|
Originally posted by tanabe2287 at 15-8-2007 11:47 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
maen ngan kedah kat semi jen...haku dah bayangkan ganu bongkossss....
tgl la camne.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #202 jj's post
tp aku hrp ader miracle dr ganu.....
tp apepon rekod ngna kedah nih x baper best skit....
yg last haku ingat q/final 2 tahun lepas....ganu menang...![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #204 tanabe2287's post
apa ada ngan rekod nabe.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #205 Pak_Jen's post
abesss yg ko ketaq sgt ngan sabah tuuu...??
ader ape dgn rekod !!![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #206 tanabe2287's post
aku lain la.. 2 kali kat semis..korang penah ke semis ngan kedah.. huwa huwa... lagipun..sabah neh pakai bomoh filipina.. kacau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #207 Pak_Jen's post
haku rase x penah la jen sejak2 aku bekecimpung sbg sapoter ganu yg panas bila ujung2 musim jerr....
tp ok laa tim ganu skrg...ramai player yg belia remaja....tingin aku nk jumpa perak jen kat final...byk nostlagia ngan perak nih...
seingat haku....dah 3 kali aku ke bkt jalil taim finl ngan perak..
2 kali mesia cup...sklai fa cup... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #208 tanabe2287's post
ya betuii.. 3 kali kita kat bukit jalil.. 2 kali haku mng..ko mng satu.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ZAIRO, SARBINI PEMUSNAH
Terengganu membuat langkahan bergaya, meninggalkan Selangor untuk melayakkan diri ke separuh akhir.Zairo Anuar muncul sebagai pemusnah apabila sepakan percuma yang diambilnya disebelah kanan pintu gol Selangor menerjah jaring untuk menjadi pemisah antara Terengganu dan Selangor.Sarbini Allawee pula menjadi wira Terengganu apabila banyak menyelamatkan bola pasti gol dr pemain-pemain Selangor.
Selangor yang memulakan saingan separuh masa pertama, lantas mencuri tumpuan apabila membuat serangan pertama, namun gerakan tersebut berjaya dipatahkan oleh bek dan juga penjaga gol muda Terengganu.Sepantas kilat, Terengganu mengambil giliran membuat serangan.Ashaari yang diturunkan dalam kesebelasan pertama, berjaya meloloskan diri dari cengkaman bek Selangor, namun rembatan padunya sedikit tinggi diatas palang.Selangor membuat serangan balas, namun di minit kedua saingan, harapan Selangor musnah.Ashaari yang membawa bola cuba masuk ke kotak penalti namun dibentes oleh pemain Selangor.Zairo yang mengambil sepakan tersebut laju melorongkan kepada Shahrul Ezrain yang bersedia dikirinya namun pengadil meminta sepakan dilakukan semula.Zairo cuba menukar set pieces yang telah dihidu tadi dengan membuat lencongan ke kanan pintu gol kawalan Megat Amir.Lencongan tersebut menerjah jaring gol.Berpesta seketika Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Tersentak dengan gol awal tersebut, Selangor cuba bangkit melawan, tetapi barisan benteng Terengganu masih cekal bertahan.Sesekali Terengganu membuat serangan balas menerusi Sharlei LIns dan Nasiru, namun gagal untuk menambah jaringan.Peluang Selangor untuk menyamakan kedudukan tiba jua, apabila satu sepakan sudut dilambungkan ke kotak penalti Terengganu.Namun tandukan pemain Selangor tersebut terkeluar disebelah kiri pintu gol Sarbini walaupun tidak dicabar oleh pemain Terengganu.
Terengganu juga terus mengasak, namun Megat terus bertahan setelah sebiji gol telah membolosi gawangnya.Pengadil meniupkan wisel penamat separuh masa pertama dengan Terengganu mendahului satu gol.
Sepak mula separuh masa kedua dilakukan oleh Terengganu.Terengganu terus menyerang namun ianya berjaya dipatahkan oleh benteng muda Selangor.Sharlei Lins Mirinda dan Abdullahi Nasiru banyak melepaskan peluang yang terhidang.Terengganu seolah-olah berpuas hati, membiarkan Selangor menguasai perlawanan.Namun perangkap offside sering membantutkan usaha Selangor.Seharusnya Selangor berjaya menyamakan kedudukan apabila bola yang dibawa oleh Fazli Shaari hanya berhadapan dengan Sarbini, rembatan jarak dekat olehnya berjaya ditampan oleh tangan emas milik Sarbini.Terselamat pintu gol Terengganu.Selangor menyerang lagi, kali ini juga berjaya diselamatkan oleh Sarbini dengan layangan badan yang cukup kemas.
Sarbini mencemaskan Terengganu apabila terbaring kesakitan selepas menyelamatkan bola yang bergelut dihadapan pintu golnya.Namun begitu, tepukan gemuruh diberikan kepadanya sebaik sahaja beliau bangun untuk meneruskan permainan.Terengganu sesekali membuat serangan.Banyak hantaran lintang yang hanya melalui depan pintu gol Selangor.Peluang terbaik Terengganu hadir apabila Ashaari yang membawa bola secara solo telah berjaya memasuki kotak penalti Selangor, tetapi tangan Megat berjaya menepis sedikit.Namun begitu bola berjaya melepasi Megat.Tindakan susulan Ashaari terkena tiang gol Selangor.
Selangor menyerang bertubi-tubi bagi mencari gol penyamaan namun benteng pertahanan Terengganu kukuh bertahan sehingga wisel penamat ditiupkan.Terengganu membuat langkahan ke separuh akhir.
Terengganu : Sarbini, Saiful, Marzuki, Fabio Flor, Shahrul Ezrain, Ashaari, Ismail Faruqi (NurAliff), Zairo Anuar, Rosairil Asrul (Abdul Manaf), Sharlei Lins (Che Hishamuddin), Abdullahi Nasiru.
Keputusan Muktamad : Terengganu 1 - 0 Selangor.
Zairo Anuar Zalani.
Terengganu layak ke separuh akhir dengan aggregat 3-2. |
|
|
|
|
|
|
|
X de update ke? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #211 nik2121's post
tggu 'panas' game ngan kedah sabtu neh...
tp aku nyer ramalan....ganu bongkosssssss
kat away laaaa...............!!![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
PERJUANGAN SI ANAK PENYU
K.Trg, 29 Ogos - Skuad muda Terengganu akan turun menentang Kelantan dalam separuh akhir kedua yang bakal berlangsung esok di Kota Bharu.Berbekalkan satu gol, skuad anak-anak muda Terengganu ini dilihat sedikit berkelebihan untuk sekali lagi melangkah ke akhir.Namun begitu, kedudukan satu gol itu masih belum selesa.Sebaliknya Terengganu perlu menambah lagi gol bagi menjamin kedudukan selesa.
Selepas tumbang satu gol di Kuala Terengganu, skuad anak muda Kijang pasti mengamuk untuk memadamkan defisit gol yang dimiliki oleh Terengganu.Mereka pastinya bermain mati-matian bagi memastikan mereka melangkah ke perlawanan akhir.
Bagi Terengganu, sekiranya memenangi perlawanan separuh akhir ini, mereka bakal mencatat sejarah apabila memasuki perlawanan akhir dua tahun berturut-turut.Namun begitu, sebelum beraksi di perlawanan akhir, Kelantan perlu dihapuskan terlebih dahulu.Bersandarkan beberapa pemain yang menganggotai skuad bawah 20 tahun Malaysia, Terengganu dilihat berada dalam keadaan yang terbaik untuk mengulangi pencapaian musim lepas.Layak ke akhir.Gandingan Shukur Jusoh dan Md.Nuraliff pastinya akan memberikan satu kelebihan kepada pasukan anak penyu itu apatah lagi kedua-duanya mempunyai pengalaman beraksi bersama-sama dengan skuad bawah 20 tahun negara.
Kemantapan dalam semua bahagian pastinya akan menyukarkan Sang Kijang untuk menjinakkan Sang Penyu di Kota Bharu nanti.Khamis ini, bakal menjadi penentu, sama ada Sang Penyu megah melangkah atau Sang Kijang yang mengorak langkah.
Kepada anak-anak muda Sang Penyu, teruskan berjuang卥ami bersamamu. |
|
|
|
|
|
|
|
K.Trg, 27 Ogos - Penjaring gol kemenangan Terengganu ketika bertemu Selangor dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Zairo Anuar Zalani, bertekad untuk sekali lagi menjadi pemusnah dalam perlawanan menentang Kedah dalam peringkat separuh akhir.
Terengganu yang layak ke separuh akhir dengan aggregat 3-2 menerusi kelebihan gol dari Zairo sekali lagi bakal mencuri tumpuan bagi mencipta sejarah melayakkan diri ke perlawanan akhir.Zairo muncul wira Terengganu apabila sepakan percuma kali kedua yang diambilnya melencong ke bucu kanan pintu gol Selangor sekaligus memberikan kelebihan kepada Terengganu.
Zairo yang ditemui kelmarin, bertekad untuk mengulanginya lagi sekiranya dia diberi peluang untuk membarisi kesebelasan utama pasukan Hitam Putih itu dalam perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu.Beliau yang menyedari Kedah bukan calang-calang pasukan, namun atas usaha gigih rakan sepasukan, tidak mustahil kemenangan selesa berpihak kepada Terengganu.Walaupun demikian, beliau menghormati Kedah selaku juara Liga Super dan juara Piala FA.Semestinya Kedah akan turun habis-habisan bagi menjamin tempat ke perlawanan akhir.
Zairo yang dilihat agak menurun prestasinya kebelakangan ini, namun itu bukanlah penghalang baginya untuk mencipta jaringan untuk Terengganu.Anak kelahiran Kijal itu, ingin memastikan setiap gerakan Terengganu yang bakal dijana olehnya dan rakan sepasukan dibahagian tengah, adalah satu gerakan yang membuahkan hasil.Namun ianya bergantung kepada perancangan jurulatih Terengganu dalam membariskan kesebelasan terbaik bagi mengahadapi cabaran Kedah.
Menurut Zairo lagi, sekiranya diturunkan, dia akan memberikan yang terbaik untuk mengembalikan zaman kegemilangan Terengganu.Beliau juga berharap agar para penyokong memberikan sokongan padu kepadanya dan rakan-rakan sepasukan yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #214 BeachBoys's post
ko ganu kat maner...?? tim beachboys yg main futsal tu tim ko ker..?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeachBoys at 29-8-2007 08:52 PM ![](http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
K.Trg, 27 Ogos - Penjaring gol kemenangan Terengganu ketika bertemu Selangor dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Zairo Anuar Zalani, bertekad untuk sekali lagi menjad ...
baru score sekali dah rasa bagus.... kesiang sungguh ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Huhuhu.... X sabo tunggu Sabtu ni. Harap dang gi tengok |
|
|
|
|
|
|
| |
|