CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serulingsenja

ROCK OOOO [ROCK 2]

[Copy link]
Post time 1-3-2013 12:10 PM | Show all posts
sekngucing posted on 28-2-2013 06:24 PM
filem2 awal mamat khalid semua tak dpt sambutan

lang buana

kutipan filem² mamat khalid

sumber : finas

HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCITTAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.0.9071185.80Sedang Tayang


Estet
AKSI / KOMEDI1.97 juta  
04.11.2010
0.35 juta
47
Rock!.. Kisah Sebuah Band Yang Hampir Terkenal
KOMEDI / MUZIK
1.50 juta
08/12/05
1.09 juta
29

Hantu Kak Limah Balik Rumah  
KOMEDI / SERAM / MISTERI 1.42 juta
09.12.2010
7.90 juta
39


Puteri Gunung Ledang
DRAMA / SEJARAH / CINTA 16.60 juta31/08/042.90 juta39
(abg mamat buat screenplay utk PGL & menang di FFM)


Lang Buana
AKSI / KOMEDI 1.76 juta04/12/031.79 juta27            

Kala Malam Bulan Mengambang
SERAM / KOMEDI
1.40 juta
10/01/08
0.554 juta
38



Zombi Kampung Pisang
SERAM / KOMEDI 1.23 juta19/04/072.371 juta33

Man Laksa
MUZIK / KOMEDI
1.27 juta
04/05/06
0.79 juta
30
Last edited by supernaturalee on 1-3-2013 12:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 12:18 PM | Show all posts
NamaSayaZura posted on 1-3-2013 12:00 PM
1987 aku baru umo 4 tahun... aku ingat2 lupa pasal Tok Mat potong rambut Amy Search ngan Awie.. ak ...

aku memang hidup zaman rock kapak.....
filem nih memang nostalgia betul.....
dulu walaupun tak reti main gitar....
tetap sanggup kumpul duit beli gitar tong....
hahahaha

nostalgia lepak yik fong ngan super kinta.....


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:27 PM | Show all posts
ctaz posted on 1-3-2013 12:18 PM
aku memang hidup zaman rock kapak.....
filem nih memang nostalgia betul.....
dulu walaupun tak r ...

nk tgk gak weeken ni atau next week....

btw mmg dh lama sgt xpegi yik foong & super kinta...igt lagi, kat situ ade kedai cd yg bnyk bg diskaun, lbh murah dpd speedy
tak tau ade lg ke tak

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 01:52 PM | Show all posts

Garapan terbaik

0  0 Google +0  0  0 Cetak
Oleh Murshid Eunos

“Jalan cerita sarat dengan komedi serta lakonan selamba setiap teraju utamanya adalah kekuatan cerita ini. Lebih menarik, Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi dan rasa sedih melalui visualnya. Dia memang hebat!”

Demikian kata penyanyi kumpulan Wings dan pelakon, Awie ketika diminta mengulas mengenai filem Rock Oo! yang mula ditayangkan di seluruh negara semalam.
Awie yang ditemui di Malam Gala Rock Oo! di Petaling Jaya, Isnin lalu disifatkan Projektor sebagai individu paling layak untuk memberi pandangan terhadap filem ini. Suka dukanya sebagai penyanyi rock sebelum muncul bersama Wings dengan album sulung, Belenggu Irama pada 1987 sinonim dengan apa yang dipaparkan dalam Rock Oo!

Babak rambut anggota kumpulan Rimba Bara dipotong rambut seorang tokoh politik cukup sinonim dengan Awie. Ironinya, majlis memotong rambut Awie bersama Wings dan Search oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat (Allahyarham) yang disiarkan secara langsung oleh Selamat Pagi Malaysia pada 1992 sebagai simbolik mereka mematuhi peraturan kerajaan melarang penyanyi lelaki berambut panjang.


Rock Oo! yang juga kesinambungan kepada karya asalnya, Rock pada 2005 masih mengekalkan asas plot cerita, barisan pelakon dan genre yang sama, malah kali ini jauh lebih berbisa dengan menampilkan konflik dan kemelut berbeza.


Subjek dan tunjang ceritanya masih berlandaskan perjalanan yang berpaksi pada semangat, azam dan kesungguhan anak muda, Amy Mat Piah lakonan aktor berkaliber, Que Haidar dalam mengejar impiannya menjadi penyanyi rock terkenal.

Amy dibantu temannya, Jijo lakonan selamba Khir Rahman dan Slash Haji Tapah lakonan Pekin Ibrahim dari kampung mula membina tapak menjalani kehidupan di ibu kota.

Soffi Jikan yang menghidupkan watak Zul Kapan sebagai vokalis Malaikat Maut turut cemerlang mempamerkan lakonan bersahaja mewarnai perjalanan filem ini.


Awie menangis kerana Rock Oo!

Saya tidak malu mengatakan yang setiap babak dalam filem ini menyentuh jiwa hingga membuatkan saya menangis. Realitinya, Rock Oo! adalah biografi pahit maung dan perjalanan seorang anak muda yang ingin menjadi penyanyi rock. Itulah ceritanya dan jelas ia begitu dekat dengan diri saya sendiri.

Mamat berjaya melakukan pemerhatiannya dengan sempurna untuk menceritakan diari sekumpulan pemuda yang bersungguh menjalani kehidupan di ibu kota dengan berbekalkan gitar dan bakat. Ia begitu jelas dan realistik.

Jujurnya, setiap babak yang ditampilkan dengan penyampaian lakonan barisan teraju utamanya berjaya mengundang gelak tawa dan emosi kepada saya sebagai penonton.

Tidak dinafikan, pengalaman dan detik permulaan saya dulu ketika ingin mencari tapak sebagai penyanyi rock diterjemahkan dengan sempurna oleh Mamat dalam Rock Oo!

Ia benar-benar membuatkan saya mengimbau semula segala kisah manis dan pahit ketika zaman 80-an itu.

Namun seperkara yang harus diberi pujian dan pemerhatian teliti adalah kreativiti Mamat selaku pengarah dan penulis skrip dalam membina sebuah plot cerita yang berkesan.

Imaginasi Mamat dalam menyusun plot cerita sangat hebat dan ideanya membina setiap satu watak dengan karektor tersendiri begitu ‘genius’.

Bayangkan, pembangunan wataknya lengkap bagi mewujudkan elemen komedi menerusi ekspresi wajah namun dalam masa yang sama, setiap terjemahan skrip dan gaya lakonan itu masih mampu membawa penonton untuk turut sama bersimpati dengan nasib Rimba Bara.

Semua ini membuatkan saya menangis dalam ketawa dan itulah kelebihan Mamat yang tidak ada pada pengarah lain.

Saya memuji lakonan Khir yang sangat selamba dalam menghidupkan wataknya. Berada di antara pelakon lain yang turut hebat dan berkesanmembawakan karektor
masing-masing, Khir masih mampu menghidupkan watak Jijo dengan kemas sekali.

Sebagai pengarah dan pencipta lakon layar, Mamat berjaya menonjolkan kesemua watak utamanya dengan seimbang dan baik. Walaupun wujud empat karektor utama, namun setiap satunya punya kekuatan dan fungsi masing-masing tanpa perlu bersandar pada yang lain.

Babak mereka berdepan masalah seperti ‘dikapur’ promoter konsert, berselisih faham dan tidak punya wang hingga terpaksa berkongsi sebungkus mi segera adalah klasik dan punya sentimen istimewa kepada penonton yang pernah melalui zaman rocker itu.

Jujurnya, saya punya ramai kawan yang memegang impian sama dulu untuk menjadi anak seni sudah tiada lagi. Ada yang mengalah dan ramai juga menjadi mangsa dadah. Itulah nilai emosi dan pembangunan elemen realistik yang berjaya dicerminkan Mamat hingga menyentuh perhatian saya.

Saya ketawa tidak henti menonton nasib dan gelagat Rimba Bara dan saya bersimpati dengan perjuangan mereka yang tidak pernah putus harap.

Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan saya cukup terhibur menontonnya. Sudah tentu saya akan kembali menontonnya di panggung dan filem ini layak diberikan LIMA BINTANG!

- See more at: http://www.hmetro.com.my/myMetro ... thash.ODeIfqT6.dpuf


-- aku pun ada sikit jiwa rock ...lagu2 rock sentiasa ada je dlm mp3, handset aku.. mmg teringin nak tgk tp x geng.. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:27 PM | Show all posts
mycute posted on 1-3-2013 01:52 PM
Garapan terbaik

0  0 Google +0  0  0 Cetak

pulok...jom g tgk ngn aku....tgh crk geng gak niee....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:48 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 1-3-2013 12:27 PM
nk tgk gak weeken ni atau next week....

btw mmg dh lama sgt xpegi yik foong & super kinta...igt ...

yik fong dgr crita...dah jadi kedai2 peralatan komputer mcm embi plaza...
super kinta...pasar basah ada lagi....shopping complex dah bungkus
tapi studio SYJ tu tak tau la ada lagi ker idak....
tapi kalu tgk movie nih wujud la lagi....




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2013 03:03 PM | Show all posts
ramai member aku dari yob4ever berlakon dalam filem ni...ingat nak nengok pagi semalam tapi terbabas tido pulak...nampak gayanya isnin atau selasa ni kena turun jugak...ada member yob4ever berkomplot nengok reramai malam ni tapi apakan daya tak dpt nak join
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:06 PM | Show all posts
ctaz posted on 1-3-2013 02:48 PM
yik fong dgr crita...dah jadi kedai2 peralatan komputer mcm embi plaza...
super kinta...pasar bas ...

ooo, ye ke
kedai cine belaka pon kt situ
tp bagus la MK (Mamat Khalid, bukan Maya Karin) abadikan Yik Foong & Super Kinta dlm filem die
jd rujukan utk 50 - 60 thn akn dtg, & thn² seterusnya
tgk mcm filem p ramlee (refer pd filem moden), mesti opening die kt town
so, kt ctu leh tgk keadaan masa tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 03:07 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-3-2013 03:03 PM
ramai member aku dari yob4ever berlakon dalam filem ni...ingat nak nengok pagi semalam tapi terbabas ...

tgk kt mane tu nnt yob?
ipoh parade ke jusco?
haaa, 2 tmpt ni pon lm dh x pegi
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:11 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-3-2013 03:03 PM
ramai member aku dari yob4ever berlakon dalam filem ni...ingat nak nengok pagi semalam tapi terbabas ...

zaman kome tu yop.....
zaman awak dah dekat2 nak abih.....

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:15 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 1-3-2013 03:07 PM
tgk kt mane tu nnt yob?
ipoh parade ke jusco?
haaa, 2 tmpt ni pon lm dh x pegi

insya Allah nengok kat jusco laa maleh nak pegi ipoh perade tengah bandor tu

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:19 PM | Show all posts
ctaz posted on 1-3-2013 03:11 PM
zaman kome tu yop.....
zaman awak dah dekat2 nak abih.....

zaman ni teman muda belia benor lagi belum baligh pun lagi wakakaka

tapi rock zaman 80an dgn 90an mmg best zaman ni nak nengok konsert rock nengok kat funfair selalu buat tepen nun

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:23 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-3-2013 03:19 PM
zaman ni teman muda belia benor lagi belum baligh pun lagi wakakaka

tapi rock zaman 80an dgn 90 ...

aje ngan bebeno....
nak tengok konsert tgk kat funfair.....
memang nostalgia....
cuma citer nih satu jer tak puas hati....
semua mat2 rokers pegi jamming pikul gitar karen satu sorang.....
sedang kan time nih....
perah keringat la nak membeli sebijik gitar karen....
tapi walau mcm mana pun memang nostalgia abis...

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:27 PM | Show all posts
ctaz posted on 1-3-2013 03:23 PM
aje ngan bebeno....
nak tengok konsert tgk kat funfair.....
memang nostalgia....

teman idak nengok lagi tak boleh komplen tapi mmg benor zaman ni kalau pikul gitan karen tak berapa logik sbb zaman ni org muda tak berduit sangat paling kuat beli gitar kapok je laa...nak main jamming pun tong tong rm2 sorang...dpt la merasa main gitar karen dlm studio kekekeke

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:29 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-3-2013 03:15 PM
insya Allah nengok kat jusco laa maleh nak pegi ipoh perade tengah bandor tu

kan...tp gsc jusco tu sound die kureng, credit ending xabis lg dh stop

layan je lah

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:38 PM | Show all posts
cikmouse posted on 1-3-2013 02:27 PM
pulok...jom g tgk ngn aku....tgh crk geng gak niee....

cikmouse jiwa rock k? hehehe
leh je x da masalah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 03:38 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 1-3-2013 03:29 PM
kan...tp gsc jusco tu sound die kureng, credit ending xabis lg dh stop

layan je lah

ye ke? teman jarang benor nengok wayang jd idak tau sangat...teman dari kuala kangsar jadi jusco tu dekat dengan hiway tu pasal teman layan kat situ je...ipoh perade rasanya baru sekali pegi nengok kat situ rasanya 4-5 tahun sudah keke

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:40 PM | Show all posts
sepaileman posted on 1-3-2013 03:27 PM
teman idak nengok lagi tak boleh komplen tapi mmg benor zaman ni kalau pikul gitan karen tak berap ...

jln crita....4.5/5 aku kasi...
lakonan 3.5/5 aku kasi....
memang puas hati...
dan yg pasti aku nak tgk lagi....


tapi tak leh lupa time ada satu dailog tu...
dia ada sebut 'CINGGEI'
org2 sebelah2 aku berbisik amende cinggei tu....
aku senyum jer laaa.....
hahahahaaaa....
lama tul tak dengar ayat tu......



Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:41 PM | Show all posts
ctaz posted on 1-3-2013 02:48 PM
yik fong dgr crita...dah jadi kedai2 peralatan komputer mcm embi plaza...
super kinta...pasar bas ...

yup...btul yik foong jd kedai kompter & jual telpon..
superkinta dgr cita dh jd RTC IPOH..
mmg sesuai mamat khalid wat shooting kt situ..ala2 klasik bangunan area situ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 03:44 PM | Show all posts
ctaz posted on 1-3-2013 12:18 PM
aku memang hidup zaman rock kapak.....
filem nih memang nostalgia betul.....
dulu walaupun tak r ...

aku baru tersedar sumthing.. TVG Ipoh start tayang muvi ni 27hb.. sehari awal drpd tempat lain.. mungkin sbb muvi ni mengambil latar blkg negeri  perak kot..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.093495 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list