CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noraidil_06

Borak-borak versi sejarah

[Copy link]
Post time 26-4-2019 01:10 PM | Show all posts
RENTAP MENYERANG KUBU NANGA SKRANG SARAWAK

Tarikh Peristiwa : 26-04-1853

Pada hari ini dalam tahun 1853, Ketua Suku Dayak Laut yang terkenal, Rentap atau nama asalnya Libau bersama-sama dengan para pengikutnya, menyerang kubu milik kerajaan James Brooke di Nanga Skrang, Sarawak. Nama Rentap yang bermaksud ‘penggoncang dunia’ diberi kerana kegagahan beliau menentang pemerintahan Inggeris di Sarawak. Pemerintahan James Brooke ditentang kerana mencabuli adat resam kaum Iban. Sistem pemerintahan James Brooke melarang suku kaum Iban berdagang di persisir pantai bagi menghalang mereka dari bercampur gaul dengan orang Melayu. Serangan ini memaksa James Brooke berundur dari Nanga Skrang. Rentap kemudiannya membina sebuah kubu di atas Gunung Sadok dan menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Darat Sarawak’. Namun pada September 1861, Ingggeris berjaya memusnahkan kubu Rentap dan memaksa Rentap melarikan diri ke Entabai berhampiran Sungai Kanowit. Perjuangan Rentap dan pengikutnya menyemarakkan semangat kaum Iban untuk menghapuskan pemerintahan Inggeris di Sarawak dan menggugat kedudukan James Brooke sebagai ‘Raja Sarawak’.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2019 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ingat tahun berapa, pergi The Mall dekat area PWTC tu tengok KRU haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2019 01:26 PM | Show all posts
What Happened on April 29


1862 New Orleans falls to Union forces during US Civil War

1864  Battle of Gate Pa (Pukehinahina): 1,700 British troops suffer their worst defeat of the New
Zealand Wars at the hands of 230 entrenched Maori warriors in Tauranga

1916  Irish republicans abandon the post office in Dublin and surrender unconditionally, marking the end of the Easter Rising

1945  US Army liberates 31,601 in Nazi concentration camp in Dachau, Germany

1975  Vietnam War: US begins to evacuate its citizens from Saigon in Operation Frequent Wind in response to advancing North Vietnamese forces, bringing an end to US involvement in the war

1990  Wrecking cranes began tearing down the Berlin Wall at the Brandenburg Gate

1991  Cyclone strikes the Chittagong district in Bangladesh, killing 139,000 people and leaving 10 million homeless

1997  Chemical Weapons Convention of 1993 comes into force, outlaws production, stockpiling and use of chemical weapons among its signatories

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2019 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR 1 Mei - Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Maimun dilantik Ketua Hakim Negara
NOR IDAYU BOSRO

02 Mei 2019 8:01 PM

Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Tengku Maimun adalah bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum selain turut menyaksikan beliau sebagai wanita pertama di Malaysia memegang jawatan itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2019 01:06 PM | Show all posts
ACHEH MENYERANG BATU SAWAR, JOHOR

Pada hari ini 7 Mei dalam tahun 1613, Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah menyerang Batu Sawar, Johor. Serangan ini dilakukan berikutan kerajaan Acheh tidak menyetujui persahabatan Johor dengan Portugis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
ROMBONGAN KETUA MENTERI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU BERLEPAS KE LONDON

Tarikh Peristiwa : 09-05-1957
  
Pada hari ini dalam tahun 1957, Perdana Menteri, Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, berserta rombongan, berlepas ke London untuk mengadakan rundingan dengan Kerajaan British mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Rombongan ini turut disertai oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Razak b. Dato’ Hussein; Menteri Buruh, Tuan V.T. Sambanthan; Menteri Besar Negeri Sembilan, Encik Shamsuddin bin Nain; Menteri Besar Kedah, YM Tengku Ismail bin Tengku Yahya dan Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu, Tuan Haji Mustaffa Al-Bakri. Hasil rundingan ini telah dibawa ke Persidangan Raja-Raja pada Jun 1957. Berikutan daripada itu, kertas putih rangka Perlembagaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dihasilkan dan dibincangkan di Mesyuarat Undangan dan Majlis Mesyuarat Negeri.  Rundingan ini merupakan usaha terakhir negara dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu daripada Kerajaan British.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2019 06:06 PM | Show all posts
Tanggal 9 Mei, 2018: Hari rakyat Malaysia lakar kejutan

2019-05-09T09:24:38+08:00

KUALA LUMPUR:  Tanggal 9 Mei, 2018 akan terpahat dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia buat selama-lamanya.

Ini kerana pada hari itulah pengundi berdaftar berbaris untuk satu tujuan iaitu menunaikan tanggungjawab mereka mengundi dan kemudian menunggu dengan penuh debaran keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengundi dan rakyat Malaysia, dari pelbagai latar belakang, pendidikan, agama, budaya, gaya hidup, kumpulan masyarakat, kerjaya, dan sebagainya, sanggup tidak tidur semalaman dan setia menunggu di depan peti televisyen atau telefon pintar mereka untuk mengikuti keputusan pilihan raya, walaupun hingga 5 pagi pada keesokan hari dan menanti 20 jam lagi untuk menyaksikan kerajaan baharu dibentuk.

Setiap orang daripada mereka mempunyai kisah atau pengalaman untuk dicerita dan berkongsi, dengan sesetengah daripada mereka teruja untuk mengetahui keputusan sebelum sejarah dicipta apabila kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan (PH) telah dipilih dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama 60 tahun.

PRU14 yang disifatkan sebagai "ibu kepada semua pilihan raya" menyaksikan PH yang terdiri daripada empat parti pembangkang iaitu DAP, PKR, Amanah dan Bersatu, memenangi 113 daripada 222 kerusi parlimen dan mengikut undang-undang berhak untuk membentuk kerajaan baharu dengan mudah majoriti.

Gabungan itu kemudian memilih Dr Mahathir Mohamad, 93, untuk menjadi perdana menteri. Dr mahathir, yang merupakan perdana menteri keempat dari 1981-2003, kemudian mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh pada 10 Mei, 2018 untuk menjadi Perdana Menteri yang paling tua di dunia.

Apa yang dikenali sebagai tsunami politik atau kuasa rakyat mencipta kemenangan yang tidak dijangka  mencetuskan perasaan gembira di kalangan rakyat di Malaysia apabila para pengundi inginkan perubahan dan menunggu untuk rancangan besar bagi Malaysia Baharu dilaksanakan oleh kerajaan yang baru dipilih di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Rakyat Malaysia pada keseluruhannya begitu bersemangat untuk bersama-sama menjayakan usaha dan perjuangan Dr Mahathir semasa kempen PRU dahulu bagi membetulkan kesalahan yang menurut beliau dilakukan oleh kerajaan terdahulu sebelum melaksanakan rancangan besar Malaysia Baharu.

Pada sidang media pertama pada malam bersejarah itu, Dr Mahathir ditanya apakah tindakan akan diambil terhadap pemimpin BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan beliau menjawab: "Kami (Pakatan Harapan) tidak mahu membalas dendam. Kami hanya mahu mengembalikan kedaulatan undang-undang.

Antara mesej penting pada malam itu ialah kerajaan yang dipimpin PH berjanji untuk mengurangkan cukai barang dan perkhidmatan, untuk menstabilkan harga petrol, memansuhkan GST, mengurangkan kos hidup, mengkaji semula projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing, yang kemudian semuanya ditunaikan.

Mengulas lanjut, penganalisis politik tempatan, Che Hamdan Che Mohd Razali berkata membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah antara komitmen utama PH sejak hari pertama pakatan itu menjejakkan kaki di Putrajaya.

“Ia menjadi agenda utama setakat ini dan Perdana Menteri sendiri sentiasa memberi peringatan khususnya kepada penjawat awam agar menjadikan rasuah sebagai musuh nombor satu mereka. Jaminan ke arah tadbir urus yang baik, ketelusan dalam pemerintahan serta sikap kepertanggungjawaban perlu diberi sokongan oleh semua pihak bagi menjamin perubahan dalam kerajaan baru ini,” katanya kepada Bernama.

Mencecah 94 tahun, tahun ini, Dr Mahathir seakan-akan tidak menghiraukan  usia emas beliau dan akan berjuang berhabis-habisan untuk mengubah dan membangunkan masa hadapan Malaysia dengan projek infrastruktur gergasi termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), mengurangkan kos pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3)  dan Transit Aliran Massa 2 (MRT 2), yang kedua-duanya diberikan lampu hijau dan dijadualkan siap menjelang Februari 2024 bagi LRT3 dan Julai 2021 bagi MRT 2.  

Berkenaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Malaysia sedang mencari kaedah untuk mengurangkan lagi kos dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Singapura sebelum tempoh penangguhan projek itu berakhir pada 31 Mei 2020.

Kecemerlangan kepimpinan Dr Mahathir dibantu timbalannya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anggota kabinetnya  biarpun kebanyakan menterinya adalah baharu dan tidak berpengalaman semasa memegang jawatan.

Dalam satu wawancara khas sempena ulang tahun pertama PH menjadi parti memerintah, beliau menjelaskan selaku perdana menteri, beliau cuba untuk mengajar dan membimbing mereka dan beliau yakin mereka akan setara dengan yang berpengalaman, jika diberikan masa.

Dalam hal ini, Che Hamdan mengulas mempunyai seorang wanita sebagai timbalan perdana menteri dan lebih ramai wanita berada di dalam kerajaan baharu ini, merupakan satu penghormatan untuk mereka mempamerkan kewibawaan dan memenuhi tanggungjawab mereka dengan baik.

Malaysia menyambut ulang tahun pertama kemenangan PH dalam PRU14, membentuk dan menjalankan  operasi Kerajaan Persekutuan yang baharu, adalah lumrah untuk menanyakan sebaik mana kerajaan PH mentadbir dan menunaikan janji-janji pilihan raya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 08:22 AM | Show all posts
TRAGEDI 13 MEI 1969

Tarikh Peristiwa : 13-05-1969  

Pada hari ini dalam tahun 1969, berlaku satu peristiwa yang hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara, Tragedi 13 Mei. Tragedi ini tercetus ekoran dari pilihanraya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969 di mana emosi dan sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang. Keadaan ini digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu untuk tujuan-tujuan politik mereka. Akibat dari tragedi ini, banyak nyawa yang terkorban dan harta benda musnah. Tragedi ini membuka mata banyak pihak, betapa jurang perbezaan sosial dan ekonomi merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Tindakan segera diambil oleh Kerajaan dengan mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, ditubuhkan sebagai Badan Pemerintah. MAGERAN mengadakan perbincangan bersama anggota-anggotanya bagi mencari jalan menguatkan perpaduan negara dengan menyediakan satu asas yang kukuh dan kekal untuk kembali kepada demokrasi berparlimen. Hasil perbincangan bersama wakil dari semua kaum, maka lahirlah konsep Rukun Negara sebagai manifestasi ideologi kebangsaan.

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ilmiah nya nak kena berborak kat sini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2019 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 13-5-2019 08:26 AM
Ilmiah nya nak kena berborak kat sini

Selamat datang ke bod sejarah wahai tuan puteri
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2019 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 13-5-2019 09:02 AM
Selamat datang ke bod sejarah wahai tuan puteri

Terima kasih wahai mod baik hati
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2019 01:13 PM | Show all posts
RAJA HAJI MENYERANG BUKIT CHINA DAN TERANGKERA

Pada hari ini 16 Mei dalam tahun 1784, seorang pahlawan Bugis yang terkenal iaitu Raja Haji telah menyerang Bukit Chandan dan Terangkera di Melaka yang ketika itu di bawah penguasaan Belanda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:44 PM | Show all posts
KERUSI YANG KEHILANGAN TUAN

Hari selasa diwaktu subuh hari pada tanggal 29 Mei 1973, seluruh negara telah dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang seniman besar dalam dunia seni Melayu. Terimalah secebis titipan dariku untuk manusia biasa yang luar biasa.

Kalaulah kerusi ini boleh bercakap tentulah ianya yang pertama sekali menyatakan rasa sedihnya atas kematian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Tetapi apakan daya kerusi yang terdampar lesu ini sudah pasti tidak mampu berbuat demikian. Ia adalah satu benda mati yang tidak boleh bersuara untuk menyatakan rasa sedihnya di atas kehilangan tuannya.

Tetapi kerusi ini mempunyai kisahnya yang tersendiri dan ada satu pertalian yang sangat erat dengan perjuangan seni Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Kerusi inilah sama-sama berhempas pulas selama 18 tahun menabur bakti kepada tuannya.

Di atas kerusi inilah Allahyarham menempuh zaman kegemilangannya sebagai seorang pengarah filem bermula di Jalan Ampas sehingga beliau berhijrah ke studio Merdeka, Kuala Lumpur. Kerusi ini turut dibawanya sekali. Apabila Allahyarham mengundurkan diri sebagai pengarah kerusi ini disimpan kemas di satu sudut rumahnya di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur.

Hari ini 29 Mei 2019, genaplah 46 tahun Allahyarham Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia. Kerusi ini sekarang kelihatan lesu di Pustaka Peringatan P.Ramlee tanpa bertuan. Kerusi ini adalah pembawa simbolism dan keagungan kepada seorang pejuang seni agung di dalam sejarah filem Melayu.

Titipan doa dan Al-Fatihah buat Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh.

#PRamlee
#SenimanAgung
#46TahunPemergianmu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:49 PM | Show all posts
i nak carik tered khas p ramlee jer.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 29-5-2019 12:49 PM
i nak carik tered khas p ramlee jer.

Jap mak nora cari
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2019 12:52 PM | Show all posts

ada jumpa dua.

i dah reply kat salah satu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2019 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh sembang kosong ke kat sini? Hehehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2019 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
katana1 replied at 2-6-2019 01:28 AM
Boleh sembang kosong ke kat sini? Hehehehe

Yes pls. Bergurau pun boleh. Tp kalau selit peristiwa bersejarah yg ada kita alami secara langsung lg cun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.118106 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list