CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL ( Rating U)

   Close [Copy link]
Post time 10-2-2011 01:32 PM | Show all posts
xde n3 lg ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 02:07 PM | Show all posts
neksssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:14 PM | Show all posts
Reply 2104# juliet80

huk..huk... farid jadi wedding planner yg Auuwww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:17 PM | Show all posts
ada kemungkinan tak..kakak si dahlia ex gf cikgu amir???
tudung_bawal Post at 9-2-2011 17:45


mula mula smiley buat cerita ni idea dia camtulah
tp skrg dah tak boley plak sbb takkan cikgu zul & dahlia tak perasan cikgu amir ex darina - kalau kekasih gelap mungkin boleh kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:19 PM | Show all posts
mula mula smiley buat cerita ni idea dia camtulah
tp skrg dah tak boley plak sbb takkan cikgu z ...
sang_arjuna Post at 10-2-2011 15:17



    cikgu amir tu putih ke gelap?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:19 PM | Show all posts
jangan FB bomoh siamkan Dahlia dan C.A dah.. Manalah tau kan, FB dok Thailand
aaz Post at 10-2-2011 11:42


kalau nak sambung cerita ni lepas mlm pertama .... ada chan kot derang kena bomoh:@
tp smiley tak berapa suka lah benda khurafat nih wpun biasa berlaku dalam realiti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2011 03:20 PM | Show all posts
Reply 2125# tudung_bawal
cerah
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:22 PM | Show all posts
Reply 2127# sang_arjuna


    cancel jadi kekasih gelap....

    next entri pls....
    thank you...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 03:22 PM | Show all posts
kak, sambung laaa lg....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:30 PM | Show all posts
ok ... kita kasi derang nikah
ni real punya
..................................................................................................
“ Wow, cantiknya kau Lia. Macam bini Tom Cruise, siapa nama dia?”  Sepupu Dahlia , Lydia menggaru kepala. Matanya tak berkelip memandang sepupunya yang baru menjadi isteri orang.

“ Suri Cruise” jawab adiknya Tania.

“ Bukanlah , Suri tu anak Tom Cruise. Isteri dia Katie Holmes. A’ah. Kak Lia macam Katie Holmes. So sweet!” sampuk seorang lagi sepupunya, Erin. Bilik pengantin bertali arus dengan saudara mara yang sudah lama tidak berkumpul. Dahlia tersenyum girang melayan telatah mereka meskipun dia sudah makin letih. Jurugambar professional dan amatur tidak berhenti mengambil gambarnya sejak pagi tadi. Setiap detik bersejarah sudah di rakam dari saat dia di mekap hingga lah saat dia menjadi isteri Amir yang sah. Suara Amir melafazkan ijab kabul masih terngiang ngiang di telinga. Hangat bibir Amir mengucup keningnya masih terasa. Segalanya bagai mimpi. Tapi bukan mimpi buruk yang dia alami beberapa malam lalu. Mimpi ini indah dan manis. Kalau betul ini Cuma mimpi, aku tak nak bangun.

“  A’ah.. Kak Lia dengan Abang Amir sama padan. Sorang handsome, sorang cantik.  Tapi hari tu mak kita kata  Kak Lia nak kahwin dengan Abang Farid.” Dah agak dah, mesti ada Cik Nam yang buka cerita.

“ Dah jodoh Kak Lia bukan Farid. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.” Jawapan klise di berikan. Dahlia sedar mesti ramai yang tertanya tanya. Bukan semua yang tahu kisah dia putus tunang. Ketika rombongan pengantin lelaki sampai, terdengar bunyi macam langau. Masing masing bersoseh soseh. Biarlah apa pun orang nak kata, janji aku selamat bernikah dengan Amir. Alhamdulillah, aku tidak menjadi isteri Farid Buncit.

Dua orang wanita separuh abad masuk ke bilik. “ Tania, Lydia, Erin! Awat duk perap dalam bilik pengantin. Pi makan. Sat lagi kita nak balik”  Tiga dara itu segera mengangkat kaki bila di terjah ibu mereka.

“ Auntie Jah dengan Auntie Balqis dah makan?” tanya Dahlia pada dua wanita yang sudah melabuh tubuh di katil pengantin yang di rias cantik dengan

“ Dah. Sedap lauk. Siapa masak? Tak nampak pun orang kampung merewang” kata Khadijah  sepupu arwah ibunya yang turun dari Alor Star.

“ Babah pakai caterer. Ni kenduri kecil saja. Nanti bila sanding  baru lah rewang”

“ Berapa umur suami Lia tu? Nampak tua sikit, kan?”  tanya Khadijah.

“  34” jawab Dahlia. Hampir sepuluh tahun beza umur mereka. Kalau dia berjumpa Amir sepuluh tahun lalu pasti lelaki itu tidak akan pandang dua kali  pada remaja comot berumur 15 tahun. Inilah yang di katakan jodoh.

“ Baguslah macam tu. Biarlah laki tua sikit, lebih matang dan sabar. Kalau muda sama muda, dua dua panas baran. Asyik nak bergaduh. Kerja apa , laki hang? Auntie tengok macam orang senang depa tu.” Komen Balqis pula.

Keluarga Puan Sri Sabihah agak low profile. Jarang sekali gambar mereka keluar majalah atau suratkhabar. Ahli keluarga Dahlia  sendiri kebanyakan nya bekerja dengan kerajaan. Tak ambil pot sangat dengan dunia korporat. Tiada di antara mereka yang kenal peneraju Perkasa Holdings. Lebih lagi Puan Sri Sabihah dan Datuk Azmi tidak mengguna gelaran mereka bila memeperkenalkan diri pada tetamu lain. Keluarga tersohor itu sudah banyak berubah sejak kebelakangan ini.

“ Dulu dia cikgu tapi dah berhenti. Dia nak join family business.” Dahlia menjeling pada makcik makcik yang sedang menilik dulang hantaran. Hantaran gabungan warna pic dan putih gading nampak classy dan tidak semak. Syukur, Puan Sri Sabihah akur dengan permintaan nya. Wang hantaran RM10,000 di anggap berpatutan.

“ Banyak juga gaji cikgu la ni. Cincin Lia tu bukan murah. Berlian dia elok. Kasut dengan beg pun brand Italy. Prada ni busuk busuk pun tiga empat ribu. Takkan dia beli di Siam kot.” Khadijah seolah tak puas hati.

“ Hai Jah, Amir dah lama kerja. Mestilah dia dah banyak simpan duit. Awatlah hang ni…”  balas Balqis.

“ Aku tanya saja. Salah kah?” potong Khadijah dengan suara makin tinggi.

Adoyai, makcik aku  dua orang ni! Ada saja modal nak bertekak. Nasib baik suami mereka masuk bersama Hj Zul ketika itu

Dahlia bersalaman dengan kedua bapa saudaranya. “ Tahniah Lia. Yang hang pa dua orang dok bising ni apa pasal? Sampai depan rumah boleh dengaq.” perli Feroz, suami Khadijah.

Khadijah dan  Balqis terus sentap. “ Kami lama tak jumpa Dahlia. Mestilah nak tau cerita dia. Siapa laki dia, mai dari mana , kerja apa?”

“ Hang pa ni patut kena hantaq pi jadi wartawan CNN di Mesir.“ Terkekeh ketawa mereka semua kecuali Khadijah dan Balqis yang makin mencuka.

“ Dah pukul tiga ni. Tak ingat nak balik kah? Esok budak budak nak sekolah.” Kata Hj Masnan, suami Balqis.

“  Jom kita pi jumpa Darina sat. Lama tak jumpa orang Amerika. Lepas tu kita balik” putus Feroz.

“ Terimakasih Auntie, Uncle semua sebab sudi datang. Drive carefully ya.” Ucap Dahlia. Pipinya di cium oleh Khadijah dan Balqis. Sebaik mereka berempat meninggalkan bilik. Dahlia melepaskan nafas lega.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 03:32 PM | Show all posts
“ Ramai lagi ke tetamu, Babah?” Dahlia menghempas tubuh ke sofa di depan katil. Biarpun baju nikah rekaan Rizalman yang tersalut di tubuhnya amat cantik tapi dia kepingin menyarungkan baju T dan seluar jeans lusuh. Kepalanya  gatal setelah di sembur hairspray dan di litup dengan selendang renda. Sedapnya kalau boleh tanggalkan selendang dan ikat ekor kuda. Lepas tu aku nak bedal nasi minyak puas puas. Tadi aku cuma sempat makan semulut dua nasi putih sebelum mak andam datang. Ada ke patut Amir seorang saja dapat makan sedap sedap sedangkan aku terpaksa duduk dalam bilik. Apa punya adat ni!

“ Ada lah dua tiga family lagi. Puan Sri Sabihah dengan keluarga dah nak balik. Jom, kita jumpa mereka”  Dahlia terus melangkah keluar. Sejak pagi , inilah kali pertama di keluar dari kurungan. Matanya menangkap Darina sedang berbual dengan Amir di tepi khemah. Keduanya nampak serius. Hati Dahlia di jentik perasaan yang susah di tafsir. Takkan lah aku cemburu kot. Kakak aku bini orang, bakal ibu pula tu. Sedari semalam dia tidak berpeluang berbual panjang dengan Darina. Kakaknya tidur tak menentu kerana jet lag. Bila Darina bangun, dia pula sibuk dengan itu ini. Apakah kakak mengenali Amir sebelum ini? Kemungkinan itu ada, umur kakak dan Amir tak jauh beza.

Sedang dia memerhati Darina dan Amir, Amir mengalih pandangan ke arahnya. Senyuman Amir melenyapkan segala gundah. Tampannya Amir berbaju Melayu putih dan songket berjalur biru kuning. Tangannya yang masih berbalut lansung tidak mencacatkan penampilannya. Dengan beberapa langkah Amir berada di sisinya.

“ Siapa bagi permission keluar bilik?”  Dia menggengam jari jemari Dahlia.

“ Eee,  kalah mak andam lah awak ni. Dah penat tau saya kena kurung. Babah ajak keluar sebab Puan Sri dah nak pulang”

Amir berdehem. “ Excuse me, sayang. It should be “ abang” , not “awak”. And “ Mummy” not Puan Sri” katanya separa berbisik. Pangkal hidungnya menyentuh telinga Dahlia. Muka Dahlia merona. Haperlah Amir ni, depan orang pun nak buat aksi romantik. Sabar jerlah. Puan Sri Sabihah dan Datuk Azmi mendekati mereka.

“Lia. Mummy gembira sangat sebab hajat Mummy nak bermenantukan Lia dah tercapai. Welcome to the family. Mummy doa semoga perkahwinan Lia dengan Amir berkekalan ke akhir hayat. “ Dahlia sebak bila di peluk oleh ibu mertua nya. Puan Sri Sabihah nampak begitu gembira walaupun wajahnya pucat sedikit.

“ Congrats bro. I’m so happy for you. Jaga Lia baik baik. Lia, Abang harap Lia jadi isteri yang solehah. ” Datuk Azmi memeluk adiknya.

“ Kak Elly mana?” tanya Amir sambil meninjau sekeliling. Kedua anak saudaranya sedang berbual dengan sepupu Dahlia tapi ibu mereka tidak kelihatan.

“ Oh, dia dah balik ke rest house lepas makan. Dia tak berapa sihat”  Datuk Azmi berhelah. Yang sebenarnya isterinya tak habis habis kompelin. Semuanya tak kena.

“ Tak bawa dia ke klinik?” tanya Dahlia. Firasatnya mengatakan Datin Elly tak betah dengan suasana begini. Orang sepertinya biasa menghadiri majlis perkahwinan di hotel 5 bintang saja. Lagipun impiannya untuk menjodohkan Amir dengan sepupunya Nia Aurora tak kesampaian. Ketika upacara nikah dan membatalkan air sembahyang pun mukanya muram. Jelingan tajamnya membuat Dahlia tak senang duduk. Macam mana lah aku nak tinggal serumah dengan dia nanti.

“ Hummph.. kejap lagi okay lah tu.  Bukan sakit teruk. Jomlah kita balik, Mi. Bagi peluang untuk Amir dengan Dahlia berehat. Dari pagi tadi sibuk layan tetamu.” Puan Sri Sabihah mencium Dahlia dan Amir. Usu membekalkan lauk pauk dan nasi untuk mereka sebelum mengiringi mereka ke kereta.

“ Jom lah kita masuk. I nak spend time with my wife. Dah 3 jam kita kahwin, tapi dapat tengok you 15 minit saja. ” Tangan Amir melingkari pinggang Dahlia. Dahlia tertunduk malu dengan muka yang merona. Dia cuba menjarakkan diri tapi pautan Amir kemas. Kakinya  tersadung di bendul pintu.

“ Ni baru pegang sikit dah gelabah. Nasib baik tak terjatuh.” Amir memaut tubuhnya sambil ketawa.

“ Tak payahlah pegang. Saya boleh jalan lah” bantah Dahlia. Eee…belum apa apa dah ambil kesempatan. Ambil kesempatan? Bukan kah Amir suami yang berhak atas aku. Aduh, aku perlu lakukan anjakan paradigma dari sekarang.

“ Kenapa ni Lia? Jalan baik baik, nak” tegur Mak Long yang sedang berehat di ruang tamu.

“ Lia laparlah. Tak sempat makan lagi. ” Dahlia meraba perutnya.

“ Kesiannya. Mak Long suruh orang dapur siapkan.”

“Kita makan kat dapur ya. I pun dah lapar balik.” Amir ke dapur mengikut Mak Long

Dahlia terus ke bilik. Dah boleh salin baju… yeay! Selendang di tanggalkan dan rambutnya yang keras dengan spray dan gel di sisir. Kain baju kurung di lucutkan. Lega rasa. Sepasang baju kurung kain kapas Jepun di keluarkan dari almari. Walaupun dia ingat mengenakan T shirt dan seluar tapi apa pula kata saudara mara yang masih ada di luar. Sedang dia membuka zip baju, pintu di kuak.

“ Cikgu Amir! Keluar!” Spontan dia menjerit sambil menolak pintu.

“ Sayang, ini bilik I juga kan”

Oops, lupa. Dahlia membuka pintu dan berlari masuk ke bilik air dengan persalinan pakaian. Amir menanggalkan sampin lalu duduk di birai katil. Tak lama kemudian Dahlia keluar.

“ You tak apa apa?” Dahlia menggigit bibir bawah. Amir menariknya ke katil. Dada Dahlia berdebar kencang. Istilah yang betul malam pertama, bukan petang pertama.

“ Jangan lah takut. I tak buat apa apa. Not until you are ready.” Rambut Dahlia yang menutupi wajah di kuis lembut. Nafas Amir tersekat di kerongkong bila Dahlia tersenyum dan mencapai tangannya. Cantiknya dia. Dan gadis ini sekarang milik ku.

“ Sorry. Saya ni kalut sikit. “

“ Bukan sikit. Banyak. I tengok you macam kena kawin paksa saja”

“ Taklah. Tak baik tau Cikgu Amir cakap macam tu” Dahlia makin selesa. Tubuhnya di sandarkan di kepala katil sebelah suaminya. Amir menarik nafas. Aroma tubuh si dara mendera naluri lelakinya.  Ini yang tak best bernikah pada siang hari. Lamanya nak tunggu malam pertama.

“ Asyik asyik Cikgu Amir. Okay, malam ini I akan jadi cikgu Biologi . Kita belajar bab anatomi. Bila dah pandai kita ke bab persenyawaan.” Pinggang Dahlia di cuit.

“ Aaa… tak nak ..tak nak” Dahlia ketawa terkekeh terus melompat turun dari katil.

“ Jomlah kita makan. You will need the energy later” Amir menarik Dahlia keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:37 PM | Show all posts
thanks smiley....
best...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:47 PM | Show all posts
Reply 2130# sang_arjuna


wah, smiley
Terima kasih daun keladi
Jangan lupa tepek lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:47 PM | Show all posts
huhuhuuhuhuhuhh..... kelakar2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 03:51 PM | Show all posts
akhirnya....sambung lg yer smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 04:17 PM | Show all posts
akhirnya...
kita suka...kita suka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 04:58 PM | Show all posts
huhuhuh memang lawak....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 05:22 PM | Show all posts
Uwahh komidi romantik ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 05:51 PM | Show all posts
cikgu amir nak jadi cikgu biologi pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 06:33 PM | Show all posts
kak smiley..nampknya mlm ni kiteorg kena tggu tuk belaja biologi kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.742276 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list