|
KASUT HITAM
Kasut putih
Ada pakai yang hitam
Sengaja mencabar peraturan
Ubah pakai kasut hitam
Tentu ada yang mencabar pakai putih
Harapnya didikan dari rumah
Ibu bapa perlu pantau
Tekankan pematuhan peraturan
Anak-anak perlu dibimbing
Memupuk sikap mengikut norma.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
RaGaM
Ramai orang
Amatlah rencam
Gagal kawal emosi
Amat teruji
Mantapkan diri.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
BILIS
Bilis
Istilah kepada yang kerdil
Label memperkecil
Ironinya bilis menunjuk dalil
Sistem didukung si bilis tiada musykil.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysiaku
Aku setuju
Yang lain harus begitu
Anugerah Yang Satu
Nikmat negara bersatu
Gemilang terbilang ke mercu
Indah tanah airku
Malaysia kian maju
Antara negara di landasan jitu
Langkah transformasi padu
Amalan tadbir urus direstu
Yakin kerajaan bukan seteru
Suai diri dengan pilihan baharu
InsyaAllah tenang kalbu
Akur sistem memilih dipersetuju
Kerajaan meneraju
Umum pantau dari segala bucu.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
HARI MALAYSIA
Hari Malaysia
Amat bermakna kepada semua
Rakyat harus berbangga
Identiti nasional gah di mata dunia
Mari warga Malaysia berpadu tenaga
Atur langkah memacu kualiti minda
Latunan globalisasi sambut dengan terbuka dada
Amalan baik rentasi sempadan masa
Ya Rabb anugerahkan pemimpin berjasa
Sejahterakan rakyat jadi agenda
Agama sandaran utama merencana
InsyaAllah gemilang terbilang diredaNya.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
DISKRIMINASI
Diskriminasi
Istilah yang menyiat hati
Sukan sepatutnya untuk semua
Kerenah birokrasi memangsakan atlit
Rahmah kasih sayang kian hilang
Insan makin miskin kemanusiaan
Meragut harapan yang diberi
Impian yang dipermainkan
Nantilah natijahnya
Allah maha mendengar
Suara anak-anak yang dinafikan
Insyaallah tertebus jua.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Hujan
Hujan
Untuk isi alam
JanjiNya pasti
Anugerah
Nikmat terindah.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 10-12-2018 09:13 PM
HARIMAU MALAYA
Harapan muncul juara
Ambillah kesempatan di laman sendiri
Ragut kegarangan Naga Emas
Ikat dengan jaringan besar
Mudahan di laman lawan
Ancaman kian pudar
Unggul merangka strategi
Malaysia terbilang
Ampuh mengekang
Laju menyerang
Asak sampai menang
Yakin bolosi gawang
Anugerah bakal dijulang.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
BANJIR
Banjir sudah
Air yang melimpah
Natijah hujan mencurah
Jaga anak-anak dari musibah air bah
Ingat beringat sebelum tragedi bawa padah
Rujuk bilik gerakan jika perlu segera berpindah.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 29-12-2018 07:07 PM
Syndrome Down
Sayangi mereka
Yang lahirnya tak dipinta
Nasib mereka tak sama
Dijaga dan ada diabaikan ibu bapa
Rasionalkan minda
OKU sindrom down juga manusia
Mereka insan teristimewa
Elak mendiskriminasikan sesama
Doa akan dilimpahkan sejahtera
Onak duri kehidupan mudah baginya
Walau sering kali dipandang sebelah mata
Nikmat mana akan kamu dusta?
CNM, 29/12/18
|
|
|
|
|
|
|
|
Dua Kosong Satu Sembilan
Dua kosong satu sembilan tiba
Umur kian berganda
Amalkan yang tambah pahala
Ke mana hala?
Orang kata datang dengan kosong dada
Saratkan dengan kebaikan pabila kembali kepadaNya
Olak kehidupan ujian di dunia
Nasib baik andai di jalan yang direda
Gemilang terbilang taat titah perintah Dia
Sebelum dipanggil kembali
Asuh diri menjauhi yang keji
Terselamat dari azab yang ngeri
Ubah dari taubat di hujung usia berbaki
Segera mohon ampun Ilahi
Elak menyesal di alam sana nanti
Menghimpun segala peluang diberi
Bawa bekal ke alam abadi
Inayat Allah syukuri
Laluan kembali menepati
Amalan tidak menyalahi
Nikmat yang perlu diimpi.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Seratus Tahun Kajang High School
Seabad telah berdiri
Era demi era direntasi
Ramai tokoh jadi saksi
Agenda pendidikan membukti
Tercatat sejarah perlu dihayati
Ulung gah menerajui
Sentiasa megah gemilang dikenali
Tanah bukit keramat ini
Auranya subur makmur menjadi
Haluan ke puncak tertinggi
Umum dikelir lakaran prestasi
Namanya tersergam indah dikagumi
Kekal hebat selamanya
Anak-anak laungkan agenda
Jayakan kerangka hala tuju dipeta
Amalan baik warga diperaga
Nafas senada dihela bersama
Gabung jalin minda dan tenaga
Hampiri puncak jaya
Impian pasti terlaksana
Gigih titipkan rencana
Hamparan membina istana
Seluruh warga berpadu jiwa
Cakna mentransformasi wajah bangsa
Hayati falsafah pendidikan negara
Olah strategi halusi tindak membina
Olak gelombang tempuh dengan bijaksana
Laluan gapai usia seratus tahun penuh bermakna.
CNM, 26/2/19 |
|
|
|
|
|
|
|
Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
Guru itu
Unggul menyimbah ilmu
Rela korbankan tenaga dan waktu
Untuk negara melangkah ke mercu
Olak masa dirempuh tanpa jemu
Bangunkan nusa bangsa sepadu
Onak berbisa sering menyembilu
Rebah bangun guru siapa tahu?
Hari ini
Era transformasi
Malaysia damba pendidikan berkualiti
Amanah dipikul selaras lafaz janji
Hala insan ke puncak tertinggi
Mari saudara saudari
Eratkan jalinan kolaborasi
Naikan imej serta prestasi
Yakin dengan setiap strategi
I-think KBAT diperhalusi
Natijahnya pasti murid menjadi
Amalan baik dikongsi
Rangkaian kerja sama dibaiki
InsyaAllah tertuai hasil diimpi
Pendidik kini
Era revolusi industri
Rangsang minda pelbagai dimensi
Terbit ilham diyakini
Institusi semakin berpotensi
Wawasan negara jadi realiti
Imbuhan dinanti menyeri bak pelangi.
CNM, 22/3/19
|
|
|
|
|
|
|
|
IKLIM
Ikut rasa binasa
Kawal emosi seadanya
Iklim berubah dek tangan manusia
Mesra alam tindak cakna.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
MARAH
Marah tetiba
Angkara hati berbara
Ramai jadi mangsa
Angkuh beraja
Hancur ramah mesra
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
PENJARA
Penjara nasihat yang diam
Era ke era ramai dirakam
Natijah bergelumang aktiviti haram
Jejak hidup yang dilakar hitam
Angkara nafsu yang ligat meragam
Rebah dek kuat kuasa undang-undang
Akhirnya meringkuk memadam kisah silam.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goldkey at 1-5-2019 04:03 PM
Pekerja Amanah Aspirasi Negara
Pekerja aset negara
Era ke era menabur jasa
Keringat diperah bangunkan bangsa
Elemen kemenjadian tenaga kerja
Junjung amanah ke syurga
Amalan baik diperaga
Anugerah tak dipinta
Mencurah bakti penuh rela
Amanah disemai ke dada jiwa
Naikkan imej ke persada dunia
Akur arus globalisasi semasa
Hala tuju ke puncak jaya
Anak bangsa warga Malaysia
Sopan santun terus dijaga
Perlembagaan pegangan semua
Ikut undang-undang mulus tertera
Rakyat sejahtera negara merdeka
Agong diangkat ke singgahsana
Seri Paduka payung negara
Indah ditakhta kedaulatan terbela
Negara Malaysia
Elok molek martabatkan pekerja
Gemilang terbilang di mata dunia
Allah peliharalah bumi Malaysia
Restukan segala usaha dikerja
Anugerahkan kami rezeki berganda.
CNM |
|
|
|
|
|
|
|
Ramadan
Ramadan datang lagi
Ambil peluang perbaiki diri
Mengumpul bekalan ke sana nanti
Anugerah terindah Ilahi
Dikurnia buat hamba dikasihi
Al-Quran dan Hadis Nabi
Nikmat kesejahteraan yang pasti.
CNM
|
|
|
|
|
|
|
|
MISI
Misi
Insan mulia menabur bakti
Seantero dunia tulus menghargai
Ihsan di hati disanjung tinggi
#SelamatHariMisiSedunia
CNM, 12/5/19 |
|
|
|
|
|
|
|
Diabetik
Darah berlebihan gula
Insulin tidak dijana
Ambil ubatan atasi
Berhenti makan bergula tinggi
Elak risiko komplikasi
Tabah dengan ketentuan Ilahi
InsyaAllah terkawal implikasi
Kesejahteraan tuju abadi.
CNM |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|