CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: keypochino

BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 39

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 6-7-2021 10:30 AM
hello.. morning.. alamak.. i nk makan roti canai sat lagi.. hehe lama xmkn so teringin

Hehehehe makan jgn x makan..xpe awak comel je...so makan je....roti canai garing? Celop dalca sedappp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum and good morning semua... moga Allah permudahkan segalanya pada hari ni dan seterusnya... KB bermalas malasan hari ni bangun lambat bersama bambam... kakak sulung dah siap masak nasi goreng kampung dan donut .  licin adik2 dia makan...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 6-7-2021 09:28 AM
oo byk tu.. tak habis boleh buat tempoyak.. hihi

Tu le...dah keluar isi doyan...simpan dlm peti

Lunch pe? Ni sup ketam...nomnom

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 6-7-2021 09:42 AM
sedapnya komeeeeee....

Tengah goreng pedal lak lunch pe? Bambam dah bangun?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 6-7-2021 09:54 AM
kuihbakar replied at 6-7-2021 09:45 AM
Assalamualaikum and good morning semua... moga Allah permudahkan segalanya pada hari ni dan seterusn ...


Sama gak bermalasan...tadi sarap doyan...nasi goreng dah panaskan...masak lauk je lak
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 6-7-2021 10:03 AM
whats my screen size

Assalamualaikum and very good morning everyone!


Walaukumsalam good morning jugak sis adilla.wow healty food ya pgi2 ni sedap ni mkn pnas2 ya

I pula sarapan tak healty pgi tdi

Tadaa kuih bom

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 6-7-2021 10:45 AM
Assalamualaikum and good morning semua... moga Allah permudahkan segalanya pada hari ni dan seterusn ...

Walikumsalam jugak.bngun lewat tu dh biasa semenjak pkp ni kb.i pula terkadang terlupa tarikh dan hari ni hari apa sebab dh lama terperap dekat rumah rasa mcm sma dh hari yg dilalui
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:05 AM | Show all posts
'Enam ahli keluarga maut akibat COVID-19 dalam 15 hari'

https://www.bharian.com.my/berit ... id-19-dalam-15-hari

Oleh Mahani Ishak - Julai 5, 2021 @ 4:34pm
[email protected]


Petugas pengurusan jenazah mengusung jenazah COVID-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan di Presint 20, Putrajaya baru-baru ini.
Tugasan menggali dan mengebumikan jenazah positif wabak itu tidak mengira waktu sama ada siang atau malam berikutan ia perlu dilakukan secepat mungkin dengan pemantauan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Namun, ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi bagi memastikan ‘rumah terakhir’ arwah dapat diuruskan dengan sebaiknya walaupun mereka sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan wabak tersebut. --foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Bukan seorang tetapi enam ahli keluarga termasuk ibu bapa dan adik seorang guru tadika, menjadi korban COVID-19 dalam tempoh 15 hari termasuk kehilangan ibu bapa dan seorang adiknya.

Guru tadika, Farah Adilah Samsudin, melalui detik yang tidak pernah dibayangkan apabila turut kehilangan dua ibu saudara serta seorang bapa saudaranya daripada 13 ahli keluarga terdekatnya dijangkiti penyakit itu.

"Memang tidak pernah dibayangkan apabila sepupu yang menjadi individu pertama disahkan positif hanya mengalami batuk biasa sebelum ke klinik bagi mendapatkan sijil sakit berikutan beliau bekerja dari rumah.

"Di klinik, jururawat mengesyorkan sepupu dan ibunya menjalani saringan berikutan Gombak Setia berada di zon merah.

"Hasil ujian itu dia positif, ibunya negatif," katanya yang berkongsi bagaimana keluarganya dijangkiti pandemik itu ketika tampil dalam forum 'Bicara Kebajikan, Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul' kendalian Sekretariat Tabung Bencana Covid PAS Pusat, malam tadi.

Farah Adilah yang juga ibu kepada tiga cahaya mata, berkata ibunya, Azizah Mohd Yusoff meninggal dunia selepas bertarung nyawa dalam unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak 2 Jun sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun.

"Lepas ibu saya meninggal dunia, ibu saudara, Normah Mohd Yusoff dan adik, Farah Nadiyah meninggal dunia pada 23 Jun. Bapa saya, Shamsudin Abdullah meninggal dunia pada 27 Jun.

"Seterusnya, ibu dan bapa saudara, Hasmah Mohd Yusoff dan Abd Razak Noor masing-masing meninggal dunia pada 30 Jun lalu," katanya.

Farah Adilah berkata, sepupunya ketika disahkan mengalami jangkitan itu, menghubunginya memandangkan mereka tinggal berjiran sekali gus menjadi kontak rapat kerana ada berjumpa sebelum itu.

"Kami tinggal hanya selang sebuah rumah. Jadi apabila sepupu beritahu dia positif, saya sekeluarga memang terkejut kerana selalunya kita hanya dengar orang lain dijangkiti COVID-19.

"Saya terus terfikir tentang anak-anak, selain segera menghubungi ibu saudara yang tinggal di rumah hadapan, kerana dia juga mengadu mengalami batuk. Adik pula memang tinggal dengannya, sudah mula tidak sihat jadi memutuskan untuk pergi bersama menjalani ujian," katanya.

Susulan daripada ujian itu, Farah Adilah, dua anaknya serta adiknya positif sementara ibu saudara didapati negatif, manakala ibu bapa kepada sepupu sudah diarahkan ke klinik menjalani ujian.

Katanya, memandangkan mereka berlima sudah positif, beliau memujuk ibu dan bapanya yang tinggal di taman perumahan yang lain turut menjalani ujian saringan.

"Ibu tidak mahu kerana takut persepsi orang, jadi saya paksa suami membawa ibu bapa saya untuk ujian, dan mereka positif kecuali suami. Ketika itu, bapa saya pengsan di klinik berikutan keadaannya sudah tidak bermaya hingga dikejarkan ke Hospital Selayang, namun kes itu ditolak berikutan dia positif COVID-19.

"Susulan itu, kami bertujuh yang positif diarahkan ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Gombak Setia dengan saya, ibu bapa dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (HSB), sementara adik dan dua anak saya boleh kuarantin di rumah," katanya.

Farah Adilah berkata, ahli keluarga lain yang negatif diarah menjalani ujian calitan kali kedua, namun akhirnya semua mereka disahkan positif pada 7 Jun menjadikan keseluruhan 13 orang dijangkiti termasuk seorang pembantu rumahnya.

"Beberapa hari ibu dirawat di ICU, kami diberitahu ibu akan ditidurkan, disusuli adik untuk dilakukan perkara sama. Sepupu serta anak-anak pula diminta ke CAC pada 7 Jun untuk menilai keadaan diri dan membuka gelang merah jambu, tetapi ketika itu sepupu saya pula dibawa ke hospital susulan kesihatan kian merosot.

"Susulan itu sepupu dirawat di ICU dan pada 22 Jun, baru dia dibenarkan keluar daripada hospital, namun keesokannya ibunya meninggal dunia, disusuli bapanya meninggal pada 30 Jun," katanya.

Farah Adilah berkata, saat mendapat panggilan dari HSB cukup mendebarkan, selain trauma berikutan sejak 15 Jun sudah ada enam kematian semuanya angkara COVID-19.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan keluarganya dan memohon mereka diberikan kekuatan menerima takdir yang Allah sudah tentukan.

"Tiada daya bagi kami kini selain berserah pada Allah. Kami mohon beri ruang untuk kami bertenang dan meredakan emosi kami, kami berserah sepenuhnya pada Allah yang maha mengatur segala-galanya," katanya menerusi Facebook.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-7-2021 09:08 AM
Bod sinun...

Fenomena baharu sup ikan durian

Macam2 lah menu skrg ni rasa mcm tak kena dengan tekak i
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:10 AM | Show all posts
Edited by seribulan at 6-7-2021 01:13 PM
hazfy replied at 6-7-2021 10:07 AM
Macam2 lah menu skrg ni rasa mcm tak kena dengan tekak i


Nak buat eksperimen ptg nanti...ada salmon ada doyan...go together tak...sup ketam pun ada...leh try hohoho...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab musim durian ni i nak share info jap.

Selain coke tak boleh makan bersama durian ada mknan lain tak boleh makan bersama durian.semoga bermanfaat





5 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Bersama Durian



Durian, buah yang sangat unik kerana ada yang sangat meminati dan ada juga yang sangat membenci raja buah ni.

Bau dan rasanya yang menyengat membuatkan buah ini salah satu buah yang sangat istimewa.

Namun bagi pencinta durian, anda kena tahu sebenarnya nak makan durian ni ada pantang larangnya dan buah ini tidak boleh digandingkan dengan sesetengah makanan.

Antaranya ialah:

#1 Susu

Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.

#2 Kopi

Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dan mampu menyebabkan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Disebabkan kesan memakan keduanya durian dan kopi adalah sama, jadi untuk digandingkan bukan lah idea yang baik terutama untuk pesakit jantung.

#3 Terung

Mungkin ramai yang tidak tahu, terung juga boleh menaikkan tubuh badan manusia apabila dikonsum. Dan kesannya adalah sama seperti kopi.

#4 Ketam

Daging ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi.

Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestral tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan.

#Daging Lembu dan Kambing

Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya tidak dimakan waktu berdekatan dengan durian.

Perkara ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda.

Kredit : Goodyfeed.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-7-2021 11:05 AM
'Enam ahli keluarga maut akibat COVID-19 dalam 15 hari'

https://www.bharian.com.my/berit ... id-1 ...

Ya Allah kesian nya semoga mereka tabah.berat mata memandang berat lagi bahu memikulny.huhu

Mcm video kat bawah ni sedihnya tengok bila hanya mampu tengok van jenazah keluarga sendiri bila nak dikuburkan..

  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:21 AM | Show all posts

Dulu juruterbang, sekarang penjual durian
Laporan SYAHIDATUL AKMAL DUNYA, NAZRIN ZULKAFLI, ENGKU SHARIFUL AZNI, NUR IFTITAH ROZLAN dan ADRIANA NABILLA MOHD ANUAR | | 05 Julai 2021




Mohd Al-Firdaus menjual durian jenis musang king, XO dan D24 di Taman Cyberjaya, Selangor setelah dibuang kerja sejak setahun lalu


SHAH ALAM - Ketika negara dilanda pandemik Covid-19 sejak awal tahun lalu, pendapatan rakyat mulai terjejas sehingga ada yang diberhentikan kerja kerana pelbagai faktor.


Turut terkesan seorang bekas juruterbang syarikat penerbangan Saudi Airlines, Mohd Al-Firdaus Mohd Sultan, 35, yang dibuang kerja sejak setahun lalu.


Menurutnya, selepas diberhentikan kerja, dia membuat keputusan menjual durian jenis musang king, XO dan D24 di Taman Cyberjaya, Selangor disebabkan minatnya terhadap raja buah itu.


“Buat masa ini tidak banyak syarikat penerbangan yang membuka jawatan kosong bagi jawatan juruterbang.


“Jadi saya terpaksa berniaga buah untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.




Mohd Al-Firdaus terpaksa berniaga buah untuk meneruskan hidup dan menyara keluarga.


Mohd Al-Firdaus mengakui penularan wabak Covid-19 sejak tahun lalu memberi impak sangat besar terhadap kehidupannya dan berniaga durian cukup sekadar untuk menampung kehidupan seharian sahaja.


“Kehidupan sekarang memang berbeza dan tidak dapat dibandingkan ketika bergelar juruterbang dulu.


“Kalau ikutkan untuk tampung komitmen lain, terus terang mustahil dan saya hanya mengharapkan moratorium daripada kerajaan untuk urusan kereta serta rumah.


“Sebelum ini, saya bukanlah hidup mewah tapi serba cukup dan boleh melancong ke luar negara tetapi keadaan sekarang memerlukan saya untuk sentiasa menyemak tanda harga sebelum membeli barang keperluan,” ujarnya.


Bapa kepada dua cahaya mata itu bersyukur kini dia dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga walaupun ada masanya dia penat kerana perlu menyesuaikan diri dengan kerjaya barunya.


“Awal pagi saya perlu ke kebun membeli buah dan seterusnya memasukkan barang ke dalam trak sebagai persiapan berniaga.


“Kemudian malam pula saya akan mengupas baki durian yang tidak terjual, masukkan ke dalam bekas untuk dihantar kepada pelanggan keesokan hari.


“Sudah tiga musim durian saya berniaga. Alhamdulillah ada rezeki ALLAH SWT walaupun tidak banyak,” katanya.


Ramai individu yang terkesan akibat daripada Covid-19 sehingga memaksa mereka mencari pelbagai alternatif untuk meneruskan kehidupan.


Sebelum ini ramai yang menjawat jawatan tinggi dan mempunyai kerjaya yang menjana pendapatan yang tinggi, namun kini segalanya sudah hilang.


Bagaimanapun, ramai yang tidak berputus asa dan bangkit semula dengan melakukan pelbagai pekerjaan.


Dengan kerjaya baharu yang diceburi, beberapa individu melihat bahawa terdapat hikmah daripada musibah yang melanda.


Mereka yang tidak berputus asa itu kini mempunyai kemahiran baharu yang dapat mengembalikan semula semangat untuk terus hidup.


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 6-7-2021 10:58 AM
Walaukumsalam good morning jugak sis adilla.wow healty food ya pgi2 ni sedap ni mkn pnas2 ya

...

Hi haz, cantik sungguh gambar ni haz ..very artistic..dimata saya lah...ni kalau frame cantik.  Ehh ada ni dapat seketul budak opis i beli...sedap...tapi susah nak dpt yg betul kenyal...terornya awak buat...sy cekodok je la tau buat...anyway hope u and family is good. Stay safe.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 6-7-2021 11:16 AM
Ya Allah kesian nya semoga mereka tabah.berat mata memandang berat lagi bahu memikulny.huhu

Mcm ...

i bagi u lebih, as hadiah sbb share video yg memginsafkan ni...menangis i tgk..haishhh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 6-7-2021 11:01 AM
Walikumsalam jugak.bngun lewat tu dh biasa semenjak pkp ni kb.i pula terkadang terlupa tarikh dan  ...

KB rasa ni pertama kali bangun lambat sejak pindah rumah ni hahaha sebab arini lemau sikit  ... laki KB balik kampung jap bawa ayah dia pergi vaksin  ... lepas subuh tadi dia bertolak,,, lepas tu KB sambung kroh..keroh    kalau anak dah besar2 mesti KB selalu juga lengah2 kat katil dulu .. tapi bambam awal je bangun  . takpe @hazfy nikmati dulu keindahan pkp haha... akan jadi kenangan lima enam tahun lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-7-2021 10:53 AM
Sama gak bermalasan...tadi sarap doyan...nasi goreng dah panaskan...masak lauk je lak

harap2 laki KB banyak bawa balik doyan arini... haha dia hantar pak mertua pi vaksin.   dan balik pujuk mak dia suruh vaksin... tak sangka juga mak mertua KB antivaks.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
hazfy replied at 6-7-2021 10:58 AM
Walaukumsalam good morning jugak sis adilla.wow healty food ya pgi2 ni sedap ni mkn pnas2 ya

...

Waw cantik kejadian nya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 6-7-2021 11:10 AM
Nak buat eksperim ptg nanti...ada salmon ada doyan...go together tak...sup ketam pun ada...leh try ...

Kak seri cuba jgn tak cuba nanti tepek boleh lah i cuci mata tengok hasilnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 6-7-2021 11:35 AM
Hi haz, cantik sungguh gambar ni haz ..very artistic..dimata saya lah...ni kalau frame cantik.  Eh ...

Hai sis dilla so sweetnya ayat u.thanks so do you ya.very artistic ya? u tak tahu berapa kali i gagal sblum berjaya buat kuih tu. i smpai menjerit kat dapur tak jadi2 kuih bom i smpai kucing lalu depan rumah i pun terkejut dgr i jerit.skrg dh tak nampak dh kucing tu trauma kot dengar suara i
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 1.279364 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list