rata2 sumer ckp yg ilmu nie utk pikat suami...tp yg sy dgr la ilmu nie utk semangat padi... dulu2 org kg kn byk sawah padi so ilmu nie utk buat hasil padi brtambah byk...
itu xsilap sy la... sorri klau salah sbb dgr bnda nie dah lama dah...
yg tuju2 tu sama ke dgn penanggal ... sbb g ni mmg selalunya org nmpkkat sawah padi zmn2 dulumasa bnyk sawah padi lagi kat malaysia kan .... skrg org nmpkmerata2 sbb sawahnya dah tak de ... taksilap ada yg cakap tuju2 aka bola berapi selalu lepak kat sawah padi sbb cari katak ..
mase kat skola dulu penah nmpk yg macam wishing star tu(org kata tuju-tuju),pastu tegir,trus die pecah berderai..
pastu penah nampak bebola api(ni saya x tau ape,alien workshop ke hape).memula die menuju arah len tp,bile saya ternampak bebola api tu,die mcm menuju ke arah saya plk...saya lari masuk dorm!
aku dulu sekolah asrama...
kawan aku penah cerita yang dia penah nampak penanggal ni terbang melintas kawasan asrama. masa tu dlm pukul 2 3 pagi camtu la...
kawan aku ni nak pegi toilet. toilet pulak nun kat hujung koridor.
masa duk tengah jalan tu tetiba dia nampak penanggal ni lalu...nasib baek dia takk nampak kawan aku ni~
huishh. seram seh!
lepas tu kitorang duk speku la mesti orang2 yg duk sekitar sekolah aku jgk yg punya kerja ni.
kat sekolah aku ni banyak kawasan perumahan~
nsb baek ak tak penah nmpak~
kalau tak mahu pengsan serta merta..hihi
aku selama ni dok ingat penanggal tu ialah dirinya sendiri. maksudnya pengamal ilmu hitam itu snedirilah yang menjadi penanggal, dengan memisahkan kepala dari badannya.
yg tuju2 tu sama ke dgn penanggal ... sbb g ni mmg selalunya org nmpkkat sawah padi zmn2 dulumasa bnyk sawah padi lagi kat malaysia kan .... skrg org nmpkmerata2 sbb sawahnya dah tak de ... taksilap ada yg cakap tuju2 aka bola berapi selalu lepak kat sawah padi sbb cari katak .....
ea208964 Post at 17-6-2010 11:23
tentang penanggal mengusahakan padi tu pernah jugak aku dengar....
mungkin ada dua kategori kot?
kalau nak memikat suami kena minum darah orang bersalin, kalau nak berbendang kena makan katak?
kalau tak salah aku aku ilmu ni bulehbuang.
kalau tak salah ingatan aku, bapa kawan aku ada pernah tulong orang buang ilmu ni. kawan aku tu dok kat pinggiran batu cave, taktau la kalau pak dia masih idup lagi.
kenapalaaa nak pikat suami sampai kena jadi penanggal ... huhu.. kan ke hazab nak pisah kepala dari badan... kalo wat nasi kangkang ke kan senang.. huhuhu.. takde laa membahayakan nyawa.... tp nasi kangkang pun tak baik jugak, dosa besar....
ape kate,amalkan surah yusuf... or.... pegi jer menuntut ngn mak2 kat board BFT tu... diorang banyak tips2 utk membuat suami bahagia... erm...
polong di ambil dari darah org mati dibunuh.darah tu dpuja dn diasapkan selama wktu tertentu,kemudian di simpan dan dipuja g sehinggalah kedengaran suara....
Balan-balan...waaa...aku pernah kena dan terserempak ngan balan-balan ni masa aku di Sabah, lebih tepat lagi di Kg. Lungmanis, Sandakan, masa aku outstation kat sana akhir tahun 90an...
hmmm...rase aku, aku pernah cerita zaman dulu-dulu kat sini, tapi, ntah mana ntah perginya posting dulu...
Anyway, balan-balan ni, memang amalan ada satu suku kaum Orang Sungai kat area Kinabatangan dulu...Tapi. memeng amalan ilmu hitam...waktu siang, memang diorang ni leads a normal life, tapi, malam-malan, diorang ni carik mangsa la pulak..yang diorang target, mengikut cerita 'beliau-beliau'kat sana, ialah air najis mandian jenazah, dan kalau ada darah kotor yang dibuang, atau darah orang baru lepas bersalin.......Wallahua'lam...
Dan memang betul, cara nak tahu dia balan-balan ke tidak, biasaenya, kalau kita dengar sayup-sayup tu, maksudnya dia dah dekat...kalau semakin kuat, dia menjauh...
Pengalaman aku :
Kejadian berlaku tahun 1999...Aku menumpang di sebuah rumah tinggal di kampung yang aku kata sebelum ni...Sesiapa yang biasa dengan area Sandakan pun, rase aku, mungkin tak tahu kampung ni kat mana...Dari check point Sandakan ke arah Beluran tu, jalan lagi hala ke Telupid/KK, ada satu jalan perkampungan melalu ladang kelapa sawit sebelah kiri...Itulah areanya...
Malam pertama aku dan staff-staff aku berada di sana, memang rasa tak selesa sungguh...Tiap kali keluar rumah aje, rase ada orang dok perhati aje...Anjing-anjing yang banyak berkeliaran area tu(orang situ, walaupun Islam, memang bela anjing) tak berhenti-henti menyalak ill divo kat rumah tu..dah nak masuk subuh, baru konsert ill divo berhenti...
Malam kedua, perkara yang sama berulang...Dalam pukul 12 tengah malam, tetiba, kami terdengar bunyi seperti gemerincing seperti tin-tin kosong loceng-loceng terbang di angkasa...waaa...meremang pula bulu roma aku ni. ..Korang bayangkan lah macam mana bunyi loceng krismas santa claus tu tetiba boleh terdengar kat atas langit...Keting-keting kuakkkk...lebih kurang cam tu lah bunyinya.. Mula-mula kuat, semakin lama semakin perlahan-lahan dan terus senyap...Aku dah syak dah mesti balan-balan, sebab aku pernag terbaca cerita balan-balan ni....Serentak dengan itu juga, ada sekumpulan anjing yang baru nak mulakan konsert ill divo tu, tetiba berlari ke arah satu pokok kelapa sawit sebelah rumah tumpangan kami..Kami skodeng ikut tingkap aje, tak berani nak keluar...Anjing-anjing tersebut, secara serentak terus menyalak dan mengererumni pokok tu...mata anjing-anjing tu semua hala ke atas pokok tu...Lama jugak geng konsert ill divo tu berlangsung...Seram? Tak payah cerita lah...
Tetiba, salah sorang staff aku kata, dia nak tengok jugak lah...Aku pun ntah camna terberani nak ikut sekali...Kami ambil torchlight kami sorang satu, keluar rumah dah terus suluh ke arah pokok kelapa sawit tu...ZUSSSSSSSSS...kami seakan nampak ada benda panjang terbang ke angkasa...Serentak dengan itu, bunyi tin-tin kosong dan loceng-loceng kedengaran semula...Waaaaa....kami terus melompat masuk ke dalam rumah, ketakutan ba.....Dan bunyi tersebut semakin kuat dan akhirnya menghilang....Semalaman aku dan staff-staff aku tak dapat tidur geng...Anjing-anjing terus mendendangkan konsert ill divo sampai Subuh.....
Pagi tu, masa aku bersiap nak pergi buat kerja, si Ketua kampung datang tanya khabar...Dia siap tanya lagi, ada 'beliau orang tua' datang ke? Alamak rupa-rupanya, ketua kampung tu pun suda biasa dengan kejadian tu...hampeh betulll...Dia siap story lagi, si balan-balan tu memang selalu sesaje lepak rumah tu, nak dengar konsert ill divo anjing kat sana....Apa barang la ketua kampung tu...tak pun cerita kat aku, masa kami mula-mula sampai kat sana...:@
Petang tu, aku pakat dengan staff aku, carik rumah tumpangan kat kampung lain laaa..Tak de lah aku nak jumpa ' beliau orang tua balan-balan ' tu secara direct to the face....Tapi akhirnya terjumpa gakkkk...nanti kalau ada masa aku ingatkan/carik semula story dia...