|
ALL ABOUT EBI KORNELIS - Dulu & Kini : Volume 5
[Copy link]
|
|
ok gunite uols |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2155 tweetytweety's post
tenkiyu
ari ni kat utusan ada artikel Maestro nak ubah syarat pengurusan
Maestro ubah syarat pengurusan
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
SEPERTI yang semua sedia maklum, setiap musim penerbitan program realiti Akademi Fantasia (AF) terbitan Astro melahirkan seramai 12 bintang.
Dan untuk tempoh enam musim penerbitan, seramai 72 bintang dilahirkan selama enam tahun dan segala urusan pengurusan bakat dan kerjaya seni kesemua bintang berkenaan diletakkan di bawah syarikat produksi Maestro Talent & Management (Maestro) yang juga syarikat bersekutu Astro.
Namun, untuk menguruskan sejumlah bintang berkenaan di bawah satu bumbung bukan satu perkara mudah.
Apatah lagi dalam konteks iklim industri hiburan masa kini yang menyaksikan penurunan ketara jualan album selain pulangan industri muzik yang menjunam, Maestro ada cara pengurusan tersendiri.
Untuk memastikan kesemua bintang mendapat pembelaan, Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez merancang dengan sebaik mungkin kerjaya seni artis-artis berkenaan.
Berdasarkan amalan Maestro, kesemua bintang AF yang baru selesai menamatkan pengajian di akademi seni popular itu, mereka terikat dengan kontrak selama enam bulan.
“Sebaik berakhir tempoh berkenaan, Maestro akan mengkaji semula kedudukan mereka. Perbincangan akan dilakukan dengan memberi pilihan kepada bintang-bintang tertentu sama ada mahu terus bersama Maestro atau memilih untuk menguruskan sendiri kerjaya seni mereka,” jelas Fernandez.
Pilihan berkenaan katanya, diberikan kepada mereka untuk memastikan tidak timbul isu Maestro pilih kasih atau tidak mampu merealisasikan hasrat bintang-bintang berkenaan untuk mencapai cita-cita menempa kemasyhuran dalam waktu yang singkat.
“Kami sentiasa memahami kedudukan dan nasib bintang AF. Bayangkan, setiap tahun 12 bintang baru dilahirkan menerusi program itu.
“Dan kami di Maestro harus bersikap adil dengan memberikan layanan dan perhatian yang sama rata.
“Jadi, kalau ada bintang AF yang berpendapat, mereka mahu menguruskan sendiri kerjaya mereka atau ada syarikat produksi lain yang bersedia untuk menjalin kerjasama dengan Maestro untuk menguruskan bintang-bintang berkenaan, kami sedia untuk melepaskan mereka,” ujar Fernandez lagi.
Sebetulnya, pendekatan berkenaan menurut Fernandez memberi banyak manfaat berdasarkan beberapa contoh bintang AF yang diuruskan kerjaya seni mereka menerusi pihak ketiga seperti Adam dan Dafi menerusi pengurusan KRU Records serta terbaru Nubhan yang memilih untuk diuruskan kerjaya seninya dengan Artiste United Records (AUR) milik penghibur Ning Baizura.
Bagaimanapun, Fernandez turut memaklumkan, kesemua juara AF masih terikat kontrak mereka dengan Maestro sehingga tempoh tertentu.
Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan, Maestro akan mengkaji semula syarat baru caj pengurusan artis yang dikenakan syarikat itu selama ini.
Menurutnya, berdasarkan pasaran muzik semasa yang begitu suram, Maestro akan meningkatkan caj pengurusan selama 50 peratus hasil daripada bayaran persembahan yang diterima oleh artis-artis di bawah pengurusan syarikat produksi itu.
“Kami tiada pilihan selain daripada meningkatkan caj pengurusan. Ia perlu dikongsi sama rata antara artis dengan syarikat.
“Keputusan ini terpaksa dibuat memandangkan segala kos yang melibatkan kerjaya artis semakin meningkat dan Maestro tidak mampu untuk menanggungnya lagi,” terang nya mengenai keputusan berat yang terpaksa dibuatnya itu.
Sebelum ini Maestro mengenakan caj pengurusan sebanyak 30 peratus daripada jumlah bayaran persembahan yang diterima oleh artis dan selebihnya sebanyak 70 peratus diberikan kepada artis.
Manakala, caj bayaran kepada Maestro hasil daripada kontrak iklan kepada seseorang bintang AF yang diuruskan oleh syarikat itu akan terus dikekalkan sebanyak 50 peratus.
(((50% ????? Punyalah tinggi.....artiskan ada masa2 kena beli sendiri baju utk show. Tu lom masuk kasutnya, setokeng, mekap.....bukan every show diorang ada sponsor semua tu. Elok gak ebi dah ada syarikat sendiri real-x entertainment tu, at least boleh gak dapat show utk company sendiri....kalau ada kerjasama dgn maestro, kenalah share2 jugak kot)))
[ Last edited by lailamajnun04 at 1-8-2008 09:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2156 lailamajnun04's post
haprak sangat
dah sedia maklum industri muzik nie lembap lagi mau charge 50% kat bdk2 yg most of them takde album
berape sangat la theyols tu dpt. |
|
|
|
|
|
|
|
uols....eh!online voting tu apasal harini ade lagi |
|
|
|
|
|
|
|
yea thanks!!!! dapatkan majalah HAI HOI HOI!!:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2160 crayzee's post
tak penah nampak gamba nie seumur idop sblm nie.thnx nyah
teruskan menggali walaupon gamba dah setahun hayatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2161 alesandra's post
ai pun tak pernah tengok,sebab tu letak sini,ayat ebi memang tak bleh blah |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan hiburan tanahair bidas Freddie Fernandez!
31-07-2008 11:46:20 AM
oleh WAHIDA ASRANI "SAYA tidakpernah melayan apa-apa yang dikatakan oleh Freddie selama ini. Bagisaya, dia tidak penting. Apa yang penting kami Majlis Muzik Malaysia(MMM) sentiasa buat kerja sendiri," - itulah luahan Pengerusi MMM DatukA.Rahman Hassan yang mengadakan sidang media tergempar semalam bagimenjelaskan perkara sebenar yang berlaku pada persatuan-persatuanhiburan tanahair sekaligus menyangkal dakwaan yang dibuat oleh PresidenKaryawan Malaysia, Freddie Fernandez, baru-baru ini.
Freddiemenerusi sebuah akhbar harian bahasa Melayu baru-baru ini mendakwa MMMgagal memainkan peranan mereka dan turut mempertikaikan sasaran MMMuntuk meningkatkan industri muzik tanahair kepada RM300 juta setahundalam masa tiga tahun yang dilabelkannya tidak masuk akal memandangkanindustri sudah 'jatuh' sejak kira-kira 10 tahun lalu.
Malah,kenyataan Freddie yang turut menganggap Presiden Persatuan AkademiIndustri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar gagal menjalankanperanannya dengan baik serta mempersoalkan beberapa perkara lainberkenaan MMM dan ahli-ahli Majlis juga telahmencetuskan 'ketidakpuasan' hati persatuan-persatuan lain di bawahgabungan tersebut.
Lantaran itu, bagi membuktikan dakwaandikeluarkan Freddie itu sama sekali tidak benar, Majlis PerundinganIndustri Hiburan Dan Kesenian Tanahair (MAHKOTA) yang dianggotai olehMMM dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) petangsemalam mengadakan sidang media khas bagi 'memperbetulkan' tanggapan terhadap peranan persatuan-persatuan hiburan ini ekoran kenyataan yangdibuat oleh Freddie.
Ternyata kenyataan yang dibuat oleh PresidenKaryawan itu dilihat sebagai perkara yang 'serius' untuk menjatuhkannama persatuan-persatuan tersebut.
DatukA. Rahman Hassan (dua dari kanan) menjelaskan perkara sebenar padasidang media tergempar semalam. Turut kelihatan ialah (darikiri) Khairuddin Othman, Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan SyedMohamed Hassan
(Foto Utusan) Malah, Rahman sendiri yangmerupakan Pengerusi MAHKOTA akui bahawa Freddie turut melakukanserangan peribadi terhadap beberapa individu, termasuk dirinya sendiri.
"Sayabersetuju untuk adakan sidang media ini kerana saya ingin membuktikanbahawa kami (gabungan persatuan hiburan) sememangnya sentiasa bersatudan berganding bahu untuk kebaikan industri.
"Saya tidak mahukelantangan suaranya (Freddie) akan membuatkan semua orang tidakpercaya pada persatuan-persatuan ini. Mengapa dia perlu mempamerkanseolah-olah industri ini sangat teruk dan menggambarkan seolah-olahpersatuan langsung tidak buat apa-apa?
"Kami mempunyai kira-kira20 persatuan bersama kami. Saya bersyukur kerana hari ini dengankehadiran ahli-ahli persatuan semua memberi sokongan telah menimbulkankesedaran kepada saya betapa pentingnya fungsi berpersatuan ini.
"Biarlahapa dia (Freddie) ingin cakap lagi kerana saya anggap dia hanya sepertilangau. Dia menggunakan Karyawan sebagai platform untuk bersuara.Entah-entah ada ahli persatuan itu juga mungkin tidak bersetuju dengantindakan dia.
"Kami akan terus dengan agenda kami untuktingkatkan taraf industri hiburan tanahair seperti mengadakan KongresKebangsaan Industri Hiburan dan Kesenian Malaysia di Johor pada 15hingga 17 Ogos ini.
"Ini satu usaha kami, sama seperti sasaranRM300 juta setahun yang diletakkan itu. Kami akan usahakan hinggatercapai. Kalau tidak banyak, sedikit pun tidak mengapa," jelasRahman pada sidang media yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), semalam.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialahSenator Tan Sri Dr. Jins Shamsudin, serta penggiat-penggiat seni dankaryawan tempatan seperti Datuk Yusof Haslam, Datuk Aziz Sattar danMahadi J.Murad.
Rahman kesal dengan dakwaan Freddie yang mempertikaikan peranan MMM dan ahli-ahli Majlis terlibat Perkaraitu turut dipersetujui oleh Naib Presiden MAHKOTA, Mohd Noor Kadir yangturut melahirkan perasaan tidak puas hati dengan kenyataan yangdikeluarkan oleh Freddie yang disifatkannya sekadar untuk mencaripublisiti murahan.
"Kalau kita perbesarkan isu yangdiperkatakannya itu, seolah-olah menunjukkan bahawa dia adalah orangyang penting di dalam industri ini.
"Sebab itu hari ini kitabuktikan bahawa semua persatuan di bawah payung MAHKOTA ini sentiasateguh bersama untuk meningkatkan lagi industri seni kita," tuturnya.
Manakalabagi Setiausaha Agung MAHKOTA, Khairuddin Othman, dia berkata padaawalnya persatuan itu tidak mahu mempedulikan tohmahan yang dilemparkanoleh Freddie itu, namun kerana merasakan perkara tersebut semakinbesar, mereka mengambil keputusan untuk mengadakan juga sidang akhbarbagi menjelaskan perkara sebenar.
"Bila terbacakenyataan-kenyataan dia, saya rasakan ia adalah tidak adil untukMAHKOTA. Majlis ini lahir daripada kepercayaan bahawa tiada persatuanyang mampu bergerak sendiri untuk tingkatkan industri jika tidakbergabung usaha.
"Industri ini bukan sekadar menerusi filem danmuzik sahaja. Ia sebenarnya besar. Kami sendiri sudah ketengahkanbanyak isu setakat ini seperti royalti, hakcipta dan caruman KWSP.
"Kamijuga turut berikan perhatian pada penubuhan dana dan bantuan industri.Jadi, tindakan dia mengatakan kami tidak berbuat apa-apa itu adalahtidak tepat," kata Khairuddin.
Ditanya jika mereke mempunyaiperancangan untuk menyelesaikan 'pertelingkahan' itu secara bersemuka,kata Syed Mohamed Hassan yang merupakan Timbalan Presiden GAFIM,perkara itu dilihat tidak perlu dilakukan.
"Kami tidak perlu jumpa dia dan dia juga tidak perlu berjumpa kami. Apa yang penting, buatlah kerja masing-masing," tuturnya.
Dalampada itu, Datuk Yusof Haslam turut berkata, masalah ini tidakseharusnya timbul apatah lagi industri seni hiburan tanahair adalahkecil.
"Kenapa perlu kita kucar-kacirkan industri ini? Industrikita kecil dan saya percaya setiap persatuan mempunyai fungsitersendiri. Sepatutnya kita perlu duduk berbincang bersama untuk segalahal.
"Memang selepas saya membaca kenyataan-kenyataan yang dibuatoleh Freddie, saya rasa itu adalah satu penghinaan, walaupun Freddieadalah sahabat saya.
"Apapun, saya berharap selepas ini kita dapat jelaskan segala-galanya dan pulihkan industri ini," kata Yusof.
[ Last edited by crayzee at 1-8-2008 12:35 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2166 crayzee's post
Majlis Muzik Malaysia ni hamenda?
persatuan baru ker |
|
|
|
|
|
|
|
politik dunia hiburan....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|