BelovedTaeyeon posted on 15-3-2014 04:55 PM
Salaam.
Selalunya yang bukan Islam jer dok hadap sangat benda2 camni.
Enam maut, tiga kritikal, disyaki mengambil dadah di sebuah konsert15/03/2014 8:14pm
KUALA LUMPUR - Enam maut termasuk tiga gadis, disyaki akibat mengambil dadah berlebihan hingga mengalami sesak nafas ketika menghadiri sebuah konsert di Stadium Bukit Jalil malam tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, tiga lagi lelaki dalam keadaan kritikal. Enam orang yang meninggal dunia itu adalah warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) awal pagi tadi. Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd. Wazir, 27,. Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun, mereka kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0315&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_16.htm#ixzz2w3MmpaFU
Hakcipta terpelihara
|