|
CANDAT SOTONG THE RETURN (Update name kat m/s 5)
[Copy link]
|
|
Sedikit Info Utk Team Candat
Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.
Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.
Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.
Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.
JENIS CANDAT
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.
Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.
Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada sotong torok, cumit-cumit, ketupat dan sotong jarum, mengabang, sotong katak, dan sebagainya.
“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu kalimantang yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”
“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut.
p/s: sediakan sehelai baju tebal sbb malam2 sejuk...selain itu kalu ada life jacket bawak la sekali...kalu xder guna je yg bot punya.
haku syorkan seme geng perak yang ada baju t-shirt kasih sayang tuh...pakai le masa nak candat tuh....geng JP pakai baju derang... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Set Perkakas Candat
Joran
Kerana menggunakan 4-5 bentuk candat, joran aksi ringan tidak digalakkan. Beban akan membuat pencandat cepat penat dan mengganggu keselesaan sehingga menjejaskan konsentrasi.
Joran yg terlalu pendek atau panjang juga menyusahkan. 6 - 6.5 kaki memadai. Joran yg pendek membuat candat bergantungan berlaga sesama dan membuang masa menguraikan kekusutan.
Joran yg terlebih panjang pula akan menganggu org lain dan menghalang bumbung bot.
Joran kelas pertengahan 16-30lb memadai.
Mesin/ Kekili
Kekili harus padan dengan set joran. Saiz 4000- 6500 yg bleh diisi koman2 150meter yg bersaiz 16-25lb. Sapa nak lagi besar pun x salah jika larat.
Laut yang agak dalam membuat beban pada kekili utk menyusun tali. Kekili kecik2 mudah ‘jammed’ atau rosak. Jika ada tangkapan sotong yg tersangkut pada kesemua candat membuat beban semakin tinggi tambahan jarak karauan yg agak panjang. Lebih2 lagi, jika kesemua sotong tersangkut adalah sotong torak yg lebih 500g seekor.
Alat Candat
Bergantung kemampuan pencandat mengendalikan sebanyak mana candat mayat. Selalunya 3-5 candat mayat (floating type). Seterusnya dijarakkan pada candat mayat terakhir dlm lingkungan 1 meter utk diikat candat tuis.
Candat tuis berfungsi 2 dalam 1, sebagai ladung merangkap alat candat utk tugas bottom.
Perambut
Perambut utk set candat mayat ini selalunya 25-30lb kerana ia agak keras dan tegak ( perambut anak sukar berbelit).
Manakala perambut anak 16-20lb supaya agak gemalai. Jika terlebih kecik saiz, ia pula asik berbelit pada perambut ibu.
*kadang2 panjang perambut anak bergantung saiz tali perambut anak. Jika bawah 16lb jangan panjang sgt kerana ia agak lembut dah mudah berpintal.
ok...tu je buat kali ini....semoga berjayaaaaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Info Candat lagi dan lagi.........
Selama hampir empat bulan selepas angin musim tengkujuh beransur reda, perairan Laut Cina Selatan akan dipenuhi oleh berjuta-juta sotong yang datang untuk mengawan dan bertelur.
Tahun demi tahun, keseronokan kaedah tradisional untuk menangkap sotong itu semakin popular khususnya di kalangan kaki-kaki pancing dan penyertaan berkumpulan dari dalam dan luar negeri.
Candat sotong dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu candat umpan dan candat twist.
Jenis-jenis candat
Candat twist dilakukan dengan kail candat yang menggunakan timah sebagai pemberat dan dilengkapi mata kail bersisir di bahagian bawahnya. Setiap candat mempunyai lapan atau lebih mata yang berfungsi untuk menyangkut sotong.
Umpan tiruan yang digerakkan dengan teknik `hulur dan tarik’ itu akan menarik perhatian sotong untuk menyambar kail yang disangkakan makanan.
Jenis sotong yang biasa ditangkap menggunakan kaedah ini adalah sotong torak, ketupat dan jarum.
Cara kedua dikenali candat umpan yang menggunakan sebatang besi sebesar lidi dengan mata kail bersisir di bawahnya, seperti juga candat twist, ia mempunyai jumlah mata yang banyak.
Umpan ikan ditusuk dari ekor hingga ke bahagian mulut sebelum disangkut mengunakan cili pancing dari bahagian kepala.
Candat ini memerlukan perambut sepanjang tiga hingga lima meter dan pemancing digalakkan memasang tiga candat seperti ini iaitu di dasar, pertengahan dan permukaan air.
Umpan yang sesuai digunakan ialah ikan tambang, selayang dan alu-alu asalkan saiz umpan tidak melebihi saiz candat.
Pemilihan waktu
Untuk mendapatkan hasil yang lumayan, masa terbaik adalah pada waktu malam gelap di mana kawasan laut hanya diterangi oleh sinaran sportlight yang dipasang pada bot.
Ketika bulan mengambang, hasil biasanya berkurangan kerana sotong dikatakan bergerak secara lebih rawak di bawah cahaya bulan yang menerangi kawasan laut. Bagaimanapun, sotong-sotong yang ditangkap pada masa ini lebih besar.
Cara untuk menggunakan candat ialah dengan melepaskan candat ke laut sehingga sampai ke dasar dan kemudian mengangkatnya kira-kira sejengkal dari dasar laut.
Kemudian tanpa menggunakan banyak tenaga, peserta hanya perlu bermain dengan candat itu dengan 'menarik dan melepasnya' bagi menampakkan seolah-olah candat itu hidup bagi menarik perhatian sotong untuk mendekati candat ini.
Jika bernasib baik dan terkena pada kandangnya, candat belum sampai ke dasar pun, sotong telah tersangkut pada candat.
Apabila terasa berat, segeralah menariknya ke atas bot untuk mengelakkan sotong itu terlepas dan dikhuatiri hanya janggut sotong yang terlekat pada mata kail candat itu.
Tetapi awas! ketika menaikkan sotong, perlulah berhati-hati kerana dikhuatiri terkena pancutan air atau dakwat sotong. |
|
|
|
|
|
|
|
Tips:
SOALAN LAZIM
1. Adakah arus memainkan peranan penting dalam menangkap/mencandat sotong?
Ya. Arus juga memainkan peranan yang penting semasa mencandat sotong. Disebelah Terengganu masa perubahan arus daripada barat ke timur adalah masa yang terbaik sekali. Arus mula ke timur. Pendapat ini sama dengan pendapat beberapa nelayan2 yang terer dan tersohor dalam aktiviti mencandat sotong. Permulaan perubahan arus yang lembut ini mungkin mengaktifkan kehidupan sotong itu. (bukan di kandang sotong)
2. Adakah sotong akan bertelur di tempat yang sama?
Tiada fakta yang lengkap berkenaan yang ini. tapi pernah diketemui ditahun yang berlainan sotong masih bertelur di tempat yang sama. tapi kebanyakkan tempat bertelur (kandang sotong ditemui di tempat yang berlainan).
3. Bagaimana kalau kita mencandat disiang hari.. adakah boleh dilakukan?
Mencandat sotong di siang hari boleh dilakukan, tapi hasilnya kurang memuaskan. Mencandat disiang hari lebih sesuai menggunakan candat umpan.(bukan di kandang sotong)
Jika dikandang sotong semua jenis candat boleh digunakan. hasil juga amat membanggakan.Pada Isnin 23/5/2005 satu kandang sotong telah ditemui di depan muara sungai terengganu. Laut berhampiran kampung Tanjung, ramai nelayan mencandat di siang hari.. rata2 mendapat 100 kilo seorang. Tapi peluang untuk nelayan kecil tidak lama kerana disapu oleh bot pukat tunda. Kalau pemancing macam kita nak dapat peluang yang sekejap ini lagi laa susah. Baru projek di rancang kandang sotong sudah hancur..
4. Apakah peralatan yang paling sesuai untuk mencadat sotong.
Selain daripada candat, kita sebagai pemancing yang lebih ingin merasa keseronakan elok menggunakan set mancing yang joran lembut sikit kerana tarikan sotong dapat dilihat semasa ia memakan umpan(untuk cadat umpan). Untuk candat twist rasanya lebih baik mengunakan koyan saja dengan kekuatan tali 40lb.
5. Bagaimana untuk mengenali tempat atau kandang sotong?
Kandang sotong bermakna satu tempat dimana sekumpulan besar sotong bertelur, tempat ini boleh dikenali dengan adanya berjuta2 sotong dikawasan itu. kita boleh melihat di bawah air dengan warna yang sebam dan taburan sotong yang amat ramai. Anggaran taburan sotong di kandang berkeluasan 500-600 meter. kita boleh labuhkan bot dan biasanya di candat twist ada mengena atau terlekat telur2 sotong.Biasanya kandang dijumpai secara kebetulan saja. Jika terkena kandang sotong saya pasti tidak kurang seratus kilo sotong boleh di bawa naik satu malam!!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sedikit Info Utk Team Candat
Sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu ma ...
dewamafia Post at 16-4-2010 16:06
errrr....kak dew....
sy takde tiset tuh...... |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada x pe...kalu ada ler.....tp klu x de pakai tset itam pon ok gak...campak cam satu group... |
|
|
|
|
|
|
|
PESERTA TRIP MENYANDAT SOTONG KE TERENGGANU 1-2 Mei 2010 - Updated - 06.04.2010
Berikut nama yang dah KOMPEM
1. Yaneng
2. Bro Lebam
3. Anak teruna yop lebam
4. Niji (mem niji - dok umah jaga barang)
5. Mukkk
6. Val
7. Siti - (adik siti - dok umah jaga barang)
8. Dafi
9.Sepai
10.Anbu
11.Zawati
12.Hashauda
Haku syorkan kepada porumer perak yang ada tshirt kasih sayang itam tuh...sila la pakai...biar seme nampak itam kuning...heheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada x pe...kalu ada ler.....tp klu x de pakai tset itam pon ok gak...campak cam satu group...
dewamafia Post at 16-4-2010 17:25
isk..isk..isk.... kalau tak typo bukan kak dew la kan.....
larikkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
errrr maksud tersirat....haku nak campak seme geng perak yang tido dalam bot ke laut...heheheheh
ishhhhhhhhhhhhhhhhh nampak je dia...... |
|
|
|
|
|
|
|
ishhh nampak cam tak de view by peserta je....camno nak update nih....
ok nih persediaan peralatan awal yang perlu bagi peserta.....
1. Joran - sesapa yang ada joran haku syorkan bawak sekali...kecik pon x pe...janji joran lengkap ...bukan batang joran je.....tujuannya untuk candat....lebih mudah mencandat dengan joran daripada koyan....kepada yg x de joran...terpaksa guna koyan je la.....(sila jgn bawak jorang manceng udang....haku x ngaku kawan nanti....)
2. Baju hujan - mengikut maklumat, kat ganu skarang selalunya hujan di waktu malam...so haku syorkan korang sediakan baju hujan....cam tahun lepas ada baju hujan walaupon x hujan.... apa pun kita buat persediaan awal...mana tau kot2 bebetul hujan kali nih....klu sapa yang sangup jadi burung pucung....tak pe la x yah bawak baju hujan...
3. T-shirt buruk - haku syorkan korang pakai tset buruk atau tset warna hitam sebaiknya yang berlengan panjang...so x de la buruk beno rupa korang klu kene sembur ngan dakwat sotong masa candat nanti....itu juga salah satu sebab haku syorkan korang pakai tset kasih sayang hitam tuh....kene dakwat pon x nampak kotor.....
4. Baju sejuk - ini persediaan kalu hujan...sejuk beb klu kene hujan malam tgh laut nanti...baju sejuk simpan dlm beg je...klu hujan baru pakai skali ngan baju hujan...maksud haku sebelum korang pakai baju hujan...jgn pakai baju sejuk kat luar baju hujan plak nanti....haku x ngaku kawan beb....
5. Selipar - untuk kemudahan ada baiknya korang pakai selipar jepun yang tapak getah sebab...lantai bot klu basah licin beb....klu kasut jgn pakai kasut diva tumit tinggi...atau kasut pink model baju mandi....pakai je kasut bata sekolah anak korang (kalu muat) lebih sesuai....janji bunga kasut ada....haku x sanggup tgk ada org tergelincir cam nangka busuk lak nanti...harap x de yg tergelincir masuk laut....haruuuuuuuuuuuuu....
lain2 update termasuk jadual haku akan update nanti ekkkk....sekian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Haku syorkan sesapa yng nak bertolak malam tuh silalah berkonvoi...klu penuh satu kete biarkan drebar ngan co-pilot je yang berjaga...yang belakang cuba tido secukup rasa...bila tukar drebar....co-pilot pon kene tukar...bagi can co-pilot ngan drebar tido plak...
Tiba di ganu nanti lepas sarapan haku syorkan korang tido lagi...jgn ngengada nak nyembang...sebab masa terhad, mungkin lepas solat zohor kita akan trus bertolak ke jeti....so cuba dapatkan tido yang secukupnya...ini supaya korang x rasa mengantuk dan x jadikan bot sebagai hotel....haku x pe sbb haku kepten...miaaaahahahahahaha
Walau excited mana sekali pun cuba makan tengahari...jangan biarkan perut kosong....tapi cuba elakkan makan makanan pedas...kari pun cuba elakkan...ini supaya korang x mabuk...kalu mabuk jugak tak le pedih tekak masa korang keluarkan sisa makanan sebagai umpan sotong tuh nanti....
ubat mabuk jangan lupa...makan sebaik tiba di jeti...jangan makan ubat tuh masa nak naik bot...keberkesananya x sempat menyerap nanti....
sekian.... |
|
|
|
|
|
|
|
errrr maksud tersirat....haku nak campak seme geng perak yang tido dalam bot ke laut...heheheheh
...
dewamafia Post at 21-4-2010 08:35
larat ke ko nak campak aku dew?
nanti jadi mcm pendekar bujang lapuk scene masa tgh fighting kat jeti tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada x pe...kalu ada ler.....tp klu x de pakai tset itam pon ok gak...campak cam satu group...
dewamafia Post at 16-4-2010 17:25
ampeh yosssss
tak ajak aku pun join tahun nihhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
blah la joe....ko kan pakar menyusup......ko ada je nanti kat sana hahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
larat ke ko nak campak aku dew?
nanti jadi mcm pendekar bujang lapuk scene masa tgh fighting k ...
sepaileman Post at 21-4-2010 09:47
samapai hati sepai tak pelawe teman g candat sotong |
|
|
|
|
|
|
|
OK...sha dah tarik diri....tinggal 11 org geng perak....CnM 2 org....kita ada 1 lg tempat kosong...sapa nak isi nih weh... |
|
|
|
|
|
|
|
chit gedik laa la joe...
aku pun org sponser kalau diikutkan dah tarik diri dah
terima kasih kepada insan yg sponser aku tu
i lap u
aittt udah sha tarik diri plak dah ngan saper aku nak deting ateh bot nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|