|
yer la..confirm la dalam tangan dorg
sudugaru Post at 8-12-2011 17:11
harap2 dorg anta 1st team kali ni... takut kena belasah lg dgn team yg belasah dorg ari tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2121# sudugaru
tu pn kalu tak kna blasah ngn man city kat final nti ler.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 dorg anta 1st team kali ni... takut kena belasah lg dgn team yg belasah dorg ari ...
NoX Post at 8-12-2011 17:21
tersangatlah betul..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply sudugaru
tu pn kalu tak kna blasah ngn man city kat final nti ler..
antagenaiz Post at 8-12-2011 17:23
betul..betul |
|
|
|
|
|
|
|
up~ asl dah ke bawah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
86.. my feveret number |
|
|
|
|
|
|
|
morning miss roses... |
|
|
|
|
|
|
|
morning miss roses...
NoX Post at 9-12-2011 09:26
hai.. abg joe.. wawah dh tukar avvy |
|
|
|
|
|
|
|
Lucas xde, Spearing xde, kompem mgu ni Jonjo Shelvey main tgh |
|
|
|
|
|
|
|
Suarez bersalah - FA
LUIS SUAREZ (tertiarap) dituduh berlakon merebahkan diri untuk mendapatkan sepakan penalti. Aksinya itu dikecam penyokong-penyokong Fulham sehingga dia menunjukkan isyarat lucah, Isnin lalu.
LONDON - Persatuan Bolasepak England (FA) semalam memutuskan penyerang Liverpool, Luis Suarez bersalah kerana menunjukkan isyarat lucah ketika pasukannya kalah kepada Fulham pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu.
Menurut FA, penyerang Uruguay itu akan dihukum kerana 'isyarat lucah yang ditunjukkan kepada peminat Fulham di penghujung saingan'. Suarez mempunyai masa hingga Isnin depan untuk bertindak balas terhadap pertuduhan tersebut.
Liverpool juga dikenakan tuduhan berasingan kerana gagal mengawal pemain-pemainnya selepas mereka kehilangan pemain tengah, Jay Spearing yang dibuang padang dalam perlawanan yang sama di Craven Cottage.
Reds dalam satu kenyataan berkata: "Liverpool FC hari ini menerima pemberitahuan daripada Persatuan Bolasepak tentang keputusan mereka menjatuhkan hukuman terhadap kelab dan Luis Suarez berikutan perlawanan menentang Fulham.
"Kelab akan mengambil masa yang bersesuaian untuk mengkaji semula dokumentasi yang dihantar kepada kami sebelum membuat kenyataan lanjut."
Fulham menang 1-0 pada perlawanan itu, berterima kasih kepada jaringan lewat Clint Dempsey selepas Liverpool terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
Suarez yang dihukum FA pada November lalu kerana melakukan serangan berbau perkauman terhadap pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra, merasakan dia patut menerima penalti dalam perlawanan, Isnin lalu, selain satu jaringannya tidak dibenarkan.
"Kami akan membantu Luis semampu yang boleh dan saya rasa sudah sampai masanya dia memerlukan sedikit perlindungan dari sesetengah orang," kata pengurus Liverpool, Kenny Dalglish, yang mengakui tidak melihat insiden melibatkan Suarez dan Fulham.
Suarez juga menjadi mangsa ejekan penyokong Fulham yang berulang kali berteriak 'penipu' kerana menganggap pemain itu mudah terjatuh apabila dicabar pemain lawan.
Bagaimanapun Dalglish berkata, dia terkejut dengan ejekan itu, sambil menegaskan: "Integriti Luis tidak perlu dipersoalkan. Dia boleh memandang ke cermin dan tidur tanpa sebarang gangguan."
Pada perlawanan Isnin lalu, Spearing dilayangkan kad merah terus daripada pengadil, Kevin Friend kerana mengkasari Mousa Dembele.
Pemain itu dilihat telah memenangi bola tetapi lawannya terjatuh kemudian. Keputusan pengadil menimbulkan kemarahan pemain-pemain Liverpool yang lain.
"Sudah tentu Jay sangat terkejut tetapi kami akan tengok balik perkara ini dan lihat sama ada kami boleh merayu.
"Anda perlu bertanya kepada pengadil apa tafsirannya dan bagaimana tahap penerimaannya. Jay tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengkasari lawan, dia cuma mahu memenangi bola dan itu yang dilakukannya pada perlawanan tersebut,'' kata Dalglish. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Bincang baharui penajaan Liverpool
LONDON - Standard Chartered Bank akan mengadakan perbincangan dengan Liverpool FC dalam tempoh 12 bulan akan datang berhubung aspek memperbaharui penajaan dengan kelab bola sepak terkenal di dunia ini.
Ketua Hal Ehwal Korporat Kumpulan, Gabin Laws berkata, bank yang beribu pejabat di London itu memulakan penajaan dengan Liverpool pada musim 2010 untuk tempoh selama empat tahun.
Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nilai sebenar penajaan Standard Chartered ke atas Liverpool, sebaliknya hanya berkata, apa yang dilaporkan dalam media adalah 'dalam lingkungan' nilai tersebut.
Media British ketika itu memetik sumber mengatakan nilai penajaan itu ialah 20 juta pounds (RM100 juta).
Ditanya sama ada perbincangan itu akan melibatkan juga soal pembinaan stadium baru, Laws berkata, pihaknya ada suatu 'perjanjian lelaki budiman' iaitu akan berbincang mengenainya bila kelab bola sepak itu mahu berbuat demikian.
''Kami tidak berbincang panjang lebar dengan Liverpool mengenai stadium setakat ini tetapi kami bersedia dan terbuka mengenainya," katanya di ibu pejabat bank itu di sini, semalam.
Ditanya mengapa bank itu memilih Liverpool sedangkan ia ketandusan kejuaraan, Laws berkata, kajian pihaknya mendapati Liverpool adalah sebuah kelab bola sepak ikonik yang memiliki peminat di seluruh dunia.
''Benar Liverpool tidak memenangi banyak kejuaraan tetapi ia langsung tidak menjejaskan populariti kelab itu. Ini disebabkan ia memiliki warisan dan sejarah yang merupakan elemen yang dikongsi sama oleh bank kami," katanya.
Terdahulu, Pengerusi Standard Chartered, Sir John Peace berkata, keputusan pihaknya memilih Liverpool didorong oleh faktor kelab itu boleh membantu meningkatkan perniagaan bagi bank itu di negara-negara yang memiliki potensi pertumbuhan besar, termasuk Malaysia.
''Setakat ini, pelaburan kami ke atas Liverpool mengatasi jangkaan. Ia adalah berbaloi. Para pemegang saham bank juga menyifatkan hasil yang diraih adalah cemerlang," katanya.
Peace berkata, pemilihan Liverpool bukan dibuat sembarangan kerana bank itu memiliki jawatankuasa khas memantau setiap pelaburan yang dibuat dan yakin bank boleh menikmati pertumbuhan yang disasarkan.
Beliau juga menceritakan pengalamannya mengunjungi Malaysia untuk menonton perlawanan persahabatan antara Liverpool dengan pasukan kebangsaan pada Julai lalu, yang dianggapnya 'begitu mengagumkan'.
''Lebih 80,000 penyokong Liverpool di kalangan rakyat Malaysia memenuhi stadium dan uniknya, mereka menyorak kedua-dua pasukan. Ia sesuatu yang tidak pernah saya lihat sebelum ini," katanya. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Joey Barton via twitter :
Joey7Barton Joseph Barton
"Bed time. Game tomo, love playing in front of knowledgeable audiences in historic arenas. Dreamt of scoring the winner their many a night..." |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool confirmed this afternoon that Lucas had successfully undergone surgery in Brazil on the Anterior Cruciate Ligament injury he sustained at Chelsea last week.
LFC medical staff were present during the procedure.
Lucas will now begin an agreed rehabilitation programme which will be overseen by the Club's medical team.
|
|
|
|
|
|
|
|
'FA England pilih kasih'
DALGLISH menganggap FA England gagal menangani kes membabitkan Suarez dengan telus.
--------------------------------------------------------------------------------
LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish seakan-akan mahu menempah bencana dengan Persatuan Bola Sepak (FA) England.
Secara terbuka, Dalglish mendakwa FA England bersikap pilih kasih membabitkan penyerangnya, Luis Suarez dengan bintang Manchester United, Wayne Rooney.
"Saya agak pelik melihatkan tindakan FA England mengemukakan rayuan untuk Wayne Rooney. Saya tidak fikir itu satu contoh yang baik," tegas Dalglish.
Rooney secara automatik dikena- kan hukuman penggantungan tiga perlawanan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas menerima kad merah ketika menentang Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012, Oktober lalu.
Selepas FA England mengemukakan rayuan, UEFA bersetuju mengurangkan hukuman tersebut kepada penggantungan dua perlawanan.
Bagaimanapun, Dalglish melihat situasi tersebut dengan isu yang hampir sama dihadapi Suarez.
Penyerang Uruguay itu akan dikenakan tindakan oleh FA England berhubung isu membabitkan pertika- man lidah dengan tonggak United, Patrice Evra pada Oktober lalu.
Suarez sekali lagi bakal berdepan dengan tindakan tegas daripada FA England yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Ful- ham ketika Liverpool tewas 0-1 di Craven Cottage, Isnin lalu.
Bagi Dalglish, beliau menganggap FA England harus melihat tindakan mereka sendiri sebelum menangani isu-isu lain.
Pengendali The Reds itu melabelkan cara FA England menangani masalah Suarez seperti bahan jenaka.
"Setiap orang di Liverpool termasuk pihak pengurusan, pemain dan penyokong akan sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakang Luis kerana mereka tahu hal yang sebe- nar.
"Jika orang lain mahukan kebena- ran, saksikan kembali rakaman aksi kami (menentang United dan Ful- ham)," ujarnya. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
lwn team2 power jerk liverpool btl2 liverpool lwn team2 bawahan jadi liverfool......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2139# apis^08
kahkahkah... apa? FC Basel? {:4_241:}
|
|
|
|
|
|
|
| |
|