|
Reply 2140# kelapamuda
Akak mencelah skit yea.
Rasanye elok begini, KL ---> bromo --> batu --->malang ---> surabaya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kelapamuda
Akak mencelah skit yea.
Rasanye elok begini, KL ---> bromo --> batu - ...
babycha Post at 5-6-2012 16:39
owh..gitu ke? sy turun surabaya.. tak pe ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2142# kelapamuda
Mmg turun surabaya. Maksud akak, t/down n trus ke bromo tanpa bermalam di surabaya.
2 hari terakhir baru tido di surabaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kelapamuda
Mmg turun surabaya. Maksud akak, t/down n trus ke bromo tanpa bermalam d ...
babycha Post at 5-6-2012 17:24
tu la...sy punya plan gini:
day 1 - sampai, shoot to batu, malang (tido)
day 2 - batu/malang (tak tido, balik surabaya)
day 3, 4 - tido surabaya
day 5 - KL...
---konpius da nk letak bromo ne..ikot hati mmg nak g--- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2144# kelapamuda
Klu nk ke bromo, ltk kt 1st day...
Dh alang2 smpi kn... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2144# kelapamuda
2 - 2 boleh... Touch down Surabaya kalo dah petang / malam, lebih baik overnite @ Batu dulu...
Tapi, kalau touch down Surabaya pagi / tengah hari, boleh shoot ke Bromo lagi.
Jarak tempuh Surabaya - Bromo lebih kurang cam Batu - Bromo gak.
ETD Kuala Lumpur jam berapa lak? Kena ambil kira gak. Sbb kalo last day (D5) tu balik tengah hari, dah tak leh buat apa-apa lagi pagi tuh... Sbb mall mulai buka jam 10 pagi. So kalau D5 balik tengah hari, hanya ada waktu 3.5 sampai 4 hari untuk ronda je... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply kelapamuda
Klu nk ke bromo, ltk kt 1st day...
Dh alang2 smpi kn...
babycha Post at 5-6-2012 20:21
ok... t sy susun... thnx kak cha... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2149# kelapamuda
ETD = Estimated Time of Departure
ETA = Estimated Time of Arrival
Sorry ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lot10 at 6-6-2012 13:57
Alhamdulillah dah selamat kembali dari Surabaya.
Ini laporannya..
Hari Pertama
Touchdown kat Surabaya airport pukul 11.45 a.m. Selesai urusan imigration keluar je dari pintu terminal, kami ambil teksi (KAHA) dan terus ke Hotel Ibis Rajawali. Harga lebih kurang IDR 115,000 (Avanza). Hotel dah booking siap2 dari Malaysia. Check in dan terus ke Jambatan Merah Plaza untuk makan tengahari dan shopping. Jambatan Merah Plaza ni ada dua bangunan. Ada JMP1 dan JMP2. Shopping mall ni tak adalah happening sangat macam Tanah Abang atau Pasar Baru. O.klah. Foodcourt dia kecik je. Foodcourt yang banyak choice kat JMP2. MCD pun ada kat sini. My doters gi buat spa kat hotel ibis ni tapi tak berapa best. Mungkin waktu tu dah nak tutup so pekerjanya dah penat kot. Malam ronda2 sampai kat pasaraya Giant yang berhampiran. Tapi tak beli apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Kedua
Selepas sarapan bersiap-siap untuk ke Taman Safari dan Bromo. Suami akak sempat solat subuh di Masjid Sunan Ampel. Ramai org kat sana. Kami dah siap booking transport. Memandangkan jalan ke Bromo sempit, kami booking 2 microbus dan 1 van luggage. Rombongan kali ni ramai coz cuti sekolah. Perjalanan ke Taman Safari lebih kurang 1 jam setengah. Sampai kat sana selain budak2 akak pun seronok gak. Dapat tengok binatang liar. Tapi nampak singa dan harimau macam mengantuk je. Ada baby zoo dan boleh tangkap gambar dengan mereka. Lama juga kami di sana. Dalam pukul 4 ptg baru kami bertolak ke Bromo. Kami dah siap2 makan di foodcourt kat Taman Safari tu. Tak silap akak ada 2 tempat makan. Foodcourt dan lagi satu tu Restoren Tiger Cafe/Cave?(lupa lak) |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ketiga
Di Bromo kami tidur di Bromo Permai 1. Sampai kat hotel hari dah gelap. Cuaca agak sejuk. Check in, lepas tu arrangekan utk gi sunrise. Kami booking 4 jeep. 1 jeep dia caj IDR 400,000. Makan malam di cafe kat hotel. Kat luar hotel pun ada kedai makan. Tapi dah penat sangat makan je kat hotel. Harga dia pun reasonable. Sewa baju sejuk kat hotel dalam IDR 25,000. Baju dia ok tak berbau. Mungkin hotel punya dia jaga sikit kot. Pukul 3.30 pagi org hotel ketuk pintu dan bersiap2 nak tengok sunrise. Ambil wudhuk dulu coz takut kat sana tak ada toilet. Lebih kurang 1 jam sampai di Penanjakan. Jalannya agak teruk sikit, sakit pinggang eden. Nasib baik wudhuk ada lagi. Sampai kat sana sembahyang subuh dulu. Alhamdulillah, ada toilet dan boleh ambil wudhuk. Dia caj dalam IDR 1,000 tak silap. O.klah tu.
Subhanallah, cantiknya pemandangan. Nampak gunung batuk, semeru dan bromo. Sori gambar tak ada. Tapi sama je dgn gambar2 yang forumers lain ambil. Selepas dari Penanjakan, jeep akan bawak ke padang pasir dan sampai di satu point dia akan berhenti. Dari situ kita boleh pilih sama ada nak jalan kaki atau naik kuda melintasi Pura Temple dan terus ke tangga nak tengok kawah Bromo. Akak pilih naik kuda tapi punyalah seram. Mengucap panjang, macam kuda padi jek. Harganya akak dapat IDR 100,00 pergi balik coz akak dah jalan halfway. Semput juga panjat tangga tu. Lepas puas bergambar, akak turun dan cari kuda tadi. Lepas tu dia org bawakkan ke jeep kita balik. Rupa2nya dari situ ke hotel dekat je. Tak sampai 10 minit dah sampai. Sampai hotel, breakfast dulu dan siap2 untuk checkout. Kat Penanjakan sempat beli bunga Edewiss. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami check out dari Hotel Bromo pukul 10 pagi. Masa nak bertolak bus kami rosak pulak. Tapi selepas ditolak beramai2 baru enjinnya hidup. Plan seterusnya nak gi ladang epal. Tapi memandangkan kesuntukan masa kami terus balik ke Surabaya. Di Surabaya kami tidur di Hotel Cendana, berhampiran dengan Hotel Fave. Sebelah hotel Cendana ada Restoran Padang Sederhana. Kami sampai di hotel Cendana agak lewat, nasiblah pihak hotel tak cancel booking. Harga hotel dalam IDR 390,000 (rate weekdays).
Selepas maghrib, kami ke Tunjungan Plaza. Dari hotel ke TP dalam 10 minit jalan kaki. Tak adalah jauh sangat. Budak2 seronok sangat dapat shopping mall. Masa kat Jembatan Merah Plaza tu dia org kata tak best, maklumlah shopping kategori org tua2. Kat sini ada SOGO. Ada juga UFO factory outlet (tapi luar shopping mall). Makan malam kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lot10 at 6-6-2012 14:38
Hari Keempat
Hari ini last day dan free n easy. Lepas solah Subuh, sempat lagi gi Masjid Sunan Ampel dan sempat beli telekung dan batik kat sini. Kat lorong ke Masjid ni ada jual2 barang2 macam kat Mekah. Ada jubah, kurma, kopiah dll. Rupa2nya ada lagi satu lorong yang byk kedai. Tapi bukanya jam 9 pagi. Lepas shopping di sini, kami balik ke hotel dan breakfast. Adik beradik akak yang lain check out awal coz flight dia org dalam pukul 12.00 tghari. Akak n family je flight pkl 6 ptg. Sempat merepeat ke TP coz malam tadi ada nampak satu spa untuk urut badan. Suami dan anak lelaki akak ambil refleksologi. Tukang urutnya lelaki. Harganya IDR 55,000 seorg selama 1 jam. Tapi husband akak kena IDR 60,000 sebab gendut katanya. Kurang asem betul. Akak pulak ambil massage dan ear candle dalam 1jam setengah. Ini tukang urutnya perempuan yek. Best jugak urut lepas panjat gunung Bromo. Sampai tertidor2.
Mintak check out dalam pukul 1.30 p.m. Nasib baik o.k. Lepas check out makan tghari kat Restoran Padang Sederhana dan lepas tu terus gi airport. Org hotel nasihatkan pergi airport sebelum pkl 3 ptg nak mengelakkan dari org balik keje. Alhamdulillah, selamat sampai kat airpot. Airport tax dalam IDR 150,000 seorg. Overall puas hatilah. Sekian laporan dari akak. Terkilan tak dapat gi ladang epal. Yang sedihnya bunga edewiss akak tertinggal kat hotel Bromo. Kalau ada rezeki , insyaallah nak gi batu-malang pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by badar5 at 6-6-2012 16:13
Reply 2154# lot10
as salam Lot10......akak nk tumpang tanya camne ya itinerary d Bromo tu? maksudnye klu kt tgal d hotel bromo permai or cemara indah, tgok sunrise dulu, then mendaki smpai ke kawah, kemudian apa lg aktivitinye? Naik kuda tu d kawasan mana? Klu akak nk ke savanah or pasir berbisik camne lak caranye? Ada kah itu satu perjalanan atau lain2??
terima kasih in advance . |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lot10 at 6-6-2012 17:11
Reply 2156# badar5
Dari hotel gi tengok sunrise di Penanjakan. Lepas tu jeep akan bawa kita gi padang pasir dan berhenti tak jauh dengan Pura Temple. Semua jeep akan berhenti kat situ. Dari sini nak ketangga ke kawah Bromo kita boleh naik kuda ataupun jalan kaki. Rasanya aktiviti naik kuda ni salah satu dari sumber pencarian mereka. Ramai gak tourists yang jalan kaki. Lepas tengok kawah Bromo, boleh gi savannah. Tapi yang ni dia orang caj tak silap dalam IDR 250,000 satu jeep. Tapi ni tak wajiblah. Terpulang pada kita. Dengar cite savannah pun cantik gak. Lepas savannah tu tak sure lah pulak kalau ada aktiviti yang lain. Mungkin boleh tanya dengan forummers yang lain. Harap dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
waaaahh... lama tak jenguk sini.. saya n family in law selamat berjalan2 cari pasal di Surabaya-Bromo-Batu-Malang selama 4 hari 3mlm last week. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nasihatkan semua jangan sesekali book dengan Lintang Buana PT travel agent. Service dan layanan dan kesemuanya sangatlah mengecewakan. Rasa macam tak berbaloi sangat walaupun harga yang dioffer sangat menarik.
Please beware everyone. |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
waaaahh... lama tak jenguk sini.. saya n family in law selamat berjalan2 cari pasal d ...
june_bunga Post at 11-6-2012 13:54
yeke? cerita la pengalamn kat sana.. ley gak timba ilmu~~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|