|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
Reply #2078 Don Henley's post
MU vs Chelski (penyokong) ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
mcm ahad neh..![](static/image/smiley/default/lol.gif)
[ Last edited by cak! at 6-1-2009 03:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
25 perlawanan berlangsung di semua division petang kelmarin dan secara rasminya musim 4 Liga Cari Xpert11 kini bermula!
Prebiu Match 1 LCX Premier
Isnin jam 4 ptg -05/01/09
5 perlawanan berlangsung bagi pasukan LCX Premier petang kelmarin
Keputusannya:
TRUE BLUE FC 1 - Nasri Kawase FC 2
Pasukan tuan rumah TRUE BLUE FC dikejutkan di Stadium Tak Siap apabila tewas pada perlawana pertama musim di tangan pasukan Nasri Kawase FC 1-2. Pendatang baru dilihat mempunyai peluang seimbang namun kali ini pengalaman 4 musim pasukan pelawat dalam kancah liga ternyata melebihi kudrat dan semangat pasukan tuan rumah. Pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit 3 babak pertama menerusi tandukan Felipe Marazzina sebelum Isaac Cartigny menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat menerusi satu rembatan jauh yang menarik. Namun di babak kedua pada minit 77 sentuhan penyerang pasukan pelawat Th閛dore Celle masih berbisa apabila merembat deras hasil tendangan sudut Alexandre Fenillat bagi memberi 3 mata pertama buat pasukannya musim ini. Hanya satukad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan iaitu buat pemain pasukan tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Brando Allegretti
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Alexandre Fenillat
Khamis nanti pasukan TRUE BLUE FC bakal berkunjung ke Stamford Bridge bagi berdepan dengan pasukan Saro FC manakala pasukan Nasri Kawase FC pula akan menantikunjungan pasukan KBM-unite di HanJiHye Stadion.
Team Kuku Cekam 0 - Saro FC 1
Sebuah lagi pasukan tuan rumah yang tewas di laman sendiri pada petang kelmarin dan kali ini pasukan Team Kuku Cekam terpaksa akur apabila tewas tipis 0-1 di tangan penyandang juara musim lalu iaitu pasukan Saro FC. Taktik pasukan tuan rumah dengan meletakkan 5 pemain pertahanan ternyata berjaya mengekang pemain pasukan pelawat dan melalkukan serangan bertali arus ke pintu gol lawan namun dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol pasukan Saro FC. Ketika perlawanan melewati masa kecederaan, Sheldon McCafferty mengamamkan penyokong tuan rumah apabila melonjak tinggi menanduk masuk hantaran Luis de Souza Deco yang sekaligus memberi 3 mata penuh buat penyandang juara.
Hanya satu kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan dan ianya kepada pemain pasukan tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Brendan Hendricks
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Petr Cech
Khamis nanti pasukan Team Kuku Cekam bakal menanti kunjungan pasukanCFC Koben di Stadium Temoh manakala pasukan Saro FC pula akanmenanti di Stamford Bridge kunjungan pasukan TRUE BLUE FC.
KaCak FC 2 - CFC Koben 1
Pasukan KaCak FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menundukkan pasukan CFC Koben 2-1 di ol trapod kelmarin. Martinho Valim mengamatkan stadium apabila menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada minit 20. bagi pasukan tuan rumah mendahului di babak pertama. Pada minit 68 babak kedua, pasukan tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti namun dipersiakan oleh Oswald Sims. Ternyata pasukan uan rumah lebih bernafsu mencari kemenangan sulung apabila Martinho Valim sekali lagi menewaskan penjaga gol pasukan pelawat bagi pasukan KaCak FC selesa di depan dengan dua gol. Penyerang pasukan CFC Koben Harun Akinci berjaya merapakan kedudukan pada minit 85 namun agak terlewat tatkala penyokong tuan rumah meraikan kemenangan pertama pasukan mereka musim ini.
Dua kad kuning dilayangkan dalam perlawanan tersebut dan keduanya untuk pasukan tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Crist髒鉶 Lagartinho
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Luis De Pedro
Aksi khamis ini, pasukan KaCak FC bakal menanti kunjungan Rocky FC di ol trapod manakala pasukan CFC Koben bakal berkelanan ke Stadium Temoh berdepan dengan Team Kuku Cekam.
Saja Saja F.C 0 - KBM unite 0
Satu-satunya perlawanan di LCX Premier yang berakhir dengan keputusan tiada jaringan dan kedua pasukan berpuashati dengan mengutip 1 mata. Layangan kad kuning ternyata sedikit merencatkan kelancaran perlawanan dimana 3 kad kuning untuk pemain pasukan Saja Saja F.C dan 2 kad kuning untuk pasukan KBM unite.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Jean-Paul Berthou
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Gaetano Galante
Khamis nanti pasukan Saja Saja F.C bakal berkunjung ke Giggsy Lane bagibertemu pasukan korr fc manakala pasukan KBM unite bakal berkelana ke di HanJiHye Stadion bagi berdepan dengan pasukan Nasri Kawase FC.
Rocky FC 4 - korr fc 0
Empat gol tanpa balas sudah cukup untuk mengambarkan perlawanan berat sebelah di Sungai Penchala apabila pasukan Rocky FC melayani kunjungan pasukan korr fc petang kelmarin. Dua gol oleh Wilfred Linton dan dua gol lagi menerusi Jarvis Colkin dan Alexandre Rosado melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah. Agak menghairankan pasukan pelawat hanya tampil dengan seorang pemain simpanan. Tiadasebarang kad dilayangkan oleh pegawai perlawanan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Alastair Breckin
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Alberto Cordob |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2087 neo-painkillerz's post
ingatkan malam jumaat jer berdebar..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
2nd divisi takde ulasan ker?? ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2091 thylord's post
saper jaga div . 2 neh?
Yobmanjoi kot ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
prebiu dbisen 2-ulasan dr yobmanjoi
Preview Match 1 Division 2
Airod FC |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2098 anakomar's post
nyum nyum ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
2009-01-08 Nasri Kawase FC - KBM-unite 2 - 0 (1 - 0)
2009-01-08 Saro FC - TRUE BLUE FC 0 - 0 (0 - 0)
2009-01-08 Korr FC - Saja Saja F.C 0 - 3 (0 - 1)
2009-01-08 KaCak FC - Rocky FC 1 - 2 (1 - 2)
2009-01-08 Team Kuku Cekam - CFC Koben 1 - 0 (1 - 0)
kemenangan pertama.. alhamdulilah..:victory: |
|
|
|
|
|
|
| |
|