|
Titan sedia bas pekerja percuma
Oleh Srihanasham Noordin
PASIR GUDANG: Masalah pengangkutan awam yang dihadapi warga kerja kawasan perindustrian di sini, terutama yang tinggal di luar Pasir Gudang dijangka dapat diselesaikan menerusi program kemasyarakatan Titan Chemicals Corporation Berhad (Titan) yang akan menyediakan perkhidmatan bas secara percuma.
Pengarah Urusan Titan, Thomas Patrick Grehl, berkata projek yang menunggu kelulusan pihak berkuasa itu dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan dengan penyediaan lima bas sebagai permulaan.
Katanya, Titan bercadang menyediakan dua waktu perjalanan iaitu pagi dan petang bagi menampung kira-kira 200 pekerja industri tanpa mengira sama ada mereka adalah kakitangan syarikat berkenaan atau tidak.
"Program ini adalah satu daripada beberapa rangkaian projek kemasyarakatan yang dilaksanakan Titan sebagai memenuhi tanggungjawab sosiol.
"Program penyediaan bas ini juga adalah sebahagian daripada idea kakitangan kami yang prihatin terhadap keperluan masyarakat Pasir Gudang," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Program Pendidikan Plastik 2008, di sini, baru-baru ini.
Grehl berkata, pada masa ini, tiada perkhidmatan pengangkutan awam disediakan di kawasan perindustrian itu dan ramai warga kerja di sini tinggal di Johor Bahru dan Ulu Tiram serta tidak mempunyai pilihan untuk menggunakan bas awam.
Beliau berkata, pihaknya sudah mendapatkan nasihat semua pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) bagi menjayakan program berkenaan.
揟itan akan melantik syarikat pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan itu dan setakat ini, kami masih menunggu kelulusan untuk melaksanakan program kemasyarakatan itu," katanya.
Selain program pengangkutan percuma, Titan terbabit dalam projek pemuliharaan dan pemeliharaan dugong di perairan Johor di samping program alam sekitar untuk pelajar sekolah.
Grehl berkata, Titan mampu melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dengan jayanya kerana mempunyai kakitangan yang amat menyokong aktiviti berkenaan.
Setakat ini, katanya, 15 peratus hingga 20 peratus daripada lebih 1,000 kakitangan Titan bertindak sebagai sukarelawan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan Titan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2147 kodoklawa's post
Titan ada keje kosong tak??
jadi receptionist ke, tukang buat air ke... tukang bukak pintu pun takpe...
aku malas dah nak drive p jb... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2148 nazurah's post
naz...rasa2 2 minggu lps ada iklan jawatan kosong kat titan...tapi tuk technician laaa...try website titan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2141 nazurah's post
nama doc tur aper? kot2 aku kenal!!
hhhehhhe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2147 kodoklawa's post
emmmmm
ko kije titan ker?
titan mana?
dpn h/way pasir gudang ke atau kat tanjung langsat nu???? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2153 baby_nurin's post
yeyy... mekasih nurin..... |
|
|
|
|
|
|
|
Nurin... aku dah email doc tu...
hang kenyit mata sikit kat dia... jawablah soklan aku... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2156 nazurah's post
wokey
aku bagitau skg k..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2156 nazurah's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kodoklawa at 13-5-2008 08:39 AM
Titan sedia bas pekerja percuma
Oleh Srihanasham Noordin
PASIR GUDANG: Masalah pengangkutan awam yang dihadapi warga kerja kawasan perindustrian di sini, terutama yang tinggal di luar Pasir ...
bagus gak ek titan nie..wpon menyumbang bau busuk kat PG
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by baby_nurin at 13-5-2008 01:32 PM
dia da jwb....
dia jawab aper?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|