CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dee_dee

[SEJARAH] malacca food

[Copy link]
 Author| Post time 7-8-2006 08:58 PM | Show all posts

Cencalok

Cencalok
Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia



Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi.



Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2006 08:59 PM | Show all posts

Makanan Baba Nyonya

Makanan Baba Nyonya
From Wikipedia
Jump to: navigation, search
Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal di Melaka. Masyarakat ini juga terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak.

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 09:04 PM | Show all posts

asam pedass

Asam Pedas memang terkenal di Melaka dan Johor. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah.Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka.

cara mebuat

Bahan-Bahan:
Bahan ini dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
? sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
? sd teh biji sawi
? sd teh halba
5 tangkai daun kari (leraikan)

5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)

2/3 cawan minyak masak
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ? cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato - potong 4
1 batang terung - potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
1 sd besar garam
? sd teh serbuk perasa


Cara:
Pnasakan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.

Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan.

Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.  


selamat mecuberrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 09:05 PM | Show all posts

dodol

Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.



Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:26 AM | Show all posts
asam pedas tetap dihati ku.......leleh oooooo
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 02:56 PM | Show all posts
suka asam pedas........slurp..........sedap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 06:15 PM | Show all posts
tliur tgk dee tepek mcm2 gambar...
sdappppnyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:23 PM | Show all posts
ape saja asal kan sambal,terutama sekali sambal telur pedas kaw2 punye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by king_kenny at 9-8-2006 06:23 PM
ape saja asal kan sambal,terutama sekali sambal telur pedas kaw2 punye


sambal telor pecah2 ke sambal telo mate kerbau
arituh aku g kdai kt malim , mintak sambal telo , die kasik telo mate kerbo dibubuh sambal
mcm aram jek
truis aku suh tukau
hahahhahahha
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by Ax at 9-8-2006 06:26 PM


sambal telor pecah2 ke sambal telo mate kerbau
arituh aku g kdai kt malim , mintak sambal telo , die kasik telo mate kerbo dibubuh sambal
mcm aram jek
truis aku suh tukau
hahahhahahha


sambal telur pecah2,,
yg telur mata tu kureng
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 02:38 PM | Show all posts
sambal goreng telur garing........sedap....:lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 04:38 PM | Show all posts
samabal telo cili padi pun sedap gaks..!!! nyumm nyum :kunyah:
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 04:53 PM | Show all posts
cili padi...erk....pedas tu...hehehhe...kemampuan aku takat cili merah jek...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 05:59 PM | Show all posts
Originally posted by lissa at 10-8-2006 04:53 PM
cili padi...erk....pedas tu...hehehhe...kemampuan aku takat cili merah jek...:lol


oow ni org melake yg tak tahan pedass ek!!:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 10:49 AM | Show all posts

Reply #214 azerlma's post

hahahha.....kalau pedas skit aku boleh arr tahan....kalau pedas sgt...abis kuar peluh...air mata...air idung...:lol
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by lissa at 11-8-2006 10:49 AM
hahahha.....kalau pedas skit aku boleh arr tahan....kalau pedas sgt...abis kuar peluh...air mata...air idung...:lol


dedua kak ipa prangai sane jek
hahahahahahaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2006 01:00 PM | Show all posts
laporr giler tgk asam pedasssssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2006 01:04 PM | Show all posts

Reply #217 peachlily^'s post

peach lama takpak
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 11:29 PM | Show all posts
sedapnya.....terliur aku tenguk semua gambar gambar nih....slurpppppp
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 01:32 AM | Show all posts


sampai leleh air liu
hehehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.206022 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list