Post time 13-2-2015 08:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ditulis oleh:
Mohd Wardi Hilmi Al-Ahmadi
Pengasas Indeepreneur
12 Febuari 2015
Perginya sang Murabbi Mengadap Sang Penguasa Alam
Hari ini negeri Serambi Mekah, Kelantan Darunna'im Menangis lagi. Keseluruhan rakyat jelata terluka jiwa raga mereka. Masakan tidak, kesan luka akibat musibah banjir Disember 2014 yang lalu belumpun sembuh. Kini, luka itu lebih mendalam lagi...buat kesekian kalinya.
Hari ini, seluruh jiwa anak Kelantan dilukai lagi. Bahkan, luka kali ini lebih lagi berbanding musibah bah besar penghujung 2014. Kali ini, telah perginya Sang Murabbi kesayangan rakyat jelata mengadap Maha Pencipta Penguasa Alam. Ya! Hari ini bumi Kelantan telah kehilangan sosok yang cukup disayangi, dikasihi dan dihormati oleh setiap anak Kelantan. Sosok yang dihormati oleh pelbagai bangsa, tua mahupun yang muda, miskin mahupun yang kaya dan kawan mahupun lawan.
Seorang Murabbi, seorang guru, seorang bapa kepada setiap anak Kelantan yang amat disanjungi atas usaha beliau untuk memartabatkan Islam di bumi Kelantan. Masanya telahpun sampai buat dirinya dalam menyahut panggilan Yang Maha Agung. Benarlah, mati itu PASTI! Tidak terlalu awal tidak terlalu lambat...semuanya TETAP pada saat dan ketikanya.
Kini, hilanglah satu keberkatan buat ummah, perginya orang yang selama hayatnya berjuang untuk menegakkan Islam di bumi Kelantan.
Buat Almarhum Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tenanglah dikau dalam mengadap Ilahi. Doaku agar dikau beroleh keamanan dan di dalam rahmahNYA. Semoga roh dirimu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para ambia', mursalim, solihin, syahidin.
Siti Nurhaliza - Lelaki (Tribute untuk Tok Guru Nik Aziz)
kami sayang Tok Guru....
AlFatihah Buat Tok Guru TGNA.. Lagu ‪#‎Lelaki‬ by Siti Nurhaliza Tarudin Official ni membuat ku berderai air mata cry emoticon Moga Tenang disana ‪#‎SalamTakziah‬ https://www.youtube.com/watch?