CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♥ HoMe oF MiLaNiaNS IV ♥ TAMAT! Sila ke rumah baru...

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-2-2009 07:20 AM | Show all posts

Reply #2120 tomatomam2222's post

Selamat berkeje tomtom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2009 07:24 AM | Show all posts

Taken from budiey.com

Trivia: Siapa Nama Penyanyi Ni?



Semalam telah berlangsung sidang media Akademi Fantasia yang mengumumkan hos dan tenaga pengajar musim ke-7. Satu persembahan intro telah menghiburkan para media dan jemputan. Konsep majlis sidang media dibuat seperti Masquerade di mana semua penyanyi dan juga hos serta tenaga pengajar diperkenalkan dengan memakai costume dan topeng Masquerade. Jadi, tak kenal la sape, bukak topeng baru kenal. Budiey nak korang teka siapa nih. Budiey tak nak kasi klu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 07:39 AM | Show all posts

Nama Mila Sana Sini...

Mungkin masih terlalu awal untuk meramal nasib Jihan yang mungkin bakal memecah dominasi peserta lelaki seperti tuah Mila yang ditabalkan sebagai Juara Akademi Fantasia musim kelima selepas empat musim berturut-turut menjadi milik lelaki.

- "Jihan Penyelamat, Tidak Syok Sendiri", HIP, Berita Harian

Shila aspires to be a successful singer-songwriter, and greatly respects Faizal Tahir, Farah Asyikin Zulkifli, Nita Hamzah and Mila Jirin, her seniors amongst reality talent stars.
-
- "Singing Praises About Ice-Cream", Feature, The New Straits Time
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 11-2-2009 05:42 PM


anak yg tgk ye dak


tul tu.. dr ctu yg dpt nick ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 12-2-2009 01:11 AM


Sapekah ultraman ni
Misteria betul


eheh! tul ke afv x kenai chek?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:52 AM | Show all posts
Mila ni mesti pakai kasut itam yg ada bunga tu..
selesa ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2009 09:56 AM | Show all posts

Balas #2123 aFViRGo\ catat

tul tu.. since Mila berjaya membreak monopoli lelaki ni, dia dah jadik fenomena..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:58 AM | Show all posts
cumel Mila bermaskered ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by ultraman3 at 12-2-2009 09:49 AM


eheh! tul ke afv x kenai chek?



tira tgh blur lg kot...kena bg makan kari yg kow kow sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 12:49 PM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 12-2-2009 11:48



tira tgh blur lg kot...kena bg makan kari yg kow kow sket


Aha!   
Mmg dah saspek dah nickname yg itu
TQ kak yieng for the confirmation   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 01:04 PM | Show all posts

Kredits to MyraAmir (mas13119.wordpress.com)

Beriadah Sambil Beramal


More pics click HERE
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 03:46 PM | Show all posts

Taken from Mstar.com

Mila 'lepaskan' syarikat sendiri, nafi kerana isu 'sugar daddy'


SETELAH lebih setahun menjadi ahli lembaga pengarah syarikat miliknya sendiri, MC Voices & Stars bersama rakan kongsi, Bernard Cheah, juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat itu. Satu keputusan yang telah menimbulkan banyak persoalan apatah lagi tujuan syarikat itu ditubuhkan pada asalnya adalah untuk membantu membangunkan karier seni penyanyi itu.

Menerusi kenyataan akhbar yang dikirimkan oleh syarikat terbabit, pengunduran Mila dibuat atas kehendak penyanyi itu sendiri yang dikatakan mahu lebih fokus mengendalikan syarikatnya yang baru, LuvMila Corporation bagi mengelak berlakunya konflik kepentingan di antara syarikat tersebut.

Menurut Bernard, MC Voices & Stars Sdn Bhd selepas ini akan membuka peluang lebih luas kepada artis- artis lain selain daripada menjana perniagaan sebagai pelabur secara usahasama dengan syarikat-syarikat yang mengendalikan perniagaan dalam bidang acara atau hiburan yang lain.

"Syarikat kami tidak akan ditutup hanya kerana hal ini, malah kami ingin dan akan terus bekerjasama dengan lebih ramai lagi rakan kongsi atau artis yang ingin mencari peluang untuk berjaya di dalam bidang ini.



"Cuma kami akan lebih berhati-hati dengan rancangan perniagaan supaya mendapat hasil yang lebih positif di masa akan datang," kata Bernard, tanpa mengulas lanjut tentang pengunduran penyanyi kecil molek itu.

MC Voices & Stars ditubuhkan setelah Mila dinobatkan sebagai juara AF5. Tambah Bernard, walaupun Mila tidak lagi dibawah kendalian syarikat terbabit, mereka akan terus berkerjasama dengan pihak Maestro untuk album kedua penyanyi itu yang bakal diedarkan tidak lama lagi termasuk beberapa lagu yang telah dirakamkan oleh syarikat tersebut sebelum ini.

Antara lagu milik syarikat tersebut telah di tulis oleh komposer-komposer terkenal seperti Ajai dan Azmeer, manakala pengarah muzik terkenal negara, Ramli MS juga terlibat sebagai produser untuk dua buah lagu di dalam album itu nanti.

"Seperti yang dijanjikan, kami akan tetap meneruskan kerjasama dengan Maestro kerana kami telah membuat sejumlah pelaburan keatas album Mila yang baru ini, jadi seharusnya kami mencari peluang untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan ini.

"Namun peluang akan juga dibuka kepada artist-artis dan syarikat-syarikat lain di masa akan datang," kata Bernard yang juga telah melabur dan menjadi rakan niaga utama bagi syarikat terkenal, Nova Music & Entertainment yang memegang hak pengedaran lagu-lagu digital dan album dari Maestro Records, KRU Studios, Warner Music, dan Sony Music di Malaysia dan di Singapura.

Mila: Bukan kerana masalah peribadi

Pengunduran penyanyi kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang ini dari syarikat terbabit ternyata telah menimbulkan rasa sangsi oleh sesetengah pihak.

Masakan tidak, difahamkan syarikat tersebut telah pun mengatur pelbagai agenda untuk melonjakkan lagi karier penyanyi itu antaranya termasuklah menghasilkan sebuah album untuk pasaran di Indonesia.

Lantaran itu, apabila Mila enggan lagi bertindak sebagai ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, dia seperti seolah-olah menolak 'tuah'.

Mila yang dihubungi akui, keputusan yang diambilnya itu memang telah difikir semasak-masaknya dan menegaskan pengunduran itu bukan disebabkan masalah dalaman mahupun 'peribadi', apatah lagi dengan tersebarnya gosip panas baru-baru ini yang mengatakan Mila mempunyai 'sugar daddy' yang kononnya adalah Bernard sendiri.

"Saya keluar dari syarikat itu secara rasminya pada pertengahan bulan lalu. Bukan kerana masalah peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan gosip liar yang diperkatakan tidak lama dulu.

"Saya ingin jelaskan di sini, hubungan profesional antara saya dan Bernard masih baik. Saya ingin fokus kepada syarikat saya sendiri yang sudah mula beroperasi sejak pertengahan tahun lalu. LuvMila Corporation adalah syarikat milik saya bersama keluarga.

"Apapun, saya masih bekerjasama dengan syarikat tersebut walaupun saya tidak lagi menerajui syarikat itu. Album kedua saya juga tetap membabitkan MC Voices & Stars kerana ada di antara lagu tersebut adalah milik syarikat itu.

"Cuma untuk projek-projek lain, jika mereka tidak mahu teruskan bersama saya, tidak mengapalah. Saya tidak ada masalah tentang hal itu. Dan saya tidak keberatan juga untuk bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang.

"Apa yang penting, sekarang ini saya ingin majukan syarikat saya secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, produk kesihatan dan penjagaan dalaman wanita yang dikeluarkan oleh syarikat saya ini semakin mendapat sambutan.

"Selepas ini, kami akan keluarkan pula set penjagaan wajah," kata pengalun lagu Persis Mutiara dan Aku Lebih Tahu ini.

Biar apapun tanggapan ramai terhadap dirinya selepas ini gara-gara 'meninggalkan' syarikat yang ditubuhnya bersama Bernard itu, kata Mila, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang hal itu.

"Saya juga ada perancangan untuk melihat karier dan bisnes saya ini terus berkembang. Jadi, apa saja orang nak cakap tentang saya, terpulanglah," kata Mila yang kembali sibuk di studio untuk proses rakaman album keduanya yang masih mengekalkan konsep pop.

[ Last edited by  aFViRGo at 12-2-2009 03:51 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 03:53 PM | Show all posts

Reply #2132 aFViRGo's post



Ini ke punca sebabnyer konflik dulu
Statement Mila lain mcm jer
X tau whether nak anggap ni good news or bad news

Tambahan...
Website n forum Milawazzup sumer bawah MC Voices kan? Maknanya dua2 site ni akan ditutup x lama nanti ke?
Da VOM bukan bwh MC Voices kan?

Byk plak soklan

[ Last edited by  aFViRGo at 12-2-2009 04:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 08:26 PM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 12-2-2009 03:53 PM


Ini ke punca sebabnyer konflik dulu
Statement Mila lain mcm jer
X tau whether nak anggap ni good news or bad news

Tambahan...
Website n forum Milawaz ...


Jangan risau virgo... website n forum milawaz... akan sentiasa ujud.....  Nothing will change to DaVom...
Anggaplah ni semua... cabaran dan dugaaan dia dalam industri Seni ini... so... keep supporting her... ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by aFViRGo at 12-2-2009 03:53 PM


Ini ke punca sebabnyer konflik dulu
Statement Mila lain mcm jer
X tau whether nak anggap ni good news or bad news

Tambahan...
Website n forum Milawaz ...


Hmmm....mila pon ada maruah .. die fikir mase depan dia...org tuduh die mcm tu...kalo lelaki die tahan kebal and ade muka tak malu...kalo org pompuan ni cepat terasa, sensitif dan cepat melatah...maaf lah ye... ..speaking from the experience perhaps...

Anyway kami akan sentiasa menyokong Mila...walau ape pon yang berlaku...wpon aku ade kritik die especially pasal nyanyian......tapi I still believe that miracle do happens... ..I am wishing you all the best for your foreseeable future...you go girl...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by pu3asma at 12-2-2009 20:26


Jangan risau virgo... website n forum milawaz... akan sentiasa ujud.....  Nothing will change to DaVom...
Anggaplah ni semua... cabaran dan dugaaan dia dalam industri Seni ini... so... keep ...


Ok..thanx for the answers
Terkejut jap tadi bila baca artikel ni..terus kluar mcm2 soklan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2009 11:49 PM | Show all posts
rs nya domain website milawazzup tu akan tetap diguna pakai sehingga la expired date. pastu...DaVOM kena bayar sendirik la.
forum takde hal rs nya sbb guna free hosting. takde sapa2 ke diantara fans nk sponsor bayarkan domain tu save bajet sket

tp bg aku la. takyah ade website tu pon takpe dah. sbb mila pon dah ade official website sendirik kan (luvmila).
maybe DaVOM should consider bukak blog i/o website. in addition kpd forum davom yg dah sedia ada. guna je mana2 free hosting.
kalo ade duit/sponsor...beli la domain www.davom.com ke apa. lebih relevan..dak gitu?

sekadar menyampuk je....sbg pemerhati jauh. yg lebih arif hanya la pn pres/VP/ajk2

p/s: tira...sama la kita...aku pon tatau sama ada nk rs this  is good news or bad news  cuma berharap apa yg mila rancang utk karier/idop dia tu menjadi la...

*balik kpd skodeng mode*

[ Last edited by  bayieng at 12-2-2009 11:53 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by batunilam4a at 12-2-2009 21:40


Hmmm....mila pon ada maruah .. die fikir mase depan dia...org tuduh die mcm tu...kalo lelaki die tahan kebal and ade muka tak malu...kalo org pompuan ni cepat terasa, sensitif dan cepat melat ...


Betullah tu abe batu...pompuan mmg jenis sensitf
Wish all the best for Mila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2009 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 12-2-2009 23:49
rs nya domain website milawazzup tu akan tetap diguna pakai sehingga la expired date. pastu...DaVOM kena bayar sendirik la.
forum takde hal rs nya sbb guna free hosting. takde sapa2 ke diantara  ...


Ohhh..baguslah kalau boleh guna lagi domain n porem tu

Mmg x tau nak kategorikan sbg news ape..tapi tgk sume org amik positif..org anggap je lah sumernya gud news
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2009 11:56 PM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 12-2-2009 11:49 PM
rs nya domain website milawazzup tu akan tetap diguna pakai sehingga la expired date. pastu...DaVOM kena bayar sendirik la.
forum takde hal rs nya sbb guna free hosting. takde sapa2 ke diantara  ...


sorry mod skodeng nak nyampuk sikit ..

Kalo dah jadi web luvmila...aku kureng sikit lah..mood dah larik I mean still minat lah cume environment tak sama...

sama tapi tak serupa...we called it "the wind of change" either it is for good or bad ones...still wishing her the best of luck...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.660039 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list