|
10) 10) Sultan Abu Bakar ibni Ibrahim (Tulisan Jawi: المرحوم سلطان سير ابو بكر ابن المرحوم تماڠڬوڠ دايڠ إبراهيم سري مهاراج جوهر ) (lahir 3 Februari 1833 - mangkat 10 Mei 1895) telah menggantikan bapanya Temenggong Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari 1862-1895. Beliau berumur lebih kurang 28 tahun semasa bapanya meninggal dunia. Beliau memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Beliau ialah sultan pertama Johor moden. |
|
|
|
|
|
|
|
11) Melaka ialah sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya. Melaka terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia serta bersempadan dengan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.
Negeri ini ialah negeri yang kedua terkecil selepas Perlis. Keluasannya cuma 1,657 kilometer persegi. Panjangnya dari utara ke selatan ialah 40 kilometer dan lebarnya dari barat ke timur ialah 69 kilometer.
Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah . Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Melaka disebut sebagai negeri yang bernaung di bawah Siam dalam tahun 1360.
Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke -14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya.Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.
Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu. Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan 'Malagas'. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut.
Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai 'Malagas' atau 'Mulagas', sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.
Dalam buku 'Suma Oriental', nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan 'Malaya' yang bermaksud 'tempat perlindungan'. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, "kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil 'Melayo', oleh itu baiklah tempat ini dipanggil 'Malaya' kerana tempat ini tempat perlindungan kita".
Pendapat lain pula mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada 'mirabolanos' iaitu sejenis buah yang dikeringkan. Nama Melaka juga dikaitkan dengan 'Malayakolam' atau 'Malayaka' yang bererti 'negeri orang Melayu'. Nama itu juga mempunyai persamaan dengan nama satu suku yang terdapat di India yang pernah disebut dalam cerita 'Mahabhrata'.
Kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka. Oleh itu, pedagang Arab memanggil bandar pelabuhan itu 'Mulagah' yang bererti 'tempat berjumpa'. Kadang-kadang tempat itu dipanggil 'Multaqam' (tempat berkumpul) kerana semua pedagang dari timur dan barat berkumpul dan berjual beli di situ. Ada juga yang menyebut Melaka sebagai'malakat' atau 'malaqqa' yang bererti 'pasar' atau 'tempat berniaga'.
Pengasas negeri Melaka ialah Parameswara di mana baginda ialah anak raja Srivijaya yang berasal dari Palembang. Baginda terbabit dalam satu pemberontakan di Sumatera menentang kerajaan Majapahit. Setelah gagal dalam pemberontakan itu baginda lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh angkatan Majapahit. Akhirnya baginda sampai di Temasik (nama lama bagi Singapura). Ketibaan baginda disambut oleh pemerintah Temasik iaitu Temagi. Temagi adalah wakil pemerintah kerajaan Siam yang memerintah di situ. Malangnya, Parameswara berniat jahat terhadap Temagi. Temagi mati dibunuh oleh Parameswara dan kematian Temagi itu dituntut bela oleh Siam.
Parameswara dan pengikut-pengikutnya terpaksa melarikan diri sehingga sampai ke suatu tempat yang akhirnya dinamakan Melaka. Tarikh pembukaan Melaka adalah sekitar tahun 1402.
sumber...
http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/bm/sejarah/sejarah/asal_usul.html |
|
|
|
|
|
|
|
12) Hang Nadim
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hang_Nadim
Dalam Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu , Hang Nadim adalah seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelamatkan Temasek (kini lebih dikenali dengan Singapura) daripada serangan sekumpulan besar ikan todak; bahasa Inggeris: (spearfish).
Mengikut hikayat, pada suatu ketika, ikan todak telah menyerang kebanyakan masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan pantai Tanjong Pagar sehinggakan ramai masyarakat Melayu Asli tersebut telah menemui ajalnya akibat dari serangan Ikan Todak yang bertubi-tubi. Serangan Ikan Todak ini dikatakan mula berpunca daripada tindakan Sri Maharaja yang telah menghukum bunuh Tun Jana Khatib (merupakan seorang alim dan warak dalam menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasek, namun tindakan dakwahnya itu ditolak oleh Sri Maharaja dan penduduk kampung). Kini terdapatnya sebuah kem di Singapura yang diberi nama Khatib Camp, bersempena nama Tun Jana Khatib, ia terletak Sembawang Road, Singapura. Dikatakan juga di kem tersebutlah Tun Jana Khatib telah dihukum bunuh oleh Sri Maharaja. Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat akibat serangan Ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak. Syor Hang Nadim itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-batang pisang.
Berdasarkan lagenda, Tanjong Pagar, Singapura merupakan tempat di mana berlakunya kisah serangan dan penyelamatan tersebut. Perkataan pagar diambil sempena kisah pembinaan pagar tembok daripada batang pisang untuk melawan serangan ikan todak.
Atas kejayaan yang memberansangkan, Hang Nadim telah diberi pujian dan penghargaan oleh masyarakat Tanjung Pagar khususnya dan rakyat Temasek amnya. Hang Nadim juga telah diberikan pingat jasa bakti tertinggi darpada Mahkamah DiRaja atas hasil ideanya yang bernas itu. Hal ini telah membuatkan segelintir ahli tertinggi Mahkamah DiRaja yang lain berasa iri hati dan tidak puas hati dengan penghargaan yang diperolehi oleh Hang Nadim. Maka mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan cara membuangnya ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.
Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam, Indonesia dinamakan sempena nama budak pintar tersebut.
Selain itu terdapat juga Laksamana Hang Nadim, anak kepada Laksamana Hang Tuah dan merupakan pahlawan Melayu Melaka yang berjuang melawan kedatangan penjajah Portugis. Korvet Kelas Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia KD Hang Nadim dinamakan bersempena Laksamana Hang Nadim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
13) Harus ler soalan mencabar adrenal cimut… huhu
14 soalan nie mang cimut x leh jawab coz ramai sultan malaysia sekolah kat luo negeri....
makaseh ila beri soalan mencabar macam nie.............. |
|
|
|
|
|
|
|
nie mcm spesel jek soalan sampai pakai kaler purple.... hah cimut.... aku xder aper nak tanya ko lagi.... so, ko jwb lah dulu soalan teesot heh.... pas ko jawab, br aku blh pk......
honey_d7881 Post at 2-4-2010 09:18
madu ..aq dah jawab soalanm teesot tu... ko nyer soalan mana lak????????? |
|
|
|
|
|
|
|
sabaq sat naa.. nnti dia jawap noh.. {:2_70:}
teessot Post at 2-4-2010 15:47
kan,.,, cimut dah jawab dah pong... hahah... soalan seterusnya......................................................... |
|
|
|
|
|
|
|
mana ade pakat... madu yg ikuttt aku dtg umah ko... ahakkss
teessot Post at 3-4-2010 13:31
hahha..x per.. janji umah nie meriah... huuhu... soalan seterusnya ppe tesoot????? |
|
|
|
|
|
|
|
kan,.,, cimut dah jawab dah pong... hahah... soalan seterusnya.........................................................
selimutpurple Post at 3-4-2010 12:24 nnti aku tnya soklan lain eh |
|
|
|
|
|
|
|
madu ..aq dah jawab soalanm teesot tu... ko nyer soalan mana lak?????????
selimutpurple Post at 3-4-2010 12:21
soalan aku heh.... aku nak soal aper heh.... emmmmmmm.... jap heh cimut.... aku pk jap....:re: |
|
|
|
|
|
|
|
ok cimut.... aku dah ader soalan utk ko.... jawablah dgn hati yg tenang, manis muka yek walaupun aku tak nampak... bak kata Din Beramboi (aku rindu dia.... huhuhuhuhuhu), masalah takkan selesai kalau kita menangis, masam muka.... kan......
antara ramai2 org kat sekeliling ko...... saper yg ko paling sayang skali????.......... aku taknak jpn DIA ok.... sbb kita tau suma org sayang DIA.... Next......;) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|