|
ni namanya talak khinayah(talak yg tak jelas)
sebaiknya mmg kena g pejabat agama(wpun u tak suggest forummer kata gitu) |
|
|
|
|
|
|
|
hihi...xpe..utk mummy qis cakap camtu boleh lah..sebab org pertama reply..hehe...
saya pon rasa jatuh sebab situasi ni macam berkait...walaupon tak sebut nama...tapi jelas dia tuju kat sape.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada perkataan "kalau".. Kalo dah nak sangat aku kasi !.. maksudnya "if". belum berlaku lagi.
also "Tadi cakap kat C nk ceraikan bukan?" so.. nak ceraikan. bukan dah ceraikan. nak tu, perkara yang akan dibuat.
si B tak reply pun lepas A jawab memang pun dia nak. so dia belum ceraikan lagi.
kepada semua pembaca, sebab banyak sgt soalan macam ni kat FD, apa kata tanya pejabat agama aje. kat sini bukan nya orang2 yang kerja pejabat agama yang boleh confirm bagi jawapan yang accurate. |
|
|
|
|
|
|
|
alaa...dah memang sah2 kau nak minta cerai..apa hal nak pening2..bercerai je laa... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa tak jatuh talak...tapi aku bukan pandai pun...kita tunggu orang lain pula... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa tak jatuh talak, tapi untuk penjelasan lanjut baik pergi ke Pejabat agama... |
|
|
|
|
|
|
|
ish ish ish ish ish..senang nye... |
|
|
|
|
|
|
|
aku bukan org yg arif ttg hal ni..
benda ni kena tanya somi, apa tujuan dia masa lafazkan kat C.. adakah dengan niat nak menceraikan atau cuma berbentuk ugutan tanpa niat..
kalo tanya aku.. dah jatuh talak, sebab A dah tanya dgn B adakah berniat utk menceraikan dan B mengiyakan.. (refer pada ungkapan "a'ah" dari B) |
|
|
|
|
|
|
|
10# ParinAmat
aah tu jawapan from the wife, bukan suami nya.
bab2 ni tak boleh tanya2 pendapat ramai. kena pergi pejabat agama suami isteri dan dapatkan khidmat mereka sebab mereka yang arif. tanya2 sini pun, at the end of the day kena jugak pergi pejabat agama.
tak boleh bergantung kat jawapan kat sini, kot tersilap, dah langgar hukum agama. |
|
|
|
|
|
|
|
xpe mclaren...tanya sini sebab at least ada la pandangan org secara maya... |
|
|
|
|
|
|
|
bab sipi2 ni kena tanya pejabat agama Islam iaitu pendapat orang yang layak memberi pendapat berdasarkan ilmu agama dan pengetahuan hukum hakam .... |
|
|
|
|
|
|
|
si dia hanya bertanya nak cerai ke..................bermaksud belum lagi jatuh talah itu......sbb talak tidak jelas disitu |
|
|
|
|
|
|
|
10# ParinAmat
aah tu jawapan from the wife, bukan suami nya.
bab2 ni tak boleh tanya2 pendapat ramai. kena pergi pejabat agama suami isteri dan dapatkan khidmat mereka sebab mereka yang arif ...
mclaren Post at 11-2-2010 18:21 
yg aku faham somi dia yg jawap "aah"
Bila sampai umah...A tanya husband dia si B.
A: Tadi cakap kat C nk ceraikan bukan?'
B. Aah...itu yg u nak kan?
A : Aah..memang pon |
|
|
|
|
|
|
|
aku rs ni kira talak kinayah...yg x jelas...mmg kena rfr pd pej agama...tp saksi dia non muslim, xde apa2 eh? aku pn bkn arif sgt..sekadar bg gak pndgn...sowi yer TT klu x membantu... |
|
|
|
|
|
|
|
PENGERTIAN TALAQ
Talaq dari segi bahasa bererti melepaskan ikatan.
Dari segi syara‘ ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz talaq atau seumpamanya.
DALIL HARUS TALAQ
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Cerai (talaq) itu dua kali, selepas itu peganglah isteri kamu (ruju‘ dan kekallah) dengan cara yang baik atau lepaskanlah dengan cara yang baik.”
(Surah Al-Baqarah, 2:229)
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anh yang bermaksud:
“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah menceraikan isterinya Hafsah kemudian Baginda meruju`nya semula.”
(Riwayat Abu Daud, An-Nasa’i dan Ibnu Majah)
RUKUN DAN SYARAT TALAQ
1. Suami. Syarat-syarat suami ialah:
a) Mestilah seorang lelaki itu telah menjadi suami melalui perkahwinan yang sah, tidak jatuh talaq jika belum berkahwin atau setelah bercerai dan habis ‘iddah.
b) Hendaklah dalam keadaan sedar, tidak jatuh talaq jika sekiranya gila, pengsan, mengigau dan pitam kecuali mabuk yang disebabkan meminum minuman keras dengan sengaja.
c) Baligh.
d) Dengan rela hati dan tidak dipaksa, tidak jatuh talaq jika diugut menceraikan isteri.
2. Isteri. Syarat-syarat isteri:
a) Perempuan yang diceraikan hendaklah menjadi isteri yang sah semasa diceraikan.
b) Talaq akan bertambah lagi jika suami mentalaqkan isteri yang di dalam ‘iddah perceraian talaq satu.
3. Sighah (lafaz). Sighah talaq terbahagi kepada dua:
a) Lafaz sarih (terang), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada tiga ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talaq satu”, “Aku lepaskan kau” dan “Aku talaqkan kau”. Talaq dengan lafaz yang seperti ini akan jatuh talaqnya walaupun tanpa niat.
b) Lafaz kinayah (lafaz kiasan), iaitu cerai yang dilafazkan menggunakan bahasa sindiran seperti berkata: “Engkau haram atas diriku” atau “Pergilah balik ke rumah emak bapak kamu”. Lafaz kinayah ini akan jatuh talaq jika suami berniat menceraikan isterinya.
4. Qasad (niat).
HUKUM TALAQ
Hukum menjatuhkan talaq pada asalnya diharuskan dalam Islam, tetapi ia akan berubah menjadi:
1. Wajib: Setelah rumahtangga itu gagal diperbaiki dengan keputusan hakim atau suami telah bersumpah untuk menceraikan isterinya.
2. Haram: Menceraikan isteri semasa isteri di dalam waktu haidh atau ketika suci tetapi baru disetubuhi.
3. Sunat: Jika suami tidak dapat menyempurnakan nafkah batin.
4. Makruh: Boleh menjadi haram jika menceraikan isteri tanpa sebab yang munasabah.
Islam menetapkan hanya suami sahaja yang mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talaq. Walaubagaimanapun, isteri juga diberikan hak untuk memohon cerai dengan cara fasakh atau khul‘ (tebus talaq).
PEMBAHAGIAN TALAQ
Talaq terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Talaq raj‘i, iaitu talaq yang boleh diruju‘ kembali tanpa perlu akad nikah iaitu ketika isteri dalam waktu ‘iddah (sebelum tiga kali suci daripada haidh).
2. Talaq ba’in, ia terbahagi kepada dua:
a) Ba’in sughra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ oleh suami kecuali diadakan akad nikah semula iaitu perceraian sama ada melalui fasakh, khul‘ atau talaq isteri yang belum disetubuhi.
c) Ba’in kubra ialah talaq yang tidak boleh diruju‘ kembali dengan cara biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:
i. Setelah selesai ‘iddah si isteri.
ii. Bekas isteri berkahwin dengan suami lain.
iii. Suami lain menyetubuhi bekas isteri itu dan berlaku perceraian.
iv. Selesai ‘iddah dari suami yang lain itu.
just membantu |
|
|
|
|
|
|
|
19# pbw2775
sori x abis comment tertekan send and terus logoff coz nak cepat2 balik tadi. heheheh sori again
Talak ni bukan senang2 leh jatuh, kena tengok niat gak. Dari statement di atas tak de pun suami dia lafazkan apa2 yg bermaksud mcm aku lepaskan kau or aku ceraikan ko...dan yg sewaktu dgn nyer.
lepas tu bila keadaan dah reda suami lak menafikan ada lafaz dgn niat mcm tu, so kalau bawa gi mahkamah pun sure mahkamah kata tak jatuh talak.
Dulu pernah dpt sms dari hubby ...masa gaduh ler berbunyi....kalau mcm ni la kita buat hal masing2, putuskan apa yg u nak? so kalau cam ni jatuh talak ker? |
|
|
|
|
|
|
|
tu la kinayah ni nanti even tanya kat pejabat agama, ustaz akan tanya balik kat suami tu, APA NIAT dia masa cakap tu.
dah dalam cerita di atas tu suami kemudian cakap, dia tak de niat nak cerai pun, dia cakap tak lafaz pun. so kira tak jatuh lah. tapi memang kena refer kat pejabat agama lah.
kalau yang sarih tu lain lah, terang2 dah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|