|
Reply #200 muor76's post
hari ahad lepas kek Bandar PD pun nampak ada konvoi gak .Konvoi motor2 besar.Siap dengan polis2 trafik skali... |
|
|
|
|
|
|
|
umah wan den kek pilah pon best gak.. moh kito.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan perjuangan ko,log out...
hentam dar..sita sampai dier mampos.. |
|
|
|
|
|
|
|
bosan tul laa
asik nengok menda nih je
|
|
|
|
|
|
|
|
Anaconda lahir 13 anak di Ulu Bendul
JADI TARIKAN: Ahmad Zainal menunjukkan seekor daripada 13 ekor anak ular sawa Green Anaconda (gambar bawah) yang dilahirkan Ahad lalu.
KUALA PILAH: Taman Ular Sawa di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini menerima ahli baru apabila seekor ular sawa Green Anaconda yang dipelihara sejak dua bulan lalu melahirkan 13 anak pada Ahad lalu.
Kejadian itu mengejutkan kakitangan taman berkenaan kerana mereka tidak menyedari seekor daripada sepasang reptilia yang dibeli pada harga RM30,000 dari Brazil itu bunting ketika di bawa ke sini.
"Kami tidak tahu reptilia itu bunting. Ini adalah kejutan dan anugerah. Saya percaya ini kali pertama Anaconda melahirkan anak dalam kurungan di negara ini," kata Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan/Melaka, Ahmad Zainal Mat Isa ketika ditemui di taman berkenaan, semalam.
Ahmad Zainal berkata, pihaknya terpaksa mengasingkan semua 13 anak reptilia yang mempunyai ukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram daripada ibunya berikutan keadaannya yang lemah.
"Kita mengasingkannya dalam tempoh 10 hari sehingga semuanya bersalin kulit. Selepas itu, kita akan memberi makan tikus atau arnab bagi tumbesarannya," katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan menjual anak Anaconda itu kerana yakin mampu memelihara dan membesarkannya kerana suasana taman itu lebih kurang sama dengan habitat semula jadi reptilia berkenaan di Amerika Selatan.
"Dalam fasa kedua kita merancang menjadikan taman ini sebagai pusat penyelidikan ular sawa terunggul di rantau ini. Kita juga yakin kehadiran anak reptilia ini mampu menambah daya tarikan ke taman ini," katanya.
Taman seluas empat hektar itu adalah ilham Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memberi nilai tambah kepada pengunjung yang mengunjungi hutan rekreasi berkenaan dan mula dibuka kepada orang ramai Februari lalu.
Ketika ini ada 70 ekor daripada 30 spesis sawa di seluruh dunia dipelihara di taman berkenaan dengan anggaran kos hampir RM1 juta. Antara spesies yang menarik perhatian pengunjung ialah enam Red-Tailde Boa yang dibawa khas dari Brazil serta seekor daripada spesies Burmese Python dari Burma.
Selain itu, spesies Blood Python, Borneo Short Tailed Python, Amazon Tree Boa, Colombia Boa, Brazilian Rainbow Boa, Albino Burmese Python, Indian Python dan Bolivian Anaconda turut dipamerkan.
"Kita merancang untuk mengadakan majlis perasmian taman ini bulan depan. Setakat ini, taman ini sudah dikunjungi ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Mereka amat tertarik dengan reptilia yang dipelihara dan dipamerkan," kata Ahmad Zainal.
Menteri Besar turut teruja dengan kelahiran anak Anaconda apabila beliau sendiri mengumumkannya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya di Wisma Negeri, dekat Seremban.
"Ular kita dah beranak... 13 ekor," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
umang ngai...kan main suko laie ular beranak....apo dapek bolo ular..??? dah godang bukan boleh makan ....baik bolo ayam ko, kambing atau lombu ado yo guno eh bila dah cukup umur..... hai... payah..payah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dikdang at 18-5-2008 23:26
apo dapek bolo ular..???
ekau ni pun soghang...tak menugheh
bolo ular dapek ULAR la
tak kan dapek boyo lak |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #214 sampoe\ catat
tulah kau, tuhari dalam internet ado orang lahir anak ular.. den raso dio bolo orang yo takdor lak bolo ular ...camanor tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
yang gambar diantar kek beggar ni apo bondo plak ini ??? tak senereh boto budak2 sokarang nih .... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dikdang at 19-5-2008 12:07 AM
yang gambar diantar kek beggar ni apo bondo plak ini ??? tak senereh boto budak2 sokarang nih ....
memang tak semonggah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #217 pu3adat\ catat
mano tompek laie dalam noghori ni yang best? balik-balik ulu bondo, pedeksen , podeh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #218 dikdang\ catat
ado tompek lain tak ,nak cemphoro ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dikdang at 21-5-2008 11:37 PM
ado tompek lain tak ,nak cemphoro ?
kek toboh jelobu kan banyak
joram toi, lata kijang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|