CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SaVilara

JOZAN MaNSioN v.7!! ~TAHNIAH JOZAN ke FINAL!! [vid eksklusif ucapan JOHAN @pg80]

 Close [Copy link]
Post time 20-6-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply  fredbok87


    hehehe. kan... takut gile la skrg... dorang kata team pink tu bertungkus  ...
rose_weedy Post at 20-6-2011 11:34


mereka undi sendiri ker....haha{:3_84:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply  Tashu

kalaulah tashu tgk muke the real mail lambung,...~ hehehehe...
rose_weedy Post at 20-6-2011 11:40



xpe sb mail lambung tu encem
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:46 AM | Show all posts
Ok, Kak rosey nak lunch n then gerak gi keje... kepada uols semua... Selamat berlunch... nanti kat t ...
rose_weedy Post at 20-6-2011 11:45



   ok kak...slamat bekerja....best dpt borak2 ngan akak
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:47 AM | Show all posts
owh kat umah uols ade kuceng yer....bape ekoq uols bela?
Tashu Post at 20-6-2011 11:45



   sekor mak kucing ngan 2 ekor anak die...tp mak kucing da hilang..xtau g mana tggl la anak die 2 ekor tu...main ber2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:49 AM | Show all posts
uols bizi apa..buat mesyuarat tingkap?
adikmanis Post at 20-6-2011 11:42



bizi ngajor ahkak2 n abe2 kat sinik yg xcekap gune pc....iols gak yg jadik tpt deols merujuk kalo ade pepe poblem regarding pc or net
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:50 AM | Show all posts
Ok, Kak rosey nak lunch n then gerak gi keje... kepada uols semua... Selamat berlunch... nanti kat t ...
rose_weedy Post at 20-6-2011 11:45



ok sis...nanti bile2 pree dtg lah lagie...suker borak ngan sis rosey
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2011 11:51 AM | Show all posts
owh....bizinya uols hari neh, jgn sampai x bekpas pulak ye
Tashu Post at 20-6-2011 11:32



    iols pecah laju roti krim dgn air yogurt aje taw. Sedih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:52 AM | Show all posts
bizi ngajor ahkak2 n abe2 kat sinik yg xcekap gune pc....iols gak yg jadik tpt deols merujuk k ...
Tashu Post at 20-6-2011 11:49



   uols ajar tang apa tuh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 11:53 AM | Show all posts
sekor mak kucing ngan 2 ekor anak die...tp mak kucing da hilang..xtau g mana  tggl la an ...
adikmanis Post at 20-6-2011 11:47


mak kuceng tu larik sb takut kat uols kowt
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:54 AM | Show all posts
alaaa sikit je tu...iols makan kerap tapi ckit2
eh jangan kacau sheols....die ade ramai pe ...
Tashu Post at 20-6-2011 11:34



    makacih tashu kerana memahami. AM tu mmg sengaja nak dera iols (motip ketua maid kena dera)


AM!!!!!!{:2_72:} {:2_72:} pi masak cpt!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:56 AM | Show all posts
uols ajar tang apa tuh?
adikmanis Post at 20-6-2011 11:52



mcm2....ms excel, cara install antivirus, cara set-up e-mail, n fix ape2 system error yg timbul n manyak lagie....uih  penat iols
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:57 AM | Show all posts
iols pecah laju roti krim dgn air yogurt aje taw. Sedih kan?
noddynadia Post at 20-6-2011 11:51



awww xpe, pasni leh lunch...si am tgh masak tue....uols mkn manyak2 tawu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:57 AM | Show all posts
mak kuceng tu larik sb takut kat uols kowt
Tashu Post at 20-6-2011 11:53



   die larik g cari iols kat sini kot risau tgk anak2 die...nseb bek 2 ekor...ada gak kawan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 11:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 20-6-2011 12:02

Allooo mansion...
Nak tepek artikel from Metro ari neh..

Debaran saingan sengit Maharaja Lawak


Oleh Mohamad Fahd Rahmat
[email protected]



KATA-KATA seorang teman mengatakan peserta Maharaja Lawak, kumpulan Sepah persis trio Bujang Lapok era Seniman Agung Tan Sri P Ramlee memang ada benarnya.

Melihat keserasian antara Mohd Noor Murad (Mamat), 26, Shahmira Muhammad (Shuib), 27, dan Mohd Nazri Zainal Abidin atau Jeff, 26, ketika beraksi di gelanggang Maharaja Lawak peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jumaat lalu, cukup menghiburkan.

Jeff yang dilihat dominan antara mereka bertiga, tidak ubah seperti Ramlee menerusi cakap lepasnya dan Sudin mungkin lebih sesuai bagi Mamat yang kurus kering manakala Shuib yang lebih rendah antara mereka sesuai dengan Ajis.
Hendak menyamakan mereka setaraf dengan kedudukan Ramlee, Ajis dan Sudin mungkin belum sesuai buat masa sekarang, tetapi tidak mustahil ia mampu dicapai jika mereka bertiga ini terus mantap bersama. Yang penting, jangan mendabik dada, lupa diri atau tenggelam dalam populariti.

Menerusi persembahan mereka yang konsisten dalam gelanggang Maharaja Lawak setiap minggu, trio yang semakin dikenali dengan identiti lawak Melayu asli menurut juri tetap, Saiful Apek, tidak mustahil mereka mampu mencipta kemenangan pada peringkat akhir rancangan itu yang dijadualkan berlangsung minggu depan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.


Pada saingan separuh akhir itu, sejurus hos rancangan, AC Mizal memperkenalkan mereka, sorakan bergempita daripada 6,000 penonton menggegarkan stadium.

Memulakan persembahan dengan sketsa khatan atau sunat, lontaran dialog dan aksi trio itu menggeletek hati penonton kerana pada satu ketika, gelagat nenek yang dilakonkan Mamat hendak mengejut cucu, Boboy (Shuib) disalahertikan suami (Jeff) semata-mata Boboy baru lepas bersunat dan daging masih baru.

Masuk kepada babak bersama pelawak jemputan iaitu Yasin, boleh dikatakan sketsa yang mengajuk Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya dalam rancangan Semanis Kurma adalah lawak paling menjadi pada malam itu.

Nampak comel apabila Jeff memakai tudung dan jubah senteng manakala Shuib berperanan sebagai suami yang mengenakan pakaian batik sewaktu menghoskan rancangan Manisnya Kurma.

Jika Ustazah Siti Nor Bahyah menyaksikan rancangannya itu, mungkin beliau dan pasangannya, turut terbahak-bahak melihat gelagat Jeff serta Shuib yang meniru lontaran dialog, bahasa badan selain tokok tambah lawak mereka yang kerap diserang semput sewaktu mengendalikan rancangan. Tidak dapat dinafikan, persembahan Sepah betul-betul menjadi pada malam itu.

Walaupun Sepah boleh dikatakan mengungguli lawak malam itu, saingan hebat daripada pasangan Johan dan Zizan atau Jozan, perlu diberi perhatian serius kerana mereka turut tidak pernah kering idea.

Memulakan lawak dengan sketsa sebagai penyampai radio oleh Zizan dan along yang menuntut hutang oleh Johan, penonton di stadium tidak kering gusi menonton lawak Johan beraksi sebagai ‘apek’ bertutur dalam bahasa Melayu.

Johan kemudian memaklumkan mahu mengarah satu filem bertemakan cinta, lantas Zizan menawarkan diri untuk berlakon sebagai pelakon utama. Pelawaan Zizan ditolak Johan yang mengatakan filemnya tidak memerlukan pelakon memandangkan ia bertajuk Cintailah Sungai Kita, lawak berkenaan memanaskan lagi suasana kalangan penonton di stadium.

Kehadiran Linda Onn selaku selebriti jemputan dalam sketsa Jozan juga menjadi, mereka kononnya beraksi untuk rancangan kuiz bertajuk ‘Ong-Ong Bak’, meniru gaya rancangan kanak-kanak Tom-tom Bak, sketsa berkenaan berjaya mencuri perhatian hadirin.

Tambahan pula pasangan Jozan melakonkan watak kanak-kanak, keletah mereka membuatkan stadium gamat apabila soalan dilontarkan Linda iaitu bagaimana bunyi itik pantas dijawab Zizan dengan salakan anjing dan apabila dikatakan salah, Zizan gedik mengatakan dia tidak tahu bunyi haiwan lain sebab di rumahnya hanya ada anjing.


Bagi Nabil, dia berjaya keluar daripada kekontangan idea apabila bangkit menghiburkan penonton dengan lawak sebagai penjual video cakera (DVD) haram dibantu patung Spiderman. Kehadiran Spiderman dilihat sekurang-kurangnya membolehkan Nabil berinteraksi dengan ‘orang’ lain di pentas.

Nabil yang disifatkan sebagai pelik oleh juri tetap, Mamat Khalid sebelum ini sekali lagi membuktikan daya kreatifnya apabila berjaya memutar meja kedainya kepada gerai menjual otak-otak sewaktu penguat kuasa membuat serbuan yang dilakonkan AC Mizal pada hujung persembahan.

Ternyata, penonton di seluruh negara yang menjadi peminat setia ternanti-nanti pentas akhir Maharaja Lawak yang bakal berlangsung nanti, tetapi cabaran itu akan digalas tanpa kehadiran R2 yang tersingkir pada malam berkenaan selepas mendapat undian terendah iaitu 35 peratus.

Ini satu kejutan selepas dua jelajah sebelum ini di Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang, tiada sebarang penyingkiran dilakukan. Kejutan dibuat Astro apabila juri tetap, Ahmad Idham dan juri lain menggunakan imuniti untuk menyelamatkan kumpulan Jambu walaupun pada malam separuh akhir itu persembahan mereka seperti tidak menjadi.

Mungkin demi ingin mewujudkan semangat persaingan, Jozan yang memperoleh undi 61 peratus pada malam itu, layak ke peringkat akhir bersama Sepah yang mendapat undi 56%, Nabil (55%) dan Jambu (49%).




Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:59 AM | Show all posts
makacih tashu kerana memahami. AM tu mmg sengaja nak dera iols (motip ketua maid kena dera ...
noddynadia Post at 20-6-2011 11:54



   yela2 iols masak,iols makan sorang...korang tgk je nnti















Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 11:59 AM | Show all posts
mcm2....ms excel, cara install antivirus, cara set-up e-mail, n fix ape2 system error yg timbu ...
Tashu Post at 20-6-2011 11:56



   erk...tmpat keje uols tu baru nk gune pc ke?antivirus,emel sume blom setup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2011 12:00 PM | Show all posts
awww xpe, pasni leh lunch...si am tgh masak tue....uols mkn manyak2 tawu
Tashu Post at 20-6-2011 11:57



   uols nk iols masak apa ari nih??iols tgh lepak2 goyang kaki depan tibi lagi ni {:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:02 PM | Show all posts
erk...tmpat keje uols tu baru nk gune pc ke?antivirus,emel sume blom setup
adikmanis Post at 20-6-2011 11:59



xlah....yg ade prob jek refer kat iols. sb mostly kat sini ahkak2 n abang2 xbape expert bab2 pc neh...kite yg muda nilah yg cube tulun pepe yg patot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2011 12:02 PM | Show all posts
awww xpe, pasni leh lunch...si am tgh masak tue....uols mkn manyak2 tawu
Tashu Post at 20-6-2011 11:57



    menu apa tengah hari ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2011 12:03 PM | Show all posts
Artikel dari Berita Harian
Dengarnya...: Peminat tegur seluar koyak Zizan
Oleh Normah Becok

2011/06/20




BELUM sempat Cik Normah turun bersama-sama rakan ‘menyerang’ kafe dek perut yang sudah berkeroncong minta di isi dengan ubi rebus sambal tumis, telefon pula menjerit-jerit pula meminta Cik Normah menjawab panggilan yang datangnya nun jauh dari Kuantan.

Nyaring sungguh suara seorang pemanggil wanita yang menerjah ke telinga kecil molek Cik Normah yang sememangnya ayu ini.
Alahai, bukannya apa, pada saat-saat juri dan peminat memuji bakat dan jenaka peserta Maharaja Lawak, Johan dan Zizan, ada teguran yang perlu Cik Normah layangkan sedikit sebanyak di sini.
Wanita yang minat sangat dengan Jozan ini minta Cik Normah sampaikan ketidakpuasan hatinya dan rakan-rakan yang cukup fanatik dengan kumpulan berbakat ini, berkaitan pakaian Zizan ketika persembahan pertamanya pada episod ke-11 Maharaja Lawak. Kononnya pakaian dikenakan jejaka itu agak mencolok mata dan tidak nampak nilai ketimuran langsung, walaupun pemanggil ini faham benar mungkin Zizan terpaksa mengikut konsep dan watak "Zamri Rock" yang perlu dipersembahkan pada malam itu.

Kiranya, pemanggil ini dan rakan-rakan seangkatannya cukup tidak berkenaan dengan pakaian ala rocker si Zizan yang dikatakan keterlaluan sehingga terbeliak mata yang memandang.

Ooops, bukan Cik Normah cakap ya, tapi pemanggil yang resah gelisah suaranya ini yang suruh sampaikan. Mungkin tegurannya itu bukan untuk perhatian Zizan saja, tetapi termasuk pihak Astro sekali.

"Persembahan mereka berdua malam itu buat saya ketawa besar, tetapi saya tidak sanggup nak lihat seluar Zizan malam tu yang terlebih rock.
"Mana tidaknya, koyaknya sampai ke pangkal peha. Besar pula koyaknya. Saya yang berada di studio ketika itu risau jika ternampak pula "sesuatu" yang tidak sepatutnya," kata pemanggil ini yang beriya-iya benar mahu perkara sebegini tidak berulang lagi selepas ini.

Cik Normah yang minat sangat dengan program Maharaja Lawak ini pun tidak pernah terlepas menyaksikan setiap episod program pencarian bakat jenaka terbaik itu, tetapi tidak perasan pula di mata cantik menggoda Cik Normah ini seluar Zizan yang dikatakan seksi ketika beraksi dalam gelanggang. Apapun harap Zizan dapat melihat teguran ini sebagai sesuatu yang positif.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.070854 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list