|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: MAGNIFICIENT VIEW
[Copy link]
|
|
Turn to page 11
 |
|
|
|
|
|
|
|
check in rumah baru
thanks tashu |
|
|
|
|
|
|
|
Komen Fattah di hantaran IG Amira curi perhatian

Fattah dan Amira
KUALA LUMPUR: Komen Fattah Amin di hantaran Instagram (IG) Amira Othman mencuri tumpuan netizen. Dalam ruangan komen hantaran Amira itu, Fattah meninggalkan komen lima emoji hati berwarna biru. Komen itu menerima ribuan 'like' dan ratusan komen daripada peminat memuji 'keberanian' Fattah, yang mula mengorak langkah dengan menulis emoji itu. "Fuh, berpeluh tengok balasan abang long (Fattah)," tulis satu netizen.
"Fuh, abang long semakin maju. Ini yang kami mahukan," tulis satu netizen lain. Terdahulu, Fattah memuat naik gambar bersama Amira di Instagramnya dengan keterangan ringkas. "Kita 'selfie' dulu ya sebelum jumpa kejap lagi," tulisnya. Sejak bulan lalu, nama Fattah dan Amira menular di media sosial selepas dikatakan menjalin hubungan cinta. Namun, kedua-duanya menjelaskan bahawa hubungan mereka sebatas urusan kerja sahaja.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362557/komen-fattah-di-hantaran-ig-amira-curi-perhatian
|
|
|
|
|
|
|
|
Didie, Ellie Suriaty kutip derma bantu anak Amyza rawati kanser

Didie sudah berbincang dengan Ellie bagi membuat kutipan membantu anak Amyza yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Foto Arkib NSTP
PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara 'senior', Didie Alias, 53, merancang membuat kutipan bagi membantu membiayai kos pembedahan anak Amyza Aznan, 50, iaitu Andre Mikhail, 18, yang disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Didie sudah berbincang dengan pelakon, Ellie Suriaty untuk membuat kutipan bagi mengurangkan beban ditanggung Amyza dan keluarga. "Amyza ada hubungi saya beritahu keadaan Andre yang sudah disahkan doktor pakar menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Andre dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan perlu jalani pembedahan. "Pada masa sama, Ellie yang turut melawat Andre di hospital sebelum ini ada menghantar 'Direct Message' (DM) kepada saya untuk menguar-uarkan kutipan bersama rakan artis dan kawan-kawan rapat
"Kutipan itu akan disalurkan terus ke akaun milik Andre. Justeru, kepada rakan artis dan kawan rapat yang berhasrat membantu daripada segi kewangan, boleh berhubung terus dengan saya dan Ellie segera," katanya kepada Harian Metro.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362494/didie-ellie-suriaty-kutip-derma-bantu-anak-amyza-rawati-kanser
|
|
|
|
|
|
|
|
Hannah jumpa Azizulhasni bincang hala tuju karier

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) menyantuni pelajar pada Majlis Perasmian dan Penutupan Klinik Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) - Yayasan MySkills di Kampus MySkills Kalumpang, hari ini. - BERNAMA
HULU SELANGOR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini dengan jangkaan membincangkan masa depan serta hala tuju karier bekas juara dunia keirin berkenaan. Hannah berkata pelumba yang mendapat julukan The Pocket Rocketman itu telah bertemu dengan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini dan beliau sendiri pernah berbincang secara ringkas dengan pelumba itu sewaktu di Sukan Olimpik Paris 2024. Namun, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menyatakan beliau memerlukan ruang untuk berfikir dan bertenang. "Saya tidak pasti apa yang akan dibincangkan hari ini, tetapi saya datang dengan hati terbuka kerana beliau adalah seorang atlet yang telah banyak menyumbang kepada negara.
"Saya ingin melihat bagaimana kita boleh terus membantu beliau," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutupan Klinik Sukan MSN – Yayasan MySkills di Kampus MySkills, Kalumpang di sini hari ini. Disember lepas, atlet berusia 37 tahun itu dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan Hannah sebelum memberi kata putus berhubung masa depannya. Terdahulu, Mohd Azizulhasni mengesahkan bahawa dirinya tidak akan mengambil bahagian pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan dari 21 hingga 27 Februari ini. Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kembali berkayuh, tetapi masih belum menetapkan tempoh masa untuk berbuat demikian. Sementara itu, Hannah berkata terdapat 120 belia berisiko yang diberikan latihan kemahiran di sini, namun kurang pendedahan kepada aktiviti sukan. "Oleh sebab itu, MSN telah masuk hari ini bersama jurulatih (NHDP) Program Pembangunan Hoki Negara dan jurulatih olahraga untuk mencungkil bakat mereka dan ini akan dibuat secara berkala. "Keduanya, saya telah peruntukan RM50,000 daripada peruntukan menteri khas untuk kegunaan pembangunan sukan di MySkills Foundation," kata beliau. Beliau berkata pihaknya juga akan meminta bantuan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) untuk membantu belia di sini dari aspek program kekuatan dan pelaziman. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/02/1362464/hannah-jumpa-azizulhasni-bincang-hala-tuju-karier
|
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia sasar tiga pingat di ACC 2025

Ketua jurulatih basikal trek kebangsaan, Harnizam Basri. Foto NSTP/Mohd Amin Jalil
NILAI: "Sasaran kita adalah tiga pingat tanpa mengira warna, mungkin dua daripada acara pecut dan satu daripada keirin. Antara pelumbanya termasuk Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kita harapkan," kata ketua jurulatih basikal trek kebangsaan, Harnizam Basri. Barisan pelumba kebangsaan bakal bersaing dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang akan berlangsung di Velodrom Nasional Nilai bemula 21 hingga 27 Februari ini. Lebih 300 pelumba antarabangsa bertaraf dunia dari beberapa negara antaranya Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Arab Saudi, Kazakhstan, Hong Kong dan Iran, akan mengambil bahagian pada kejohanan berprestij itu. Harnizam melahirkan keyakinan sasaran itu akan dapat dicapai berlandaskan persiapan rapi yang dilakukan semua pelumba termasuk kalangan pelumba para.
Buat masa ini sasaran realistik kita adalah tiga pingat - daripada acara pecut dan keirin yang dilihat berpotensi. "Saya berharap apa yang kita rancangkan akan berjalan dengan baik dan lancar serta mampu merealisasikan sasaran kita," katanya ketika ditemui media di Velodrom Nasional, di sini, hari ini. Mengenai perkembangan terkini kecederaan lutut yang dialami Mohamad Shah Firdaus, Harnizam berkata melalui keputusan ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) yang dikeluarkan hari ini, pelumba terbabit masih boleh berlumba. Menurutnya, bagaimanapun keputusan sama ada Shah Firdaus akan menyertai dua atau satu acara akan ditentukan kemudian. "Selepas ini saya akan bincangkan dengan John Beasley mengenai keadaan Shah Firdaus dan kita akan buat keputusan mengenai acara yang akan disertainya. "Buat masa ini dia tetap mahu beraksi pada ACC walaupun mungkin akan berasa sedikit sakit ketika perlumbaan, tapi mata dia berada dalam kelompok 10 terbaik dan sebab itu Shah Firdaus mahu meneruskan cabaran," katanya yang memaklumkan Shah Firdaus antara harapan dalam acara pecut. Dalam pada itu, Harnizam akui saingan kali ini sukar dijangka kerana terdapat pasukan yang menghantar skuad terbaharu antaranya pasukan China manakala Jepun pula bakal menampilkan pelumba terbaik mereka. "Kita tidak mempunyai data tentang pelumba China, jadi sukar dijangka. Tambahan pula terdapat dua kejohanan besar tahun ini - ACC 2025 dan Kejohanan Dunia di Turki, Jun nanti. "Saya jangkakan saingan kali ini sengit kerana semua pasukan hampir menghantar pelumba terbaik masing-masing. Pencabar utama kita sudah tentu pelumba Jepun," tambahnya.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2025/02/1362514/malaysia-sasar-tiga-pingat-di-acc-2025
|
|
|
|
|
|
|
|
Aina jawab dakwaan berhabis RM500,000 untuk AJL 39

Aina yang meraih trofi Vokal Terbaik di pentas AJL sebanyak tiga kali berturut-turut mulai edisi ke-36, tidak menolak perbelanjaan dikeluarkan amat berbaloi hingga diumum Persembahan Terbaik. Foto NSTP Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Aina Abdul menyangkal dakwaan berbelanja lebih RM500,000 untuk mempersembahkan lagu Puas Sudah pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, malam tadi. Aina atau nama penuh, Nurul Aina Abdul Ghani, 31, bagaimanapun enggan mendedahkan kos persembahan bagi mengelak menjadi sasaran pihak tertentu. "Saya tak boleh kongsi jumlah sebenar sebab akan ada 'benda' lain yang kejar nanti.
"Namun, jumlahnya tidaklah sampai mencecah setengah juta ringgit. Itu sudah seperti kos buat album atau bayar duit deposit beli rumah," katanya pada sidang media selepas berakhirnya AJL 39 di sini, malam tadi. Aina yang meraih trofi Vokal Terbaik di pentas AJL sebanyak tiga kali berturut-turut mulai edisi ke-36, tidak menolak perbelanjaan dikeluarkan amat berbaloi hingga diumum Persembahan Terbaik. "Alhamdulillah berbaloi sebab Allah beri rasa kemenangan untuk persembahan malam ini (malam tadi). "Apa yang boleh saya katakan, AJL 39 adalah yang paling banyak saya berhabis," katanya yang pernah mengaku berhabis kira-kira RM400,000 untuk persembahan pada AJL 38, tahun lalu. Aina berkata, kemenangan pada AJL 39 adalah hasil penat lelah pasukan kerja, sejak beberapa bulan lalu. "Alhamdulillah, dapat rasa bagaimana menang persembahan terbaik. Saya bawa lebih 100 orang untuk urus semua persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan. "Jadi, kemenangan ini untuk mereka. Daripada pasukan pentas, busana, pencahayaan dan semuanya. Alhamdulillah, semua lancar," katanya yang menggayakan busana rekaan Melinda Looi. Bercerita mengenai konsep jantung yang diketengahkan pada persembahan itu, Aina memberitahu, tiada cara lain yang boleh difikirkan untuk lagu Puas Sudah. "Saya tidak fikir panjang ketika pilih konsep ini. Tidak nampak warna lain untuk lagu ini, kecuali merah. "Saya hanya medium untuk sampaikan cerita mengenai ramai wanita yang terluka dan melalui banyak kesulitan hidup. Begitu juga untuk lelaki yang mungkin pernah terluka dalam hidup mereka. "Jadi, jantung adalah mesej terbaik untuk lagu Puas Sudah," katanya yang meraih trofi dan wang tunai RM12,000 atas kemenangan kategori Persembahan Terbaik di pentas AJL 39.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362314/aina-jawab-dakwaan-berhabis-rm500000-untuk-ajl-39
|
|
|
|
|
|
|
|
FINAS perketat syarat Surat Perakuan Penggambaran

Azmir menegaskan, sebagai badan bertanggungjawab terhadap perkembangan industri, tindakan proaktif seperti ini perlu bagi menjaga kebajikan pekerja.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memperketat syarat Surat Perakuan Penggambaran (SPP) dengan memasukkan klausa baharu tahun ini bagi mengekang masalah bayaran gaji kru produksi daripada berlarutan. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, berkata syarikat produksi yang gagal menyelesaikan gaji kru bakal berdepan sekatan tayangan produk, sama ada di panggung wayang, mahupun kaca televisyen (TV). Katanya, FINAS akan menubuhkan satu tribunal sebagai platform untuk mendengar dan mendapatkan maklum balas pihak yang teraniaya. "Sebagai badan bertanggungjawab terhadap perkembangan industri, tindakan proaktif seperti ini perlu bagi menjaga kebajikan pekerja daripada teraniaya atau tidak dapat upah.
"Syarat baharu ini juga tertakluk kepada penerbit, pelabur atau mana-mana pihak yang teraniaya seperti isu pengarah filem lari, kru tidak hadir dan sebagainya. "Sebagai pengeluar lesen untuk penerbit, pengedar dan pempamer, FINAS mempunyai hak untuk membuat keputusan bagi membela nasib semua peringkat pekerja industri seni," katanya. Beliau menjelaskan demikian susulan kegagalan penerbit Strike: Silat Cult Master melangsaikan upah kru yang didakwa masih tertangguh selepas lebih setahun penggambaran filem selesai. Azmir berkata, keputusan tegas terpaksa diambil sebagai pengajaran kepada penerbit lain dan mengelakkan masalah lebih besar hingga mengganggu ketenteraman awam. "Ia seperti timbul kekecohan di pawagam, memuat naik petisyen di media sosial hingga menimbulkan perspektif negatif masyarakat. "Justeru, jalan terbaik adalah menunda tayangan bagi menjaga ketenteraman bersama. FINAS sangat memandang serius hal membabitkan pekerja," katanya.
Katanya, FINAS juga menjalin bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JKT) bagi menangani masalah itu. "JKT dan FINAS akan bersama turun padang memantau isu pekerja. Kerjasama ini sudah dilakukan sejak tahun lalu ketika permit pekerja kanak kanak (pelakon) dilaksanakan melalui hebahan dan syarat dalam SPP. "JTK turut menyediakan sesi kaunseling dan peguam untuk membela isu pekerja," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA), Khalil Saleh, berkata pihaknya kini boleh menarik nafas lega dengan tindakan berani FINAS itu. "PROFIMA harap FINAS akan sentiasa ke depan membela nasib pekerja filem. Kami mahukan tindakan sama diambil terhadap filem bermasalah. "Filem bermasalah harus ditahan untuk wajib tayang. Jadi, nasib pekerja akan lebih terbela dan tidak lagi diperkotak-katik. "Isu ini juga akan dibawa ke stesen TV kerana sudah tiba masanya tindakan tegas perlu diambil," katanya. Menyentuh nasib 50 kru filem Strike: Silat Cult Master, kata Khalil, mereka tidak mahu lagi memberi muka kepada penerbit, Katana Film Sdn Bhd, Mallory Lee, sebaliknya menuntut semua baki gaji yang belum dibayar diselesaikan sekiranya mahu filem ditayangkan. "Kru sudah serik beri peluang, sejak tahun lalu. Sejak Januari, sudah tiga kali janji nak bayar, namun tetap sama. Jadi, kru minta langsaikan semua hutang," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362283/finas-perketat-syarat-surat-perakuan-penggambaran
|
|
|
|
|
|
|
|
Afdlin doakan Allah lembutkan hati pemfitnah

Afdlin mendakwa tuduhan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL yang mengaitkannya adalah fitnah bertujuan mencalar reputasi diri. Foto NSTP Amirudin Sahib
KUALA LUMPUR: Datuk Afdlin Shauki bersyukur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengumumkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta. Afdlin mendakwa tuduhan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengaitkannya adalah fitnah bertujuan mencalar reputasi diri sebagai pelakon dan pengarah. "Segala puji untuk Allah SWT yang telah menegakkan keadilan. Cakap banyak tak guna, kalau orang tak suka kita, dia akan panjangkan fitnah ini. "Kepada yang memanjangkan fitnah ini, saya berdoa yang baik-baik untuk anda semua agar Allah SWT memaafkan kita semua.
"Syukur Alhamdulillah dan saya mendoakan pemfitnah saya itu Allah lembutkan hatinya," katanya kepada BH Online. Afdlin mengulas laporan BERNAMA yang menyebut tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dilapor berkata, dapatan itu adalah hasil semakan pihaknya terhadap dokumen yang dibekalkan oleh DBKL pada 7 Februari lalu berhubung pelaksanaan projek penerbitan kandungan dan siaran studio serta konti radio DBKL. "Bagaimanapun, semakan SPRM mendapati terdapat beberapa kelemahan dari segi tatakelola pada garis panduan DBKL dan ia perlu diperkemaskan. "Oleh yang demikian, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (PBT) SPRM sedang meneliti amalan dan beberapa prosedur DBKL berkenaan proses perolehan dan pembayaran kepada pihak tertentu mengikut garis panduan dan peraturan-peraturan yang sedia ada," katanya ketika dihubungi BERNAMA. Pada 6 Februari lalu, SPRM dilaporkan sedang meneliti dokumen berkaitan dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta. Azam dilapor berkata, SPRM telah mendapat akses kepada dokumen yang diperoleh hasil siasatan dalaman dijalankan DBKL. Afdlin berkata, keputusan untuk tidak mengulas lanjut isu perolehan di bawah DBKL dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan, disifatkan sebagai tindakan tepat. "Sebab itu saya ambil keputusan untuk duduk diam dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa agar tidak mengganggu siasatan. "Saya tidak melatah kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tetapi, tak guna saya yang cakap. Biarlah pihak berkuasa menentukan. "Cuma hari ini, saya kenal siapa sahabat dan siapa bukan," katanya. Afdlin yang juga Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan kepadanya. Afdlin juga mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak berkuasa yang membuat siasatan terperinci hingga namanya dibersihkan. "Terima kasih kepada isteri , anak-anak, keluarga dan semua rakan yang memberi sokongan moral ketika dalam kesusahan. "Terima kasih SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), DBKL dan semua badan yang terbabit dalam siasatan," katanya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2025/02/1362597/afdlin-doakan-allah-lembutkan-hati-pemfitnah
|
|
|
|
|
|
|
|
Not all storms come to disrupt your life; some come to clear your path.” – Anonymous
|
|
|
|
|
|
|
|
“Don’t worry if people don’t like you. Most people are struggling to like themselves.” – Author Unknown
|
|
|
|
|
|
|
|
“The most reliable way to predict the future is to create it.” – Abraham Lincoln
|
|
|
|
|
|
|
|
“If you see someone without a smile, give them one of yours.” – Dolly Parton
|
|
|
|
|
|
|
|
“We can’t always choose the music life plays for us, but we can choose how we dance with it.” – Unknown
|
|
|
|
|
|
|
|
“What she tackles, she conquers.” – Richard Gilmore, Gilmore Girls
|
|
|
|
|
|
|
|
“A ship is always safe by the shore, but that is not what it’s built for.” – John A. Shedd
|
|
|
|
|
|
|
|
“She remembered who she was, and the game was changed.” – Lalah Delilah
|
|
|
|
|
|
|
|
“Storms make trees take deeper roots.” – Dolly Parton
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sometimes, you have to let go of the picture of what you thought about life and learn to find joy in the story you are actually living.” – Rachel Marie Martin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|