CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tobby

Syria..Apa yang berlaku sebenarnya???

[Copy link]
Post time 24-4-2012 02:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 17:00
Jadi janganlah ambil berita dari CNN yang kau tak percaya tu.

mnm77 Post at 21-4-2012 15:21


Sebab tu kena guna akal untuk analisa berita, dan kena akui tak tahu apabila tak tahu . Tapi kena mengaku tahu apabila boleh di pastikan 100%.

....CNN tu macam rtm yang sokong najib lah ..... takkan rtm nak siarkan berita palsu mengenai najib kot ?  Tak mungkin lah kerana RTM sokong kerajaan yang memerintah, lagipun kang kena tarik lesen plak kang   .

Kalau tersilap siarkan pasti kerajaan najib akan keluar kenyataan rasmi untuk perbetul balik .... gitu jugaklah dengan CNN nih .... so kena tengok situasi lah samada nak tolak atau nak terima berita, bukan sa kata dari CNN atau RTM aje maka semua berita2nya ditolak mentah2 plak ! Takkan lah extreme gitu plak kot jadinya ?

CNN apabila memperkatakan mengenai syria memang boleh di ragui kebenarannya kerana kes aktivist danny tu membuktikan CNN cuba mencipta bukti untuk pekena kerajaan syria .

Tapi apabila CNN menyampaikan berita mengenai sesuatu yang di ucapkan NATO atau kerajaan Amerika sendiri , contoh kata2 Obama ka, atau kata2 ketua angkatan tentera US ka , kalau CNN sampaikan tak betul seperti apa yang dikatakan oleh Obama atau angkatan tentera US atau NATO maka tidakkah akan keluar kenyataan rasmi dari pihak tersebut untuk perbetulkan kembali kesilapan yang dibuat oleh CNN  ?

Lagipun buat apa CNN nak pekena kerajaan US atau NATO dengan mengeluarkan berita palsu mengenai kerajaan sokongan mereka sendiri plak ? Kang kena tarik lesen kang ? Tak logik untuk CNN pekena kerajaan yang depa sendiri dokong tak mau2 .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 15:22
Author artikel tu sendiri mengaku HRW ditaja oleh Yahudi George Soros. Kenapa lebih percaya George Soros berbanding fatwa ULAMA?

Macam sesuatu yang tak kena saja?.....
mnm77 Post at 23-4-2012 11:24


Tak kira berita yang dikeluarkan oleh sesiapa pun lah samada kat internet atau kat dunia luar , kalau aku boleh pastikan 100 % isi kandungan berita tu benar berdasarkan dalil NAQLI atau AQLI maka aku akan terimalah kandungan berita itu sebagai fakta benar , tapi kalau aku dapati wujudnya kesangsian pada isi berita tu maka aku tolaknya . As simple as that .

Kalau ada "ulama" memilih bulu dalam berhukum, aku tolak lah fatwa ulamak yang memilih bulu ittew tanpa mengira siapa ulamak itu , as simple as that jugaklah .
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 16:16
Sekarang kita cakap pasal rakyat Syria yang dizalimi, bukan rakyat Saudi yang dizalimi. Kalau kerajaan Saudi bekerjasama dengan Amerika sekalipun, tak ada pun pelarian rakyat Saudi sampai puluhan ribu pun! Kalau kau nak timbul isu double standard, Malaysia pun ada kerjasama dengan Amerika, takkan kau pejamkan mata kau pulak kot?

Kalau nak bawa isu Amerika-Saudi, boleh bincang di thread lain, tak apa kalau kau nak hentam Saudi. Aku pun bukannya sokong Saudi 100%, cuma kita sedang cakap RAKYAT SYRIA YANG DIZALIMI dalam thread ni. Mereka dibunuh dan jadi pelarian. TIPU kah semua itu?
mnm77 Post at 21-4-2012 15:13


Kerajaan saudi bekerjasama dengan kerajaan US memanglah bukan untuk membuatkan rakyatnya sendiri jadi pelarian,  tapi telah menyebabkan ramai rakyat negara lain terbunuh dan jadi pelarian . Dengan kerajaan saudi memberi access pada tentera US dan tentera bersekutu untuk menggunakan kawasan negaranya untuk menjadi tapak penyelenggara dan tapak pelancar persenjataan ketenteraan dengan berbagai bom2 yang membunuh ramai orang2 Islam di merata negara dari Iraq, yemen, afghanistan dan pakistan .....

Kau ingat kalau dari Amerika terus jet2 pejuang dan drone2 tu semua cukup minyak ka untuk terbang ke iraq dan ke yemen untuk bunuh ramai umat Islam ? Tentulah menggunakan pengkalan2 tentera di Arab Saudi yang membolehkan kerajaan Amerika membunuh ramai umat islam di Iraq dan Yemen, afghanistan dan pakistan kerna faktor lokasinya yang dekat dengan target mereka !

Kalau nak bawa isu Amerika-Saudi, boleh bincang di thread lain, tak apa kalau kau nak hentam Saudi. Aku pun bukannya sokong Saudi 100%, cuma kita sedang cakap RAKYAT SYRIA YANG DIZALIMI dalam thread ni. Mereka dibunuh dan jadi pelarian. TIPU kah semua itu?
mnm77 Post at 21-4-2012 15:13


Siapakah yang menzalimi mereka ? Puak pemberontak sokongan kerajaan Amerika atau kerajaan Syria sokongan kerajaan Iran ? Macam mana nak pastikan siapakah sebenarnya si pelakunya ? Macam manakah nak pastikan kejadian pembunuhan yang dikatakan itu benar2 berlaku ? Kau nak aku jadi hakim ka untuk mengadili setiap video yang di CLAIMkan sebagai pembunuhan itu ? Aku bukan pakar forensik pun so .....?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 16:56
Memang tak mustahil nak buat cerita palsu macam transformer. Siapa pelakon transformer tu? Semua kita boleh selidik. Kita semua tahu itu lakonan.

Yang palsu seperti cerita transformer tu pun tak guna watak manusia virtual, tapi masih guna pelakon! Kalau senang buat cerita tanpa guna pelakon, tak payah upah pelakon. Buat cerita macam kartun, upgrade kartun tu jadi 'manusia' real.

Senang tak? Tak semudah yang disangka! Sekalipun tak mustahil. Apapun, kita kena selidik video kekejaman di Syria, bukannya kata semua tu palsu belaka dengan alasan TAK TAHU SIAPA YANG BETUL!mnm77 Post at 21-4-2012 15:50


Seseorang manusia boleh saja di solek sehingga manusia lain tak kenal rupa parasnya yang sebenar , maknanya di ubah rupa asalnya menjadi totally lain dari wajah sebenarnya

....lalu manusia itu yang mungkin saja rakyat negara lain di gunakan dalam video untuk memperlihatkan kekejaman seseorang pemerintah ... apabila sorang pun tak kenal dia maka tak dak siapa lah yang boleh menafikan kerakyatannya apabila dia claim kata dia rakyat negara tertentu yang dianiaya dan dizalimi oleh kerajaan negara itu .....

Itu caranya nak tipu manusia , tak susahpun . Kalau gambar terang jelas macam filem kat pawagam tu boleh di buat solekan untuk ubah rupaparas manusia bagi nampak lain , inikan pulak gambar video amatur yang tak sejelas filem digital ! Lagi senang nak buat solekan untuk ubah rupa seseorang guna video amatur, lagi nampak macam real lah jawabnya  .

So macam mana nak pastikan orang2 yang dalam video yang di CLAIMkan sebagai penderaan dan pembunuhan dari syria tu benar2 rakyat syria ? Atau mereka simply pelakon2 negara lain yang di solekan untuk di ubah wajah sebenar mereka agar mereka kelihatan macam rakyat syria ? Macam mana nak pastikan semua tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 16:52
Lagi satu... yang solat bersama-sama Gaddafi tu orang kulit gelap belaka, kat Agadez tu, NIGER tu, semua rakyat Libya ke? Kau dah selidik kah gambar tu? Ada lah beberapa kerat orang kerajaan Libya kat situ kot.... bukannya menunjukkan Gaddafi imamkan masayarakat rakyatnya sendiri pun!
mnm77 Post at 21-4-2012 15:39


Tujuan aku lampirkan gambar gaddafi tengah dok solat jemaah tu untuk menepis dakwaan kau bahwa gaddafi anti dengan orang beragama . Memang lah aku tahu gambar tu bukan menunjukkan dia tengah dok sembahyang dengan orang2 libya tapi masyarakat negara lain .

Tengok kenyataan kau kat bawah ni haaa . Kalau dia tak suka sangat kat orang beragama nescaya kat memana pun dia takkan sembahyang jemaah la jawabnya, lagi2 lah untuk jadi imam lagi lah patutnya dia tak nak , dan dia tak adalah nak derma duit bebanyak untuk di bina masjid . Kan bersembahyang jemaah tu adalah aktiviti orang yang beragama , so kalau dia anti ngan orang beragama maka dia takkan buatlah aktiviti keagamaan kat memana pun kat dunia nih !  Duh . Ternyata kau nih cepat buat tanggapan buruk kat seseorang , kalau tidak maka tak adalah kau nak tuduh gaddafi anti dengan orang beragama plak kan .

Saya bergaul dengan orang Libya dah lama dah....ada yang takut ke masjid hanya kerana takut ejen Libya lapor kepada Gaddafi, sebab Gaddafi takut orang yang amal agama akan bangkit jatuhkan dia. Sekalipun dia anti Amerika, dia juga anti orang yang beragama, maka dia dah terima balasan terhadap menyekat orang untuk amal agama.mnm77 Post at 19-4-2012 08:43
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 05:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 17:11
Boleh jadi ada pihak yang menyamar sebagai pemberontak yang bunuh orang awam, lepastu tuduh itulah rakyat Syria. Buat propaganda untuk membrurukkan rakyat Syria, supaya rakyat Syria boleh terus dianiaya dengan propaganda tu. Mana kita tahu siapa yang betul? Kena selidik dulu kan sebelum nak percaya? Siapa yang nak percaya? Agensi orang kafir kah? Kalau kerajaan Amerika yang kafir tu kau dah label sebagai Syaitan, agensi orang kafir tu lebih baik dari Ulama kah?mnm77 Post at 21-4-2012 15:21


Selain dari kemungkinan yang kau sebut tu boleh jadi jugak ada pihak yang menyamar sebagai askar kerajaan syria lalu bunuh orang awam kemudian up load ke internet video2nya lepas tu tuduh itulah pembunuhan yang dilakukan oleh kerajaan syria ....buat propaganda untuk memburukkan kerajaan syria supaya negara syria boleh di serang melalui udara menggunakan mandat dari UN just untuk menjatuhkan kerajaan syria secara kekerasan .

Berdasarkan kemungkinan yang kau beri dan kemungkinan yang aku beri jadi macam mana nak pastikan siapakah sebenarnya sipelakunya kalau pun benar2 wujudnya pembunuhan2 yang digambarkan dalam video2 ittew semua ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2012 05:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 18:12
Wow! Senang macam tu saja kau sahihkan berita! Berdasarkan agensi antarabangsa? Siapa agency tu? Kau lebih percaya agensi orang kafir berbanding Ulama orang Islam?

Cara kau sahihkan berita tu berdasarkan Al-Quran dan Hadith kah?

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya. Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMA. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Fatir, 28)mnm77 Post at 21-4-2012 15:13


Ulama yang di sebut dalam Quran bukanlah ulama yang di iktiraf manusia awam yang boleh saja dari kalangan ulama su', tapi ulama yang diiktiraf Allah adalah ulama yang telah mengamalkan setiap ilmu yang mereka pelajari yang menyebabkan mereka berani bersuara lantang menentang kebatilan tanpa pilih bulu, Ulama2 gini ajelah yang selayaknya bergelar ulamak yang takutkan Allah seperti yang tertera dalam ayat Quran tu .

Kalau stakat kat kerajaan syria lantang tak mau2 tapi kat kerajaan saudi diam menikus maka itu memang tak layak bergelar ulama takutkan Allah .... kalau benar takutkan Allah maka kat kerajaan Saudi lah kena lantang tak mau2 agar di tutup pengkalan tentera amerika dan agar di hentikan segala kerjasama ketenteraan dengan kerajaan Amerika  .

Serangan drones ke atas umat islam masih berlaku pe.. tapi di lupakan lah plak ye oleh para ulamak yang lantang bersuara kat kerajaan syria itu !
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 06:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 18:15

Nampaknya tobby dan mnm77 nak aku berpandangan extreme macam penyokong parti politik yang cenderung untuk menolak 100% apa2 saja berita dari sumber yang mereka tak setuju , maknanya sa kata tak setuju dengan RTM dalam satu perkara maka segala maknenek berita RTM kena di tolak 100% gitu jugalah dengan CNN , ABC, BBC , internet news .... geez buat apa lah aku nak extreme gitu plak .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 06:49 PM | Show all posts
wah....lantang sunguh blastoff yerk...sepadan ngan nama....hehehe
kire selantang begini dah bertaraf ulama 5 bintang ni, aha gurau ja....
tapi keep it on....yg salah tetap salah dan yg benar tetap benar...
walaupon org2 yg tak beriman - yg ada penyakit dihati mereka - tidak selesa mendengar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 09:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 21:15
Harap anda perlu lebih teliti seperti apa yang anda katakan di atas. Harap saudara selidik dulu fatwa Ulama sebelum membuat persangkaan terhadap Ulama kononnya mudah termakan propaganda Amerika.

Mustahil tiada orang Arab atau Ulama Arab yang tiada talian langsung dengan rakyat Syria, dan tak masuk akal mereka berani mengeluarkan fatwa sambil jahil pula sampai tak tahu apa yang berlaku di Syria. Anda pula berani membuat tohmahan terhadap Ulama tersebut hanya berdasarkan analisa maklumat dari internet semata-mata?

Saya risau anda yang termakan propaganda yang dibuat oleh pendokong kezaliman pimpinan Syria (macam sumber George Soros di atas)mnm77 Post at 23-4-2012 11:24


Tak wujudkah "ulama" kat dunia ni yang jilat raja2 ? Berlambak2 manusia yang bergelar ulama di zaman moden nih yang menyokong raja2 walaupun dah jelas raja2 tu semua pelahab harta haram .

Ulama2 ittew bukan saja tak melarang raja2 dari melahab harta haram tapi mereka turut menyokong plak kewujudan raja2 itu bahkan menjilat plak raja2 itu dengan ikut sama menghadiri istiadat beraja yang di adakan   .... tengok kat M'sia pun cukup lah untuk faham berapa ramai "ulama" yang kaki jilat raja2  .

Kerajaan Saudi di pimpin oleh sapa ? Bukankah raja2 ? So cukup banyak ulama Arab yang kaki jilat raja2 saudi terutama ulama yang tak melarang tindakan raja saudi mentekedarah harta haram .   

Allah menempelak pemimpin2 agama atau alim ulama yang bersekongkol dengan pemimpin2 dan raja2 yang memakan harta haram !

5:63 Mengapa orang-orang alim mereka, pendeta-pendeta mereka tidak melarang mereka mengucapkan perkataan bohong dan memakan yang haram?. Sesungguhnya amat buruk apa yang telah mereka kerjakan itu.

Sa kata ulama maka kena telan segala fatwa dan kena terima setiap tindakan mereka secara buta tuli la ? Allah suruh guna akal , bukannya serah akal kat ulama moden plak .
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 10:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 22:23
Reply  blastoff

Umpama angkasawan mendarat di bulan...

Disarankn spy umat Islam memalingkn muka kpd ikblat asalnya,
dan tdk menghadap kiblat palsu yg biasa dipanggil TV.Dzulqarnain Post at 21-4-2012 09:17


Kes mendarat ke bulan tu berlaku ketika Amerika sedang berlumba dengan soviet untuk menakluk bulan menggunakan teknologi moden waktu tu la yang setaraf dengan washing machine automatik aje perkomputerannya ....

Kes runtuhnya WTC berlaku ketika Amerika sedang usaha untuk mencari alasan bagi menyerang iraq untuk menjatuhkan saddam hussein.....

Kes demo2 memperjuangkan demokrasi yang merebak secepat wildfire di middle east berlaku ketika Amerika sedang usaha untuk menjatuhkan kerajaan negara2 Arab .... selain WMD , demokrasi adalah alasan paling suka di guna kerajaan Amerika untuk menakluk sesatu negara , mana2 negara yang tidak mengamalkan demokrasi akan di anggap oleh kerajaan Amerika sebagai negara yang kejam .

Kes kemunculan video2 "pembunuhan" di syria kat youtube berlaku ketika kerajaan Amerika sedang usaha untuk menjatuhkan kerajaan syria pulak selepas mereka menarik nafas lega apabila jatuhnya gaddafi .....  

Kebetulan demi kebetulan ? Atau perencanaan licik kerajaan Amerika untuk mencapai hasratnya ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 10:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 24-4-2012 23:05

Adakah sesudah jatuhnya saddam hussein rakyat Iraq tidak lagi di zalimi dan di aniayai kerajaan yang memerintah Iraq sekarang ni ?

Adakah rakyat Afghanistan , Egypt dan Libya tidak di zalimi dan di aniayai sekarang ini dengan pemerintahan yang ada la ni tu  ?

Adakah demokrasi satu pemerintahan yang adil dan saksama yang boleh membuatkan rakyat tidak di zalimi dan tidak di aniayai ?

Hanya pemerintahan berdasarkan Quran Sunnah aje yang boleh memberi keadilan sejagat pada manusia ! Kalau jatuhnya sesatu kerajaan taghut lalu naik pulak kerajaan taghut lain maka tak dak bezalah kalau lagu tu kerana yang ni taghut dan yang nu pun taghut lah jugak .

Berjuang secara berdemo macam nak rak untuk apa ? Untuk naikkan sistem taghut yang bernama demokrasi atau untuk naikkan negara Islam berlandaskan Quran Sunnah ?

Untuk mewujudkan sebuah negara Islam berlandaskan Quran Sunnah bolehkah di lakukan melalui kekerasan persenjataan atau terpekik terlolong melalui demo ?
Atau perlu di lakukan melalui pendidikan dan dakwah dengan cara yang sistematik dan berhikmah ?

Soalan2 cepumas .

26:183 "Dan  janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela  di muka bumi dengan membuat kerusakan;"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 11:43 PM | Show all posts
Anjing Basyar Asad membakar Masjid Ahlussunnah di Syria



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 11:45 PM | Show all posts
MINTA HADIR BERAMAI-RAMAI INSYAALLAH


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 11:51 PM | Show all posts
byk sungguh patung2 Hafez al-Assad (dinasti diktator, anaknya Basyar al-Assad menyambung pembunuhan rakyat Syria keturunan ahli sunnah waljamaah). kini patung2 Assad di hina sehina-hinanya.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2012 11:56 PM | Show all posts
berhala diktator Assad di Syria dijaga rapi oleh anjing2 Assad, penyembelih muslim ahli sunnah waljamaah di Syria.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 12:50 AM | Show all posts
Reply 211# blastoff

Bg umum mmg dikatakn 'kebetulan'.
Tp, bg ahli falsafah dikatakan sbg 'red herring'.
Ekonomi dan politik dunia mmg cmtu.
Agenda nya satu, hanya utk berkuasa dan menguasai kekayaan dunia.

70's kn era kegemilangan 'broadcasting' dan permulaan tapak 'internet'.
Jika, 3.6 billion penduduk dunia ketika tu, 15% (500 juta) dh berjinak² dgn TV - tgk moon walk je.
Baru² ni plk (2011), dlm 7 bilion penduduk dunia ni, 30% (2 billion) lyn live - Royal wedding.
2x ganda (%) dlm 40 thn.

9/11 dasyat sket:
- Kempen perang Afghan utk Pakistan dgn Al-Qaedah yg mudah.
- Gerakan Islam byk di'convert'kn kpd terrorist.
- Uprising satu dunia, lahir Wiki dsb. utk bongkar Freemason, rahsia² negara,
politaik, anti-terror with terror gtu, membakar hati - dendam kesumat, etc.
- US & Russia berlaga, Bush-Putin utk Afghan/Pakistan...Iran.
- yg utama: nk divert Intifada, lumpuhkn Hamas dan Hezbollah.

Yg demokrasi tu betul gak.
Tp disebaliknya nk guna kuasa Hak Asasi Manusia (acuan Barat) - berjaya dh.

Video² amatur yg singkat dan 'satu view' mmg ssh nk jd bahan bukti - kebenaran.
X bole nk percaya, nak² yg selubung².
Yg patut kita percaya tu 'huru-hara' ciptaan bisikan syaitan manusia.
Yg menghasut tu cabut lari gelak², 2-kuasa yg termakan hasutan tu bertelagah.
Berjaya dh ek...

Tp yg ditindas ditengah² tu jd mangsa,
berdoa je agar Allah s.w.t. memelihara mereka.

Bg saya, Amerika yg bakal tenggelam.
- Hutang/sistem kewangan
- ugutan Russia-China utk Iran
- Americans Uprising...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 08:10 AM | Show all posts
apabila manusia mengagungkan manusia spt tuhan, maka tunggulah bala dari Allah.


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 08:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-4-2012 13:17
Adakah di setiap hotel dan apartment akan ada camera yang menghala ke arah katil ? Tentulah tidak kerana tiada siapa yang waras yang nak aksi atas katil di rakam tanpa pengetahuannya plakkan , lebih2 lagi untuk di guna buat peras ugut atau untuk sebaran umum bagi memalukannya so wujudnya camera tu memang jelas sangat adalah untuk tujuan pengintipan ....

Adakah Allah membenarkan maksiat di cegah atau kesalahan di hukum berdasarkan bukti secara pengintipan ditempat private yang tertutup rapat dari pengetahuan umum seperti dalam bilik atau dalam rumah ? Islam tidak menerima bukti yang di perolehi secara intipan rahsia begitu .
blastoff Post at 24-4-2012 13:03


Blastoff,

Cara kau berhujjah umumnya menunjukkan kau seorang yang educated kerana banyak guna logik. Aku lebih respect kat kau masa awal masa kau join forum Cari, masa tu kau banyak bagi hujjah yang baik di board Muslimin. Kemudiannya kau mungkin aktif di CI, sampai kau sendiri pernah PM aku. Kemudiannya lama kau menyepi di Board Muslimin, dan kembali... tetapi dengan wajah dan watak yang agak berlainan... logik kau ada masanya memang saya setuju... seperti dalam thread Babi Haram tu... tapi ada masanya kau guna akal untuk buat tafsiran Al-Quran dan hadith yang bertujuan untuk memenangkan hujjah kau... itu bahaya.... saya cukup tak setuju kau membelakangkan Ulama, sepertu dalam thread Garam di sub board

I don't have personal problem with you, tapi kalau kau berhujjah memburukkan Ulama tanpa asas yang kukuh... saya memang tak bersetuju... saya bukan paksa kau percaya pun apa yang kau rasa kau tak mahu percaya

Pasal camera dalam bilik, kalau nak guna logik tak semua hotel pasang camera, memang la pun. Kalau hotel tu nak pasang sebab tahu orang 'tertentu' datang, sapa boleh halang? Semua hotel ikut Syariah ke? Kalau ada orang nak perangkap dan pasang video, depa akan buat jugak tak kira lah tala video ke arah katil ka kot mana ka. Ya memang bukti video tu tak boleh dijadikan bukti mutlak kerana ia bukti intipan, dan intipan tidak dibenarkan atas dasar nak cari salah. Adakah kerana bukti video intipan tu tidak diterima, kau DAH CONFIRM tahu bahawa video tu PALSU? Bukti tu tak diterima kerana memalukan, tak bermakna bukti tu palsu. Kat indon yang sorang artis dipenjara angkara video, yang tertuduh tak boleh membuktikan video tu palsu, hanya penafian semata-mata.

Kau kan pandai analisa...

Kenapa yang dituduh tak berani angkat sumpah membersihkan diri dari tuduhan? Kenapa tak tunjukkan jam tangan yang kata ada dalam simpanan? Kenapa takut ambil ujian cakap bohong?

Tapi berani pulak memburukkan pemimpin lain... berani saman sampai 100 juta dalam kes lain... awat tak saman 100 juta pada yang menuduh tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 08:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 25-4-2012 13:24
Kau check balik la kata-kata kau sebelum nih . Kau yang kata depa tak berani pi masjid ......Kalau dah tak berani pi masjid patutnya sepanjang masa lah tak berani pi ......  so orang yang tak berani pi masjid tapi berani pulak pi masjid untuk sembahyang jumaat ? Kat mana logik nya tu ? Macam mana bila sembahyang jumaat boleh jadi berani pi plak sedangkan waktu biasa tak berani ?
blastoff Post at 24-4-2012 13:34


Mungkin kau tak faham konteks sebenar apa yang aku sampaikan, sebab kau hanya cuba guna logik kau untuk menangkan hujjah kau ...

Orang yang aku jumpa yang tak berani pi Masjid tu orang yang aku tak kenal. Dia mungkin pi masjid waktu lain, waktu solat Jumaat, waktu sorang-sorang, tapi waktu diajak dia TAK BERANI, dengan alasan banyak intipan ejen Gaddafi.. mungkin dia takut dilabel bersama gerakan Islam tertentu... ni bukan kes terpencil, dah jadi perbualan dalam kalangan pelajar Libya di luar negara (era pemerintahan Gaddafi)

Depa berani pi masjid untuk sembahyang jumaat tapi tak berani pi masjid untuk sembahyang 5 waktu ? Pasai pa plak ? Lagi pun sembahyang 5 waktu bukannya wajib pun untuk sembahyang kat masjid , tak pi pun tak pa . Kalau agen gaddafi nak pantau depa di setiap waktu solat yang lima tu , depa akan kena di pantau 24/7 la ! Macam ada full time bodyguard lah kalau gitu ?


Kau cuba guna logik sambil smiley ketawa, tapi SUNGGUH melucukan diri kau sendiri yang kau tak faham konteks.

Lagi tak logik bunyinya setiap rakyat libya ada spy yang pantau sepanjang masa untuk pastikan tak ke masjid untuk solat 5 waktu yang tak wajib untuk dibuat di masjid pun .... tapi solat jumaat plak sepai2 ittew bercuti dari memantau ka?   Memang tak logik tahap gaban .  Jenuh nak pulun pantau, jenuh nak pulun cari pemantau yang nak buat kerja remeh temeh gitu plak ..... berapa juta spy agen di perlukan untuk pantau berjuta rakyat libya di setiap waktu sembahyang yang lima ?


Bila ejen Gaddafi buat intipan, tentu ada orang Libya takut, kalau kena cekup, tak berbaloi, kecuali yang betul-betul berani ambil risiko.... Bukannya 24/7 ejen dok intip sorang-sorang macam yang kau sangka bila saya kata ada ejen Gaddafi pantau pelajar Libya, it is not necessary to do so, depa boleh buat secara rambang... guna logik sikit la bro...

Dah ada orang kena tangkap hasil intipan ejen. Mungkin kau tak pernah tahu, tapi kau kata tak logik. Apa boleh buat tahap logik kau tu takat tu saja.... (untuk kes ni). Untuk kes lain mungkin logik kau tu boleh diterima
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.046963 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list