|
Post Last Edit by AnitaSabrina at 10-8-2009 20:44
Vaksin untuk H1N1 belum ada lagi.
Tamiflu ialah anti-viral. Hope this helps :
Source : Ahli virologi Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit
Institut Pengurusan Penyelidikan dan Pemantauan Universiti Malaya
"Terdapat sebilangan orang yang berfikir bahawa dengan mengambil ubat antiviral Tamiflu, mereka boleh mencegah permulaan selesema tetapi ini merupakan penggunaan ubat-ubatan secara salah.
Jika apa-apa ubat-ubatan digunakan secara berlebihan dan disalahgunakan tanpa mendapat preskripsi doktor, maka peluang untuk virus itu meningkatkan ketahanan adalah tinggi.
Tamiflu tak seharusnya diambil jika tiada bukti pesakit influenza yang boleh menyebabkan ancaman nyawa seperti pneumonia atau jangkitan paru-paru. Jenis-jenis selesema yang memudaratkan biasanya akan menuju ke paru-paru dan memerlukan ubat antiviral seperti Tamiflu." |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AnitaSabrina at 10-8-2009 20:44
Vaksin untuk H1N1 belum ada lagi.
Tamiflu ialah anti-viral. Hope this helps :
Source : Ahli virologi Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit
I ...
AnitaSabrina Post at 10-8-2009 20:42 
tu lah pasal itu hari aku ada mentioned kat ko pasal virus yang develop kerentangan terhadap anti viral kalau anti viral diguna semborono....tapi itulah...yang orang2 nak gi haji misalnya amik tu apa bendanya? vaksin or antiviral? Tamiflu is antiviral right? kenapa pula kita nak amik antiviral before diattack oleh virus? tak gitu? kalau amik vaksin tu aku pahamlah...bagi body kita develops perisai daro serangan virus yang sensetif terhadap virus tersebut....ke aku yang buntu dengan masalah H1N1 ni?
kat jabatan aku dah ada sorang yang +ve h1n1 petang tadi kat spital putrajaya..8mth pregnant woman..........ngeri!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
202# sayawifenikmie
Next month adalah kot vaksin H1N1.
But for me, I tak berani nak me`vaksin'kan my family with the first generation H1N1 vaccine. I nak tunggu dulu to make sure the vaccine is really safe with no side effects.
Btw, why has the Pharmaceutical Companies been given legal indemnity by the US govt for the H1N1 vaccine? How can we be sure the H1N1 vaccine will not cause any long term damaging side effects aka the 1976 flu fiasco? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by carold at 11-8-2009 09:30
tengku puan pahang dan 5 anaknya kena H1N1 (influenza A)Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1
KUANTAN: Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan lima anakanda baginda dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAF) kerana dijangkiti Influenza A (H1N1).
Lima anakanda baginda yang berumur tujuh hingga 14 tahun, termasuk pasangan kembar yang berusia sembilan tahun dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu, manakala baginda dimasukkan keesokan harinya.
Pengarah hospital, Datuk Dr Ardi Awang ketika dihubungi, berkata keadaan baginda dan semua anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sedang dirawat di wad diraja hospital berkenaan sudah diberikan antiviral.
"Kita membuat pengawasan dan baginda serta anakanda akan dibenarkan keluar daripada hospital apabila pulih sepenuhnya," katanya.
Mereka ialah Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14; Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12; pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9; dan Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7 tahun.
Sementara itu, Tunku Azizah Aminah berkata, keluarga baginda dipercayai dijangkiti daripada anakandanya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah yang mendapat jangkitan di Sekolah Kebangsaan St Thomas, di sini.
Baginda berkata, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Muhammad Iskandar yang bercuti daripada belajar di luar negara turut dijangkiti.
"Apa yang merisaukan saya adalah Tengku Ahmad Ismail yang menghidap asma dan radang paru-paru ringan. Anak saya juga kadang-kadang muntah dan meracau. Selain itu, tujuh pekerja istana telah dikuarantin kerana ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.
Baginda juga meminta kerajaan dan rakyat lebih serius menangani wabak itu yang kini mengorbankan banyak nyawa di negara ini.
"Saya bimbang kerana pihak tertentu dan orang ramai seolah-olah tidak memandang serius wabak ini. Kesedaran kurang dan majlis yang membabitkan orang ramai masih dianjurkan walaupun penyakit mudah merebak," katanya.
H1N1 ni tak mengira siape..rakyat jelata hatta keturunan diraja pun... |
|
|
|
|
|
|
|
..tkpe tengku leh lah suntik antivirus...spesel kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
virus tak mengenal pangkat n harta .... |
|
|
|
|
|
|
|
205# pressor
bila sebut antiviral ni .. teringat citer I legend. takut la nak suntik dgn antiviral ni kalau belum properly tested yg makan tahun ni. |
|
|
|
|
|
|
|
2# mammavoque
kata adik aku, kawan dia keje kat farmasi sub satu hospital kerajaan ni. dari sample yg dia check, paling kurang everyday 300 org positif... member kat kementerian pun kata jumpa infected sebenanya way too many dari yang dikhabarkan.. wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
202# sayawifenikmie
Next month adalah kot vaksin H1N1.
But for me, I tak berani nak me`vaksin'kan my family with the first generation H1N1 vaccine. I nak tunggu dulu to make sure the vaccin ...
AnitaSabrina Post at 10-8-2009 23:37 
aku jawab cakap melayu je lah yek..malu aku dengan bahasa inggeris ko yang canggih ni...tahniah ye...aku kagum ngan melayu yang fasih orang putih ni...aku setakat cukup2 makan je...ii compliment tau.....(off topic).
tadi aku g HUKM bawa anak aku jumpa onkologist..aku tanya dr..perlu ke aku suntik anak aku ngan antiviral tamiflu..nak terjojol mata doktor tu kata JANGAN...dah namanya antiviral..sama jek ngan antibiotik..dah infekted baru boleh amik yang anti-anti ni...bottomline: NO TAMIFLU aka antiviral kalau tak +ve kena attack ngan virus...clear.
aku tanya lagi...boleh ke injek dengan vaksin anti flu..alaaaa..yang macam orang2 nak gi Haji amik tu....dia kata BOLEH...aku tanya lagi apa nama vaksin tu...dr tu kata tak tahu...tak sure....tapi boleh....aku ingat nak gi amik sekeluarga....tapi vaksin ni takleh nak lawan H1N1 ni.
vaksin H1N1...akupun takut nak amik sampai betul2 terbukti berkesan n takder side effects yang teruk...seperti vaksin dulu2 yang telah melumpuhkan sistem saraf orang2 yang mengambilnya.
as for now...kalau anak2 ku batuk2 seme..aku bawak gi klinik panel...check pernafasan...kalau doc kata lungs clear...aku lega jap...aku monitor suhu badan anak2 aku tiap ari....plan aku..kalau exceed 38C..terus aku bawa spital terdekat (putrajaya/serdang/hukm).
psssss...anak dara aku dah menggedik nak balik asrama...katanya ada jamuan dorm sabtu ni.......terjegil jer mata aku mendengar kemahuan anak dara aku tu..tak diketahuinyayangibu bapanya risau pasal h1n1 ni...budak2. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanyalah h1n1 dah ler dapat rawatan kat private hospital ker.
rynn nie almost 8 months pregnent and ada anak umur 3 tahun. risau sangat ngan situation skang. rasa nak cuti tanpa gaji n duk diam2 kat umah jerk |
|
|
|
|
|
|
|
210# sayawifenikmie
Bekalkan anak dara you dgn vitamin C jenis yg slow-release kalau dia balik asrama.
Apasal anak you jumpa oncologist? Sakit apa? Kesian kat you, hubby pun tak berapa sihat kan (diabetic?). Tawakal jelah. Allah je yg boleh tolong kita sekarang ni. Virus H1N1 dah melata kat mana-mana je. Kena pakai baju ala astronaut kot baru selamat.
Anak I dia orang elok je sihat masa weekend. Ni baru 2 hari pergi sekolah balik dah demam & selsema. Adoi! Tak kan nak peram je dia orang kat rumah. Cabin fever! :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
I ada terima beberapa e mail utk usaha merawat H1N1 daripada segi pemakanan..
mana tahu dpt membantu..dan berharap InsyaAllah berjaya...
mana tahukan..tp at least kita mencuba..selain rawatan di hospital..
Article to share:
Cara Pertama:
JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FM ME TO YOU AND YR FRIENDS...MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....
My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis...worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....
No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...
Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...
First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipt...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.
Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...
EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and yr symtoms are gone....I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip....
ALHAMDULILLAH...my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday....she called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally...all these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...
This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH!!!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!!
Cara Kedua:
Semoga Allah melindungi kita semua.
Salam..... sy baru balik dari thailand. sy ke pulau temelang dan ban tun.. apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk
cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma
tq
Saya ingin berkongsi maklumat / tip yg diperolehi drp Ustaz Fauzi Mustafa didlm radio RMKL pg td bg mengindarkan diri kita terutamanya anak2 drp terkena penyakit H1N1. Usahakan salah satu drpdnya...
a) Baca Bismillah dan tiup pd air dan masakan yg disediakan
b) Makan madu lebah asli
c) Makan buah tamar
d) Makan kismis
e) Makan buah delima
f) Minum air kurma
g) Makan Habbatus sauda
h) Makan buah Tin
So, kebetulan bulan ramadhan bakal menjelang, marilah kita mengambil inisiatif utk memakan perkara2 di atas tuh..
bukan setakat kalau dah kena H1N1 dan setakat di bulan puasa...jom,kita just amalkan sbg makanan harian utk family kita,anak2 kita...
jadikan makanan harian,may be boleh ganti junk fud & snacks... |
|
|
|
|
|
|
|
210# sayawifenikmie
Bekalkan anak dara you dgn vitamin C jenis yg slow-release kalau dia balik asrama.
Apasal anak you jumpa oncologist? Sakit apa? Kesian kat you, hubby pun tak berapa sih ...
AnitaSabrina Post at 11-8-2009 22:07 
tulah pasal........ingat nak suntik anak adar tu ngan vaksin anti flu sebelum antar dia balik asrama...apa nama (brand) vit C slow release tu? berapa mg of Vit C sehari untuk lawan flu ye?
ooooo...i gi onkologist coz my boy is a synddrome down......dia pernah kena leukimia...dah remission almost 5 years dah..so kena follow up kat HUKM.....so..dia ni memang sensetif lah...coz masa chemotheraphy dulu memang selalu sangat kena pneumonia ni...aku tawakkal kepada Allah sambilberusaha sehabis daya melindungi anak2 aku dari virus ni.
my hubby plak.....hmmmmm..memang manis orangnya...darahnya pun manis..diabetic..heheh...tak adalah penyakit lain selain gulanya yang tinggi tu..tapi under control dengan mengambil ubat diabetik Janumet...fasting 6-8 indexnya...kami memang check berselang hari paras glukos darahnya....takut you.
aku plak......adusssss...zaman2 jerubu ni..rasa lelah pulak...doktor kat tak lelah ke haper ke..cuma aku rasa semput....rasanya sebab jerubu ni...kadang2 nafas rasa tak puas..kena sedut dalam2...doktor pulak kata lancar je pernafasana ku ni...apa tanda2 nak kena athma ye?
apapun......kita tak usah mengeluh.....ini semua dugaan buat kita.....hadapi dan tangani dengan baik, bijak dan sabar..kalau kita risau2 sangatpun...susah gak...tak keluar rumah sudahnya...itupun tak tentu tak kena...dok gitu?
ASabrina...you takder rancangan nak bawa anak2 ambil suntikan vaksin anti flu ke?..yelah....at least kalau anak2 kita tak kena flu..takderlah kita risau sangat sebab dalamkeadaan sekarang ni mudah sangat nakk kena flu.......OK..thanks 4 the infos ye. |
|
|
|
|
|
|
|
makan mcm gamat healin tue membantu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
215# sayawifenikmie
Vitamin C - blackmores. 1000 mg. This one hubby, I and anak bujang I umur 13 tahun makan 2x sehari. Pagi dan malam. My youngest son, 7 years, dia makan 500 mg 2x sehari.
For myself I makan supplements lain - untuk sakit sana sini. Hubby pun sama gak makan supplements yg relevant for him. For athritis, cholestrol, eyes...... My sons, I make sure dia orang makan honey, vitamin E and fish oil. Tu jelah for them sebab dia orang muda lagi kan.
Your boy berapa umur dia sekarang ni? Anak you 2 orang je?
I rasa you ada asthma. I ada asthma and simptom ialah rasa macam tak puas je nak bila bernafas and wheezing (bunyi weee..... bila bernafas). My eldest son ada asthma tapi simptom dia batuk tak berhenti-henti. Maybe you should see a different doctor?
Suntikan anti-vaksin? I tak tahu nak pergi mana for suntikan ni. I call my brother last week - he's a doctor and he has a few private clinics. Dia cakap vaksin kat semua klinik dia dah habis. Tamiflu & anti viral lain controlled drugs. Tak boleh senang-senang kasi kat patients. Evaluate dulu. Nak jumpa doctors sekarang ni pun sakit jiwa. Menunggu berjam-jam! My brother cakap dulu klinik dia sehari 100+ patients. Sekarang ni mencecah sampai 300+ sehari! Pengsan dia orang nak kasi treatment kat patients.
So how? Nak pegi mana for vaksin? Kalau pegi hospital Sg Buloh - seriau I. Takut nanti ada virus menumpang kat kita pulak. Kat situ kan ramai H1N1. 
Btw, your girl dah balik asrama? |
|
|
|
|
|
|
|
erm...somi sarankan aku amik cuti tanpe gaji untuk seminggu depan, then leh bersambung ngan cuti skola...ape pendapat ibu2 dan bapak2 kat sini yer...at least cume somi aku je yg kuar masuk umah dan aku leh kuarantin dengan tenang di rumah...
setakat ni budak2 pun tengah exam...syllabus aku dah habiskan...so dari segi kerja takda aral laa...aku pun rasa mcm seronok je nak dok umah memandangkan aku sendiri tak brape sehat...ada athma, tengah batuk dan selesema...
setakat ni kesan yg aku nampak kalau amik unpaid leave ialah tiada bonus tahunan (kalau kerajaan nak bagi la...ehehhehe) dan aku akan terperam je kat umah (nasib baik ada forum cari nie)...ni pun aku dah mc 2 hari....huhuhuh...adakah wajar aku amik unpaid leave ni atau aku seorang yang cepat panik... |
|
|
|
|
|
|
|
Sila semak adakah anda di kawasan merah H1N1?
KUALA LUMPUR - Jika anda berada di Johor, Selangor dan Melaka, anda harus lebih berwaspada khususnya di tempat-tempat awam kerana ketiga-tiga negeri itu mempunyai lebih separuh daripada 44 korban kes selesema babi atau H1N1 di Malaysia. Setakat semalam, bilangan korban H1N1 di Johor sudah 10 orang diikuti Selangor (tujuh) dan Melaka (enam). Angka korban yang banyak turut dilaporkan di Perak iaitu lima kes manakala Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing mempunyai empat korban.
Namun, statistik pesakit H1N1 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan mendapati tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu setakat ini tidak mempunyai korban wabak.Sebagai perbandingan, dua negara jiran terdekat iaitu Thailand setakat kelmarin mencatatkan 97 korban manakala Singapura pula 10 kematian. Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, enam lagi kematian direkodkan semalam membabitkan pesakit yang mendapatkan rawatan dari tempoh 6 hingga 9 Ogos lalu.
"Empat kes didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetis, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti,'' katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Fennel Seed Treatment Claimed Effective to Prevent Swine FluSharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.
According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.
The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.
The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.
沙迦: 根据中国医学研究杂志所发表的研究报告,在早上饮用茴香的种子(小茴香)所浸泡的温水可以预防猪流感(A型流感)。
根据一家阿拉伯文报章的报导(Al Khaleej),这项研究结果增加了一些亚洲国家的茴香种子销售量约50%。
该报导也指出类似的销售量增长也出现在其他国家如沙特阿拉伯和埃及。
茴香的种子所浸泡的温水也在麦加(Makkah)和麥地那(Madinah)分发给前往朝圣的人。
Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.
Fennel Seeds
小茴香
Jintan Manis
Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/07/05/10328712.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|