|
syafel=syafie follower |
|
|
|
|
|
|
|
shafel - shuffle?..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
go....go....syafie....go Eh! apa nama benang ni erk.. read ...
bungaros Post at 23-12-2010 15:26
tlg diskusikan namenye...iols mati akal
ker nk wat poll? |
|
|
|
|
|
|
|
adoii..lamenye x masuk sini
umah lain pon lame dah x jejak
senang citer lame x berporem ah
uols yg ade jumpe mane2 news psl dak pie nih tlg la tepekkan ekh
iols nih tau bukak rumah jeh...mengemas nyer nan hadoo |
|
|
|
|
|
|
|
byk article psl dia kebelakangan nih. tp iols x pandai nak tepek.
iols tepek kat fb dia je. mahapkan iols ye... |
|
|
|
|
|
|
|
tuan umah sila tepek artikel syafie yg berleluasa tuh!
arahan nih! |
|
|
|
|
|
|
|
tuan umah sila tepek artikel syafie yg berleluasa tuh!
arahan nih!
britney_sapiah Post at 3-1-2011 11:54
Hallamak hakak momod dah amokan setan....baeklahhh hakak momok...op...momod |
|
|
|
|
|
|
|
sisnisa, bila nak bawa saya jumpa syafie? |
|
|
|
|
|
|
|
sisnisa kan selalu jumpa syafie? |
|
|
|
|
|
|
|
sisnisa kan selalu jumpa syafie?
PeJaH Post at 4-1-2011 21:59
bile plak nih wok? |
|
|
|
|
|
|
|
UTUSAN MALAYSIA (29/12/2010)
Songlap tampil isu jual bayi
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar AMIN FARIJ HASAN
| Sam dan Syafie melakonkan watak adik beradik Am dan Ad dalam filem Songlap yang bakal menemui penonton pada tahun depan.
|
ISU penjualan dan pembuangan bayi bukan lagi perkara baru di kalangan masyarakat tempatan. Ia boleh dianggap serius apatah lagi merupakan salah satunya gejala yang cukup membimbangkan di negara ini. Memberi tumpuan terhadap gejala tersebut, Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) dan Red Films Sdn. Bhd., mempersembahkan filem usahasama, Songlap yang diarahkan oleh pasangan suami isteri, Fariza Azlina Isahak dan Effendee Mazlan. Ini merupakan projek usahasama kedua GBSB di bawah Primeworks Studios dan Red Films selepasKami The Movie yang diarahkan oleh pengarah yang sama tiga tahun lalu. Menampilkan pelakon utama seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan Sara Ali, filem yang menelan kos pembikinan RM1.7 juta itu baru sahaja tamat penggambaran tiga minggu lalu di sekitar Kuala Lumpur. Pelakon lain yang turut menjayakan filem tersebut ialah Omar Abdullah, Rozie Rashid, Lisdawati, Eizlan Yusof, Normah Damanhuri, Berg Lee dan Izzue Islam. "Tema bukan hanya fokus terhadap penjualan bayi tetapi juga mengetengahkan hubungan kekeluargaan dan akibat pergaulan bebas. "Tidak hanya sekadar isu yang memaparkan pelbagai mesej yang mendalam, elemen komedi turut diselitkan secara tidak langsung dalam membantu menarik minat penonton kelak," kata Fariza Azlina. "Watak yang ada dengan elemen komedi yang diselitkan seboleh mungkin kita tidak mahu nampak ia seperti dibuat-buat dan kita sesuaikan dengan situasi sesebuah babak itu sendiri. "Biarpun isu pembuangan bayi sangat besar dan serius, namun kita tidak mahu menampakkan jalan cerita itu terlalu serius dengan isu yang difokuskan. "Pemilihan Sam bukan kerana dia merupakan artis yang mendapat tempat kini tetapi kerana kemampuannya dalam menjayakan watak tersebut. Begitu juga kepercayaan yang diberikan kepada Syafie dan Sara Ali," kata Effendee pula. Malah, pemilihan Sam dan Syafie dilakukan kerana jalinan bentuk wajah yang bersesuaian dengan karakter adik-beradik dalam filem tersebut. "Kami lihat baik Sam dan Syafie masing-masing ada karakter tersendiri dalam menyerlahkan kemampuan mereka sebagai pelakon. "Melakonkan watak yang agak berat malah ada elemen komedinya yang tersendiri bagi kami sesuatu yang baik kepada pelakon yang ada kerana inilah caranya mereka boleh menyerlahkan kemampuan dan bakat yang ada pada mereka," katanya. Bercerita tentang Songlap, ia membawa maksud mengambil sesuatu tanpa kebenaran. Ia mengisahkan tentang dunia sosial remaja yang mengandung di luar nikah dan jenayah perdagangan bayi yang sering diketengahkan oleh media massa. Am dan Ad adalah dua beradik yang terlibat dalam jenayah perdagangan bayi yang didalangi oleh wanita bergelar Mama. Apabila adik kepada rakan baik Ad iaitu Hawa hamil di luar nikah dua beradik itu mula bercanggah pendapat. Ad ingin membantu Hawa keluar dari kancah dosa manakala Am pula ingin terus hidup dalam dunia tersebut. Apakah yang bakal terjadi selepas itu apabila hidup Ad menjadi tidak tenteram apabila dia dijejaki oleh Pak Din yang tidak putus asa mencari anak perempuannya, Hawa. Yang pasti, Songlap menjanjikan kelainan tersendiri terutamanya dalam pembawaan emosi setiap watak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Syafie Naswip putus asa kehilangan Yasmin AhmadPOSTED BY TUPAI KHAMIS, DISEMBER 23, 2010
Syafie Naswip mula dikenali setelah dia diberi kepercayaan menjadi peneraju utama dalam filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad iaitu "Mukhsin". Namun selepas muncul dengan filem pertama dan pengarah tersohor meninggal dunia, Syafie tidak pernah muncul dengan mana-mana filem dan lebih selesa membintangi drama televisyen.
Perkara ini turut diakui oleh Syafie ketika ditemui selepas sidang media "Songlap" yang diadakan di Chawan, Bangsar baru-baru ini. Syafie mengaku kehilangan Yasmin Ahmad sedikit sebanyak membuatkannya seperti 'hilang arah' dalam bidang lakonan.
"Arwah yang membawa saya ke bidang lakonan ini. Apabila arwah meninggal dunia, saya sangat terkejut dan seperti tiada perasaan serta putus asa untuk meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan ini walaupun ada mendapat tawaran," kata Syafie.
Pelajar Tingkatan 6 ini memberitahu setelah 'berhenti' selama hampir satu setengah tahun, kini dia sudah bersedia untuk berlakon.
"Apabila sudah mula berlakon semula, saya agak keliru kerana sudah lupa apa yang perlu dilakukan. Namun saya sanggup belajar semula."
| Syafie Naswip (kanan sekali) bersama Shaheizy Sam dan Sara Ali (tengah) |
Syafie bakal muncul di samping Shaheizy Sam dan Sara Ali melalui filem "Songlap" yang bakal ditayangkan pada tahun 2011. Pengalaman bekerja di bawah pengarahan pasangan suami isteri, Effendee Mazlan dan Farina Azlina Isahak juga nyata berbeza buat Syafie.
"Sangat berbeza sebenarnya pengalaman bekerja di bawah pengarah lain selain daripada arwah. Arwah Yasmin lebih bersikap santai dan jarang sekali serius. Apabila bekerja dengan orang lain, kena marah itu semua perkara biasa."
Syafie menambah, "Pada mulanya saya tidak yakin boleh memegang watak yang diberikan untuk filem 'Songlap', namun pengarah dan pelakon lain banyak membantu."
Bagi tidak mengganggu pengajiannya, pelakon yang meminati bidang fotografi dan kesenian ini memberitahu dia hanya bekerja ketika cuti sekolah sahaja.
"Songlap" mengisahkan dua adik-beradik yang jauh berbeza iaitu Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam kancah sindiket penjualan bayi. Ad mula menyedari kesilapannya setelah melihat Hawa, adik kepada kawan karibnya Razak terjebak dalam sindiket ini setelah hamil luar nikah.
| Sempat memandang lensa kamera ketika menunggu sidang media bermula |
| Salah satu adegan dalam filem "Songlap" |
CREDIT: www.tupai.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SONGLAP kisah seludup bayi?POSTED BY TUPAI RABU, DISEMBER 22, 2010
Selepas mengarah bersama dalam "Kami The Movie", pasangan suami isteri Farina Azlina Isahak dan Effendee Mazlan kembali dengan projek kedua mereka berjudul "Songlap" yang dijadualkan akan berada di pawagam pada suku ketiga tahun 2011.
Menampilkan Shaheizy Sam dan Syafie Naswip serta pelakon baru Sara Ali sebagai peneraju utama, "Songlap" atau maksudnya mengambil sesuatu tanpa kebenaran ini bakal menyelami masalah sosial remaja yang semakin membimbangkan iaitu mengandung anak luar nikah dan juga jenayah perdagangan manusia yang sering menjadi tajuk utama di media massa.
| Barisan pelakon "Songlap" bersama penerbit Ahmad Puad Onah (hujung kiri) |
Seperti yang diumumkan di sidang media "Songlap" yang diadakan di Chawan, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini, "Songlap" akan memakan kos perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta termasuk promosi.
"Songlap" mengisahkan dua adik-beradik yang jauh berbeza iaitu Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam kancah sindiket penjualan bayi. Ad mula menyedari kesilapannya setelah melihat Hawa, adik kepada kawan karibnya Razak terjebak dalam sindiket ini setelah hamil luar nikah.
| TIGA 'S'... (Dari kiri): Shaheizy Sam, Sara Ali dan Syafie Naswip |
| Nantikan "Songlap" di pawagam pada tahun 2011! |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sisnisa at 7-1-2011 01:54
pic zaman bilo eh...hahahha...tembs! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sisnisa at 7-1-2011 01:14
Syafie Naswip Jadi Anak Liar dalam Nur Kasih The Movie
Mungkin ramai yang masih tak tahu pelakon remaja Syafie Naswip juga turut berlakon dalam filem arahan Khabir Bhatia, Nur Kasih The Movie. Beliau turut berlakon bersama Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan ramai lagi.
Pastinya, tiket pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin Ke-9 dan kemenangan berganda di Festival Filem Malaysia ke 22 menerusi filem Talentime bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki terbaik menjadikan peluang untuk diserap masuk dalam senarai pelakon Nur Kasih The Movie begitu cerah. Adakah penampilan beliau dalam filem ini bakal mencatitkan satu sejarah untuk meraih trofi sekali lagi?
Budiey pun masih belum pasti apakah watak yang diberikan untuk Syafie Naswip ni. Agak-agak korang?
Kalau tengok pada gambar di bawah ini, Budiey rasa Syafie Naswip ni bawa watak Ilyas, anak remaja kepada Aidil lakonan Fizz Fairuz. Wataknya lebih dan bebas pergaulannya berdasarkan watak untuk Syafie ni memerlukan beliau memakai subang dan mewarnakan rambutnya. Ada scene insiden, pergaduhan dan Ilyas ni ada seorang kekasih.
Gambar ini dipetik dari Fanpage Syafie Naswip.
Ps: x menahan bace speku budiey |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
28 Disember 2010 : Harian Metro
Shafie Dimarahi Pengarah
Oleh RUDY IMRAN SHAMSUDIN HAMPIR setahun menyepi dari dunia lakonan kerana bersedih dengan pemergian Allahyarham Yasmin Ahmad di samping menumpukan perhatian kepada pelajaran, Mohd Shafie Naswip, 18, atau Shafie kembali menerusi filem Songlap arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak. Memegang watak Ad, Shafie digandingkan dengan pelakon semakin mencipta nama Shaheizy Sam dan pendatang baru Sara Ali dalam filem yang mengangkat tema hubungan kekeluargaan dan perdagangan manusia. Ditemui pada sidang media tamat penggambaran filem terbitan Red Film dengan kerjasama Primeworks Studios itu, baru-baru ini, Shafie akui kerana sudah lama tidak berlakon, dia berasa kekok pada awal penggambaran. “Rasa seperti apa yang saya persembahkan tidak kena. Tidak dinafikan di lokasi saya turut dimarah pengarah, tapi saya tidak kisah kerana teguran dibuat akan membolehkan lakonan saya menepati apa yang dimahukan,” katanya. Cerita Shafie sebelum ini dia tidak berlakon kerana bersedih dengan pemergian Allahyarham Yasmin, malah perkara itu membuatkan hatinya berat untuk meneruskan kerjaya lakonan. Begitupun atas nasihat rakan-rakan dan keluarga, akhirnya dia mengalah. Dalam filem itu, dia memainkan watak seorang remaja lelaki yang terjebak dengan sindiket menjual bayi.
“Antara babak paling susah apabila saya harus bergandingan dengan Mak Normah (Normah Damanhuri) yang memegang peranan sebagai pelacur tua. “Bukan saya malu atau takut, tapi saya rasakan apa yang saya persembahkan tidak serasi dengan lakonan Mak Normah. “Saya akui sebagai pelakon profesional, Mak Normah sudah memberikan yang terbaik dan cuba mengikut rentak saya, tapi saya masih rasa gagal untuk menghayati apa yang dipersembahkan,” katanya.
Sebagai pelakon yang sudah berpengalaman dan memenangi pelbagai anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi Talentime, kenyataan Shafie itu sudah tentu susah dipercayai. “Mungkin kerana sebelum ini saya tak pernah berlakon filem arahan orang lain. Tambahan pula saya sudah lama meninggalkan dunia lakonan menyebabkan saya berhadapan dengan masalah itu.
“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada Fariza dan Effendee yang sabar dan bersungguh memberikan tunjuk ajar,” katanya. Tambah Shafie lagi kerana memberi tumpuan kepada pelajaran menyebabkan dia banyak menolak tawaran untuk berlakon dan mujur Songlap dibikin sewaktu cuti sekolah bermula. Bercerita lanjut mengenainya, kata Shafie, dia kini mengikuti pengajian tingkatan enam di Sekolah Menengah Gombak Setia dan akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun depan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sisnisa at 7-1-2011 02:28
Tuesday, 21-Aug-2007 03:59 | KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT: MOHD SYAFIE NASWIP (MUKHSIN) |
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20
Contributed by Shima @ Hulu Langat
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem
Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak
Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak
berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan
gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.
Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi
bersama ibu yang dikasihi.
"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat," adunya tatkala Kak Tim
bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas
untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama
anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie selamba.
"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.
" pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab.
"Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu
tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
"Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu,
saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.
"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500.
Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu
kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."
Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang
pertama sampai di Finas. "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya
tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."
Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak,
Syafie tidak turut serta.
"Dia tertinggal duit," bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di
kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.
"Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu
masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba
Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.
Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim
tengok Syafie membeli sebiji limau bali.
"Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan," katanya
tersenyum.
Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk
ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.
Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman
sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya. |
~~kisah lame...terjumpe...saje tepek...utk tatapan semua...n utk ayie jugak...remembering where it all started
|
|
|
|
|
|
|
| |
|