CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silent_kid

::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT

 Close [Copy link]
Post time 10-10-2008 11:56 AM | Show all posts
salam.. bila nak sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2008 09:41 PM | Show all posts
.
smbgn kaulah segalanya
episod 11 part 1

         Pejam celik sudah 3 tahun Asyrani belajar di UNISEL. Dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Kini dia menanti hari penyampaian sijilnya. Sementara itu, dia tinggal di rumah abangnya di Bangi. Hubungannya dengan Shawal juga bertambah erat. Kasih sayang dan cinta mereka makin hebat. Walaupun mereka jarang berjumpa namun hubungan mereka masih baik. Shawal segan untuk membawa Asyrani keluar berjalan-jalan jika abangnya ada. Namun sudah menjadi keperluan bagi Asyrani untuk berjumpa dengan Shawal setiap minggu. Anis Farhana kini sudah bekerja di syarikat ayahnya buat sementara menunggu panggilan temu duga berdasarkan resume yang dihantarnya. Sehingga saat itu, Anis Farhana masih lagi tidak mengetahui siapakah Hafiz Azimie yang sebenarnya di hati Asyrani. Namun bagi Asyrani, kenangannya bersama lelaki itu sudah terkubur dan lenyap apabila Shawal muncul dalam hidupnya. Kadang kala hatinya agak gusar akan ancaman Hafiz beberapa tahun lalu. Dia tahu Hafiz seorang yang mengotakan janjinya. Asyrani sering juga pulang ke Kuantan. Kerap juga dia melawat neneknya. Hubungan Asyrani dengan Aunty Julia agak hambar manakala hubungan dia bersama Badrul bertambah rapat. Badrul juga sudah menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya dalam jurusan pengurusan perniagaan. Dia kini membantu perniagaan ayahnya. Asyrani cukup selesa berkawan dengan dia.






Shawal pula kini di naikkan pangkat. Itu cukup memadai baginya. Dia berasa gembira dengan hidupnya kini. Dia mempunyai keluarga yang bahagia dan kekasih yang menyayanginya sepenuh hati. Shawal juga tidak lagi bimbang
tentang kewujudan Hafiz mahupun Badrul. Meskipun perasaan cemburu terhadap mereka masih ada tetapi dia masih lagi boleh mengawalnya. Hujung minggu itu, dia mengajak Asyrani dan abangnya makan tengah hari bersama keluarganya. Asyrani bersetuju namun abangnya tidak dapat pergi kerana terpaksa ke Terengganu kerana menghadiri mesyuarat di sana. Shawal terpaksa mengambilnya kerana abangnya menggunakan kereta.




"assalamualaikum Shawal."sapa Asyrani ketika masuk ke dalam kereta. "waalaikumsalam Asy. Abang Khai mana?"tanya Shawal. "abang tak habis-habis dengan meetingnya. Dia tu macam abah Asy gila kerja."adu Asyrani pada Shawal. "ala kesiannya sayang abang ni, meh Shawal kiss sikit." usik Shawal sambil merapatkan badannya ke tubuhnya. Asyrani menolak Shawal. Dia kurang selesa. "Shawal ni melebih-lebih la pulak. Nanti Asy balik baru tau." kata Asyrani memuncungkan bibirnya. Shawal tersengih. Dia berasa bangga walaupun sudah lama kenal dengan gadis itu. Gadis itu masih mampu menjaga batas-batas pergaulannya. "ok sorry la Asy. Shawal main-main aja."ujar Shawal.





"assalamualaikum semua."ucap Asyrani apabila tiba di muka pintu. Semua yang berada di ruang tamu tersenyum ke arahnya. Ibu Shawal menuju ke muka pintu. "apa khabar mak cik? ni saya bawakkan buah."kata Asyrani sambil bersalaman dengan wanita itu. "la, buat susah-susah aja Asy ni."balas Puan Aishah. Asyrani masuk ke dalam rumah itu. Dia bersalaman dengan adik beradik Shawal yang lain. "mari makan Asyrani."pelawa Encik Ruslan. Mereka menuju ke meja makan. Terhidang lauk-pauk kampung. Shawal makan dengan penuh nikmat. Selepas makan, Asyrani pergi ke ruang dapur untuk memotong buah yang dibawanya dan mencuci pinggan. Shawal turut membantunya sekali. "eh, Shawal tak payah tolong Asy, pergilah kat depan. Kita berdua kat dapur ni tak elok orang tengok. Asy malu." kata Asyrani sambil mengupas buah epal yang dibelinya tadi. "la, apa yang nak dimalukannya, bukannya kita bercium lagipun
Shawal kesian kat Asyrani buat kerja sorang-sorang."ujar Shawal. Asyrani ketawa kecil. Sayang sungguh Shawal padanya. Selepas makan, Shawal mengajak Asyrani berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Mereka singgah di Pusat Beli-Belah Carrefour. Asyrani ingin membeli barang dapur rumahnya. Semasa mereka membeli, Shawal ternampak sepasang kekasih yang bermesra berpegang tangan. Dia mengenali lelaki itu. Lelaki itu pandang ke arah Shawal dan Asyrani. Pasangan kekasih itu berjalan menuju ke arah mereka. Shawal sedikit bimbang kerana sudah lama dia tidak mendengar khabar Hafiz. Kemunculan lelaki itu mengingatkan kembali kepada kad ugutan yang diberikan Hafiz.





"hai! Korang ni shopping kat sini ke?"tanya Hafiz sambil memandang Asyrani. "ni kan shopping complex mesti la orang nak shopping."jawab Asyrani kasar. Baginya tiada apa yang harus diperkatakan lagi. Shawal pula hanya mendiamkan diri. "amboi kasar nampak. Mentang-mentang orang ada boyfriend."sindir Hafiz lagi. Asyrani melihat gadis di sebelah Hafiz. Memang cukup seksi. Potongan badannya cukup mengiurkan mana-mana lelaki yang memandang. "Sayang, ni siapa?" tanya gadis disebelahnya itu dengan nada manja. "oh ni ex girlfriend I masa I kecil dulu."jawab Hafiz. "Asy ni girlfriend baru aku. Sally. Dia model baru. " kata Hafiz. Sally dan Asyrani bersalaman. Sally menunjukkan wajahnya yang masam. "tak sangka cepat benar kau cari pengganti Anis. " Asyrani senyum sinis. Sally tersenyum hambar. Masam muka Sally dibuatnya. "kau dengan Shawal macam mana sekarang?"tanya Hafiz. Dalam hatinya cemburu membuak. Tak senang hatinya melihat Asyrani dan Shawal bersama. "seperti mana yang kau nampak, aku dengan dia ok."jawab Asyrani. Shawal hanya membatukan diri. Dia tidak mahu jadi busy body. "dah la Asy, jom kita pergi."ucap Shawal. "mari." sambut Asyrani. "aku pergi dahulu Fiz, one more thing semoga kau bahagia." ucap Asyrani kepada Hafiz. Mereka meninggalkan Hafiz dan Sally begitu saja. Hafiz berasa geram
"tak apa Asy, satu hari nanti kau akan ku balas!"desis hatinya.






      "geli betul lah diaorang tu. Dah la tak malu peluk-peluk kat tempat awam. Asy tak sangka yang dia boleh jadi macam ni. Setahu Asy dia ada asas agama yang kuat. Tapi orang dah playboy macam-macam boleh buat."bebel Asyrani ketika dalam perjalanan pulang. "ye kah atau Asy cemburu?"Shawal serkap jarang. "cemburu? Tolonglah, Asy tak perlu cemburukan lelaki itu. Asy dah ada lelaki yang Asy sayang buat apa nak cemburu dengan Hafiz tu lagi. "cerita Asy dengan dia dah lama tamat. Dah berkurun dah."jawab Asyrani panjang lebar. "Shawal gurau aja la. Shawal tahu Asy takkan kecewakan Shawal." bisik Shawal perlahan. Asyrani tertawa. "dah lah tu, jom kita balik, dah nak malam ni, nanti jam pulak Shawal nak balik rumah."ujar Asyrani. "ye lah Tuan Puteri. Tapi kalau dah lewat Shawal kan boleh tumpang solat kat rumah Asy."usik Shawal lagi. Asyrani membeliakkan matanya. Shawal ketawa. Dia tahu Asyrani tidak selesa jika dia berdua-duaan di dalam rumah. Ini boleh membawa umpatan jiran tetangga. Sampai di rumah Asyrani, Shawal membantu dia menyimpan barang di dalam rumah. Selepas itu Shawal pulang ke rumahnya.


[ Last edited by  silent_kid at 10-10-2008 09:42 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 09:55 PM | Show all posts
selamat membace...........
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:01 PM | Show all posts
ai..ape laa si hafiz ni..
elok2 dgn anis da clash..pastu carik awek lain
ingtkan nak rujuk dgn si asy dulu..rupe2nye xabes berdendam..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:02 PM | Show all posts
thanks untuk entry baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 10:05 PM | Show all posts

Balas #205 amandaatika\ catat

same2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2008 10:12 PM | Show all posts

Balas #206 silent_kid\ catat

amboi dia ni.. laju je balas mesej orang.. memang bekampung depan pc ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 10:16 PM | Show all posts

Balas #207 amandaatika\ catat

heheheh...
beselah..
hikss...
ari2 dpn pc jer...
tk bkampung...bebandar da kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 10:22 PM | Show all posts

Balas #208 silent_kid\ catat


x tengok ayat2 cinta kat tv3 ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 10:27 PM | Show all posts

Balas #209 amandaatika\ catat

kt ostel tade tv....waaa...mao tgk jugak..
wlu ade cdnye..
udah lme asy nengok..
blum tyg kt malaysia lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:38 PM | Show all posts

Balas #210 silent_kid\ catat

tak pa lah. Best apa bertapa dalam hostel.
Siap ada internet lagi.
Masa tinggal asrama dulu mana ada internet, tv pun buka hujung minggu je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 11:03 PM | Show all posts

Balas #211 amandaatika\ catat

huhuhu...
tape2...skang hostel pesen baru...
hihiih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 09:58 PM | Show all posts
upzzz skt!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 10:02 PM | Show all posts
smbgn kaulah segalanya episod 11 part2


"Wal, petang ni aku and the gang nak pergi main futsal kat tempat biasa jom la ikut."ajak Ebi ketika bercakap dalam telefon semasa Shawal berada di tempat kerjanya. "erm ok gak macam tu nanti lepas aku balik kerja aku terus ke sana ok."ujar Shawal. Dia memang sukakan sukan futsal ini. Selepas bercakap dengan Ebi, Shawal menaip pesanan ringkas kepada Asyrani.
Salam Asy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 10:03 PM | Show all posts
      "mama awak macam mana?"tanya  Asyrani. "mama?, dia macam tu la, selalu gaduh dengan papa, kadang-kadang kesian dengan adik-adik saya yang lain."ujar Badrul. Badrul merupakan anak sulung dari 3 adik beradik. Tanggungjawab yang dipikulnya amat berat memandangkan hubungan kedua orang tuanya agak tegang sejak kebelakangan ini. Dia pun naik tension melihat keadaan mereka. "sabarlah, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Awak yang masih ada ibu bapa, hargailah mereka hingga ke penghujung usia mereka."nasihat Asyrani. "ya saya tahu, cuma kadang-kadang saya rasa tertekan dengan mereka. Kesian saya tengok adik-adik saya terpaksa melihat pergaduhan mereka."ujar Badrul menunduk. Asyrani merenung mata Badrul yang redup itu. Dia tahu Badrul seorang yang perahsia. Sukar dijangka apa yang berada di kepala jejaka kacak itu. Badrul memang seorang yang kacak. Wajahnya ada sedikit kacukan arab. Hidungnya mancung. Pakaiannya berjenama. Namun begitu, dia tidak pernah meninggikan asal-usulnya. Dia seorang yang peramah dan pemurah. Dia agak berbeza daripada sepupu-sepupunya yang lain yang bersikap materialistik. Ini membuatkan Asyrani berasa selesa apabila bersama dengan Badrul. Lama juga mereka berborak, hari sudah makin gelap, Asyrani meminta diri untuk pulang. Badrul menawarkan diri untuk menghantarnya pulang namun Asyrani menolak dengan mengatakan dia lebih selesa pulang dengan kereta api. Sebelum pulang, dia ke tandas. Dia meninggalkan begnya kepada Badrul. Sedang Asyrani berjalan ke tandas, dia merasakan pergerakannya diekori. Dia mempercepatkan langkahnya ke tandas. Lorong itu agak sunyi. Tiba-tiba lengannya disentap kuat. Ada sesuatu yang kuat memukul kepalanya. Asyrani menjerit kesakitan. Dia dapat merasakan ada sesuatu tenaga yang mengangkatnya dan membawanya pergi. Asyrani meronta agar dirinya dilepaskan namun kepalanya sekali lagi diketuk dengan sesuatu yang keras hingga membuat kepalanya pusing dan berpinar. Pandangan matanya semakin gelap. Dia pengsan tidak sedarkan diri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 10:04 PM | Show all posts
slmt mmbc...
sori lmbt upload...
kureng sehat sket....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2008 11:50 PM | Show all posts
dia dah update.. kesian..demam ya...
semoga cepat sembuh.. sekarang ni memang mudah dapat penyakit..musim hujan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2008 11:57 PM | Show all posts

Balas #217 amandaatika\ catat

tu la..
pe leh wt...
hikxxx
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2008 12:00 AM | Show all posts
upzzz...sket....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 12:16 AM | Show all posts
rajin2 makan ubat...duduk asrama ni kena jaga diri sendiri.. nak harapkan warden jaga.. memang dalam mimpi lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052600 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list