CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gogo2

Demonstrasi Jalanan Paling Besar di Malaysia. Siapa akan pergi?

   Close [Copy link]
Post time 25-6-2011 08:29 PM | Show all posts
elok mampos ja beend ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 08:40 PM | Show all posts
elok mampos ja beend ni

kucingTomey Post at 25-6-2011 20:29


lek bro....the day will come.....only matter of time......but the time will tell....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:50 PM | Show all posts
selagi ada pemikiran rakyat yg macam nih laaa maka UMNO/BN akan terus kekal berkuasa.....masih r ...
axl_bach Post at 25-6-2011 18:31



MP atau ADUN memang terlibat dlm membahaskan satu2 undang2 atau apa2 usul parlimen. tapi axl_bach ingat, tujuan utama mereka dilantik adalah sebagai suara rakyat dlm memberi pembangunan. lain la balaci2 ahli politik, mereka peduli hapa dengan rakyat. mereka tau, ahli parlimen tersebut menang, mereka dapt projek. yg rakyat susah x dihiraukan. Cuba hang bagi tau aku mcm mana zaman khalifah dulu memerintah. adakah mereka nie hari2 buat undang2?
kalau tugas pemimpin bukan untuk membela rakyat, Khalifah Saidina Umar r.a tak der la jalan memalam untuk melihat rakyatnya. Jika kita ingin betul2 bersih, setiap pemimpin yang dipilih perlu bersih. Bukan pemimpin yang mengguna harta rakyat untuk politik, untuk peribadi.

ko juga kena paham, aku x suruh ko sokong BN ker PR ker atau parti mana2. aku juga kata nak buat demo tu x salah, yg salah tu demo buat kat jalan menyusahkan rakyat. Sebagai rakyat yg tidak berpihak pada mana2 pihak, aku nampak PR dan BN sama jer, tiada perubahan. berjuang untuk kesinambungan politik sendiri. try ler korang bekerjasama bangunkan malaysia tanpa mengira parti. Bila korang mempunyai semangt kepartian, korang hanya perjuangkan kelompok tertentu sahaja.


Cakap pandai, semangat demokrasi, so bila aku bagi pendapat nak marah.

Sekian
sekadar pendapat
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 09:52 PM | Show all posts
buat demo sanggup berpanas berhujan...suruh solat berjemaah?
pisang69 Post at 25-6-2011 20:08



   tu aku heran, ramai member2 aku yang sibuk nak p demo tu jangan kata solat berjemaah, solat pun ?bila ditegur marah, kata kubur masing2. ko sendiri x bersih, macam mana nak bersihkan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:02 PM | Show all posts
tu aku heran, ramai member2 aku yang sibuk nak p demo tu jangan kata solat berjemaah, solat ...
kau244 Post at 25-6-2011 21:52


ye ker? sebab tu lah kekadang manusia ni tang ni nak sangat ler demo demo , ibadat pulak yg teras tu tak pulak , tu kat Allah tak malu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:03 PM | Show all posts
Reply 204# kau244


    sebab tu i gelak jer , when well dok cakap hal integriti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2011 10:15 PM | Show all posts
Perhimpunan 1 juta rakyat kat Kelang suatu ketika dulu pon hot.....

Macam-macam cerita dengo.....

Yang pasti... perhimpunan akan datang.... polis tak cukup tido.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:22 PM | Show all posts
Sesiapa yang nak pergi berdemo dalam PERHIMPUNAN BERSIH pada 9 July ni,
pergilah tapi...kalo ditangkap polis merengkoklah awak dalam jel, kena tunggu
Anwat jaminkan. Lepas tu kena amik peguam, bicara di mahkamah berbulan-bulan.
Korang MAMPOOOOOOOO..........? Kalo mampooo, DIPERSILAKAN.............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 10:22 PM | Show all posts
Alahai... br 15 hekoq jer nak pegi...? ini mcm kalu, 1 black maria jer kawtimm~~!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:28 PM | Show all posts
Sesiapa yang nak pergi berdemo dalam PERHIMPUNAN BERSIH pada 9 July ni,
pergilah tapi...kalo ditang ...
NAT_11 Post at 25-6-2011 22:22




Bersih 2 :300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.




SHAH ALAM, : Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300  peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.


Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

“Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen,” tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

“Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

“Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman,” tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu  dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:29 PM | Show all posts
Reply 118# ajinomotonosuga



oang yang tenguk apa oang lain buat malah ikuttttt je apa oang suruh buat tanpa selidik siasat fikir..itu haiwan nama nya cigu



premis aji ni kalu masuk bab ajaran pak ereb idak ke aji nak gunapakai? ..ppprrrrffgghhtttt


oang btui urban dan civilised tak berdemo ler cigu, oang uneducated je berdemo


teringat saya masa mula2 sampai kat jerman awal 90'an dolu.  Kat town depa penuh mamat turki dok sakan berdemo pasal anti pkk. mat polis jarman dok kawal lalulintas bagi mamat2 turki ni lalu.

saya tanya kat kawan jarman saya, gastarbeiter turki ni pun boleh demo ka? tak menyusahkan orang jarman ka?

dia cakap, as a civilised nation, kita kena hormat hak masyarakat yg ada dlm perlembagaan jarman.

payah jugak mula2 nak faham apa yg kawan saya tu cakap..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:30 PM | Show all posts
lawakkk lawakkk....demo bersih nak di samakan dengan demo SURVIVAL BANGSA MELAYU menentang malayan union?  aduhaiiiii

kalo yang dikatakan paling bijak di kalangan depa pun sampai pakai alasan melayu dulu pun berdemo lawan omputeh nak halalkan demo bersih pun....saya surrender je lah..tak layak otak ni nak di hina gitu sekali..banyak lai mende pekdah saya lagi molek cite

pi mai tang tu gak..cam quran kata, anjing yang jelir lidaq, di halau pun jelir, di biorkan pun jelir..dahhhhh tersurat cengitu gamaknya kut
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:47 PM | Show all posts
Reply  ajinomotonosuga





premis aji ni kalu masuk bab ajaran pak ereb idak ke aji nak guna ...
M5 Post at 25-6-2011 22:29


1. in a civilised nation, the government is governed by the people

2. in uncivilised nation, the people is governed by the government (read ELITE )



macam siang dan malam, macam hujan dan panas, so are those two above

cakap banyak takmo lah...

but life is like a toss of a coin, on one side is freedom, BUT ON THE OTHER IS RESPONSIBILITY

and everyone wishes that freedom is always win
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:52 PM | Show all posts
ye ker? sebab tu lah kekadang manusia ni tang ni nak sangat ler demo demo , ibadat pulak yg tera ...
mbhcsf Post at 25-6-2011 22:02



   mcm mana nak malu kat Allah, sebab dlm penganjur tu 4 org jer yang islam (3 melayu). ketua plak hang tau ler sapa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 10:54 PM | Show all posts
mcm mana nak malu kat Allah, sebab dlm penganjur tu 4 org jer yang islam (3 melayu). ketua  ...
kau244 Post at 25-6-2011 22:52


oh well...well...kita klena tanya
   
for whose cause?

anwar's atau rakyat?

kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:01 PM | Show all posts
perarakan Bersih 2.0 di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada jam 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney (12 tengah hari); Tower of the Sun, Osaka di Jepun (3 petang); pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles (10 pagi); Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).


things are moving along just fine!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2011 11:02 PM | Show all posts
oh well...well...kita klena tanya
   
for whose cause?

anwar's atau rakyat?

kan?
mbhcsf Post at 25-6-2011 22:54



   tu aku tertanya2 gak ler. demo nie untuk rakyat ker untuk individu tertentu.bila aku baca memorandum depa, aku tgk ader beberapa benda mcm depa x kaji dulu.
contohnya depa kata pasal pemindahan secara tidak sah pengundi. kan SPR dah buat pusat mengundi base on IC.
kalau sebelum nie dia daftar kat KL, tapi IC kat Penang, so sekarang kena la balik penang untuk mengundi.
kalau nak mengundi KL, tukar alamat IC. kalau SPR bior nanti depa kata SPR bawa pengundi hantu lak


yg dok ikut tu pun depa x kaji dolu apa yg penganjur tulis.


nak mansuh undi pos? kalau polis atau askar macam mana? depa daftar guna IC alamat kampung, keja kat tempat lain. emm time pilihanraya terpaksa mintak mat indon lak jaga kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:05 PM | Show all posts
Reply 212# ajinomotonosuga


    ye la lawak...ada ke nak disamakan dgn demo menentang kerajaan..lawak betul sampai polis keluarkan amaran hari2
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2011 11:57 PM | Show all posts
MP atau ADUN memang terlibat dlm membahaskan satu2 undang2 atau apa2 usul parlimen. tapi axl_b ...

kau244 Post at 25-6-2011 21:50


hmmmm, memanglah ADUN/MP yg dipilih merupakan AHLI LEGISLATIVE yg bertanggungjawab sebagai suara rakyat setempat yg diwakili dlm memberikan pembangunan.....ada aku kata sebaliknya ke??yg aku kata adalah ramai yg memandang ADUN/MP sebagai TUKANG HULUR, sikit2 atap tercabut YB, pintu jamban runtuh YB, pergi kenduri pun YB....walaupun baik ADUN/MP dekat dgn rakyat setempat but bukan itu tugas utama mereka.....kalo begitu pemahaman majoriti rakyat memang akan memberikan advantage buat UMNO/BN yg memegang dana negara/peruntukan yg mana mereka bleh menabur seberapa byk peruntukan kepada ADUN/MP mereka pada masa yg sama menyekat peruntukan kepada ADUN/MP dari PR.....

aku setuju pasal ko menentang pemimpin yg menggunakan harta rakyat untuk politik, untuk peribadi...dan ko kene ingat MEDIA MASSA ARUS PERDANA seperti Utusan, RTM adalah harta rakyat, bukan wang ringgit dari cukai, minyak dll sahaja yg bleh dikelaskan sebagai harta rakyat....jd ko nampak x pihak mana yg menggunakan harta rakyat utk politik, untuk peribadi??

macam mana ko kata PR or BN sama saja sedangkan PR xder pun lagi track record utk dibuat penilaian?? sekali lagi aku bersetuju dgn saranan ko agar sumer parti2 politik di malaysia bekerjasama bangunkan malaysia but, ntah laaa, susah kalo ko nak bekerjasama dgn pihak yg merampas dan mencabul hak ko.....aku bagi contoh macam di Terengganu, bila PAS berjaya merampas wisma daruliman secara demokratik melalui pilihanraya kerajaan pusat dgn tidak semena2 merampas hak WANG ROYALTI PETROLEUM yg sebelum ini dinikmati oleh kerajaan negeri dan digantikan dgn so called WANG EHSAN yg disalurkan kepada puak2 mereka shj.....sedangkan memang sudah diketahui kerajaan terengganu sebelum inipun memang bergantung sebahagian besar dari peruntukan wang royalti itu utk pembangunan.....camtu gak dgn isu minyak di Kelantan yg sedang PAS dan Tengku Razaleigh sendiri perjuangkan, dan juga peruntukan tahunan utk MP/ADUN dari PR yg dinafikan.....bleh ke ko bekerjasama dgn pihak yg sewenang2 melakukan kezaliman ke atas ko??

hehehe, mana ada aku marah ler, just nasihat.....hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2011 12:02 AM | Show all posts
Reply 217# kau244http://malaysiakini.com/news/167980

The Election Commission (EC) has admitted a major error by allowing six individuals to be wrongfully registered with the address of the house belonging to Gombak MP Azmin Ali's mother, but appears to have little power to rectify the problem.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.092505 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list