CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rascalgirl

Calon simpanan SPA

   Close [Copy link]
Post time 24-10-2011 02:07 PM | Show all posts
Saye br dpt tahu hal nie,betul ke sekarang nie sape2 keje ngan kerajaan kalau nak naik gaji mesti ambik kontrak pencen umur 60 tahun,kalau cam tue ade tak effect ngan calon simpanan nanti....cube kawan2 semua check bende nie,betul atau tidak...susah hati jugak dgr hal nie....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2011 10:35 AM | Show all posts
Saye br dpt tahu hal nie,betul ke sekarang nie sape2 keje ngan kerajaan kalau nak naik gaji mesti am ...
rima85 Post at 24-10-2011 14:07


Sy baru gak join gomen ni... berdasarkan xperience senior2 masa SSB ke SSM, mereka ni perlu buat opsyen utk kekal dgn skim lama atau skim baru... jd kaedah ini mungkin akan digunakan juga utk kali ini... pekerja yg telah berkhidmat akan diberi opsyen utk kekal skim lama(SSM)  atau skim baru (SBPA) yg ada kenaikan gaji n keje 60 tahun... bg pekerja yg baru berkhidmat tahun hadapan, kemungkinan akan terus ke SBPA ni rasanya .. Sbb masa sy lapor diri dulu pun tiada opsyen diberi dan terus ke SSM... kepada sesiapa ada pengalaman bley la sharing2x di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 10:50 PM | Show all posts
dulu boleh pilih SSB atau SSM ikut umur kita nak..akak pilih 56 saja walau pilih SSM ...harap SBPA akan di beri pilihan mcm dulu..nak pilih SBPA tp nak umur bersara 56 saja
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 09:46 AM | Show all posts
Bhgn Pengambilan Khas SPA-pembekuan jawatan tidak melibatkan skim pegawai perubatan, pergigian dan farmasi serta latihan separa perubatan. jawatan lain dibekukan disebabkan akan ada penambahbaikan skim perkhidmatan selaras dengan SSBPA yang diumumkan YAB Perdana Menteri baru-baru ini...bagi calon simpanan yang telah tamat tempoh, mohon kerjasama kalian agar memahami maksud bahawa calon simpanan hanya akan ditawarkan mengisi kekosongan sekiranya wujud kekosongan tersebut dalam tempoh sah laku yang ditetapkan sahaja...jika tiada kosong status tersebut akan terbatal dengan sendirinya

Dari facebook SPA...saje nak share ngan kawan2 lain yg senasib.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 06:49 PM | Show all posts
Haaaa..dah terang lagi bersuluh.dari sumber mana yg mengatakan calon simpanan akan disambung status walaupun telah tamat tempoh? so, xpayah la nak mengharap lg dah. zaman skrg ni xder siapa pun yg akan menolak tawaran jika tlh berjaya dlm interview. klu ada yg tolak tu,mgkn calon tu mati b4 melapor diri. natijahnya kita xpayah lagi dah nk berharap  krn harapan itu terlalu tipis iaitu kurang 50%. sebelum inii mgkn boleh diletakkan 50-50% antara dpt atau x. tp dgn diwujudkan pulak skim itu ini oleh PM yg budiman, maka corak pd kanvas harapan juga berubah warnanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2011 10:42 PM | Show all posts
memang betul apa yg mnazari bg tau tue...semanjak najib jadi pm banyak hutang dan perkara pelik2 terjadi yg tak pernah terjadi,pm2 lain ok je.....spending najib dan hot mama dah berjuta duit rakyat habis untuk kepentingan peribadi,yg menjadi mangsa adalah rakyat...betul apa yg dicakap oleh penjawat awam lain...kerajaan dah tak ada duit buat masa ini....sebab tue cukai yg bukan2 akan diwujudkan selepas PRU13 nanti....jawatan kerajaan pun nak dibekukan disebabkan kerajaan dah tak ade duit..kerana duit dah dispending untuk kroni2.....yang paling teruk kita sebagai calon simpanan..hanya mengharap ssuatu keajaibpan akan berlaku suatu hari nanti..........kalau tahun depan skim kenaikan gaji dan perlu pencen umur 60 tahun,brape banyak kekosongan akan berlaku setahun dua ini untuk ganti org pencen...jgn harap la kita nak dapat...maaf kwn2 semua saye dahtension ngenangkan nasib calon simpanan nie,terpaksa meluahkan ape yg tak puas hati oleh saye......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2011 01:15 AM | Show all posts
Dalam PRU13 nnti, kita sama2 tgk menifesto calon2 yg bertanding. jika ada calon yg berjanji utk membela nasib kita, kita sama2 undi calon tersebut. tp rasanya xder sorg pun yg akan menyelitkan pembelaan terhadap penganggur atau calon simpanan. klu ada, itu kira bonus la bg mereka. itu pun jika terbuka mata dan hati mereka terhadap nasib org spt kita ni. alang2 sama2 kita pangkah pembangkang. biar puas hati. skrg ni hati sy dah terlalu sakit dgn senario mainan kotor pemimpin. yg jadi mangsanya adalah kita. sampai bila kita akan jadi begini? nak tunggu sampai mati? rasanya mmg mcm tu la. sy pernah berkhidmat sbgai pekerja sambilan menghamba-abdikan diri dlm kerajaan hampir 8 tahun. tu pun kerajaan x ambil endah langsung. mcm ni ker sikap seorg pemimpin?sama spt tak berilmu langsung. atau mereka terdiri dlm golongan yg buta hati dan perasaan yg hanya tahu melihat sebelah pihak sahaja. pihak kita diorg x pandang langsung. tidak ada gunanya kita menyokong org spt mereka. kadangkala terfikir bagaimana la nasib kita di masa depan. masihkah ada peluang utk kita menjadi org yg berjaya wlupun dah memiliki ijazah. bilakah pula kita nak merasa menjadi tetamu Allah di tanah suci Makkah sedangkan duit nak makan pun skrg ni ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan ptg. itu pun jika bernasib baik,ada juga yg nak dikais. bagaimana pula dgn diri yg dah kena blacklist PTPTN, nak pergi ke luar negara pun dah x boleh. klu x, mgkn kita leh cari rezeki di negara lain. semua ni KERAjaan x fikir lgsung ttg nasib org spt kita ini. mmg bodoh tolol kerajaan skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 03:04 PM | Show all posts
salam semua kekawan senasib, inshallh ada rezki untuk kita semua nanti, buat masa sekarang, kita cari dlu rezki kt company swasta, jangan berharap sgt kt gomen jika sesuatu yang kita harapkan tidek menjadi kenyataan kelak. sy juga sebagai calon simpanan berharap sgt kita semua kaan dipanggil berkhidmat kelak. Inshllh, kita semua berdoa semoga semua urusan dipermudahkan olehNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2011 03:10 PM | Show all posts
SPBA PERKENAL DASAR KELUAR BAGI PENJAWAT AWAM
Bernama
26/10/2011

KUCHING, 25 Okt (Bernama) -- Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dilaksanakan mulai tahun depan bakal menguatkuasakan "dasar keluar" bagi penjawat awam yang berprestasi rendah atau yang ingin bertukar ke agensi lain termasuk swasta.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata buat permulaan dasar itu melibatkan penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan penilaian dibuat berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjawat awam berkenaan.

Kumpulan Pengurusan dan Profesional melibatkan penjawat awam Gred 41 ke atas.

"Ia bagus kerana di bawah dasar baru tersebut penjawat awam tidak akan hilang status pencen serta faedah lain yang layak diterima," katanya kepada Bernama selepas taklimat isu semasa Cuepacs untuk ketua-ketua jabatan dan penjawat awam negeri ini di Bangunan Sultan Iskandar Selasa.

Omar berkata berbeza dengan Skim Saraan Malaysia (SSM) pada masa ini yang membenarkan penjawat awam untuk pencen awal pada umur 40 tahun, SBPA membenarkan penjawat awam berbuat demikian lebih awal tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang akan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Katanya dasar baru itu memberi ruang kepada penjawat awam untuk bertukar kerjaya sama ada berkhidmat di agensi lain seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau swasta yang sedia ada sekarang.

"Dasar ini bagus kerana mungkin penjawat awam tersebut boleh meningkatkan produktiviti di sektor lain yang dirasakan sesuai untuk mereka," katanya.

Mengenai tarikh pelaksanaan SBPA, Omar berkata Cuepacs memohon kepada kerajaan sistem itu dikuatkuasakan serentak dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2012 namun tarikh pelaksanaan sebenar belum dipastikan kerana Cuepacs akan bertemu JPA pada 1 Nov ini untuk perbincangan dan taklimat lanjut SBPA.

Terdahulu semasa sesi taklimat, beliau berkata dua komponen Prospek bakal diperkenalkan iaitu Penilaian Khas Kompetensi (PKK) dan Program Pembangunan Potensi (PBR) melibatkan gred 17 ke atas manakala gred 16 ke bawah hanya memerlukan penjawat awam kategori berkenaan menghadiri kursus selama tujuh hari.

Katanya tiada langsung peperiksaan dan PKK akan dinilai oleh penyelia atau ketua jabatan manakala PBR dikendalikan bersama dengan wakil daripada Cuepacs.

Beliau memberi jaminan penjawat awam yang layak mengikuti PBR dinaikkan pangkat secara automatik kerana mereka hanya akan dipanggil mengikuti kursus PBR berdasarkan kekosongan jawatan.

"Sebagai contoh, jika ada 30 jawatan kosong maka 30 calon akan dipanggil mengikuti PBR dan bukan seperti amalan sedia ada sekiranya ada tiga jawatan kosong maka lebih 10 atau 20 dipanggil untuk temuduga atau menduduki peperiksaan walaupun yang diisi hanya tiga sahaja. Ini membuang masa dan merugikan wang kerajaan," katanya.

Omar berkata di bawah SBPA, Kumpulan Sokongan 1 dan 2 akan dikenali sebagai Kumpulan Pegawai Pelaksana 1 dan 2 selaras dengan tugas-tugas tambahan yang bakal dilakukan selain daripada tugas hakiki sekarang

Adakah statemnet ini mempengaruhi peluang untuk calon2 simpanan?
apakah pendapat anda semua??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 04:43 PM | Show all posts
Salam. Saya rasa la kan...peluang kita smua utk dipanggil bekerja adalah tipis sekali. Tapi tu hanya pendapat saya saja. Maybe yang lain2 ada pendapat sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 04:55 PM | Show all posts
pd pendapat sy peluang untuk calon simpanan mungkin agak tipis dr tahun2 sebelumnya disebabkan oleh:
1- dlm proses pengurangan jum kakitangan awam/ rakyat malaysia iaitu kini 4.8 peratus dari jum rakyat malaysia yang melibatkan perbelanjaan yang sgt besar setiap tahun.
jum kakitangan awam=1.3 juta/jum rakyat mesia 28 juta)
2- proses penjawatan yang lebih ketat/kejat
3-penjumudan jawatan br.
4-tempias dari kenaikan umur persaraan.
5-jumlah perbelanjaan kerajaan yang terlalu besar kpd kakitangan awam/menteri
   (bayaran bonus/kenaikan gaji setiap tahun)
ini hanya pendapat peribadi sy sahaja, apa pendapat kamu semua??
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 05:04 PM | Show all posts
sy sokong ke semua pendapat tsebut.mmg ada logiknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 05:32 PM | Show all posts
Setuju pendapat koriey...lebih2 lagi perbelanjaan oleh projek2 yg gagal...laporan audit 2010 dah mengesahkannya...banyak spending kerajaan utk projek2 utk rakyat kos meningkat mendadak...tempiasnya..kerajaan hampir kehabisan duit dengan hutang negara yang melebihi 400 billion.....kalau aku tak dpt keje kerajaan tahun depan..tue memang dah takde rezeki untuk aku....tapi aku akan pastikan adik2 aku dpt pekerjaan yang sesuai untuk mase depan mereka...lebih2 lagi krja dgn kerajaan......aku nak adik2 aku merasa pencen...tak seperti parents aku...duit EPF hampir kehabisan untuk beli rmh....pakcik makcik aku yg keje kerajaan dah pun berumah...pencen setiap bulan dapat...pegi umrah tiap2 tahun...mak bapak aku pulak hanya dapat berdoa di surau setiap hari.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 10:46 PM | Show all posts
Kita kena tahu,kegagalan projek itu ini berlaku sewaktu pemerintahan siapa? ini menunjukkan setakat mana kualiti najib dlm mentadbir negara.semua benda lingkup termasuk masa depan kita.diorg war2kan kononnya ekonomi dunia sedang bermasalah sedangkan negara2 lain xder pun riuh rendah mengatakan ekonomi dunia sedang bermasalah. keji betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 11:32 PM | Show all posts
mnazari.....banyak rasuah berlaku sekarang....confirm SPRM banyak kerja nak dibuat lepas nie...so ape kate ramai2 kite apply kerja ngan SPRM...Banyak jawatan kosong pas nie....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 10:12 AM | Show all posts
itu pun klu SPRM telus. klu diorg pun sama gak, mmg xleh nk kata apa lg dah.klu bab2 kroni2 najib yg buat,xkan diorg nk siasat kot.sy dah risau sesgt skrg nih.nk dpt keje dgn swasta pun skrg ni bukannya mudah.ptptn lak dah blacklist wlupun dah buat rayuan mcm2.diorg suruh settlekan keseluruhan loan terlebih dahulu bru leh clear nama.kerajaan cakap, jgn salahkan kerajaan jika mereka ambil tindakan begitu. mmg bodoh tolol la kerajaan. dia nak salahkan org yg xdpt keje la pulak.maknanya klu kita yg xbekerja ni,nak cari duit mana?klu mcm tu,jom ramai2 kita jadi perompak,penyamun atau jual diri jadi pelacur dan bohjan utk dptkan duit. najib mmg bwk bala dan celaka pd kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2011 11:39 AM | Show all posts
Salam smua. Saya baru bukak website SPA. Bila check2 tgk, SPA ada update  di status permohonan saya. Ini yang dipaparkan - Status Urusan :MELEPASI SYARAT-SYARAT SEMASA YANG DITETAPKAN OLEH SURUHANJAYA. Apa mksud ni ye...??? Ada sapa boleh terangkan...???
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 12:57 PM | Show all posts
Salam, saya pun salah seorang daripada calon simpanan. Jangan kita nak salahkan kerajaan kalau kita tak terpilih untuk untuk bekerja sebagai penjawat awam, mungkin bukan rezeki kita untuk bekerja sebagai penjawat awam dalam tempoh terdekat ni. Tapi kita kena terus berusaha untuk mohon lagi pada masa hadapan. sesetengah orang dah masuk kali ke 7 baru dapat. sebagai org islam kita kena percaya Qada dan Qadar tu... sekarang ni belum masuk kerajaan lagi ada antara kita dah menghentam kerajaan bila tak terpilih, bila dah terpilih nanti tak dapat naik pangkat nak hentam kerajaan juga ke?...  kerja kat swasta tu banyak, cuma sanggup atau tidak dgn gaji yang ditawarkan... jadi jangan la nak berpolitik kat sini lebih baik kita beri maklumat sekiranya sesiapa tahu ada kekosongan kat syarikat mana2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 01:13 PM | Show all posts
awak dapat interview rasanya, tapi cuba confirmkan dgn spa dgn bagi kat dia no urusan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2011 01:56 PM | Show all posts
to nshaliza: tqvm atas nasihat tu.sy bkn apa,rasa geram sgt dah dgn situasi skrg ni.bagi sesiapa yg melalui,mereka akan memahami.mgkn sy bkn 7x interview spt ada sesetgh calon tu tp sy pernah berkhidmat dgn gov lebih 7 thn sbgai staff kontrak sambilan.dlm masa 7 thn tu juga gaji kami mmg x pernah dan x akan naik malah sebelum ini dpt juga elaun khidmat awam dan kola tp sejak 2 thn lepas,kuar pekeliling mengatakan elaun2 tersebut tidak layak utk kami terima lg. maka terima la gaji pokok mengikut hari. semua tu kami x pernah mengeluh atau mengutuk dan maki hamun pd gov sbb kami tetap bersyukur dgn apa yg diperolehi wlupun task yg diberikan kpd kami hanya Allah saja yg tahu betapa teruknya namun tetap kami laksanakan hgga berjaya.ugutan demi ugutan kami terima antaranya akan dberhentikan keje jika x perform mengikut kualiti swasta/koperat dan juga kami juga dijanjikan utk dbantu utk ke jawatan tetap dan dinasihatkan utk tdak berhenti krn mgkn kami perform much more better compared to permenent staffs. nk buat pinjaman bank mmg jgn bermimpi utk lulus. lg pula gaji kadangkala x sampai seribu ringgit setelah dipotong kwsp terutama di musim perayaan yg byk cuti. bayangkanlah.tp bila dlm situasi skrg,kesabaran setiap insan pun ada hadnya.itu sbb sy luahkan apa yg terpendam di hati berbanding jika memendamnya dlm hati pasti boleh mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052902 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list