|
RIANZ PARADISE VOL. 67 - VOTE LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Originally posted by joenjohana at 19-3-2009 14:11
fuyyo....dah jd pakar pemakanan lak skang....akak nk borang KSM tak
*sambil genyeh mata*
ehehehe... xpo lah.. KIV kan jo borang tuh ehehe.. nih ai nak share... hubby ai baru fwd kat ai... ehehe.. renung2kan... dan... selamat mengamalkannnnnnnnn yee
Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan
Penurunan Berat Badan
Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu. Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg. Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan. - Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
Berisiko tinggi mendapat batu hempedu Elektrolit tidak normal Kekurangan nutrien Peningkatan asid urik - Kehilangan protein dan otot
· Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
· Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
· Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .
Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan BerlebihanObjektif Pengurusan Pemakanan Untuk menurunkan berat badan Untuk mengekalkan berat badan yang normal. Untuk menghalang peningkatan berat badan . Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung . Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga. - Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur
· Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia.
· Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang.
· Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
menggunakan sedikit minyak semasa memasak mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman. meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama. - minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat
Indeks Jisim Tubuh ( BMI )Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .
Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
BMI =
|
| Berat (kg)
Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )
|
Jika BMI anda adalah
| Anda adalah
| Kurang daripada 18.5
| Kurang Berat Badan
| 18.5 hingga kurang 25
| Normal
| 25 hingga kurang 30
| Berlebihan Berat Badan
| 30 atau lebih
| Kegemukan / Obesiti
|
|
Menu untuk Penurunan Berat BadanSaranan Pengpagibilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengpagibilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal . - Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda
anda ikut menu makanan seperti dibawah, insyallah berat badan anda akan menurun.
Menu 1200 kkalSarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
| 2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad - 1 cawan susu rendah lemak
| Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh)
| 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi 1 mangkuk sederhana sup sayur 1 keping ikan tenggiri kukus 1 biji limau - 1 gelas air kosong
| Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
| 3 keping biskut krim kraker - 1 gelas air kosong
| Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
| 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi 1/2 cawan kailan tumis 1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato ) 1 potong tembikai. - 1 gelas air kosong
|
Menu 1500 kkalSarapan
(7.00 - 7.30 pagi)
| 1 mangkuk sederhana mee hoon sup ( 1 cawan mee hoon ) + 1/2 cawan sawi + hirisan ayam - 1 cawan susu rendah lemak
| Minum Pagi
(10.00 - 10.30 pagi)
| 1 keping roti mil penuh - 1 gelas air kosong
| Makan Tengahari
(12.30 - 1.00 tgh )
| 1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi 1/2 cawan bayam tumis 1/2 cawan salad 1 keping ikan merah kari tanpa santan . 1 potong betik - 1 gelas air kosong
| Minum Petang
(3.30 - 4.00 ptg )
| 1 keping popia basah - 1 cawan susu rendah lemak
| Makan Malam
( 6.30 - 7.00 ptg )
| 1 keping capati 1/2 cawan ( dhal + kacang panjang + kentang ) 1/2 cawan bendi tumis 1 ketul peha ayam tandoori 1 potong tembikai susu - 1 gelas air kosong
|
Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan. - Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.
|
|
|
|
|
|
|
|
'Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang. '
adeh...kene jd vegetarian la plak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanyadiriku at 19-3-2009 13:44
hammboihhh xde mood pulok. apa problem nya sbnrnya? betol ke network card hancus?
akak borong buku2 ker.. majalah?
Network card + modem; sahler tu kena petir
Beli buku bought 7 titles bayar RM109 |
|
|
|
|
|
|
| |
|