REAKSI Drogba selepas tewas kepada Burnley dalam saingan Piala Liga di Stamford Bridge, kelmarin.
LONDON: Penyingkiran memalukan daripada Piala Liga di tangan kelab bahagian satu, Burnley tambah aib buat Chelsea ekoran pengakuan penyerang, Didier Drogba bahawa dia membaling duit syiling ke arah penyokong lawan.
Penyokong Burnley membaling duit syiling ke arah Drogba selepas dia menjaringkan gol untuk Chelsea pada babak pertama aksi pusingan keempat di Stamford Bridge dan pemain Ivory Coast itu bertindak balas dengan mengutip satu daripadanya sebelum membaling ke arah penyokong lawan.
Drogba kemudiannya meminta maaf selepas skuadnya kalah penentuan penalti 4-5 selepas seri 1-1 sebaik tamat masa tambahan, tetapi dia pasti berdepan hukuman ekoran siasatan Persatuan Bola Sepak England (FA).
NEXT GAME PLISSSS
lupakan miki kap... tak femes pun. kalo tanya masyarakat uganda kompem diorang tak kenal piala cikai neh buat semak kabinet je kalu menang lagi