PANORAMA indah bandar raya Manhattan ketika matahari terbenam pada Ahad lalu
NEW YORK - Selama 15 minit setiap kali matahari terbenam, panorama Manhattan yang mempunyai banyak pencakar langit bertukar seperti batu-batuan Stonehenge moden.
Sebuah akhbar melaporkan, keadaan unik itu menyebabkan penduduk setempat menggelar fenomena itu sebagai Manhattanhenge kerana ia mempunyai persamaan dengan monumen Stonehenge di Salisbury, England.
Jalan-jalan di Manhattan terang- benderang dengan warna kuning-merah akibat pantulan cahaya matahari terbenam pada Ahad lalu.
Fenomena itu tidak berlaku setiap hari dan peluang kedua untuk menyaksikan kejadian indah itu ialah pada 12 Julai ini.
Perkataan Manhattanhenge diperkenalkan oleh seorang ahli astrofizik, Neil deGrasse. - Agensi