CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crayzee

♥NURDIANA NAIM ♥ tabah,cekal,diiktiraf♥

 Close [Copy link]
Post time 7-9-2006 01:39 PM | Show all posts
thread ni aku merge dgn thread Ina yek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by houdini at 7-9-2006 10:43 AM


Tapi aku rasa ok gak RTM amik Ina jadi pengacara...
Sebab sekarang ni sorang pun pengacara RTM aku tak kenal

:lol




:setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 03:11 PM | Show all posts

Reply #2119 ColbyRaikkonen's post



Kalau buat camtu, mesti ramai yang akan tengok berita lepas tu
Barulah membantu menjana pemikiran rakyat Malaysia
Takdela sogok dgn hiburan semata2

Di samping itu dapat juga menaikkan rating orang tengok berita

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 03:28 PM | Show all posts
wah ina da jadi selebriti...jop buat sub-board tuk ina..kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 03:34 PM | Show all posts

Reply #2125 jac_diehard_fan's post

kuikuikuii

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 03:45 PM | Show all posts


Aik kat sini pun kena jampi ke ?

Fuhhhhh fuhhhhh

:lol

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2006 03:46 PM | Show all posts


kena guna kata-kata azimat ke ?

Yer bang....yer bang...

:lol

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 03:46 PM | Show all posts
aku dah merged ke belum ah?
tapi server biol lah

:stp:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2006 03:50 PM | Show all posts

Reply #2156 MsAnonymous's post



Entah... aku tengok macam dah jer :stp:

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 03:53 PM | Show all posts
dah..
tapi apsal time aku merge tu tak sama?

aku merge kol 3 lebey..
awat dia tulis kol 1?
:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 04:01 PM | Show all posts

Reply #2158 MsAnonymous's post



Sebab mungkin yang kau baru merge tadi thread lama,
So dia pergi lagi depan dari thread yang hari ni

Dia amik waktu ikut thread yang dimerge yang paling belakang sekali kot

Paham tak aku explain ni ?

:lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2006 04:04 PM | Show all posts

Reply #2159 houdini's post

paham kot

cuma aku tak paham apsal nak kena jadi gitu.

ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 08:22 AM | Show all posts
PETIKAN BERITA HARIAN
13 SEPTEMBER 2006

Jawab, jangan tak jawab: Hijjaz nafi eksploitasi populariti Nor Diana
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Kerjasama Hijjaz Records, Ina berkaitan album manakala penggunaan karier dilakukan Etnik Harmoni

NADA keras yang menyinggah termasuk menuduh Hijjaz cuba mengambil kesempatan atas populariti Ina. Malah kumpulan yang terkenal dengan irama nasyid ini dikatakan turut terikut dengan tuntutan komersial hingga melupakan perjuangan awal mereka.

Mereka juga nekad membawa gadis yang masih mentah dengan sepak tendang industri seni untuk turut sama mengharungi cabaran. Namun, bersediakah mereka untuk berdepan dengan penerimaan khalayak, apa lagi ketika ini banyak pihak yang memandang sebelah mata terhadap keupayaan sebenar Ina.

Cerita Ina belum ada kesudahan, bahkan akan terus berlanjutan selagi masyarakat tidak henti memperkatakan mengenai dirinya. Hip mendapatkan ketua kumpulan Hijjaz, Munif Ahmad untuk berkongsi keberanian mereka dalam membimbing gadis pingitan itu menggapai cita-citanya.

Hip: Apa kelebihan yang ada dalam diri Ina hingga membuka hati pihak pengurusan Hijjaz Records untuk melamarnya bernaung?

Munif: Pada mulanya kami merancang untuk mengambil Ina sebagai penyampai atau membaca sajak dalam album kompilasi raya artis Hijjaz Records. Tidak terlintas untuk membawa Ina ke dunia nyanyian memandangkan dia sendiri tidak pernah serius menyanyi. Apabila dipanggil berbincang, tidak sangka pula Ina jadi rebutan pelbagai syarikat rakaman lain. Jadi, kami bertanya apakah dia berminat untuk menjadi penyanyi. Memang dia sendiri tidak terfikir untuk melangkah sejauh ini. Tapi tawaran serius Hijjaz membuka hati Ina untuk menerima tawaran kami. Kesungguhan untuk Ina mencuba ada, cuma bakatnya masih perlu digilap kerana dia terlalu baru dalam bidang ini.

Hip: Tetapi banyak pihak meragui kemampuan sebenar Ina?

Munif: Secara jujur, saya akui tahap kemampuan nyanyian Ina di peringkat sederhana. Nyanyiannya biasa saja. Banyak lagi yang perlu digilap. Tetapi, kami tidak menghadapi apa-apa masalah kerana ini perkara biasa terutama kepada mereka yang tidak ada asas nyanyian. Apa yang membuat kami bangga adalah kesungguhan yang ada dalam dirinya. Itu penting. Kami yakin Ina mampu untuk mengharungi dan menggalas tanggungjawab ini. Lagipun, kami tidak mengambil Ina hanya melihat dari sudut komersial semata-mata, sebaliknya penyertaannya membawa bersama tanggungjawab besar kepada Hijjaz.

Hip: Bagaimana jika ada yang menilai niat suci Hijjaz ini lebih kepada sudut komersial? Bukan untuk membimbing?

Munif: Memang ada pro dan kontra apabila membawa Ina melangkah ke bidang seni. Kami sendiri berfikir panjang. Banyak bertanya pihak tertentu seperti ustaz dan pensyarah apakah niat baik kami berjalan di landasan yang betul. Tanggungjawab ini besar kerana jika bukan Hijjaz, Ina tetap akan melangkah ke bidang seni kerana banyak pihak yang berminat untuk mengambilnya sebagai artis rakaman. Atas dasar tanggungjawab untuk membimbing, kami berani dan yakin membawa Ina ke dunia seni. Harap usaha ini diberi sokongan.

Hip: Tetapi Ina dilihat sebagai personaliti yang mengundang apa saja kontroversi dalam tindak tanduknya ketika ini. Bagaimana Hijjaz hendak menukar persepsi itu?

Munif: Memang ada pihak yang tidak bersetuju dengan langkah ini. Tetapi, sebagai pihak bertanggungjawab kami perlu memberi penjelasan. Menerangkan kepada mereka yang tidak faham apa alasan sebenar Hijjaz membawa Ina ke dunia seni. Percayalah kami bukan saja-saja ambil Ina bernaung di bawah syarikat ini apa lagi kemampuan sebenarnya masih belum terbukti. Ina sebagai orang baru perlu diberi bimbingan supaya pegangannya kuat dan tidak mudah dipengaruhi perkara yang tidak sepatutnya. Bukankah itu lebih besar cabarannya?

Hip: Atau Hijjaz juga mahu mengambil jalan mudah kerana Ina memang sedia dikenali?

Munif: Kami tidak boleh halang tanggapan orang ramai. Ada berkata kami mempergunakan dia. Tetapi bagi kami tidak salah jika menggunakannya untuk tujuan yang baik. Kami bukan hendak menganiaya dia. Apa yang dibuat ini atas persetujuan bersama. Ina ialah artis wanita pertama yang bernaung di bawah Hijjaz Records. Ramai yang tunggu untuk mengambil Ina, tapi kami berbesar hati apabila Hijjaz menjadi pilihannya. Ina sendiri ada berkata, dia memerlukan bimbingan kerana tidak mahu tersasar langkah apabila bersetuju untuk menerima tawaran nyanyian. Alhamdulillah, dia mempercayai kami dan berasa selamat menaungi Hijjaz Records.

Hip: Mengapa perlu ambil risiko?

Munif: Ina mempunyai sikap yang positif, malah memiliki inisiatif untuk berubah menjadi orang yang lebih baik. Jadi dengan sikap sebegini mudah untuk Hijjaz melentur dan membimbing. Dalam diri Ina sendiri sudah ada nilai murni itu. Kami membawanya dengan niat suci, harap perjuangan dan perjalanan kami dibantu. Tidak dinafikan aspek komersial itu perlu tetapi kami lebih menitikberatkan tanggungjawab. Ia perlu ditegakkan.

Hip: Bersediakah Hijjaz untuk menggalas bersama bebanan yang terpaksa dihadapi Ina?

Munif: Daripada temu bual yang Ina lakukan bersama media, kami tahu ada yang tidak menyambut baik usaha ini. Tertanya juga kenapa ada yang tidak suka apabila kita ingin berbuat kebaikan? Itu yang kami tidak faham. Orang hanya tahu mengkritik, memberi komen dan menghentam tetapi kenapa tidak berusaha menolong dan membantunya menangani masalah yang menimpanya. Ina budak baru, jangan biarkan dia hanyut. Dia perlukan dorongan dan kata semangat, itu yang cuba Hijjaz lakukan.

Hip: Sukar untuk meyakinkan Ina dengan perancangan yang diatur?

Munif: Alhamdulillah kerana dia sendiri sudah bersedia. Sebagai permulaan kami membimbingnya secara perlahan-lahan kerana dia sendiri banyak perkara yang belum ditempuhi. Namun,kami yakin perkara yang baik akan mendapat keberkatan. Kami tahu Ina akan mendapat sokongan media, publisiti akan tetap diberikan sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Jadi, kami cuba memandunya supaya berada di landasan yang positif. Kami tidak mahu Ina hanya menjadi penyanyi. Sebaliknya, kami ingin melihat dia bangkit sebagai ikon yang berguna kepada masyarakat.

Hip: Justeru, apa perancangan Hijjaz untuk mencapai matlamat itu?

Munif: Kami ingin Ina terlebih dulu menghalusi segala ilmu nyanyian sebelum bersedia untuk merakamkan album penuh. Bila itu bergantung kepada tahap penilaian vokalnya dan ketika ini, usaha menggilap bakatnya sedang dibuat. Apa yang dilakukan ini hanya di peringkat permulaan. Selepas itu, Ina akan terus dibimbing kerana seboleh mungkin kami ingin melihat dia menjadi contoh kepada orang luar. Semua proses itu memakan masa, jadi berilah dia peluang. Besar hati kami kerana Ina percaya kepada pengurusan dan perancangan Hijjaz.

Hip: Bagaimana pula dengan bentuk persetujuan antara Hijjaz dan pihak pengurusan Ina?

Munif: Kerjasama Hijjaz dan Ina lebih kepada perkara berkaitan album, manakala pengurusan karier dilakukan syarikat Etnik Harmoni. Begitu juga dengan perkara menyentuh soal peribadi. Hijjaz tidak akan masuk campur tetapi dalam perkara tertentu, kami akan memberi bimbingan. Ina sendiri pun banyak bertanya dan ini memudahkan kerjasama.

Hip: Apa syarat yang diletakkan Hijjaz memandangkan Ina terdedah dengan pelbagai agenda komersial?

Munif: Kami tidak meletakkan syarat yang ketat. Apa yang kami mahukan hanya komitmen dan setakat ini, Ina dan pengurusannya memberi kerjasama yang cukup baik. Senang kerana mereka menghormati perancangan kami. Cuma kami ada gariskan perkara berkaitan peribadi, apa yang perlu diikuti kerana besar harapan kami ingin melihat dia terus maju dan melangkah ke depan. Tapi, dia tetap diberi kebebasan dan kami tidak akan sesekali mengongkong langkahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2006 03:50 PM | Show all posts
tidak blh dinafikan hijjaz mmg ambil kesempatan sptmana etnik harmoni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 05:20 PM | Show all posts

INA DIBERI GELARAN PARIS HILTON MALAYSIA.....

Semasa membaca suratkhabar KOSMO hari ni, aku terpandang pada gambar Ina di mana di bawah gambar tersebut tercatit nama Ina sebagai "Paris Hilton of Malaysia".   Mengapakah agaknya Ina di beri gelaran tersebut ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 08:09 PM | Show all posts
sbb ade video tut kot :lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 08:10 PM | Show all posts
hm..takpon maybe popeler sbb org lain aku agak paris hilton tu dpt jd itu ini sbb dienye bpk
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 08:35 PM | Show all posts
aeay sayang..
sambung dlm thread Ina Kulai lah ye..
bukan fofuler pun nak bukak byk2 thread


aku merge dgn thread ALL ABOUT INA KULAI..
thanks
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 11:39 PM | Show all posts
eh...ade benang ina kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 10:42 AM | Show all posts
nape topik INA kena tendang dari bod MAWI? adakah kerana sudah tidak relevan lagi topik ni berada di situ?:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.501443 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list