|
LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]
[Copy link]
|
|
Khamis 27 Januari 2005
CE memberitahu ibunya bahawa LA mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah dikenalinya.
LA meminta Solorzano untuk melakukan sesuatu ke atas Pedro atas hubunganya dengan Marissa.
Armando meminta agar Carol boleh berkawan dengan Lucero.
LF menceritakan kepada CE tentang apa yang diberitahu oleh Consuelo ketika di hospital, dan CE membawanya ke sebuah cafeteria unutk berbual. Dan Xochil secara tidak sengaja ternampak mereka berdua.
DF memberitahu Rigoberta bahawa Montero telah memalsukan wasiatnya. DF menelefon Mujica unutk memintanya membuat wasiat yang baru . Ordonez memberitahu Lupe bahawa LA meminta ganjaran akan penceraiannya dengan Marissa.
Cesar tiba dan Ordonez menjelasakn apa yang berlaku antaranya dengan Lupe.
Shantal membaca semua surat kepada Jennifer dan memberitahu bahawa CE sedang bersama wanita lain dan itu menjadi punca mengapa CE tidak datang.
LF mengaku kepada CE bahawa LA adalah ayah kandungnya.
CE memberitahu LF bahawa LA adalah satu perangkap yang dipasang oleh Consuelo.
CE dan LF saling berpelukan.
Ordonez meminta keizinan dan restu Cesar untuk mengahwini ibunya Lupe, Cesar bersetuju kerana dia tahu Ordonoez bakal membahagiakan dan menggembirakan ibunya.
Alfredo memberitahu Xochil bahawa dai sangsi dan ragu akan kejujuran LF terhadapnya.
LF tidak berpuas hati bahawa LA adalah datuk kepada anknya, Pedrito.
Dia meminta CE agar tidak memberitahu apa-apa kepada ibunya Marissa. Mereka keluar bersama unutk menghabiskan masa menemani Pedrito. Consuelo memberitahu Heriberto bahawa LF sudah mengetahui bahawa LA adalah ayah kandungnya,
Heriberto merasa tidak sihat setelah mendengar berita dari isterinya Consuelo.
Marissa datang melawat LA kerana dia mahu mereka berdua duduk berbinmcang berkenaan dengan penceraian tersebut.
Carol pula meminta nasihat kakaknya Jennifer apa yang perlu dilakukannya dengan Lucero dan Armando.
Sister Sonrisa sedang bermain dengan Pedrito.
LF dan CE tiba bersama.
Sonrisa memberitahu LF bahawa ada seorang remaja lelaki datang bersama Lucero datang dan bertanyakan tentangnya.
DF memberitahu Rigoberta bahawa Mujica akan membuat wasiat baru untuknya.
Lupe dan Ordonez sedang berciuman ketika Ruben tiba-tiba muncul di muka pintu.
CE memberitahu LF bahawa dia akan membelikan sebuah rumah untuk LF dan anak mereka Pedrito, dan LF begitu gembira mendengar berita itu. Jennifer mengetuk pintu dan mereka berdua terkejut dengan kemunculan Jennifer.
LA mempersoalkan tentang hubungan Marissa dengan Pedro.
Marissa pula bertanyakan benda yang sama iaitu siapakah kekasih LA sebelumnya sehinggakan dia sudah mempunyai seorang anak perempuan yang tidak pernah dikenalinya hasil daripada hubungan sulit itu.
[ Last edited by hanieliza on 27-1-2005 at 04:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
emma This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Wah!
Esok punyer eps mesti best!
Kita ada Luis Alejandro yang terdiam bila Marissa kata LA ada perempuan simpanan dengan Andreinna dan cubaan membunuhnya.
Kemudian kita ada Jennifer yang terkezut beruk bila datang rumah LF dan nampak CE ada kat situ.
Lepas tu, bekas suami Lupe datang di saat-saat Lupe tengah asyuk-masyuk bercinta dengan Ordonez.
Hmmm...., tapi tak perasan lak sama ada Pedro ada hari ni atau tidak.
Kalau aku jadi pawang yang datang tu tilik nasib si Jennifer, sure aku acah-acah aje cakap yang CE tu bakal jadi suami dia. Kemudian aku boleh minta apa aje dari dia, sure Jennifer bagi punyer..... kah!kah!kah!!!
Itu kalau aku lahhh. |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.tvazteca.com/telenovelas/grandes_finales/images/hijav_01.jpg)
pelakun utama citer anak tukang kebun TV3...
Cite ni masih lagi panjang, sekarang ni pun baru je menjengah ke pertengahan cite. Tapi harap bersabar menantikan episod seterusnya
[ Last edited by hanieliza on 27-1-2005 at 09:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
panjang lagi ke citernya k. liza.. hmm.. ingatkan dah nak habih hari tu bila depa dah arrange nak kawin... tak jadi pulak rupanye.. kesian tengok si jennifer tu, taksub tul ngan CE.. menyampah pun ada..apa agaknye nasib dia nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanieliza at 2005/01/26 22:49:
![](http://www.tvazteca.com/telenovelas/grandes_finales/images/hijav_01.jpg)
pelakun utama citer anak tukang kebun TV3...
Cite ni masih lagi panjang, seka ...
Ye le kak liza....eden dongar cerita nih habis dalam bulan Mei nanti...waaa....lamo mau tunggu woooo.. nf:.....kalau tak silap semua eh...150 episod.....:hatdown: |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat 28 Januari 2005
Pedro membawa bunga semasa pergi kerumah Marrisa untuk bertemu dengan dia. Marissa cukup gembira. Begitu juga Rosario, Ceaser dan isterinya.
LA pergi kerumah LF untuk bertemu dan mendesak dan merayu dia untuk terima LA sebagai bapanya.
Tetapi LF tetap tidak mahu mnerima dan masih berkata hanya Pedro bapanya.
Jennifer berpura mengambil hati CE tetapi CE masih dingin dengan dia.
Lupe memberitahu bekas suami [Ruben] dia akan berkahwin dengan Ordenez. Ruben cemburu dan mengejek mereka.
Marissa memberitahu Pedro bahawa LAS ada anak perempuan hasil hubungan sulitnya dengan perempuan lain. Pedro terkejut dan diam.
Dr Serrano berbincang dgn CE untuk mendapatkan tempat rawatan terbaik untuk Alfredo.
Pedro memberitahu LF yg Marrisa telah tahu LA ada anak perempuan tetapi Marissa tidak tahu LF adalah anak tiu.
Alfredo bertengkar dengan CE pasal LF.
Almando dan Vanessa datang berjumpa LF dirumah LF. Dia memberitahu LF bahawa dia adalah abang LF berlainan ibu.
LF menerima dengan gembira berita itu tetapi dia hairan kenapa baru LA mengaku dia anaknya.
Jennifer melawat Marrisa dirumahnya.
Marisa bertanyakan pada Jeninifer emngapa dia sembunyikan yg LA ada seorang anak perempuan dgn org lain. Jennifer terkejut [sampai biasalah terbeliak matoooo..hahahaaa..:lol]
LF meminta Armando supaya tidak menghebuhkan pada orang lain bahawa dia adalah anak LA.
Marrissa dan Jennifer bertengkar dan saperti biasalah Jennifer dengan alasannya.
Lupe datang berjumpa Ceaser dan memberitahu bahawa bapanya [Ruben] mahukan Ceaser bekerja dengan dia.
Armando berjumpa dengan Lucero untuk memberitahu dia telah berjumpa dengan LF.
DF dan Rigobeta pergi berjumpa CE dihospital untuk buat pemeriksaan kesihatan.
Virginia [pembantu opis] menalipon DF memberitahu Roberto [suami Cuanselo] pengsan di pejabatnya.
Cuanselo datang kerumah LF semasa LF sedang berbual dengan Vanessa.
LA berbincang dengan pengawal peribadinya untuk memerangkap dan buat skandal terhadap Marissa.
Pedro datang kesitu dan mereka terkejut... |
|
|
|
|
|
|
|
tgk citer nie dari awal lagi....tapi sekejap2 maklumla tgk kat opis tapi lepas LF dapat anak baru tak rasa boring nak tgk selalu tapi kadang2 bz jadi tak dapat tumpu perhatian, thanks pada K. liza sebab bagi sinopsis nie, dapat juga tahu part2 yang termiss tuh...cayang kak liza:hug: |
|
|
|
|
|
|
|
"Alfredo bertengkar dengan CE pasal LF."
bertengkar camna tu?
takde lanjutan Jennifer nak dok rumah sendiri ngan CE ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MamaAlya at 28-1-2005 05:19 PM:
"Alfredo bertengkar dengan CE pasal LF."
bertengkar camna tu?
takde lanjutan Jennifer nak dok rumah sendiri ngan CE ke?
biasalah kalau Alfredo berjumpa dgn CE..selalu jer bertelagah..
kali ini walaupun Alfredo sakit..CE tetap cakap yg dia masih dan memang cintakan LF tetapi dia hormatkan LF nak kawin ngan Alfredo..
Soal Jennifer nak duduk rumah sendiri tu dah tergendala keraan pemilik rumah yg dia nak beli tu tak jadi jualkan rumah tu...
so mereka terpaksa duduk kat apartment sewa yyg kecil tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sukanye jeniffer tuh dia dah macam orang tak siuman....tapi mmg kelaka tgk perangai dia....padan la CE hendak tak hendak aja.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya CE duduk tersorok sikit bila Jennifer datang rumah LF.
Baru boleh tengok camne Jennifer serang CF....
Macam si Consuelo datang rumah LF, Vanessa tgh duduk kat dining room, so Consuelo tak tahu siapa yang ada kat rumah LF.
Hari Isnin depan mesti best gak.
p/s: betulke Liza yang criter ni jauh lagi. Dah agak dah sbb ada terbaca criter ni abis bulan Mei depan. Mcm tak percaya aje sbb rasanyer dah lama betul utk telenovela 150 eps. Kalau criter philippines tu, paham gaklah. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuonselo mendapat tahu suaminya pengsan dan dimasukkan ke hospital.
CE dan Dr. Serrano memjuk Alfredo supaya menjalankan terapi dihospital tempat lain.
Pedro berjumpa dengan LA dan bertengkar mengenai Marrisa.
LA mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan perceraian dia dengan Marrisa,
Cesar mahu bekerja ngan syarikat ayahnya.
Dr Sedrrano memberitahu Counselo suaminya mengidap ketumbuhan dalam otak.
DF bertanyakan CE menganai masalah yg dihadapi oleh LF.
Pedro mahu memutuskan hubungannya dengan Marrisa tetapi Marrisa tetap berkeras tidak mahu.
DF berkeras mahu tahu masalah LF tetapi CE tidak mahu beritahu.
Alfredo enggan pergi ke pusat terapi yg disyurkan oleh CE dan Dr Serrano kerna baginya itu adalah peluang CE untuk menjauhkan LF darinya.
Sorrilah arini sinopsis rengkas sikit sebab kak liza tgk TV sambil buat kerja,,
kak liza nak kena buat dessert untuk jamuan esok..:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hanieliza at 31-1-2005 04:17 PM:
Cuonselo mendapat tahu suaminya pengsan dan dimasukkan ke hospital.
CE dan Dr. Serrano memjuk Alfredo supaya menjalankan terapi dihospital tempat lain.
Pedro berj ...
kak liza, tanya sikit , kenapa pedro nk putuskan hubungannyer dgn marissa.
bukankah sblm nie diorang takde masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Laa....si Heriberto (suami consuelo) pulak yang sakit otak....macam-macam penyakit lah dia orang ni....tapi lepas 2-3 episod, gerenti sihat balik! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zanierpk at 31-1-2005 04:52 PM:
kak liza, tanya sikit , kenapa pedro nk putuskan hubungannyer dgn marissa.
bukankah sblm nie diorang takde masalah.
mada adengan tu akk liza tak tenguk..
maybe dok layan anak kot..![](static/image/smiley/default/smile.gif)
anyway kak liza rasa berpandukan sperbualan antara Marrisa n Pedro..dia nak putuskan hubungan tu sebab LA ugut nak buat pengumuman menganai hubungan depa [Marissa n Pedro] pada public..
apapun mmg LA buat dah sidang akhbar mengenani hubungan itu...
kononnya Marissa ada hubungan sulit dgn tukang kebun miskin semasa dia terlantar dihospital..
LA macam nak minta simpati orang lah tu..;) |
|
|
|
|
|
|
|
Selasa 1 Februari 2005
Alfredo meminta LF mengikuti dia menjalani terapi dipusat terapi yang agak jauh dari tempat mereka tetapi LF tidak bersetuju. Mereka bertengkar lagi.
Consuelo memarahi setiausaha suaminya datang untuk melihat keadaan Heriberto.
Vanessa terperanjat bila mendapat tahu ayahnya dimasukkan di hospital.
Pedro berbincang dengan peguamnya dan hakim untuk hak penjagaan Selvador.
Marrisa berbincang dengan Ordinez dan peguamnya Jumica menganai sidang akhbar yg dibuat oleh LA.
CE menasihatkan supaya DF mendapatkan rawatan terapi di La Paz.
Carol mendapat tahu Armando telah berjumpa dengan LF yg kini adalah adik Armando.
Jennifer mencari LF dikedai bunganya tetapi telah dipermainkan oleh Victor [pembantu kedai bunga LF]
Seorang wartawan yg hadir pada sidang akhbar LA telah datang berjumpa Marrisa di pejabatnya. Dia memberikan salinan rakaaman sidang akhbar itu pada Marissa.
Marisa bertemu dengan ayahnya dalam bilik sakit dan Consuelo memberitahu ayahnya mengidap kanser otak.
CE tidak bersetuju sekiranya LF mengikuti Alfredo menjalani rawatan terapi di La Paz dengan alasan anaknya akan terbiar jika LF sentiasa berada bersama Alfredo.
Vanessa meinta CE menyelamatkan ayahnya.
Heriberto meminta supaya DF mengizinkan Vanessa tinggal bersamanya sekiranya dia [Heriberto] mati.
Jennifer mengamuk kerana Victor menghina dia.
Marisa meminta supaya semua akhbar tidak menyiarkan sidang akhbar LA tetapi gagal.
Armando pergi berjumpa dengan LA dan emberitahu dia telah berjumpa dengan LF.
Victor mengaadu pada LF dia telah bertengkar dengan Jennifer. |
|
|
|
|
|
|
|
kak liza,
rasanya ada typo error -
Marisa bertemu dengan ayahnya dalam bilik sakit dan Consuelo memberitahu ayahnya mengidap kanser otak
rasanya Vanessa, bukan Marisa....konfius kejap...siap baca 2-3 kali.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MamaAlya at 1-2-2005 05:21 PM:
kak liza,
rasanya ada typo error -
Marisa bertemu dengan ayahnya dalam bilik sakit dan Consuelo memberitahu ayahnya mengidap kanser otak
rasanya Vanessa, bukan Marisa....konfius ke ...
Ya. Si Consuelo cakap dengan Vanessa pasal bapak dia sakit otak.
Rupa-rupanya, kat luar bilik hospital, dok berlakun aje rupanyer depan orang.
Meleleh-leleh aje airmata, rupanya palsu belaka.
Dasyat, dasyat minah sorang tu.
Rasa-rasanya, esok lusa sebelum Heriberto tu mati, mesti dia pecah tembelang Consuelo kat Don Fernando.
Sebab baru Herberto tahu perangai bini dia camne.
Apa yang CE cakap dgn LF tu mmg betul.
Pengorbanan tak boleh dipaksa-paksa.
Suka dgn dialogue ni!![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MamaAlya at 1-2-2005 05:21 PM:
kak liza,
rasanya ada typo error -
Marisa bertemu dengan ayahnya dalam bilik sakit dan Consuelo memberitahu ayahnya mengidap kanser otak
rasanya Vanessa, bukan Marisa....konfius ke ...
alamakkkkkk...... :
memang sahlah dah kalut ni..
maklumlah macam-macam adaaaaa...
betuilah typing error..
sebenarnya bukan Marrisa tapi VANESSA yang bertemu dibilik ayahnya dalam bilik di hospital tu..
memang sahlah Consuelo tu tak ada perasaan simpati..kasih sayang..hanya pura2 dan materialistik giler...:ah: |
|
|
|
|
|
|
| |
|