CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 8-2-2011 09:05 AM | Show all posts
assalamualaikum...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 10:46 AM | Show all posts
kak smiley..
rasanya2 cite ni pjg lagi ke?
xsabar tggu diorg kahwin..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 02:21 PM | Show all posts
x ada n3 lagi ke........
apa jadi pada dahlia seterusnya......
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 02:22 PM | Show all posts
x ada n3 lagi ke........
apa jadi pada dahlia seterusnya......
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 04:19 PM | Show all posts
takde n3 lagi....sedihnyaaa....tak sabar nak g wedding dahlia...dan nak tahu juga mcm mana nasib farid...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 04:29 PM | Show all posts
nanti bila dia org dah nak nikah korang chop kat akk blings ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 05:41 PM | Show all posts
Alhamdulillah dpt balik M'sia dgn selamatnya.
dan
Smiley jgn lupa sambungannya.......
xsabo nak tolong "rewang" kenduri dia org.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 11:49 PM | Show all posts
Alhamdulillah Smiley selamat...

Dengar cerita daripada kawan-kawan
ramai yang pergi ke sana terpaksa memendekkan percutian,
ada kawan itu beritahu..
ada orang yang terpaksa beratur sekali lagi (w/p dah sampai kat boarding
nak naik pesawat)
dan membeli tiket baru kerana
pelbagai ragam petugas di airport
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2011 12:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 9-2-2011 12:22

“ Aku terima nikahnya Dahlia binti  Zulkifly dengan maskahwin seratus ringgit tunai” Suara pengantin lelaki jelas kedengaran. Tenang dan bersahaja, tiada kegugupan dalam nadanya.

Tok Kadi memandang pada kedua saksi yang terus mengangguk.

“ Sah!” Umumnya, disusuli dengan doa

Senyuman lega menguntum di bibir Dahlia. Dia sudah bergelar isteri. Tak lama kemudian rombongan lelaki masuk ke bilik. Dahlia tunduk penuh sopan. Cincin berlian di sarung ke jari manisnya. Dia mencium tangan si suami sebelum mengangkat muka. Mata mereka bertaut. FARID?!!! ARGHHHHH!!!! TIDAAKKKK!!!! Lelaki itu di tolak dengan kasar. GEDEBUM!

Sebaik bantal peluknya terjatuh, Dahlia terjaga. Peluh sejuk merenik di tubuh. Ritma jantungnya berlari pantas. Ya Allah! Mimpi buruk lagi. Sudah beberapa malam dia mengalami igauan yang tak masuk akal. Pernah sekali dia bermimpi bernikah di Thailand dengan semua watak bercakap Siam. Kelmarin dia bermimpi berkahwin dengan Amir tapi Tok Kadinya Farid. Bila Tok Kadi kata tak sah, mereka bertumbuk. Dahlia meraup muka. Aku ni dah kena sampuk penyakit Labu Labi ke? Asyik mimpi yang pelik pelik. Doktor di hospital Kuala Kangsar mengatakan yang mimpi nya akibat trauma. Pelik! Kalau trauma kenapa mimpi aku semuanya pasal kahwin, bukan pula mimpi berkaitan dengan penculikan? Adakah aku takut nak kahwin lebih dari kena culik? Hissyyy… tak boleh layan mainan tidur ni. Syaitan suka ganggu anak Adam yang ingin mendirikan masjid dalam jaga mahupun tidur.

Jam di sebelah katil menunjukkan pukul 3.30 pagi. Dahlia terus bangun dan mengambil wuduk. Dari aku mengelamun dan menganalisa situasi lebih baik aku sembahyang dan berserah pada Allah yang Maha Mengetahui.Solat tahajjud di sempurnakankan sebelum dia ke dapur untuk membasah tekaknya yang terasa kering.  Sebaik membuka pintu dia terdengar suara perempuan berbual dengan Babah. Langkahnya terhenti. Apahal Babah bawa perempuan balik tengah malam buta? Hj Zul dah melampau!!!

“ Babah!” herdiknya. Dua kepala menoleh ke arahnya, membuat Dahlia tergamam. Sesaat kemudian dia menjerit.

“ Kakak! Bila kakak balik? Sampai hati tak cakap kat orang!”  Tubuh Darina di peluk erat. Airmata mengalir di pipi kedua adik beradik. Sudah  dua tahun mereka tidak bersua.

“Bila dengar saja yang Lia nak kahwin, kakak dah book tiket. Abang Sani tak dapat balik sebab dia sibuk dengan tesis dan kerja part time tapi kakak tak kisah. Mana boleh miss perkahwinan Lia. Kak saja nak buat surprise. Tak sangka Lia yang buat kakak lagi surprise. Ingatkan Lia nak kahwin dengan Farid, rupanya orang lain. Ada ada jerlah kau ni” Darina mencubit pipi adiknya. Dahlia duduk di sofa di apit oleh Hj Zul dan Darina. Senyumannya lebar dari telinga ke telinga. Best betul! Kalau Danial pun  balik, alangkah seronok!

“Eeee… janganlah sebut nama tu. Lia fobia tau. Kalau Kakak dengar cerita mesti kakak nak termuntah. Bila senang nanti Lia cerita dari A toZ pasal kisah Farid Buncit yang dah tak buncit tapi tetap bongok.”

“ Dah pukul 4 pagi. Pergi tidur dulu. Darina pun penat, baru sampai dari KLIA. Lia tu kenapa tak tidur? ” Hj Zul mencelah.

“ Lia mimpi buruk lagi. Kali ni Lia kahwin dengan Farid. Very scary the mary lah Bah”

Darina tergelak kecil.  Lia , adik aku yang nakal ini dah nak kahwin. Tadi Babah sempat bercerita ringkas tentang bakal adik iparnya.  Bukan calang calang orang yang dapat pikat Dahlia.

“ Mainan syaitan saja tu. Insyaallah semua nya okay.” Hj Zul menepuk tangan Dahlia.

“ Betul tu Lia. Pre wedding jitters biasa buat emosi kita kucar kacir. Sebab itu terbawa dalam mimpi” tambah Darina. Seketika kemudian dia meregang tubuh dan menguap. “ Kakak dah penat. Mata ni dah tak boleh buka. Kita sambung cerita besok.”

“ Goodnite Kakak…eh silap, sekarang dah good morning.” Lia mencium pipi gebu Darina. Tubuh Darina sudah berisi. Aku akan dapat anak saudara kah? Takpe , besok aku boleh sambung interview Kakak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 12:20 PM | Show all posts
“ Lia pergilah masuk tidur. Nanti mata bergelung macam panda. Besok mak andam dah nak datang. Kamu kena berinai. ”

Dahlia memuncungkan mulut. Babah dan Puan Sri Sabihah sama naik. Kononnya nak buat majlis kecil tapi dah siap pasang dua khemah besar depan rumah.   Makanan untuk kenduri “ kecil” nanti di sediakan oleh caterer kegemaran Puan Sri dari Pulau Pinang.  Hiasan bilik pengantin pun cukup hebat dan bercitarasa tinggi. Semuanya di pilih dan di sponsor oleh Puan Sri Sabihah. Dia dan Babah cuma jadi pemerhati. Lagipun dia terlalu penat untuk menegah. Bagi aku mungkin semuanya mahal tapi tidak bagi keluarga Amir.  Cuma satu permintaan Dahlia, hantarannya nanti janganlah tinggi sangat. Biarlah bersesuaian dengan pendapatan seorang guru sekolah. Dia tak mahu jadi buah mulut orang kampung. Cerita putus tunang pun belum reda lagi. Hidup aku sudah cukup sensasi.

“ Cuma sehari saja lagi Lia dah nak kahwin. Babah tak sunyi ke kalau Lia pindah ke KL nanti?”

“ Tak adalah. Tak lama lagi Babah nak mula kelas tuisyen di rumah ni. Sibuklah nanti budak budak keluar masuk. Kedai buku pun Babah kena tengokkan. Tak ada masa Babah nak rasa sunyi pun”

“ Babah, Lia rasa cuak lah” Dahlia menggaru hidungnya

“ Cuak? Kenapa? Kamu masih risau pasal Farid?” Nada Hj Zul gusar. Pada mata kasar, anak aku ni nampak kuat semangat walaupun di landa berbagai dugaan dan musibah. Farid belum berjaya di berkas. Entah di mana dia berada sekarang. Mungkin setelah pelan nya tidak berhasil , dia terus menyembunyikan diri di Thailand kerana bimbang dia akan di tangkap kalau kembali ke sini. Sulaiman dan Zurina juga tidak tahu keberadaannya. Melihat betapa tertekannya ibubapa Farid, Dahlia memilih untuk merahsiakan kisah penculikannya. Tidak ramai yang tahu, cuma keluarga terdekat Hj Zul dan Puan Sri Sabihah.

“ Bukan. Lia takut tak dapat sesuaikan diri dengan cara hidup keluarga Amir.”

“ Hissy! Apa yang beza sangat? Dia orang pun makan nasi juga, sama macam kita. Mandi pakai air, tidur pakai tilam. Semua sama saja. Puan Sri tu bukan alien”

“ Alaa… Babah ni nak buat lawak pula. You know what I mean”

Hj Zul mengeluh. “Lia kena pandai bawa diri. Jangan suka  cari pasal. Lagi satu, buang perangai  degil dan keras kepala.  Lia kena patuh pada suami. Amir yang Babah kenal seorang lelaki yang baik dan sabar. Dia sayang Lia dan begitu juga Puan Sri. Mula mula mungkin susah tapi Lia kena ingat tanggungjawab seorang isteri. ”

“ Lia takut boring kalau duduk di rumah. Lebih lagi kalau Amir sibuk. Apa Lia nak buat nanti? Takkan nak buat kek hari hari. Lia ingat nak cari kerja.” Aku bukan socialite atau “ tai tai” yang saban hari ke spa untuk urut badan,  buat manicure pedicure , keluar masuk butik sambil menenyeh kad kredit, menari poco poco atau tarian Latin. Itu bukan cara hidup aku. Lagipun semua kawan aku di KL bekerja. Aku tak ada geng. Datin Elly sah sah tak suka aku. Dia anggap aku tak layak untuk jadi ahli keluarga elit Puan Sri Sabihah. Kalau aku kena tinggal serumah dan mengadap muka botox itu dari pagi sampai malam mesti aku kena migraine.

“ Babah pun suka kalau Lia kerja. Lia muda lagi. Apa kata Amir?” Hj Zul tak mahu di anggap menumpang kesenangan menantu. Walaupun aku akan berbesan dengan seorang berpangkat Puan Sri bukan bermakna aku terus jadi lupa diri.

Kerutan di dahi Dahlia makin dalam.  Amir lebih suka kalau dia jadi surirumah sepenuh masa. Dia tak dapat menolak hakikat yang duit Amir lebih dari cukup untuk menyara hidupnya. Tapi macam mana kaya pun Amir, aku masih ingin berdikari. Aku ingin mencari nafkah sendiri.  Kalau terjadi apa apa nanti,  sekurang kurangnya aku ada kerja tetap. Dugaan pasti banyak untuk wanita yang bersuamikan lelaki kaya. Yang muka pecah rumah pun laku, ini pula Amir yang sedap mata memandang.

“ Bincanglah baik baik dengan Amir. Restu suami itu penting.” Nasihat Hj Zul.

Dahlia mengangguk lalu menguap.

“ Ha.. masuk bilik cepat. Nanti tertidur di sofa. Apa kata orang yang datang besok kalau pengantin terbongkang tengah rumah” desak Hj Zul.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 12:22 PM | Show all posts
thanks smiley......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 12:24 PM | Show all posts
Reply 2091# zafran_iman
welkam
sepatutnya smiley bagi derang kahwin tp wedding planner tak sampai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 12:26 PM | Show all posts
tq kak juna sebab sambung...........best-best Farid nak buat angkara lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2011 12:29 PM | Show all posts
Reply 2051# Agnostic_boi

salam perkenalan
terimakasih sbb sudi layan cerita ni
   
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 12:35 PM | Show all posts
ingatkan td mula2 terima nikah tu depa dah kawin dah....
mimpi rupanya.....
anyway tq kak juna.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 01:06 PM | Show all posts
thanks smiley,
dahlia dh nk jd pengantin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2011 02:25 PM | Show all posts
best....best.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 02:36 PM | Show all posts
kak smiley....!!! nak lagi!!!!!!!!!!!!! x cukup niii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 02:40 PM | Show all posts
x sabar nak baca kisah kawin dahlia n Amir,jgn FB dtg buat onar lg dahlah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2011 03:21 PM | Show all posts
"ernah sekali dia bermimpi bernikah di Thailand dengan semua watak bercakap Siam. Kelmarin dia bermimpi berkahwin dengan Amir tapi Tok Kadinya Farid. Bila Tok Kadi kata tak sah, mereka bertumbuk"

adushhh smiley aku gelak sorang2 baca bab niii...... ada keee tok kadi faridd

hahahaha sakit perut aku niii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.122009 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list