membuka cawangan di sana tahun ini.
Dalam pada itu, Genesis BBQ memiliki universiti ayam di Korea di mana ia telah menyiapkan resipi bagi 1,000 jenis masakan ayam.
Universiti tersebut melatih kakitangan BBQ Chicken, selain daripada menjalankan kajian dan pembangunan (R&D) bagi menu yang dihidangkan di restoran-restorannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2210 SweetCandy's post
Ada pat Raffles City Shopping Centre basement.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2213 SweetCandy's post
yesssssss... memang yummy...!! tapi tak sanggup nak q...
panjang berjela.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2218 miezarra_27's post
aiseyman.. ni yg tak besh.. q panjang.
insya-allah, i'll try. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah..nak try ni..BBQ chicken..Jco donuts kat S'pore tu halal certified ekk?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by KRUfan at 18-6-2008 06:00 PM
Wah..nak try ni..BBQ chicken..Jco donuts kat S'pore tu halal certified ekk??
tak halal... me dah check last week.. SC gua nya saksi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2220 KRUfan's post
nanti senang V upload gambo dari BBQ chicken ek
last saturday pegi ar.. bes |
|
|
|
|
|
|
|
I've tried the Korean BBQ chicken....ok ok jer la....to me harga a bit steep.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2220 KRUfan's post
I've yet to find a donut shop yg ada cert Halal pat SG..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru balik sg last week....kalau nak nasi briyani....boleh try kat nasi briyani bismillah....dekat perak road (near teaka mall)
murtabak daging try....murtabak zam zam.... dekat arab street.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tempat yg org yang sentiasa lapar...
Seoul Garden.. tahun ni jer dah 5 kali kesana
patut tak boleh pi selalu pasal... mahal dan tak bagus untuk penghadaman
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|