CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: awex^returns

۩ Thread Borak Warga Bod Mawi 3.0 ۩

 Close [Copy link]
Post time 10-1-2008 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 10-1-2008 12:29 PM
ooo...kat sek bape?
niy dok mane sekarang?


yg nak dijual kat bkt jelutong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by kak_yang at 10-1-2008 12:32 PM
niy...kenapa x sewakan kat student?
masa kak yang dulu sewa umah jer 140 seorang...
dok ler kat dlm tu 12 orang....
dan2 jer owner tu dapat 1680 sebulan....



dah pernah sewakan kat student..rumah yg saya duduk skrang ni...
rosak binasa
Sewa ni nasib nasib.. dpt ok alhamdulillah.. dpt yg ko.. huishh
Saya pernah kena spend a lot nak baiki rumah yg disewa.. baiki ye bukan renovate   
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 12:43 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 10-1-2008 12:10 PM


Nak tergelak bila tengok presiden Paejah FC tu, dah la dia pun panggil Faizal = Paejah

Pastu mula2 tunjuk posting macam bagus, baik... lepas tu terkeluar jugak sifat sebenar

Fai ...


haha.. yg ni mmg perasan ya amat
secara tak langsung mengiktiraf gelaran paejah tu
mula2 tu nampak berhemah je... pastu dah kemudian cam meroyan pun ada gak
<kira2nya yg memula tu fake je la ekk>
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 12:49 PM | Show all posts

Balas #2097 niy\ catat

betul jugak niy...
alhamdulillah ler kitorang dulu baik2 semuanya...
ceh...ceh...ceh....(masuk bakul angkat sendiri)
mmg x pernah nak susahkan tuan rumah...
tp x tau ler sekarang cam ner....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 12:53 PM | Show all posts
nak buat keje jap la....
kang sambung balik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #2089 niy's post

mad fadzil n doctor tue org yg sama......... itu jer bleh dickp...... diorang boleh jer pi mfc tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2008 01:07 PM | Show all posts

Balas #2101 dino\ catat

dino mad fadzil bukan mad fazill
yg suka kata bukan bukan tu mad fazill
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 01:13 PM | Show all posts

Reply #2102 niy's post

sori ye la.... satu l..... byk beza.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2008 01:25 PM | Show all posts
Originally posted by dino at 10-1-2008 01:13 PM
sori ye la.... satu l..... byk beza.....


bukan sebab satu l atau dua l
tapi sebab ada d dengan tak ada d

tak perasan ke?

yg ada d .. mad fadzil tu yg memperkenalkan tempoyakmanis adalah AP ke 7 kepada kita
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 03:43 PM | Show all posts
salam maal hijrah kepada semua warga bod mawi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2008 08:24 PM | Show all posts
Aziz dedah penyelewengan dalam Karyawan
10-01-2008 01:55:22 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN dan SITI AZIRA ABD.AZIZ  
KERA di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Itulah ungkapan yang sesuai terhadap permasalahan yang selama ini membelenggu ahli-ahli karyawan selama ini.

Sejak setahun yang lalu, pergolakan dalaman yang berlaku dalam Karyawan hanya dipendam oleh kebanyakan ahli. Namun apabila sesorang demi seorang ahli meninggalkan Karyawan sudah pasti ada yang tidak kena dengan persatuan tersebut.

Paling mengejutkan apabila Seniman Negara, Datuk Aziz Sattar, mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya pada 2 Januari lalu.


Pak Aziz nekad letak jawatan sebagai AJK dari Karyawan (Foto The Star oleh Sia Hong Kiau)

Menurutnya, sebelum ini dia hanya mendengar sahaja tanpa bukti namun setelah melihat dan mengetahui kebenarannya barulah tindakan tersebut diambil.

"Saya masih sayangkan Karyawan tapi  saya kecewa bila orang menghina saya", itulah antara luahan hati Dato' Aziz Sattar pada sidang media perletakkan jawatannya secara rasmi di rumahnya semalam.

"Karyawan banyak membantu artis veteran, skim pencen dan rumah yang saya tinggal sekarang ini, semua usaha Karyawan.

"Niat saya hanya ingin menegur berkaitan cara pengendalian dalam beberapa projek Karyawan dan pengagihan dana yang diakukan, malangnya ia tidak diendahkan.

"Kenapa bila saya menegur benda yang benar, saya dihina. "Orang tua tak sedar diri...." dan beberapa perkataan yang tidak elok lain dilemparkan kepada saya oleh Ketua Biro DJ, Azmi Mohd Nor yang turut merangkap Pengurus Projek Karyawan.

"Bukan itu sahaja dia turut berani memberi gelaran "Bangla" kepada pelakon dan Timbalan Pengerusi Radhi Khalid serta beberapa staf Karyawan yang lain.

"Saya rasa ia sangat keterlaluan dan melampau. Saya terasa hati, saya orang tua yang punya perasaan dan harga diri, tak perlu menghina sampai begitu sekali.

"Jadi, saya rasa lebih baik saya keluar dari Karyawan jika Presiden tidak mahu mendengar pendapat dan sering membuat keputusan yang membelakangkan ahli-ahli dan ahli jawatankuasa Karyawan yang lain," luah Aziz.

Kata Aziz, Azmi sepatutnya sudah dipecat dari Karyawan sejak 31 Disember lepas namun dia masih 'keluar masuk' tanpa segan di pejabat Karyawan serta turut menghadiri mesyuarat baru-baru ini.

Apabila disoal tentang penglibatannya, Presiden Karyawan, Freddie Fernandez mengatakan khidmat Azmi masih diperlukan untuk menyelesaikan dua projek yang masih tertangguh.


Pak Aziz dan ahli Karyawan yang lain minta AGM dipercepatkan

Sidang media tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang ahli jawatankuasa dan ahli Karyawan yang tampil untuk memberitahu pergolakan sebenar yang terjadi dalam Karyawan.

Antara ahli yang hadir adalah Nash Lefthanded, Betty Banafe, Zaibo, Chef Yang Jamil dan A.Wahid Nasir.

Dalam pada itu, salah seorang ahli jawatankuasa Karyawan Chef Yang Jamil mengatakan Freddie telah melantik Azmi sebagai Biro DJ merangkap Pengurus Projek Karyawan tanpa persetujuan ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Karyawan.

Selain itu, tugas Azmi sebagai pengurus projek juga agak mengelirukan dan fungsinya tidak jelas.

"Sebagai contoh, Azmi tidak pernah menjalankan tugasnya sebagai Pengurus Projek sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada orang bawahannya.

"aling teruk apabila artis-artis veteran terpaksa diheret untuk pergi berbincang dan mendapatkan projek dengan pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian Warisan Malaysia (KEKWA), bukannya dia," kata Jamil.

Banyak perkara lain yang dibangkitkan dalam sidang media tersebut. Antaranya adalah apabila Freddie membuat keputusan untuk membayar Azmi  wang gaji sebagai pengurus projek dan dia memperoleh 30 peratus daripada setiap projek yang dijalankan.

Di samping itu juga, Karyawan bukanlah sebuah persatuan yang berorientasikan keuntungan semata-mata. Malah ia ditubuhkan untuk menjaga dan membela nasib ahli Karyawan.


"Saya tak tahan dihina dan melihat penyelewengan yang berlaku dalam Karyawan"

Sedangkan persetujuan yang dicapai juga bukan dari pihak majoriti ahli jawatankuasa kerana ramai yang tidak hadir semasa keputusan tersebut dibuat. Bagi ahli jawatankuasa, bayaran tersebut tidak setimpal dengan kerja yang dilaksanakannya.

Antara penyelewengan yang dilakukan oleh Azmi adalah, kutipan yuran penyertaan Futsal Sahabat Karyawan sebanyak RM 22,720 telah berjaya dikutip. Setelah ditolak dengan perbelanjaan ia hanya berbaki RM1495.41 dan baki tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Biro DJ.

Selain itu juga, Azmi dikatakan bertindak dengan sewenang-wenangnya melantik seorang bendahari untuk bironya sedangkan selama ini semua urusan keluar masuk duit perlu dilakukan oleh bendahari yang dilantik oleh Karyawan.

Paling menggusarkan adalah apabila dia turut mengeluarkan surat-surat rasmi Karyawan untuk meminta sumbangan penajaan tanpa memaklumkan kepada Exco terlebih dahulu.

Sedangkan Freddie sebagai presiden dan Nash sebagai timbalannya ketika itu  telah bersetuju bahawa setiap surat yang dikeluarkan perlu dimaklumkan serta mendapat tandatangan asli prisiden dan bukannya menggunakan cetakan komputer.

Turut sama menyuarakan rasa tidak puas hati adalah Betty yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Karyawan. Menurutnya, Karyawan perlu menghulurkan bantuan kepada ahlinya, seperti Yusni Jaafar yang baru sahaja menjalani pembedahan di perut baru-baru ini.

"Ibu Yusni yang perlu dibela terlebih dahulu bukan nasib orang luar seperti Azmi," kata Betty.




Hasil daripada perbincangan, mereka sebulat suara bersetuju mempercepatkan tarikh mesyuarat tahunan (AGM) Karyawan bagi memilih ahli jawatankuasa baru.

Apa yang difahamkan, AGM yang sepatutnya dilaksanakan setiap dua tahun sekali telah dilanjutkan ke tiga tahun tanpa pengetahuan ahli Karyawan sendiri.

Mereka turut menyatakan hasrat untuk memilih presiden Karyawan yang baru.

"Jika Freddie enggan meletakkan jawatannya dan masih mempertahankan salah laku Azmi, kemungkinan kami terpaksa meminta Badan Pencegah Rasuah untuk masuk campur dalam hal kewangan Karyawan," jelas Chef Yang Jamil dan dipersetujui oleh semua bekas AJK Karyawan yang hadir.

Majlis sidang media itu juga turut menyaksikan perletakan jawatan Betty Banafe, A.Wahid Nasir, Chef Yang Jamil dan Ibu Yusni Jaafar.

"Saya cukup kecewa hanya kerana satu orang, Freddie sanggup kehilangan ramai AJK yang telah banyak berbakti kepada Persatuan. Sikap ini secara tidak langsung membuat kita terpaksa 'berburuk sangka' kepada Freddie. Apakah kepentingan Azmi kepada Freddie," tanya Betty lagi.

Ibu Yusni ketika ditanya pendapatnya turut bersetuju dengan keputusan semua bekas AJK.

"Sudah tidak ada kemesraan lagi dalam Karyawan. Sekarang ni semua hambar dan suram. Kita dah tak seronok lagi berada dalam Karyawan sekarang. Kiblat semua dah lain...," kata ibu Yusni yang jelas kecewa dengan perkembangan terbaru Karyawan.

Difahamkan sehingga majlis tamat petang semalam, bekas kakitangan Karyawan yang dituduh melakukan penyelewengan duit iaitu Eliza Mustafa telah membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

"Saya perlu bersihkan nama saya kerana saya dituduh sedangkan orang yang sebenarnya membuat onar lepas dan mendapat perlindungan dari Presiden Freddie Fernandez," kata Eliza lagi yang ditemani oleh dua orang bekas kakitangan Karyawan untuk membuat laporan polis tersebut.

Namun yang jelas, bahang dan pergolakan yang berlaku di dalam Karyawan bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Bak kata Aziz Sattar sepatah..."Berani kerana benar. Jangan lain bengkak, lain yang bernanah.

Seniman lagenda yang telah banyak menabur budi pada Karyawan itu turut memberi kata dua pada Freddie..."Letak jawatan secara baik atau kami terpaksa buat undi tak percaya

-------------------------------------------------------------------

ni diorang hentam freddie ni...... ada kesan jangka panjang kat mawi tak?   sebab nampak mawi involve bab2 persatuan ni sebab freddie rasanya... kalau tidak mawi takkan join nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 07:35 AM | Show all posts
salam ceria di hari jumaat
n
assalamualaikum semua
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 07:38 AM | Show all posts
fuhhhhh... apa yg dibuat dek freddie nih?
Dah berapa lama dia menerajui karyawan?



Originally posted by mendonan at 10-1-2008 08:24 PM
ni diorang hentam freddie ni...... ada kesan jangka panjang kat mawi tak?   sebab nampak mawi involve bab2 persatuan ni sebab freddie rasanya... kalau tidak mawi takkan join nyer..


Adalah kesan dia sikit kot. Jangka pendek jangka panjang tak tau nak komen.
Rasanya mawi dijemput ke prog. karyawan sbb adanya fredie.. ke dia menggunakan mawi
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 07:55 AM | Show all posts
tahun baru masehi dah
tahun baru hijrah dah

tapi nama dini masih tak masuk kat atas nun
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:48 AM | Show all posts

Reply #2109 niy's post


Mungkin takde jodoh dengan board Mawi

Oppsss... selamat pagi semua
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:55 AM | Show all posts
salam

n gud mornin kenkawan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2008 08:58 AM | Show all posts
assalamualaikum....
ade sesape pi ajl ke.... dah amik tiket ke?
tahun nie raptai tak dibuka org ramai.... ade show live jer....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:59 AM | Show all posts

Reply #2111 sRbA's post


Morning sRbA

Keje gak ke hari ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 08:59 AM | Show all posts
salam ceria di pagi jemaat penghulu segala hari.....

kepada lelaki2 semua jgn lupa solat jemaat ari ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by dino at 11-1-2008 08:58 AM
assalamualaikum....
ade sesape pi ajl ke.... dah amik tiket ke?
tahun nie raptai tak dibuka org ramai.... ade show live jer....


Tengok TV je la dino, dapat tengok close up
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046198 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list