25 perlawanan telah berlangsung lagi di semua division kelmarin.
Prebiu Match 3 LCX Premier
Isnin jam 4 ptg -12/01/09
5 perlawanan berlangsung bagi pasukan LCX Premier petang kelmarin
Keputusannya:
Rocky FC 4 - CFC Koben 1
Kelmarin menyaksikan pasukan Rocky FC meneruskan rentak kemenangan kali ketiga apabila menundukkan pasukan CFC Koben di Sungai Penchala. Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi sepakan percuma Svenne Tengstr鰉 yang terus menerjah jaring pasukan Rocky FC pada minit 31 babak pertama. Selang tiga minit Brandon Chorlton merembat kencang dalam kotak penalti bagi mengikat kedudukan 1-1. Dua minit babak kedua bersambung, Alastair Breckin menjaringkan gol pertamanya musim ini bagi memberi pasukan tuan rumah mendahului 2-1. Di minit 56, Brandon Chorlton sekali lagi memperagakan sentuhan berbisanya di dalam kotak penalti dengan merembat deras hantaran Gabriel Lightfoot untuk pasukan tuan rumah selesa di depan dengan 3-1 sebelum Wilfred Linton menambah luka pasukan pelawat apabila menanduk masuk sekali lagi hantaran Gabriel Lightfoot di minit 90 sekaligus menyaksikan pasukan Rocky FC kekal menerajui LCX Premier selepas 3 perlawanan. Dua kad kuning dilayangkan buat pasukan Rocky FC dan satu kad kuning dilayangkan oleh pegawai perlawanan buat pasukan CFC Koben.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Alastair Breckin
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Alessandro Taffarel
Khamis ini pasukan Rocky FC bakal berdepan dengan Team Kuku Cekam di Sungai Penchala manakala pasukan CFC Koben pula akan menanti kunjungan pasukan Saja Saja F.C di Anson Bay.
Team Kuku Cekam 1 - TRUE BLUE FC 1
Pasukan tuan rumah diikat 1-1 oleh pasukan TRUE BLUE FC di Stadium Temoh kelmarin dan kedua-dua gol dijaringkan di babak pertama. Pasukan pelawat terlebih dahulu di depan menerusi sepakan percuma berbisa Brando Allegretti di minit ke 8 sebelum Carson Balboa menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah di minit 21 menerusi tandukan deras hasil sepakan sudut Mike Gutierrez. Tiada gol di babak kedua dapat disaksikan.
Satu kad kuning dilayangkan dalam perlawanan tersebut untuk setiap pasukan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Brendan Hendricks
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Brando Allegretti
Aksi khamis ini, Team Kuku Cekam bakal berkunjung ke Sungai Penchala bagi berdepan dengan pasukan Rocky FC manakala pasukaan TRUE BLUE FC bakalberkelana ke Shah Alamanda bagi berdepan dengan KBM-unite.
Saja Saja F.C 1 - KaCak FC 0
Sepakan penalti Arthur Rowlands memberi kemenangan tipis 1-0 buat pasukan Saja Saja F.C apabila mereka menundukkan pasukan 'unpredictable' KaCak FC di Stadium Saja Saja kelmarin. Kemenangan kedua buat pasukan tuan rumah setakat ini manakala bagi pasukan KaCak FC ianya kekalahan kedua setakat ini. Mereka agak tidak bernasib baik pulang tanpa sebarang mata walaupun mempunyai kelebihan peluang bagi menjaringkan gol.
Satu kad kuning dilayangkan untuk setiap pasukan.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Jacques Raoux
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Crist髒鉶 Lagartinho
Khamis nanti pasukan Saja Saja F.C bakal berdepan dengan pasukan CFC Koben di Anson Bay manakala pasukan KaCak FC bakal berkelana sekali lagi dan kali ini menentang pasukan yang meningkat naik Nasri Kawase FC di HanJiHye Stadion.
KBM-unite 0 - Saro FC 0
Satu lagi keputusan seri di LCX Premier kelmarin apabila juara Division 1 dan juara LCX Premier musim lalu terikat tanpa jaringan di Shah Alamanda. Pasukan tuan rumah mempunyai beberapa peluang bagi menjaringkan gol walaupun pasukan pelawat dilaporkan menguasai posisi di padang. Kedua-dua penjaga gol dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan untuk pasukan masing-masing.Dua kad kuning dilayangkan dan keduanya buat pemain pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Innocenzio Pellizzaro
Pemain Terbaik pasukan pelawat: Petr Cech
Perlawanan berikutnya khamis ini, pasukan KBM-unite akan menanti kunjungan TRUE BLUE FC di Shah Alamanda manakalapasukan Saro FC akan menanti kunjungan pasukan korr fc di Stamford Bridge.
korr fc 0 - Nasri Kawase FC 4
Sepeeti yang diramal, pasukan korr fc sekali tewas dan kali ini dengan 4 gol tanpa balas apabila melayani kunjungan pasukan Nasri Kawase FC di Giggsy Lane. Gol Samir Nasri (27 ), Th閛dore Celle ( 33 ) dan 蓆ienne Grasset ( 82 ) serta satu gol sendiri oleh Darrell Tenser menyaksikan pasukan pelawat mengutip tiga lagi mata penuh untuk tiga perlawanan berturut-turut manakala kekalahan ketiga buat pasukan tuan rumah. Hanya satu kad kuning dilayangkan dan ianya buat pasukan pelawat.
Pemain Terbaik pasukan tuan rumah: Alberto Cordob
Perlawanan yang berlangsung di YokohaMA Stadium berakhir dgn kedua-dua pasukan terikat dgn jaringan 1-1.Tuan rumah hampir menanggung malu di tempat sendiri apabila ketinggalan seawal minit ke 5 hasil breakaway gol Fabrice Herbet tetapi jaringan di minit2 akhir perlawanan oleh Stefano Moraga berjaya menyelamatkan Scooby Doo fc drp kemaluan besar di tempat sendiri.Malang menimpa pasukan kundur united kerana mereka hilang khidmat penjaring gol,Fabrice Herbet sekurang-kurangnya 5 perlawanan kerana kecederaan celah kelangkang dan dijangka pulih pada 30.1.2009.
Perlawanan seterusnya bagi Scooby Doo fc ialah menentang RedModani fc yg dahulunya dikenali sebagai Arsengal di kandang kandang sendiri YokoHama Stadium.Perlawanan antara 2 pasukan yg menghuni 2 tempat tercorot Dibisen 3 ini dijangka sengit kerana masing2 semestinya tidak mau terjerumus ke Dibisen 4.Ahli nujum meramalkan perlawanan ini berkesudahan seri 3-3.
Manakala Kundur United pula akan menanti kunjungan Tip Top FC di star dan diramalkan oleh pak dukun kemenangan mudah akan berpihak kepada tuan rumah dengan jaringan 3-0.
Tung Po fc 3 vs RedModani FC 2
Perlawanan antara 2 pasukan yg telah diterajui 2 manager baru berkesudahan dengan kemenangan kepada Tung Po fc 3-2 hasil jaringan kemenangan di masa kecederaan oleh Edwin McNall.RedModani FC masih meneruskan kesengalan Arsengal apabila masih tidak menyediakan barang seorangpun pemain simpanan.Diharap Enche atau Che Minorcoach dapat menyetting team agar lebey kompetitif lagik pada game akan datang
Khamis ini Tung Po fc akan bertandang ke Stadium De Asbestos bagi menentang AC Acstakonna.Ahli nujum meramalkan kemenangan kepada Tung Po fc 2-1
RedModani FC pula akan bertandang ke Yokohama Stadium menentang Scooby Doo fc dan keputusan seri 3-3 diramalkan oleh ahli nujum.
Tempoyak Hotspur 0 vs Bayangan Merah Jambu 1
Sesatunya perlawanan di Dibisen 3 yg menyaksikan pasukan tuan rumah layu di kandang sendiri.Bayangan Merah Jambu berjaya mendahului pada minit ke 15 hasil rembatan jarak jauh Herbert Stüber dan kehebatan pertahanan pasukan pelawat berjaya mengekang pasukan tuan rumah drp menjaringkan gol walaupun permainan dikuasai sepenuhnya oleh Tempoyak Hotspur.
Khamis ini Bayangan Merah Jambu sekali lagi akan bermain di kandang lawan menentang Gang Bang fc di mirage stadium dan tok moh kedaun meramalkan perlawanan antara pasukan top 3 ini berkesudahan kemenangan kepada pasukan tuan rumah 2-0.
Tempoyak Hotspur pula akan menentang padang jawa fc di padang jawa FC Arena dan mek dukun lintah meramalkan perlawanan akan berkesudahan seri tanpa jaringan.
Tip Top fc 0 vs Gang Bang fc 0
Sesatunya perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan.Perlawanan yang dicemari dgn 3 kad kuning dan 3 kecederaan ringan dikuasai possessionnya oleh pasukan pelawat tetapi bola banyak berlegar di bhgn tgh padang sahaja.
Perlawanan setrusnya bagi Tip Top fc ialah menentang Kundur United dan diramalkan Kundur United akan menang dengan jaringan 3 gol tidak berbalas.
Gang bang fc pula akan menunggu kunjungan Bayangan Merah Jambu dan kemenangan 2-0 diramalkan berpihak kepada tuan rumah
AC Acstakonna 1 vs padang jawa fc 1
Stadium De Asbestos,kandang AC Acstakonna menyaksikan pasukan tuan rumah hanya berjaya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang padang jawa fc.Tuan rumah berjaya membuka akaun gol pada minit ke 19 hasil rembatan jarak jauh pemain gantian Marzuki Asaad tetapi padang jawa fc berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan breakaway Marcel Steger pada minit ke 70.
Seterusnya nnt AC Acstakonna akan menanti kunjungan Tung Po fc dan kemenangan 2-1 diramalkan kepada pasukan pelawat.
padang jawa fc pula menanti penuh debar kunjungan Tempoyak Hotspur dan keputusan seri telo aye diramalkan untuk perlawanan ini.
Originally posted by Legolas7 at 14-1-2009 03:44 PM
saja2 tu manager brunei kn....minat pulak awek men gem fantasy football camnie...tp skang memang dah ramai dah fans bola pompuan...
kalo ramai pompuan lagi meriah.. terasa tercabar la ckit kejantanan aku tak sanggup dimalukan