Bukan semua lagu yang diberikan kepada pelajar akan dibawa dengan sempurna. Ada lagu yang diberikan sebagai tugasan mingguan tidak dapat dilaksanakan oleh mereka dengan sempurna. Bukan itu sahaja, bukan semua artis di Malaysia mengenali dan mendengar semua lagu yang ke udara samada lagu lama mahupun baru, dalam ataupun luar negara. Samalah senario yang berlaku kepada pelajar Akademi Fantasia. Ada diantara mereka mengenali lagu tetapi tidak tahu bagaimana mahu menyanyikannya. Oleh itu, ramai artis dibawa masuk kedalam Akademi Fantasia bertujuan membimbing dan memberi semangat kepada pelajar Akademi Fantasia.
Akim atau nama sebenar beliau Afiq Hakim Bin Ahmad dilahirkan di Johor pada 18 Januari 1991. Seorang pelakon, penyanyi dan komposer kelahiran Akademi Fantasia musik ke-7. Bintang Akademi Fantasia musim ke 7 ini mula meningkat naik pada konsert yang ke 9 dengan membawa lagu tugasan "I'm Yours" terus membawanya ke peringkat akhir dan memenangi tempat ke-3 atas undian penonton. Selain itu, penghibur kelahiran Akademi Fantasia ini juga merupakan duta kepada produk Brand's. Namanya terus meningkat naik dan antara bekas pelajar Akademi Fantasia yang masih kukuh di dalam industri hiburan.
Bagi membantu kekeliruan Erul dalam persembahannya pada konsert akan datang, pihak Akademi Fantasia telah menjemput bintang Akademi Fantasia musim ke 7 ini ke dalam Akademi Fantasia. Kehadiran bintang yang makin meningkat naik ini amat mengejutkan Erul yang sewaktu itu sedang berlatih bersama Cikgu Syafi. Selain membantu Erul dalam persembahan dan cara nyanyian pada konsert akan datang, Akim juga sempat beramah mesra bersama "junior" di Akademi Fantasia. Jangan lupa saksikan Diari Akademi Fantasia 9, malam ini, 9 malam, eksklusif di Astro Ria.
salam jumaat warge istane sume....
iouls windu sangat kat kowang sume...rase cam nak pelok sorang2.....
banyak sangat bende dah berlaku n diyana tompang gembire;) dgn kejayaan yg rasenye sgt membuatkan iouls tak lene tido.....hihihih
mane yg iuols sempat buat...iols buat.....
soltan jore mm26 dua kali berturut turut n lagu janji naek bnyk anak tangge kat radio era n skang ni tgh giat sume radio dah pasang lagu janji......halwe telinge sentiase ade d radio mane2....yahooooooooo.....
sori uols epseciall amani sbb tak ley nak rempit sesame....nmpk page blakang2 amani bnyk meroyan sorang...kih3 n amani kim salam akak kat ur baby bro.....huhu
konsert coernetto,soltan nak belakon filem n soltan dtg af9 malam ni...huhu best yer.........
n lagu warkah utk ibu..........mmg perggggggggggggghhhhhhhhhhhhh{:3_84:}
tak de kate yg boley ckp lagu uh sedap sesangat ahhhhh........pandai soltan buat nada yg so touchable......thumb la soltan
lagu MAC pon dah dgr jugak.....blom puas dgr...kene tunggu release full bwu ley komen....
up..dr murai.com
Ramai Artis Di Konsert Lafazkannya Dengan Stail Cornetto
Teks: Syafiqah Jalal
Gambar: Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 12 MEI 2011: Jenama ais krim terkenal, Wall's Cornetto bakal menampilkan lebih kurang 10 selebriti serta penyanyi terkenal tanah air untuk menghangatkan malam Konsert Lafazkannya Dengan Stail Cornetto.
Penganjuran kali kedua konsert Wall's Cornetto yang bakal berlangsung di Jusco Setiawangsa pada 11 Jun 2011 bermula jam 3.00 petang ini akan menampilkan barisan penyanyi seperti Tomok, Awi Rafael, Tilu, Sofaz, Black dan Shahir beserta 2 selebriti yang merupakan duta kepada Walls Cornetto sendiri iaitu Akim dan Stacy.
Pengarah Makanan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Hugo Verkuil berkata, selebriti dan penyanyi yang terlibat itu bukan sahaja bakal menyampaikan beberapa lagu dalam konsert tersebut, malah mereka juga akan sama-sama menghangatkan perasaan cinta mereka menerusi muzik.
"Wall's Cornetto terus memperkenalkan cara baru untuk membolehkan orang ramai memperlihatkan personaliti dan mengekspresik perasaan mereka. Dengan Konsert, Lafazkannya Dengan Stail Cornetto ini, kami ingin menghidupkan semangat Cornetto menerusi pertunjukan muzik secara live yang dikongsi bersamadi kalangan artis terkenal dan peminat aiskrim di seluruh negara.
"Sebagai jenama yang sinonim dengan muzik, cinta dan persahabatan, kami benar-benar teruja untuk menghimpunkan nama-nama besar di persada muzik kita untuk menampilkan sebuah persembahan yang berunsurkan muzik, cinta dan persahabatan. Konsert ini nanti akan menggunakan daya tarikan sejagat muzik untuk menjana persekitaran positif, mencipta dialog dan memupuk silaturahim," kata Hugo kepada murai.com.my.
Sementara itu, Stacy juga turut memberitahu, penonton akan dihidangkan dengan persembahan yang bertenaga, dengan pilihan lagu hits daripada dirinya sendiri serta barisan artis popular lain pada malam itu.
" Biarpun saya terpaksa merahsiakan lagu dan persembahan yang bakal saya lakukan pada malam itu nanti, namun saya percaya setiap persembahan yang telah disusun oleh pihak Wall's Cornetto bakal membuatkan penonton benar-benar terhibur.
"Selain membawa pulang kenangan manis yang sukar dilupakan, peminat Wall's Cornetto juga akan dapat menikmati rentak hebat Jahatnya Cinta daripada saya dan Akim dalam konsert ini nanti ," jelas Stacy ketika ditemui selepas sidang media konsert Lafazkannya Dengan Stail Cornetto yang berlangsung di The Milk, Bangsar, petang kelmarin.
Konsert Lafazkannya Dengan Stail Cornetto akan diadakan di Jusco Setiawangsa pada 11 Jun 2011, jam 3 petang dan akan disertai dengan satu lagi persembahan di Johor Bahru pada 18 Jun 2011. Peminat setia Wall's Cornetto hanya perlu masuk secara percuma untuk menikmati muzik hebat konsert Cornetto Wall's. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, sila log masuk kepada www.facebookcom/iluvcornetto.