Post time 3-7-2018 06:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Semoga dipermudahkan. Allah Maha Adil. jika benar salah hadapi..bg yang terlepas hukuman kat dunia ni, ngadaplah kau kat sana nanti. kroni ke apo...sabarlah.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 4:30 PM
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta 3 petang tadi.
Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok.
Tiga kereta milik SPRM dilihat memasuki perkarangan kediaman Najib dipercayai kira-kira 2 petang tadi.
Ketiga-tiga kereta berkenaan termasuk sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah dinaiki Najib dilihat keluar dari perkarangan rumah kediaman pada 3.07 petang tadi.
Sebelum ini, Najib dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu SRC International.
Beliau tampil memberi keterangan pada 22 Mei lalu di Ibu Pejabat SPRM 3.15 petang selepas lebih empat jam memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.
Pada 24 Mei lalu, Najib memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM dan mengambil masa lebih tujuh jam berhubung siasatan kes sama.
Sementara itu, SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tangkapan itu dalam tempoh terdekat.
sah zahid yg report/beritahu kepada sprm base on this video at minute 1:30..
reporter tanya adakah anda yakin najib akan terlepas dari pertuduhan semua ni..,then zahid cakap "NO,that the rules of law will take place...." haha.. ia memberi bayangan yg najib bakal ke penjara..