|
Originally posted by skgerl at 20-2-2006 04:35 PM
kelako btol baca ni dua posting..lagi2 fairy punya..tak taulah naseb camne kalau dah mmg ditakdirkan takleh pengsan. Tutup mata rapat2 jelaa..nampak benda2 tak patut kita nampak, lagi dasyat..
...haha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Makeupfairy at 20-2-2006 09:07 AM
Ni jin punya kerja lah. Suka ganggu orang.
Jin pun ada 2, jin islam & jin kafir..............selalunya yang bikin kerja nie jin kafir |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SQ154 at 20-2-2006 09:03 PM
Jin pun ada 2, jin islam & jin kafir..............selalunya yang bikin kerja nie jin kafir
ha ah betul....
tapi cam jin2 islam eh, dorang zaman dulu eh, tolong wali2 bina mesjid semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Ribuan penduduk serbu Muzium Pahang lihat makhluk misteri
Oleh Ali Mahmood
PEKAN 23 Feb. - Ribuan penduduk negeri ini menyerbu Muzium Negeri Pahang di sini hari ini bagi melihat makhluk aneh yang ditemui oleh seorang nelayan dua hari lalu dan disimpan di muzium tersebut.
Selain penduduk daerah ini, penemuan luar biasa itu turut mendapat perhatian orang ramai dari Bera, Rompin, Kuantan dan Bentong yang berpusu-pusu mengunjungi muzium itu sejak awal pagi.
Makhluk yang berukuran kira-kira 15 sentimeter tinggi dan sebesar penumbuk orang dewasa itu berada di dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram.
Badan makhluk itu berwarna kehijau-hijauan dengan matanya merah saga, manakala badannya diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih.
Makhluk itu dijumpai di dalam botol berkenaan di Pantai Balak, Kuala Pahang oleh seorang nelayan, Ahmad Affandi Abdul Rahim, 22, dari Kampung Marhum dua hari lalu, yang kemudian menyerahkannya kepada Muzium Negeri Pahang pada malamnya.
Menurut Ahmad Affandi, dia dan beberapa orang rakannya menggoncang botol itu dan mendapati makhluk itu tidak bergerak seolah-olah seperti patung.
``Saya tidak berani membuka penutup botol tersebut kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Katanya, tidak lama kemudian, seorang lelaki mengambil botol tersebut dan membuangnya di kawasan tanah perkuburan berhampiran.
Bagaimanapun keesokannya, Ahmad Affandi mengambil semula botol tersebut dan diserahkan kepada seorang bomoh di kampung tersebut.
Bomoh itu, Ismail Omar, 94, ketika ditemui berkata, dia kemudian membuka botol itu dan mendapati makhluk itu masih hidup selepas dia membaca jampi serapah.
``Saya menghubungi polis Pekan, mereka menasihati saya menghubungi pihak muzium dan saya menyerahkannya kepada kakitangan muzium malam semalam,'' katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Affandi berkata, penemuan botol yang mengandungi makhluk seperti itu bukan pertama kali berlaku.
``Dua tahun lalu beberapa rakan saya turut menemui lima botol yang mengandungi makhluk seperti itu yang dipercayai dibuang oleh orang tertentu kerana khidmat makhluk itu tidak diperlukan lagi atau sebagai cara membuang penyakit,'' katanya.
Sementara itu, orang ramai yang membanjiri pekarangan Muzium Negeri Pahang selepas pukul 12 tengah hari ini hampa kerana mereka tidak berpeluang untuk melihat makhluk tersebut dari dekat apabila pihak muzium bertindak membuang semula botol dan makhluk itu ke laut.
Seorang kakitangan muzium yang enggan disiarkan namanya memberitahu, pihaknya menerima arahan supaya membuang makhluk itu kerana bimbang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Seorang pengunjung dari Bentong, Azman Mohamad yang datang semata-mata untuk melihat makhluk itu berkata, pihak muzium tidak sepatutnya membuangnya kerana ia boleh menjadi tarikan orang ramai ke muzium itu.
``Sepatutnya pihak muzium memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri makhluk itu dari dekat sebelum membuangnya,'' katanya.
aku cari gambar tapi tak jumpa.. tadi kat tv1 ulasan akhbar ada tunjuk... |
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 24-2-2006 10:26 AM
ni gambar...
toyol ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gadis_aries at 24-2-2006 10:38 AM
toyol ke ni?
ntah...
aku tak pernah bela hantu |
|
|
|
|
|
|
|
tapi conpom ni jin jahat..mebbe tuan dia dah taknak dia lagi atau dah mati and takde orang boleh sambung..jadi dorang mintak tolong laa bomoh utk hilangkan jin ni. Eeeee takleh imejin...dok museum sana, tgk jin toyol secara 'live'... |
|
|
|
|
|
|
Makeupfairy This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 24-2-2006 10:26 AM
ni gambar...
Kekadang orang nak buang jin pakai masuk botol abih tu campak kat laut ke sungai. Tak terpikir plaks kalau ada orang terjumpa kalau dibawa arus ke tepi pantai yerk...
Seram gak tengok gambar tu but thanx for posting. Bila dah baca cerita curious plaks nak tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 24-2-2006 10:26 AM
ni gambar...
n rupa dia ye.. eeeee.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seafoamgreen at 24-2-2006 02:16 PM
n rupa dia ye.. eeeee..
ya.. pakai baju kotak kotak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 24-2-2006 10:26 AM
ni gambar...
Toyol...hmmm wallahualam bis sawab...! |
|
|
|
|
|
|
|
:hmm::hmm::hmm: wallah hu alam bis sawab... kalau ni rupa toyol |
|
|
|
|
|
|
|
wow... berani nya budak tu duduk atas kubur .. dia tak takut hantu ke?... |
|
|
|
|
|
|
Makeupfairy This user has been deleted
|
Aries mana you dapat gambar close up tu? Baru nampak terang tapi seram gaks hehe. Takde additional story ker dengan gambar tu? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengok gambar tu aku scroll lelaju..tak berani tengok mata dia lama2...sekali takleh tido lagi niaya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Makeupfairy at 2-3-2006 07:34 PM
Aries mana you dapat gambar close up tu? Baru nampak terang tapi seram gaks hehe. Takde additional story ker dengan gambar tu?
Mekapferry, I dapat gambar close up to kat bod mystery, panaromal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|