|
ala...........blom ader smbungn ker???????
xsbr nk tggu nih.......... |
|
|
|
|
|
|
|
ada jugak manusia yang jahat macam liza nie
juna sambung lagiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2100# dee556
dee...den kan ala2 warden asrama yg dtang check up sume tmpat.. |
|
|
|
|
|
|
|
alam hai..belum ada smbungan lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
baru abis merempit umah smiley
patutlah irfan tu cakap ada byk operasi kat arissa, rupa2nya ni lah salah satu operasi undercover beliau, misi menyelamatkan rumah tangga yem dgn lala rupanya
saman je liza tu lala! |
|
|
|
|
|
|
|
tempat smiley streamyx problem dari pagi semalam sampai petang tadi
ni semua mesti Liza punya pasal sampai ada gangguan line.... manyak suey itu pelempuan
...................................................................................
Najlah menjinjit beg pakaian Mak Tam turun dari kereta. Boleh tahan berat. Berapa lama Mak Tam nak duduk sini? Pengsan aku kalau kena berlakun jadi isteri mithali lama lama. Kereta Adham tiada di bawah porch. Hmm… gasaklah engkau nak balik ke tidak.
Mak Tam kusyuk membelek pokok bunga heliconia dan bunga halia yang di tanam di bahagian depan rumah. Konsep “ terbuka” di situ bermakna semua rumah tidak berpagar. Tuanrumah yang hendakkan sedikit privasi kenalah tanam pokok pokok berdaun lebar.
“ Pandai Lala jaga pokok. Selalu bubuh baja?” Mak Tam memeriksa pasu pasu bunga kertas pula. Bunga putih, merah dan pink merimbun walaupun baru sebulan dua di tanam, Najlah mengangguk. Dia kurang pasti sebab Adham yang rajin berkebun. Dia cuma tolong siram pokok bila Adham sibuk.
“ Jemput masuk Mak Tam. “ Najlah membuka luas pintu rumah. Aroma pewangi bilik aroma lavender menyapa hidung.
“ Cantik rumah ni. Mak Tam suka cara Lala hiaskan. Adham dah lama beli rumah ni tapi dia biarkan kosong. Macam tahu tahu saja dia akan jumpa Lala. Untung Adham dapat penghias dalaman sebagai isteri.” Kata kata Mak Tam membuatnya sebak. Tak lama lagi aku kena tinggalkan rumah ini. Baik aku sendiri yang pergi sebelum kena halau. Entah entah orang baru dalam hidup Adham akan merombak semula semua kerja aku. Membazir titik peluh aku saja. Pasti minah itu tidak mahu apa apa sentuhan aku dalam istana mereka berdua. Najlah mengalih topic sebelum airmatanya tumpah.
“ Mak Tam nak tidur bilik tetamu di atas atau di bawah?”
“ Mak Tam tidur kat bawah. Penat nak naik turun tangga, “ Najlah membawa beg ke bilik. Alhamdulillah. Aku dah pindahkan barang aku ke bilik kosong di atas. Kalau Mak Tam tidur di atas pasti dia tahu Perang Dunia telah di lancarkan. Jangan harap aku nak tidur sebilik dengan Adham lagi. Setiap kali tutup mata pasti aku terbayang muka Liza tersengih lebar dengan lipstick merahnya Mak Ngah di sebelah tubuh Adham yang tidak berbaju. Aku tak sanggup sentuh tubuh Adham, sekalipun dia samak dengan Dettol.
“ Kenapa Lala?” Tiba tiba Mak Tam mencuit bahu Najlah. Asyik mengelamun saja budak ni! Dari tadi dia dapat merasa sesuatu tak kena dengan Najlah. Senyuman nya lebar tapi seolah di paksa. Seri wajahnya hilang, sebaliknya Najlah di palit kecewa.
“ Lala ada masaalah? Dari tadi Mak Tam tengok kamu macam orang susah hati. Kenapa ni? Duduk sini. Ceritalah dengan Mak Tam. ” Tubuh Najlah di tarik ke birai katil. Tangannya di genggam.
“ Tak ada apa apalah Mak Tam. Lala memang macam ni bila banyak kerja. Mak Tam jangan ambil hati ya.” Senyuman manis di hadiahkan.
“ Oh… ingatkan Najlah tak suka Mak Tam tumpang di sini. Manalah tahu Mak Tam menganggu. Korang kan baru kahwin.” Najlah menggeleng. No.. no .. nehi.
“ Eh… mana ada. Najlah seronok Mak Tam datang. Lagipun rumah Yem, rumah Mak Tam juga. Mak Tam nak tinggal terus pun okay juga. Banyak bilik kosong”
“Cepat cepatlah dapat anak. Biar penuh rumah ni. Dulu masa Mak Tam ikut Yem tengok rumah ni , dia kata dia sengaja pilih rumah yang besar dan banyak bilik sebab nak ramai anak. Masa kecil dulu dia sunyi. Dia membesar seorang diri macam Najlah juga” Mak Tam menepuk bahunya. Rasa sebak kembali bertandang. Nampak gayanya bukan zuriat aku yang akan memenuhi rumah ini. Mesti Mak Tam tak percaya kalau aku bagi tahu perangai sebenar intan payung, jantung hati dia.
Mak Tam terus bercerita sambil menyusun pakaian dalam almari. “ Mak Tam dan arwah mak Yem ada berpuluh ekar tanah pusaka yang di ambil kerajaan untuk buat jalan. Banyak juga pampasan yang Yem dapat sebab tak ada waris lain. Yem tu pandai melabur. Dia tak suka membazir beli kereta mahal atau berjoli. Dia beli saham sikit tapi dia lebih suka beli rumah, rumah kedai. Dapat juga duit sewa. Bila harga naik boleh jual. Atau pun simpan untuk anak cucu.”
Oh.. patutlah dia banyak duit. Aku yang buruk sangka ingatkan Abah bayar dia untuk kahwin dengan aku. Patutlah Liza bersungguh sungguh nak jerat Yem. Hai… berbahagialah korang berdua.
“ Mak Tam rehat dulu ya. Lala nak ke dapur” Dia berpaling agar Mak Tam tak nampak mukanya yang murung.
“ Yem ada di ofis lagi? Dah pukul 6 lebih dah. Mana dia, tak balik balik? Tak nak jumpa Mak Tam kah?” Mak Tam separuh merungut sambil menanggalkan tudung. Rambutnya masih hitam walaupun usia nya sudah lebih setengah abad.
“Lala dah beritahu yang Mak Tam ada sini. Tapi jalan selalu jam masa ni. Biasalah, kalau keluar ofis pukul 5.30, satu jam baru sampai rumah.” Baiknya aku, asyik cover lelaki miang tu. Entah di mana Adham sedang berasmaradana waktu ini. Entah entah dia tak baca mesej aku, gerutu Najlah dalam diam.
“ Mak Tam nak mandi. Melekit rasa badan. Rumah adik Cikgu Salmah panas. Orang pula ramai. “
Najlah meninggalkan bilik Mak Tam setelah memastikan semua keperluannya cukup. Selepas menukar pakaian dia bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam. Mak Tam tak suka lauk yang berlemak dan berminyak jadi menu malam ni terpaksalah mengambil kira pantang larangnya. Apa aku nak masak? Nasib baik peti ais masih penuh. Ada ikan pari, ikan cencaru, ayam, udang, sayur. Otaknya ligat berfikir. Ha!Aku bakar ikan pari, cicah dengan air asam. Ayam di buat sup dan sayur campur goreng dengan sos tiram.
Najlah bergerak tangkas menyiapkan segala bahan. Kebolehannya memasak lauk pauk Melayu sudah banyak peningkatan. Hingga Adham seboleh bolehnya tak nak makan di kedai kecuali kalau terpaksa.
“ Masak apa tu? Sedapnya bau” Najlah terloncat mendengar suara Adham begitu hampir. Dia berpaling. Matanya menjerat Adham. Adham senyum hambar melihat wajah yang sedingin ais.
Tiba tiba Najlah terasa loya yang teramat sangat. Nasib baik dia sempat lari ke bilik air sebelah dapur. Segala isi perutnya berhambur keluar ke sinki. Peluh dingin merenik di dahi dan pelipis. Tubuhnya tersandar lemah di dinding. Kepalanya berpusing. Ketukan yang bertalu talu dari Adham tidak di endahkan. Setiap kali dia cuba bangun dia rasa loya. Entah berapa kali dia muntah sehingga otot perutnya kekejangan. Aku dah betul betul alergik pada Adham. Tengok mukanya saja dah muntah.
“ Lala ! Lala!” suara Mak Tam pula memanggilnya “ Buka pintu. Lala sakit kah?”
“ Lala okay, Mak Tam. Silap makan kot. ” Lemah suaranya. Matanya di katup. Kalau boleh aku nak tidur atas lantai bilik air. Terdengar bunyi kunci di pusing. Sebaik tubuhnya di cepung, Najlah tidak sedarkan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
lala peknen ke smiley? |
|
|
|
|
|
|
|
“ Ikan pari … ikan pari. Tengok kejap, takut hangus. Ayam dah empuk. Perlahankan sikit api”
Adham menahan senyum sambil mengusap ubun ubun Najlah. Terkenan Chef Wan ke bini aku ni? Wajah pucat Najlah di tenung sedalam dalamnya. Terlerai rindu sehari semalam tak berjumpa. Perasaan cinta dan kasihnya melimpah ruah walaupun dia sedar dia lah orang yang paling di benci Najlah ketika itu. Bila mata Najlah mula mengerdip dia rasa lega.
“ How do you feel sayang? Kita pergi doctor ya”
Adham terpinga pinga bila tangan nya di tempis kuat. Aduh!
“ARGHH! Apa sibuk sibuk ni? Jangan pegang aku.” selar Najlah. Dia memalingkan tubuh membelakangi Adham. Siapa angkat aku masuk bilik Mak Tam? Mesti Adham… euww. Geli.
“ Lala pergi mana tadi? Kot kot ada yang hinggap bila Lala lalu tempat keras. ” Mak Tam mengurut kaki Najlah.
Alamak.. terlupa pula yang Mak Tam ada sama. Mesti dia ingat aku kena sampuk bila aku tengking Adham. Ha.. ha… aku ada idea yang bagus. Walaupun keletihan tapi akal aku masih tajam. Time for revenge.
“ Siapa engkau? Aku benci engkau. Pergi ! GET LOST!” Matanya mencerlung memandang Adham yang bertenggek di birai katil. Kakinya di angkat. KEBAAKKK! Adham menggosok pinggangnya. Main kasar jin ni!
“ Kau nak kena tendang lagi ?! Pergi dari sini!” jerit Najlah. Adham terus bangun. Muka nya berkerut menahan emosi.
“ Yem, Mak Tam risaulah. Mak Tam rasa Lala dah terkena benda halus. “ Dia berbisik menyuruh Adham mengambil surah Yasin dalam begnya. Najlah memejam mata. Aku nak kenakan Adham saja. Kesian pula tengok Mak Tam kerisauan.
Beberapa minit kemudian Adham kembali dengan surah Yasin. Najlah menjegilkan mata.
“ Keluar! Kau keluar dari rumah ini.Jangan dekati cucu aku, ini keturunan Sang Kerispatih Buwono. Berambus kau! “ Sang Kerispatih Buwono? Pakai taram sajalah. Nasib baik aku tak guna nama actor sinetron.
Adham menyembunyikan senyuman. Nampak sangat Najlah tipu. Kerispatih kunun. Macam aku tak pernah dengar lagu Indon.
“ Yem. Baik kamu duduk kat luar. Boleh jadi kamu yang bawa benda halus masuk dalam rumah ni. Kamu kan selalu masuk hutan nak tengok tempat projek”
“ Ala.. Mak Tam. Ini semua benda karut lah. Mak Tam jangan percaya sangat”
“ Apa yang karutnya Yem? Mak Tam selalu dengar orang kena sampuk. Lebih lagi kalau orang lemah semangat. Dia jadi garang, kuat, berani. Cakap pula pakai nama yang pelik pelik. Kamu jangan tak percaya”
“ Yem bukan tak percaya. Tapi tadi dia sebut “ Get Lost”. Takkan Sang Kerispatih Radja Ungu Buwono hapekenama tu pandai cakap orang putih.” Adham memandang dengan skeptis dari hujung katil. Najlah sengaja cari peluang nak tendang aku. Tapi aku memang patut kena tendang pun. Aku bersalah. Aku rela di tendang dan di belasah kalau Najlah sudi memaafkan aku.
Sengal kau Yem! Aku belum lagi belasah kau cukup cukup.
“Yem rasa Lala meracau sebab dia tak sihat. Mak Tam jaga Lala kejap. Yem nak telefon doktor" |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai setengah jam kemudian, Dr Faridah masuk ke bilik untuk memeriksa Najlah. Dr Faridah menjadi doctor peribadi keluarga Datuk Fuad sejak Najlah dan arwah kakaknya masih kecil. Dia seorang yang tidak banyak berkata kata, sekadar bertanya soalan yang perlu. Tapi diagnosisnya sentiasa tepat yang rawatannya efektif. Najlah berdebar menunggu keputusan. Pelik, tadi tiba tiba saja aku loya. Badan aku lemah tapi sekarang dah rasa sihat.
“ What’s wrong with me?” Najlah memanggung kepala atas lutut.
Dr Faridah menyimpan stetoskopnya dan menulis sesuatu dalam buku nota. “ Nothing serious. BP okay, lungs ok. Tak ada temperature. Boleh jadi cuma food poisoning atau stomach virus. Tapi Najlah kena datang ke klinik besok pagi. Kita buat blood test dan urine test. Just to be sure. Kalau boleh datang dengan Adham, jangan drive sendiri. Takut kalau awak muntah atau pengsan” pesannya sebelum meninggalkan bilik.
Muka Najlah berubah. Sakit apa ni? Aku ibarat sudah jatuh di timpa tangga, di timpa tin cat. Aku nak Mak dengan Abah!
Tak lama kemudian Mak Tam masuk membawa semangkuk sup dan satu mug Milo yang masih berasap.
“ Lala! “ seru Mak Tam dengan suara serak.Tubuh Najlah di raih dalam pelukan. Mak Tam mengelap airmata di pipi tua nya.
“ Lala sakit apa Mak Tam?” Dia bertanya dengan lemah. Teruk sangat kah sakit aku sampai Mak Tam menangis?
“ Dr Faridah suruh pergi ke klinik besok untuk further check up. Entah entah betul kena sakit buatan orang” sampuk Adham dari tepi pintu. Matanya redup memandang Najlah yang memakai pyjama cotton putih. Sungguh ayu dan suci. Betul kata Shahrul , dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dari aku. Aku sungguh bertuah. Tapi rintangan yang melanda kali ini terlalu hebat. Ya Allah, kau berilah kami kekuatan supaya dapat melalui dugaan yang amat berat.
Muka Najlah mencuka.Sibuk! Siapa tanya dia? Mak Tam memberi isyarat mata pada Adham supaya keluar. Naluri nya mengatakan ada sesuatu yang tak kena antara mereka.
“ Makan sup ni Lala. Kamu tak makan apa dari tadi. Nanti muntah kalau perut masuk angin.” Mak Tam menyuakan sudu ke mulutnya.
“ Emm… sedap. Mak Tam yang masak kah?” Dah lama tak kena suap, rasa best pula.
“ Tak. Lala yang masak tadi. Tak ingat kah? Mak Tam tolong tabur daun sup dengan bawang goreng saja”
“ Oh.. patutlah sedap. Tengoklah siapa masak” Najlah berjenaka. Dengan sekejap dia menghabiskan satu mangkuk. Lapar betul aku rupanya.
“ Nak lagi? Ada sikit lagi kat dapur. Berselera sungguh Adham makan tadi. Air tangan isteri, mestilah lagi sedap dari mana mana restoran” puji Mak Tam. Betul dia tak sangka masakan Najlah sehebat itu. Kalah surirumah yang dah kahwin berpuluh tahun. Lawan towkey Najlah ni.
Aku tengah sakit tapi Adham tetap berselera mengisi tembolok. Nampak sangat tak simpati pun dengan keadaan aku. Mata Najlah mula bergenang. Sensitif tak bertempat pula aku ni.
Mak Tam mengeluarkan dua kotak baldu dari beg pakaiannya , satu berwarna merah dan satu lagi biru gelap. Juga dua helai kain songket yang di lipat.
“ Mak Tam tahu Lala penat tapi sebelum Mak Tem terlupa, ini untuk Lala. Yang merah ni barang kemas pusaka arwah mak Yem. Sebelum dia meninggal dia suruh Mak Tam simpankan untuk isteri Yem. Mak Tam nak bagi masa kenduri sambut pengantin di rumah Mak Tam tapi terlupa. Maklumlah kecoh sebab ramai orang. Yang biru ni dari Mak Tam. Mak Tam tak ada anak, jadi Mak Tam anggap Lala menantu Mak Tam juga lah. Kain songket ini pun arwah yang punya. Yang songket penuh ni dia pakai masa bersanding, yang kuning air ini hantaran dari Azmi masa tunang. Dua dua helai ni di tenun di Trengganu.“
Najlah menelan airliur. Kotak kotak dan kain songket di renung. Kenapa Mak Tam nak bagi kat aku? Aku tak berhak. Dia mengelus kain songket penuh berwarna merah hati. Tenunannya halus dan cantik. Beberapa tahun lalu dia pergi ke kilang songket di Trengganu. Harga songket begini sudah mencecah beribu ringgit sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Bukalah kotak tu. Mak Tam tahu, Lala mesti ada barang kemas yang lagi cantik dan mahal dari Mak dan Abah. Tapi ini wasiat arwah Rafidah. Kalau tak nak pakai pun Lala simpanlah. Boleh turunkan pada anak anak nanti”
“ Mak Tam dah cakap kat Yem yang Mak Tam nak bagi Lala? Manalah tahu kot kot dia tak setuju.” Soalannya di balas dengan kerutan di wajah Mak Tam.
“ Kenapa? Ini kan memang hak Lala sebagai isteri Yem. Takkan Yem ada pasang lagi satu kot” Mak Tam berlelucon. Hati Najlah bagai kena asid. Pedih.
“ Lelaki boleh kahwin lebih dari satu.” Komen Najlah di sambut dengan suara lantang.
“ Selisih malaikat! Kalau Yem buat perangai macam bapa dia, jaga dia! Mak Tam bagi penampar Jepun! Tak pun Mak Tam siang dia hidup hidup. Dah dapat bini baik macam Lala, kalau dia menggatal dengan perempuan lain, memang lah nak kena. Kenapa Lala? Dia ada keluar dengan …..” Berombak dada Mak Tam. Najlah cepat memintas.
“ Mak Tam, Lala tak kata macam tu” Risau juga kalau Mak Tam yang masuk hospital. Najlah mengurut belakang Mak Tam. Gasak engkau Adham. Aku teringin juga nak tengok apa Mak Tam akan buat bila dia tengok gambar Tuuuut .
Untuk menyedapkan hati Mak Tam, Najlah membuka kotak merah. Wah, cantiknya. Berkelip kelip deretan berlian. Sangkanya mesti set fesyen lama yang berkerawang tapi arwah ibu Adham bercitarasa moden. Coker berlian dan tennis bracelet serta cincin solitaire Princess cut yang jauh lebih besar dari cincin kahwinnya. Subang juga dua biji diamond solitaire. Sekarang anggaran harganya mesti lebih kurang RM100 ribu. Cincin pun dah hampir RM50 ribu.
“ Cantiknya. Mesti mahal. Lala… takut nak terima” Cincin di sarungkan di jarinya. Besarnya! Boleh beli kereta sebiji.
“ Ambil lah. Masa dia beli dua puluh tahun dulu harga nya taklah semahal sekarang. Ini hasil titik peluh arwah. Dia doctor specialist di hospital swasta. Masa arwah hidup dulu, gaji dia sendiri tak habis makan pun. Dia tak harapkan duit Azmi. Kesian adik Mak Tam tu, dia tak pernah kacau hidup orang tapi ada juga yang sakit hati dengan dia”
Najlah terfikir sejenak. Adakah sejarah berulang lagi? Adham = Papa, Aku = Rafidah, Liza = Noraini. Nauzibillah. Aku tak sanggup!
“ Bukalah yang lagi satu.” Najlah menurut kata Mak Tam.Set nilam dan berlian terletak cantik. Wah! Kayo den! Designnya menarik dan original. Mesti di tempah khas. Hebat citarasa keluarga Mak Tam. Mengalahkan Cartier dan Chopard. Very the bling bling!
“ Barang ni semua terlampau cantik dan glamour lah Mak Tam. Entah bilalah Lala nak pakai jewellery macam ni” Memang dari dulu dia kurang gemar memakai barang kemas. Cukup sekadar rantai dan loket. Cuma selepas kahwin dia memakai cincin.
“ Pakailah kalau nak pergi kenduri orang kahwin. Ha.. baru Mak Tam teringat. Dua minggu lagi Lala dengan Yem mesti balik Kuantan, tau”
“Kenapa Mak Tam?”
“ Si Liza nak kahwin.”
HA?? Mulut Najlah ternganga tapi suaranya tersekat di kerongkong
“ Itulah Mak Tam pun terkejut. Makcik Mariah kata bakal suami Liza seorang Datuk. Bukan main bangga lagi keluarga dia.” Mak Tam menjuihkan bibir.
Datuk? Datuk mana pula? Habis tu Adham? Jadi toy boy Liza kah? Banyak kes yang dia baca tentang perempuan muda yang kawin dengan orang tua kaya dan berpangkat tapi menyimpan lelaki muda untuk memuaskan nafsu. Tapi tak mungkin Adham sanggup buat begitu. Kepala nya makin berselirat. Aduhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2111# sang_arjuna
Ada lagi tak... juna?
Nak lagi..........
|
|
|
|
|
|
|
|
kelakar gila....gelak aku terkekek2...
best betul lahhhhhhhhhhhhhh
you're the best writer kat sini.....i salute you my dear.
Thanks, menceriakan mood akooooo |
|
|
|
|
|
|
|
kelas gitu..
kerispatih semua ader... |
|
|
|
|
|
|
|
Keluar! Kau keluar dari rumah ini.Jangan dekati cucu aku, ini keturunan Sang Kerispatih Buwono. Berambus kau! “ Sang Kerispatih Buwono? Pakai taram sajalah. Nasib baik aku tak guna nama actor sinetron
hahaahaha kelako betul Juna....... tak tahan mami, gelak, sampai hubby tanya apa hal tergelak2, gud idea, kalau gaduh boleh buat ikut style Lala  |
|
|
|
|
|
|
|
yup..aku setuju..salah sorang antara terbaik yg disini...tahniah smiley....
part paling aku g ...
kaypo Post at 11-6-2010 22:54 
nasib baik lala x ngaku dia tu rika sumanto mak tiri bawang putih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|