|
/ Presidential Suite 24/ AHMAD SHAHIR /CHE AHMAD hoi hoi hoi / JUARA AF8 /
[Copy link]
|
|
Jangan lupa tengok konsert shahir bersama Rossa... > Konsert Atas Nama Cinta Rossa di Astro Ria jam 5ptg pada Raya Kedua (1/9/11)
yahoooooo....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat Hari Raya buat Shahir dan keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
hepi besday shahirrrrrrrrrrrrrr...i love u ..muahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2164# hironakamura76
]![](http://img-s3-01.mytextgraphics.com/sparklee/2011/09/05/1151ccd9face240f3ff2b61916ac4272.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir AF8 tak 'ghaib'![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
KAMPAR: Selepas hampir dua bulan ‘ghaib’ dan didakwa sengaja menyembunyikan diri di kampung, penyanyi terkenal, Shahir AF8 yang menyambut hari lahirnya ke-23 kelmarin, bakal kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan perjuangan seninya hari ini.
Ibu juara Akademi Fantasia Kelapan (AF8) itu, Mahanom Osman, 45, yang ditemui di rumahnya di sini, semalam, berkata Shahir bercuti panjang hampir dua bulan akan kembali ke Kuala Lumpur bagi meneruskan kegiatan seni termasuk menyambung rakaman lagu terbarunya.
“Pelbagai spekulasi mendakwa Shahir sakit, kecewa cinta termasuk sakit mental hingga dilihat keluar dari rumah dalam keadaan berjambang dan tidak terurus tidak benar.
“Tuduhan melulu itu penganiayaan, namun kami tetap tabah. Shahir akan meneruskan perjuangan seninya seperti dirancang dengan Astro Entertainment Sdn Bhd berikutan dia masih mempunyai baki kontrak lebih setahun,” katanya.
Wanita terbabit yang cukup lemah-lembut memberitahu anak sulungnya itu sudah bertemu pihak Astro bagi membincangkan jadual kerja seninya pada Ramadan lalu.
“Dia (Shahir) anak yang baik dan cukup taat. Saya yakin dia mampu berjaya dalam bidang seni. Segala pertanyaan berhubung kehilangannya bakal terjawab melalui sidang media yang diatur kelak pihak Astro di Kuala Lumpur,” katanya.
Menurutnya, Shahir yang kini tubuhnya berisi selepas bercuti panjang tidak pernah menyisihkan diri daripada orang ramai sebaliknya menerima kunjungan peminat yang beraya ke rumah mereka.
“Terbaru lebih 30 ahli kelab peminatnya dari Kuala Lumpur dan Singapura datang ke rumah kami Jumaat lalu untuk menyambut hari raya bersama-sama selain meraikan hari jadi Shahir,” katanya.
Credits: hmetro.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Zam dah hampir hilang semangat...tapi tiba2 hari ni gembira tak terkata bila dpt tahu shahir ku akan kembali ....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Zam dah hampir hilang semangat...tapi tiba2 hari ni gembira tak terkata bila dpt tahu shahir ku akan kembali ....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Zam dah hampir hilang semangat...tapi tiba2 hari ni gembira tak terkata bila dpt tahu shahir ku akan kembali ....![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2172# Aserehe
eksaited...tak sabor nak tengok shahir kuar tb...![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sampai la ni tak nampak lagi shahir kat tb![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sampai la ni tak nampak lagi shahir kat tb![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Motif Ifa Raziah nak bersaing dgn Che Amat ...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
IFA Raziah dan juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Shahir adalah dua penyanyi daripada dua era yang berbeza dalam persada seni suara tanah air.
Meskipun Ifa lebih ke arah irama dangdut dan mula mencipta nama pada awal tahun 1990-an, sementara Shahir pula penyanyi pop yang dilahirkan selepas era millenium tetapi pertembungan mereka dalam bidang nyanyian tidak dirancang.
Menurut Ifa, perkara itu dapat dilihat apabila dia dan Shahir secara tidak sengaja muncul dengan judul album single yang sama berjudul Luar Biasa yang kini bersaing menerusi stesen-stesen radio tempatan.
Sayangnya, jelas penyanyi yang sering mencetuskan kontroversi itu, dia berasa seperti dianaktirikan apabila lagu berjudul Luar Biasa nyanyi juara program realiti TV itu yang paling mendapat perhatian stesen-stesen radio swasta berbanding lagu nyanyiannya.
"Sebenarnya, pada April lalu saya juga menghasilkan sebuah album single bertajuk Luar Biasa yang saya terbitkan sendiri. Lagu daripada album single itu diedarkan pada masa yang sama dengan lagu Luar Biasa nyanyian Shahir. Tetapi lagu dia yang paling banyak disiarkan di radio.
"Saya bukan sahaja berasa cemburu tetapi juga bengang dengan sesetengah stesen radio swasta yang seolah-olah menganaktirikan saya dalam hal ini. Stesen-stesen radio sudah semestinya akan menyiarkan lagu Luar Biasa Shahir berbanding lagu Luar Biasa nyanyian saya," katanya kepada Hits.
Dia meluahkan rasa kecewanya itu sewaktu ditemui selepas pelancaran album single itu yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Daud Thair di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Jelas Ifa, dia tidak menduga judul lagu Luar Biasa yang dinyanyikannya itu kebetulan sama judulnya dengan lagu Luar Biasa dendangan Shahir. Ia secara tidak langsung bukan sahaja mencetuskan persaingan tetapi juga boleh menyebabkan para peminat keliru.
Bagaimanapun, dia yang telah 16 tahun bergelar penyanyi itu menganggap biarpun judul Luar Biasa mencetuskan persaingan antaranya dan Shahir tetapi daripada segi konsep lagu, ia berbeza di antara satu sama lain di mana terpulang kepada para peminat untuk membuat pilihan.
"Lagu Luar Biasa nyanyian saya berentak dangdut sedangkan lagu Luar Biasa nyanyian Shahir pula lebih kepada irama pop. Walaupun lagu saya itu tidak banyak disiarkan di radio tetapi saya tidak putus asa kerana saya cuba mempromosikannya melalui Internet dan Facebook. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir Tidak Menghilangkan Diri, Tapi Cuti Sakit
![](http://photo.murai.com.my/9292011_shahirsakit-a.jpg)
KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2011: Juara Akademi Fantasia musim ke lapan, Ahmad Shahir Zawawi, 24 atau Shahir sekali lagi menolak dakwaan bahawa dirinya bukan sengaja menghilangkan diri dari dunia hiburan begitu sahaja sebaliknya memberitahu dia bercuti sakit.
Malah, sepanjang ketiadaanya selama hampir empat bulan itu, Shahir memberitahu dia mengambil cuti sakit selepas mengalami keretakan tulang tangan sebelah kiri, gara-gara insidennya terjatuh di bilik air ketika berada di kampungnya di Kampar, Perak. pada 4 Jun lalu.
Susulan daripada itu, Shahir berkata dia menerima nasihat daripada doktor untuk berehat sekurang-kurangnya selama dua bulan bagi memulihkan tangan kirinya yang retak itu.
Sehubungan itu, Shahir yang ditemui ketika rakaman Gempak Astro di Dewan Perdana Felda malam semalam berkata, dia menolak dakwaan dirinya sengaja menghilangkan diri kerana telahpunmemaklumkan kepada pihak pengurusannya Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) lebih awal.
"Saya pun tak minta kejadian ini menimpa saya. Insiden ini berlaku tanpa diduga. Nasib baik pihak pengurusan AESB memahaminya dan mereka juga membenarkan saya untuk rehat selama dua bulan.
"Selepas dua bulan berehat di kampung, saya telah bertemu dengan pihak AESB dan bertanyakan mengenai rancangan kerjaya seni saya. Alhamdulilah, kami sudah berbicang untuk menghasilkan album sulung saya.
"Jadi, saya harap tak timbul kata saya hilang tanpa pengetahuan pihak pengurusan. Pihak AESB pun terpaksa membatalkan segala aktiviti seni saya selama 3 bulan. Perrcayalah, saya tidak lari dairpada komitmen kerja tapi keadaan membuatkan saya terpaksa membatalkannya," jelasnya yang bakal kembali ke dunia hiburan seperti biasa selepas ini.
Apa yang pasti, kehilangan Shahir menimbulkan tanda tanya ramai pihak termasuk pihak media. Bahkan, sepanjang kehilangannya dari dunia hiburan, tidak pernah lekang cerita dan gosip mengenainya di media massa.
Selain namanya sering kali dikaitkan dengan artis jelita, Rozita Che Wan, dia turut dikaitkan dengan pemuzik, Sham Kamikaze yang dipercayai mengikut jejak langkah pemuzik berkenaan dengan terbabit majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Saya ada juga mendengar pelbagai cerita mengenai diri saya ketika ketiadaan saya. Namun saya ambilnya sebagai perkara yang positif. Gosip timbul kerana orang masih masih mengambil berat mengenari diri kita.
"Mengenai saya mengikut Sham Kamikaze itu tidak benar semata-mata. Selepas dua bulan bercuti di kampung, memang saya ada berjumpa dengan dia tetapi untuk membincangkan mengenai material bagi album sulung saya. Bukan mengikuti kumpulan dakwah seperti yang diperkatakan," jelasnya yang baru keluar dengan single ketiga berjudul Pendam.
Shahir yang kini dalam proses menurunkan berat badannya selepas mengalami kenaikan mendadak lebih 5 kilogram, bakal menjalani pengambaran untuk kulit albumnya menjelang Oktober ini. |
|
|
|
|
|
|
|
'Saya tak sembunyi'
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
2011/09/30![](http://www.bharian.com.my/articles/Sayataksembunyi_/pix_gal0)
Shahir hilang hampir tiga bulan kerana bercuti
PELBAGAI versi spekulasi timbul apabila juara Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 23, sekali lagi menghilangkan diri dari dunia seni hampir tiga bulan yang lalu. Ada mendakwa dia mahu berehat bagi menenangkan kekusutan, namun tidak kurang mengatakan dia mahu meninggalkan terus bidang glamor yang baru diceburi.
Sebelum ini juga, jejaka dari Perak itu pernah mencetuskan kontroversi apabila tidak muncul di beberapa acara, selain pernah membatalkan sesi fotografi dengan media pada saat akhir tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Pada ketika itu, sukar untuk menjejaki jejaka ini. Panggilan telefonnya tidak pernah berjawab sama ada dari media mahupun pihak pengurusan.
Baru setahun jagung bergelar penyanyi, sudah pelbagai masalah dicetuskan. Justeru, ada yang melabelkan dia artis bermasalah, namun jejaka yang keluar dari kepompong persembunyian dan membuat kemunculan khas di majlis rumah terbuka Astro, baru-baru ini kurang senang dicop sebegitu.
Apa pun untuk mendapatkannya bagi sesi temuramah juga bukan mudah apabila media diminta hanya berbuat demikian selepas Shahir selesai membuat persembahan kerana bimbang moodnya terganggu.
Permintaan berkenaan kami turuti dan sebaik selesai mendendangkan sebuah lagu, Shahir yang diiringi beberapa wakil AESB sedia untuk sesi temu bual, malah kelihatan cukup bersedia menjawab apa saja soalan mengenai kerjaya tetapi masih mahu berdolak-dalik selain bermain tarik tali tatkala diminta berkongsi soal cinta.
Mengulas isu kehilangannya, katanya dia tidak pernah berniat untuk lari dari kenyataan, sebaliknya apa yang berlaku bukanlah disengajakan, malah walaupun ketika tempoh ‘pertapaannya’ syarikat pengurusan turut mengakui sukar menjejakinya, ketika ditemu bual tanpa was-was dia memaklumkan mereka mengetahui keadaan sebenar sejak awal lagi.
“Pada 4 Jun yang lalu saya terjatuh di bilik air. Tangan saya retak dan bersimen hingga sukar bergerak. Oleh itu, doktor menasihatkan supaya berehat dan diberikan cuti sebulan. Apabila pihak Astro mengetahui perkara itu, mereka beri cuti tambahan sebulan lagi menjadikan keseluruhan cuti dua bulan.
“Kemudian saya minta lagi cuti tambahan menjadikannya tiga bulan. Namun mereka minta saya muncul hari ini. Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan, saya masih sempat memenuhi undangan persembahan terakhir pada 4 Jun lalu kerana tidak mahu memungkiri janji. Pihak Astro mengetahui keadaan diri saya, malah pada persembahan berkenaan saya muncul dengan tangan bersimen,” ulasnya lagi.
Ditanya mengapa sukar mengangkat panggilan daripada kebanyakan wakil media yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian, dengan selamba selain masih ingin menegakkan benang basah, tegasnya tiada seorang pun menghubunginya sepanjang tempoh itu tetapi mengakui sukar menjawab panggilan telefon disebabkan keadaan tangannya.
"Sepanjang tempoh bercuti, tiada siapa pun menghubungi saya untuk mengetahui segala isu dari mulut saya sendiri sebaliknya bermacam spekulasi saya dengar. Saya tidak akan mengelak sekiranya ada yang bertanyakan sendiri kepada saya, cuma saya mengaku sukar menjawab panggilan telefon dalam keadaan diri yang tidak sihat.
"Semua dakwaan mengatakan saya mengikut jejak langkah Sham Kamikaze juga tidak benar. Di kampung kadang-kala ke gerai depan rumah untuk bersahur. Apabila keluar rumah, saya menjadi diri sendiri. Bila orang nampak, mulalah mereka buat pelbagai tafsiran. Bagi saya walaupun sudah bergelar artis, takkanlah saya mesti segak dan kemas setiap masa," katanya.
Sepanjang berehat di rumah keluarganya di Kampar, jejaka ini berkata dia menemui hikmah apabila kedua orang tuanya mula mempercayai apa yang berlaku kepadanya selama ini hanyalah sekadar spekulasi. Walau dia diam, pelbagai versi kisahnya timbul sekalipun dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Begitupun, Shahir menafikan menuduh media menyebarkan cerita tidak benar kerana perkara itu turut terjadi menerusi penyebaran maklumat kurang berasas di internet.
Belum terfikir untuk berhenti
UJARNYA mengenai sejauh mana seriusnya dia dalam industri, katanya dia memang serius untuk terus mewarnai industri seni tanah air malah dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya sumber mengatakan mahu berhenti dari dunia nyanyian.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan ingin berhenti. Sebaliknya saya cuma berehat kerana tidak berkemampuan untuk bekerja. Saya tidak pernah terfikir pun untuk lari daripada komitmen kerja. Kehilangan saya bukan sengaja atau mahu menyusahkan orang lain,” katanya yang berjanji akan lebih mudah dihubungi selepas ini.
Namun katanya, sebelum media mahu menghubunginya, mereka perlu terlebih dulu menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan memberikan alasan skrin telefonnya rosak akibat terjatuh banyak kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir AF8 Kembali Semula
Oleh KEMALIA OTHMAN Shahir AF8
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.
Shahir berkata, dia membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.
"Saya tidak pernah berkata untuk berhenti dari industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.
"Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga," katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu.
Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.
"Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.
"Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri," katanya.
Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang dan tidak terurus.
"Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.
"Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shahir baru sahaja keluar dengan filem terabru berjudul Pendam.
"Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu Pendam," katanya yang dalam proses menguruskan badan untuk klip video tersebut. |
|
|
|
|
|
|
| |
|