CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: srumut

Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!

 Close [Copy link]
Post time 9-1-2009 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 9-1-2009 04:05 PM


kalo sengaja kalah....
takkan dapat xpert manager....
musti dengan perasaan yang ikhlas...mau elak dr kalah besar........

itu peraturan yang terdapat dlm buku xpert
huhuhuh

lepas ni aku akan ikut cara buku ko tuh..aku akan kalah dgn team kuku dgn penuh ikhlas dan sabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2009 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by mirage_46 at 9-1-2009 10:37 AM
MATCH HIGHLIGHT divisyen 3 takder ke?


nnt aku buat....bz sgt skrg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 04:22 PM | Show all posts
Originally posted by ibujarikaki at 9-1-2009 04:13 PM

lepas ni aku akan ikut cara buku ko tuh..aku akan kalah dgn team kuku dgn penuh ikhlas dan sabar



tapi jangan kalah lebih dari 2 gol..
kalo lih buat sampai jadi kalah 2 - 0 jerk...
jgn buat slalu...
musti selang2 taw...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 9-1-2009 04:05 PM


kalo sengaja kalah....
takkan dapat xpert manager....
musti dengan perasaan yang ikhlas...mau elak dr kalah besar........

itu peraturan yang terdapat dlm buku xpert
huhuhuh

player dia pun dpt expert 11..forward..  mcm dia je mng game
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 04:29 PM | Show all posts
Originally posted by neo-painkillerz at 9-1-2009 04:22 PM



tapi jangan kalah lebih dari 2 gol..kalo lih buat sampai jadi kalah 2 - 0 jerk...jgn buat slalu...musti selang2 taw...   

lwn cekam aku akan set baaaaikk punya klh 2-0   hrp2 tim aku berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 05:05 PM | Show all posts

Reply #2145 ibujarikaki's post

xheran..musim lpas..keeper bolos 5 bijik pon dpt xpert eleven

pelik sket sistem neh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2009 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by ibujarikaki at 9-1-2009 03:57 PM

dah 2 hari aku berfikir cemana tim kalah boleh dpt.. kalo gitu, aku pun nak kalah.. nnt dpt hadiah VIP
bagus sgt ke taktik dia?

aku dah 2 game berturut2 kalah tapi tak dapat manager terbaik pon..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 06:58 PM | Show all posts
Originally posted by koben19 at 9-1-2009 05:26 PM

aku dah 2 game berturut2 kalah tapi tak dapat manager terbaik pon..


kalah 2 berturut taklih...langgar hukum buku xpert...
musti kalah selang2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2009 12:03 AM | Show all posts
player2 aku sekor pong blum dpt xpert 11 lagik.... managernye lagik le pulokkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 12:19 PM | Show all posts
team aku dah 2 kali kalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 01:43 PM | Show all posts

Reply #2149 pacubob's post

mgr cap ayam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2009 08:39 PM | Show all posts
25 perlawanan telah berlangsung lagi di semua division  hari Khamis lalu.
Prebiu Match 1 LCX Premier
Khamis jam 4 ptg -08/01/09
5 perlawanan berlangsung bagi pasukan LCX Premier petang kelmarin
Keputusannya:

Nasri Kawase FC  2 - KBM unite O
Pasukan Nasri Kawase FCmeneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan juara Div 1 musim lalu, KBM unite dengan keputusan 2 gol tidak berbalas. 1-2. 蓆ienne Grasset memberi gol pertama buat tuan rumah pada minit 9 babak pertama sebelum Th閛dore Celle meneruskan sentuhan berbisanya menerusi gol kedua pada minit 53 bagi melengkapkan kemenangan tuan rumah di hadapan ribuan penyokong mereka. Satu kadkuning dan 1 kad merah dilayangkan oleh pegawai perlawanan iaitu buat pemain yang sama dari pasukantuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Isak Ehrsson
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Gaetano Galante
Isnin depan pasukan Nasri Kawase FC bakal berkunjung ke Giggsy Lane bagi berdepan dengan pasukan kor fc yang dijangka pasukan pelawat tidak menghadapi kesukaran untuk 3 lagi mata penuh manakala pasukan KBM unitepula akan menanti kunjungan pasukan Saro FC di Shah Alamanda yang menjanjikan aksi yang menarik.

Saro FC 0 - TRUE BLUE FC  0
Satu-satunya keputusan seri di LCX Premier bila pasukan Saro FC gagal memanfaat peluang di laman sendiri apabila diikat seri tanpa jaringan dengan pasukan TRUE BLUE FC. Stategi pasukan pelawat yang mengunakan taktik bertahan berhasil apabila hanya 5 peluang dimiliki oleh pasukan penyandang juara namun dinafikan oleh kecemerlangan penjaga gol pasukan TRUE BLUE FC yang beraksi cemerlang.
Empat kad kuning dilayangkan dalam perlawanan tersebut dimana tiga untuk pasukan pelawat dan satu buat pasukan tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Sheldon McCafferty
Pemain Terbaik pasukan pelawat:   Rocco Castorina
Aksi Isnin, pasukan Saro FC bakal berkunjung ke Shah Alamanda bagi berdepan dengan pasukan KBM unite manakala pasukan TRUE BLUE FC bakal berkelana ke Stadium Temohberdepan dengan Team Kuku Cekam.

korr fc  0  - Saja Saja F.C  3
Dengan kemelut pentadbiran kelab yang dilanda masalah, pasukan Saja saja FC tidak menghadapi masalah untuk mengutip 3 mata penuh apabila bergaya menundukkan pasukan tuan rumah korr fc dengan keputusan 3-0. Gol dari Arthur Rowlands(9) , Jacques Raoux( 70) dan pemain gantian Geirmund Refsvik(84) memberi kemenangan pertama buat pasukan pelawat musim ini. Vincent Privat dari pasukan Saja Saja F.C satu-satunya pemain yang dikena kad kuning pada perlawanan tersebut.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Darrell Tenser
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Vincent Privat
Isnin nanti pasukan korr fc bakal menanti kunjungan pasukan Nasri Kawase FC manakala pasukan Saja Saja F.C bakal melayani kunjungan pasukan KaCak FC di Stadium Saja Saja.

KaCak FC   1  -  Rocky FC  2
Pasukan KaCak FC tewas buat kali pertama musim ini apabila tunduk 1-2 kepada pasukan Rocky FC di gelanggang sendiri khamis lalu  Pada minit 4 lagi pasukan pelawat sudah di depan menerusi Alexandre Rosado sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti Martinho Valim pada minit 14. Namun pada minit 34 pasukan Rocky FC kembali di depan apabila Wilfred Linton merembat rendah untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah bagi memberi 3 mata mutlak buat pasukan pelawat. Tiada gol pada babak kedua di ol trapod. Satu kad kuning dilayangkan dan ianya buat pemain tuan rumah.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah:Vin韈ius Ourique
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Michael Murfin
Perlawanan berikutnya Isnin ini, pasukan KaCak FC bakal berkunjung ke Stadium Saja Saja bagi berdepan dengan pasukan Saja Saja F.C manakal pasukan Rocky FC akan menanti kunjungan pasukan CFC Koben di Sungai Penchala.

Team Kuku Cekam  1   -   CFC Koben  0
Kemenangan pertama buat pasukan Team Kuku Cekam di LCX Premier apabila menundukkan pasukan CFC Koben menerusi jaringan tunggal Arthur McDowell pada minit 21. Pasukan tuan rumah dilaporkan menguasai permainan dan biarpun hanya satu gol namun ia sudah cukup untuk menceriakan ribuan penyokong mereka dengan 3 mata penuh di Stadium Temoh.Empat kad kuning dilayangkan buat pasukan tuan rumah dan satu buat pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Arthur McDowell
Pemain Terbaik pasukanpelawat: Haggis McFadden
Aksi berikutnya Isnin depan, pasukan Team Kuku Cekam bakal menanti kunjungan pasukan TRUE BLUE FC manakala Pasukan CFC Koben akan berdepan dengan pasukan Rocky FC di Sungai Penchala.

KIta nanti keputusan kelima-lima perlawanan ini Isnin nanti!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 05:09 PM | Show all posts

FINAL SKOR GAME 2 & PREVIEW GAME 3 DIV 3

GAME : 4.00 PM 08012009

Kundur United 6 vs Arsengal 0

Arsengal meneruskan kesengalannya apabila dibelasah di kandang lawan pulok masih dgn 6 bijik gol berbalas telo ayam.Perlawanan berat sebelah di star ini dikuasai sepenuhnya oleh pasukan tuan rumah.Gol2 dijaringkan oleh I Aubourg 3 jibik,J-P Cuzin 2 jibik dan kapitan pasukann Kundur,A Jarrige 1 bijik.Pengurus Arsengal,Enche Sham1609 yang masih tak muncul2 sejak 30/12/2008 dan mungkin tidak akan memunculkan diri lagi dan sebab musababnye hanya beliau yang tahu.

Isnin depan pasukan Kundur United bakal berkunjung ke YokohaMA Stadium menentang Scooby Doo fc dan diramalkan melihat prestasi semasa pasukan pelawat tidak menghadapi masalah untuk memungaut 3 mata penuh manakala adakah Arsengal akan meneruskan rentak kesengalannya ataupun BahamRambang United yang juga hilang pengurus pasukan akan beraksi di amno2 jelah dalam perlawanan yang paling hambaq lagik tawaq.

BahamRambang United 0 vs padang jawa fc 1

Perlawanan dilangsungkan di mano2 jelah ini berkesudahan dengan kemenangan pasukan pelawat dan gol itu berjaya dijaringkan oleh Sascha von Gleistach pada minit ke 11.Perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh pasukan padang jawa fc ini menyaksikan hanya satu kad kuning dilayangkan kepada pasukan pelawat,Günther Schneider.BahamRambang United mengalami sedikit masalah teknikal kerana pengurusnya tidak pernah muncul2.Apa masalah yang dialami masih lagik tidak diketahui sehingga ke saat ini.Yang peliknya pasukan BahamRambang United ini cuma mengalami kekalahan tipis 0-1 pada 2 perlawanan pertamanya.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan 2 "tim tanpa kepala" iaitu BahamRambang United akan menanti kunjungan Arsengal di mano2 jelah dan amatlah sukar untuk meramal keputusan perlawana ini kerana tiada apa yang dapat dijadikan panduan manakala padang jawa fc akan berkunjung ke Stadium De Asbestos menentang AC Acstakonna dan diramalkan padang jawa akan menghadapi kesukaran utk mencatat kemenangan kerana AC Acstakonna pasti bermain bermati-matian untuk mencatat kemenangan pertama di kandang sendiri.

Bayangan Merah Jambu 2 vs AC Acstakonna 1

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Merah Jambu berkesudahan kemenangan kepada pasukan tuah rumah dengan jaringan dihasilkan oleh Darcy Gregson dan Steffen Lemke bagi pasukan tuah rumah dan pelawat berjaya menjaringkan 1 gol saguhati oleh Aurélio Paz pada minit2 akhir permainan.

Isnin nanti Bayangan Merah Jambu akan berkunjung ke Padang Awam menentang Tempoyak Hotspur dan ramalan pak nujum mengatakan perlawanan sengit ini akan berkesudahan kemenangan kepada pasukan tuan rumah manakal AC Acstakonna menanti dengan penuh debar kunjungan pasukan padang jawa fc.

Tip Top fc 0 vs Tempoyak Hotspur 1

Tempoyak Hotspur berjaya mencatat kemenangan bergaya di kandang lawan abila membenam Tip Top fc hasil jaringan Masaru Yanagisawa pada minit ke 56.Perlawanan yang dikuasai oleh pasukan pelawat ini dicemari dengan 3 kad kuning,2 kpd pasukan pelawat dan 1 kpd pasukan tuan rumah manakala 1 kecederaan ringan dialami oleh setiap pasukan tetapi situasi pemain itu tidak membimbangkan.

Perlawanan setrusnya bagi Tip Top fc ialah menentang Gang Bang fc dan berdasarkan prestasi semasa tuan rumah akan terkulai layu di tasik madu di kandang sendiri manakala Tempoyak Hotspur dijangka akan menghadapi tentangan sengit di kandang sendiri menentang Bayangan Merah Jambu.

Gang Bang fc 2 vs Scooby Doo fc 1


Perlawanan berat sebelah yg berlangsung di mirage stadium ini berkesudahan dengan kemenangan hanya 2-1 berpihak kepada pasukan tuan rumah dgn gol2 dijaringkan oleh Berne Christ 2 jibik bagi pasukan tuan rumah dan Vidal Fraga menghasilkan gol saguhati bagi pasukan pelawat.Kehebatan penjaga gol Scooby Doo fc, Feliciano Fernandes menafikan byk peluang keemasan di depan gol pasukan Gang Bang fc.

Setrusnya nnt Gang Bang fc akan berkunjung ke Kuala Medan menentang Tip Top fc dan diramalkan pasukan pelawat akan balik tersenyum hasil drp 3 mata yang mungkin akan dibawa balik ke kandang mereka manakala Scooby Doo fc akan menghadapi laluan sukar menentang Kundur United walaupun beraksi di kandang sendirik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 05:14 PM | Show all posts

Reply #2151 ShadowChaser's post

lawan tim don macho plak lepaih nih....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 08:55 PM | Show all posts
Originally posted by anakomar at 10-1-2009 12:19 PM
team aku dah 2 kali kalah ni


ikut hukum buku xpert.....mmg camtu....
biasa awal kalah 2 kali...pastu seri....
tapi kalo kalah tu....kena try mandi bunga....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 10:46 AM | Show all posts
hari ni lawan pendahulu liga..kompom team aku kalah kali ke3 berturut2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2009 11:13 AM | Show all posts


Preview Division 1 Liga Cari Xpert11,
Matchday 3


Sigit FC vz Perakman utd
Sigit FC menerimakunjungan PerakMan utd di Stadium Sigit, dgn cabaran sengit apabila PerakMan UTDdngn rekod 5 kemenangan liga berturut, termasuk 2 kemenangan dari 2 matchesmusim ini. Pertahanan Sigit FC setakat ini telah beraksi dgn baik, namun 2keputusan seri dlm 2 perlawanan ditempat sendiri myaksikan para penyokong mulamahukan aksi yg lebih baik kali ini. Perakman Utd telah mnjaringkan 9 gol,namun pertahanan mereka agak goyah dan dgn bolos 2 gol dlm tiap perlawanan,sesuatu yg boleh dimanfaatkan oleh pasukan tuan rumah. Penyerang PerakMan UTD,Yob Manjoi yg telah mnjaringkan 3 gol setakat ini merupakan man to watch kaliini, manakala pemain tgh Adrian Vivet bakal megemudi barisan tgh Sigit FC yg mungkinakan beraksi tanpa Sebastien Carron yg doubtful.

Atomic FC vs Testiru FC
Atomic FC berazam utk memperoleh kemenangan pertama liga musimini, menentang Testiru FC, yg membelasah ToneJoule FC 4-0 dlm perlawananlalu,dgn penyerang, Orgjen Bare mnjaringkan keempat2 gol tersebut. Namun dgnkekuatan serangan Testiru FC, pasukan tuan rumah mampu mengambil kesempatan dgnketiadaan pemain pertahanan, Zdravko Bogavac yg masih lagi out akibatkecederaan, seterusnya merunsingkan pengurus Testiru FC, Ariegoney yg berkemungkinanbesar mengekalkan formasi 3 pemain pertahanannya. Bagi Atomic FC, penyerangDenis Loviste kembali dari kecederaan, dan formasi trio penyerang setakat inimasih gagal mmbuahkan hasil, dan hanya Joacquin Carpintero yg berjaya mnjaringkan gol.

Negro United vs asyik Kalah FC
Tuan rumah telah pun menyuarakan keseriusan mereka utkmenerima kunjungan Asyik Kalah FC ptg ini dgn gesaan pengurus, encik Epitomeuntuk menjadikan stadium Stade de Negro sbgai Stadium Berpuaka musim ini.Gesaan encik Epitome ini disambut baik kapten pasukan, Noel Vannier yg dijangkaakan kembali menyertai kesebelasan utama petang ini.Negro United akan beraksitanpa pemain tgh, Gaston Perron yg digantung perlawanan. Asyik Kalah FC pulapasti mahu melupakan perlawanan lepas menentang Sigit FC, berkesudahan seri 2-2 dlm perlawanan yg amat dramatik,dimanaAsyik Kalah FC dilihat berjaya membawa pulang 3 mata penuh hasil jaringanErhard Harlander pd minit ke-89 sbelum bolos pd minit ke-90.

ToneJoule FC vs Changloon FC
Dua pasukan terbawah liga bertemu kali ini, dimana tuan rumah,ToneJoule FC yg tewas 2 kali berturut2 bakal mngambil peluang ini utk mengubahnasib mereka. Namun tugas berat pd ptg ini, apabila tuan rumah masih belummenjaringkan sebarang gol musim ini, dan penyerang mereka cuma terhad kpd 3org. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh Changloon FC utk meraihkemenangan pertama, namun akan beraksi tanpa Nesim Cetin yg digantungperlawanan kali ini.

Jarola FC vs DonTOughFC
Kedua2 pasukan terikat dgn mata yg sama, expect a veryentertaining match this evening. Kedua2 pasukan gemar bermain dgn menyerang,dgn byk percubaan ke arah gol dlm setiap perlawanan. Encik Pacubob semestinyaberharap playmaker, Patricio Tocho meneruskan aksi cemerlangnya pd ptg ini sambilcuba utk mengikat Mathius Silverio daripada terus mmbuka ruang utk Flavio DaRosa utk mnjaringkan gol. Namun persoalannya, siapakah yg akan menerajui serangan Jarola FC, apabila dlm 2 perlawanan lalu, Jarola FC  turun dgn dua penyerang berbeza manakala Don dilihat telah settle dgn gandingan Silverio dan Da Rosa.


[ Last edited by  Rocky_balboa at 12-1-2009 11:18 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 11:15 AM | Show all posts
defender kna power kalo main kat away neh. liga ni sakit tim aku nk mng ada duk tempt tercorot akhr musim
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 12:55 PM | Show all posts
WAAAAAAAA!!!! yesal xevaluate player ak nk beli   .........kene tipu kow2 ye....patut ye dia skil 7 las2 dapat skil 6 je....abis 5 jhota 8 ratus ribu......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2009 12:59 PM | Show all posts
................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 2.089027 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list