|
/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
up up.... |
|
|
|
|
|
|
|
As Salam SHAHIRIANZ...
Selamat Pagi
Good Morning
|
|
|
|
|
|
|
|
JUARA Bintang realiti kena ‘control’
KISAH juara program realiti popular ini memang bukan asing lagi kerana sebelum ini pun sudah ramai yang datang mengadu mengenainya kepada SS. Ada saja masalah yang ditimbulkan. Maklumlah, bintang realiti yang sekelip mata meraih populariti, cepat juga lupa diri.
Macam-macam perihal si penyanyi muda kacak ini baik dari segi perangai dan sikapnya yang sukar diramal, hingga kepada disiplinnya yang hanyut jauh ke laut.
Terbaru, SS dikhabarkan pula cerita yang kononnya si bintang realiti ini kena ‘control’ dengan buah hatinya. Sudah lama rasanya kisah mereka berdua ini bertiup kencang tapi si penyanyi muda ini bukan main menafikannya walaupun si kekasih sudahpun mengaku bercinta.
Betulkah mereka ini bercinta? Tapi kalau tidak betul, bagaimana pula cerita baru yang SS dengar ini dikatakan dia dirantai kuat. Agaknya, apabila budak muda bercinta dengan wanita dewasa, SS dapat membayangkan gaya mereka berdua.
Difahamkan, penyanyi tadi terpaksa tunduk kepada kekasihnya itu hingga menyebabkan ramai pihak yang menghadapi masalah setiap kali ingin menghubunginya.Kisah yang disampaikan seorang teman juga ‘orang kuat’ dalam syarikat pengurusan, memang banyak kali mengadu kononnya si juara ini memang berat sekali ingin mengangkat telefonnya.
Ada saja alasan diberikan tapi hakikatnya, memang dia menipu dan cuba menyembunyikan sesuatu. SS memang sudah tidak tahu nak cakap apa kerana sebelum ini pun ramai teman media yang mengadu menghadapi masalah sama.
SS tidak pasti pula bagaimana dia dirantai tapi mengikut kata teman SS tadi, si penyanyi itu memang ada kalanya terasa lemas juga kerana hidupnya bagai dalam akuarium yang diperhatikan setiap saat.
Tapi nak buat macam mana kerana semuanya pilihan sendiri dan sekarang rasanya memang susah kalau dia hendak melepaskan diri daripada kekasihnya itu. Bukan setakat cantik tapi si kekasihnya yang begitu mengongkong sudah pasti tidak akan melepaskannya.
SS bukannya apa, tapi rasa sayang sangat kerana si penyanyi muda ini punya bakat dan masa depan yang cerah kalau tidak tersilap percaturan. Sayangnya dia begitu lekas gelap mata dan hanyut dengan dugaan dunia.
SS harap penyanyi ini cepat sedar dan kembali mengukuh–kan namanya kerana belum terlewat untuknya kembali membetulkan keadaan.
credit : Harian Metro..
adoiiii....kesian adik aku sorang nieh.... |
|
|
|
|
|
|
|
As Salam SHAHIRIANZ...
Selamat Pagi
Good Morning
Aserehe Post at 13-7-2011 09:13
Waalaikumusalam Rehe....... |
|
|
|
|
|
|
|
As-salam SHAHIRIANZZZZZZZZZZZZZZZ
Selamat pagi....dah bekpes..........dah mcm ka ...
mama_sophia Post at 14-7-2011 08:29
waalaikumussalam mama.........
dah makan...nasik lemak ...
lapo sungguh tadik....huhuhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
upppppppppppppp |
|
|
|
|
|
|
|
up lagi untuk sessi petang2 pulek.... |
|
|
|
|
|
|
|
uppppppppppppp utk arini........ |
|
|
|
|
|
|
|
7 UP!
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sitoYoL at 20-7-2011 10:28
As Salam & Selamat pagi Shahirianz...
pekabo?....
shahir...anda sihat hari ni?.. ...
Aserehe Post at 20-7-2011 09:25
waaalaikumusalam rehe..morning shahirianz....
shahir...
Dengarnya...: Shahir berada dalam tekanan?
Oleh Normah Becok
2011/07/20
KETIKA seorang teman Cik Normah khusyuk menaip artikel di pejabat, petang Isnin lalu, tiba-tiba tumpuannya terganggu seketika apabila telefon di sebelah bukan main lagi lantang berdering. Daripada deringan yang luar biasa itu, dia pun menguatkan hati menjawab panggilan, walaupun dengan muncung yang boleh tahan panjang.
Gerak hatinya cukup kental mengatakan pasti ada cerita panas di hujung talian, berdasarkan deringan telefon yang bukan main kuatnya. Memang betul jangkaannya kerana daripada cerita yang disampaikan seorang pemanggil, dia dapat kisah terbaru mengenai juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir.
Kononnya, peminat wanita yang menghubungi teman Cik Normah itu singgah ke kampung Shahir di Kampar, Perak, beberapa hari sebelum itu, kerana berkunjung ke rumah rakan baiknya yang menetap di sana. Sudah kebetulan rakannya berjiran dengan penyanyi popular itu, maka dia pun tidaklah melepaskan peluang melihat kelibat Shahir sepanjang tiga hari berada di situ.
Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia mendapati, keadaan Shahir tidak ubah seperti orang yang tak terurus. Katanya, dengan jambang yang tidak terbela, Shahir memang kelihatan seperti seorang yang berada dalam tekanan.
Jauh di sudut hatinya dia sungguh kecewa apabila penyanyi pujaannya berada dalam keadaan sedemikian. Khabarnya, sudah sebulan Shahir berada dalam keadaan seperti itu. Melihat keadaan artis terbabit, maka dia pun teringat gosip yang mengatakan anak muda popular itu dikatakan ‘hilang’ dari dunia seni.
"Saya seganlah hendak bertanya kepada keluarganya, mengapa dia jadi macam tu? Maklumlah, saya ni hanya peminat biasa. Lainlah kalau pihak wartawan yang bertanya.
"Dia seperti berada di dalam tekanan. Kenapa ya? Dia ada apa-apa masalahkah? Saya memang berasa pelik apabila melihat penyanyi yang saya puja jadi macam tu... Langsung tidak kelihatan seperti Shahir yang pernah muncul di kaca TV dan menjayakan persembahan sebelum ini," katanya kepada teman Cik Normah yang sudah agak lama juga tidak bertemu dengan penyanyi terbabit.
Nantilah, kalau teman Cik Normah terserempak dengan Shahir di mana-mana majlis nanti, dia akan cuba bertanyakan hal berkenaan supaya peminat di luar sana tidak lagi bimbang memikirkan keadaan penyanyi kesayangan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
shahir...what happened???? wake up man..... |
|
|
|
|
|
|
|
takkan shahir tenggelam tak timbul2? takder promosi untuk lagu luar biasa ka? |
|
|
|
|
|
|
|
i'm here...
credit to maksu...pix terbaru shahir petang tadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
credit to maksu..pix terbaru shahir petang tadi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|