|
RIANZ PARADISE VOL. 63 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
tak pa u all enjoy novel akk dulu...nanti dah slow down akk tempek sambungan...vokey!!!
salam salam ---org salam dulu kita kemudian... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cosign45 at 17-2-2009 09:45 PM
jgn susah hati ya...jaga kandungan tu...risau nak pas sms kat hd nihhh
dah tau pon... redha jer apa keputusan pon
apa pon, tggu official result esok |
|
|
|
|
|
|
|
kak el...cuba check pm akak... |
|
|
|
|
|
|
|
leh sesapa bitau eye
info sal abpbh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eye_of_ophelia at 17-2-2009 10:00 PM
ehh lupe assalamualaikum
walaikumsalam eye |
|
|
|
|
|
|
|
layan layan...sambung nih
"Ijah, Ya Allah, sayang, sayang, why you all tak pegang dia tadi?" suara Azam yg cemas bagai sedang memarahi pula. Bahuku bagai digoncang dan diurut. Mataku buka, rupanya aku masih terjelepuk bagaikan baru terjaga dr tidur. Di lantai itu darah memercik di mana-mana. Pastinya darahku.
"Are you ok puan, pening ke?" Tanya seorang jururawat yg agak berumur dr yg lain2, suaranya cemas.
"What happened?" tanyaku hairan, bila masa pula aku boleh terduduk di situ?
"You jatuh, pening mabuk darah agaknya, puan naik balik buang air kat sini aja" katanya tp bila saja aku sudah bangun, cepat saja kakiku menapak ke bilik air yg cuma tak sampai lima tapak dari katilku. Selagi kaki ini boleh berjalan tak akan aku sekali-kali buang air di atas katil itu lainlah sewaktu koma dulu. Cepat saja Azam memaut tgnku walaupun ramai jururawat di situ.
"Sayang, jgn tutup pintu, nurse pls temankan" kata Azam bagai memerintah pulak.
"Tak apa, I can do it " kataku cepat dan terus menutup pintu bilik air itu tanpa mengunci, rupanya seluruh baju dan kain yg ku pakai berlumuran darah yg terpercik ketika aku terjatuh tadi. Begitu banyak darah yg keluar bagai berketul2 dan berbuku-buku.
"Sayang, you ok tak?" Terdengar suara Azam dr luar.
"Ok.ok. tp tolong bg I baju salin" kataku dr dalam. Seorg jururawat sudah sedia masuk ke bilik air membantuku menukar tuala wanita dan pakaian baru. Sewaktu aku keluar kelihatan beberapa org pekerja yg sibuk membersihkan darah di lantai. Rambutku segera diikat kemas.
Rupanya sudah pun ke pukul enam petang bila saja aku sudah kembali ke katil makanan sudah pun terhidang, peliknya tiba2 terasa lapar benar, berselera pula melihat makanan yg dihidangkan. Azam segera menarik meja ke depan dekat dgnku supaya dapat aku makan dgn lebih selesa. Selalunya sebut sahaja makanan hospital tentunya ramai yg akan hilang selera ttp lain pula untuk kali ini, lauknya nampak begitu menyelerakan.
"Abang rendahkan bhgn belakang ni, sayang sandar separuh, nanti pening pulak" kata Azam bila melihat aku mula cuba duduk.
"La, nanti susah nak makan?" kataku.
"Abang suapkan, sayang rehatlah" kata Azam dgn lembut.
"Eh jgn, Ijah boleh makan sendiri, mak abg cakap jgn manja2kan diri nanti lambat baik, kena banyakkan bergerak" kataku menolak untuk disuapnya sedangkan aku masih sihat walafiat cuma agak penat saja. Sambil makan dgn berselera sempat juga aku suapkan ke mulut Azam tapi berkali-kali dia menolak. Rasanya dia mmg sudah jemu dgn makanan hospital agaknya.
"Makan banyak2 nanti cepat baik, cepat juga boleh baik rumah, kan sayang?" Azam tersenyum melihat begitu berselera aku makan.
"Pening kepala ka tadi tu?" tanya Azam bertanyakan ttg kejadian sebentar tadi.
"Entahlah, sedar-sedar dah kat bawah, gelap mata agaknya, mungkin pasal tidur lama sgt, ye tak abg?" aku pula bertanya. |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 yg masih bujang tu bacalah betul2, itu semua pengalaman hidup nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Kan HD, kak Ngah, Ameera.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by blingblings at 17-2-2009 10:05 PM
layan layan...sambung nih
"Ijah, Ya Allah, sayang, sayang, why you all tak pegang dia tadi?" suara Azam yg cemas bagai sedang memarahi pula. Bahuku bagai digoncang dan diurut. Mataku buka, rup ...
tq kak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2235 hanyadiriku's post
Hd cukup cepat khatamnya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cosign45 at 17-2-2009 09:59 PM
kak el...cuba check pm akak...
dah got it thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
ni ai amik artikel yg penting jeww
Pencarian Mangga Star Search Meriah
Ditulis oleh Rosli Manah Selasa, 17 Februari 2009 15:02
Artis popular tarik perhatian
Selain persembahan peserta, artis undangan juga turut menghiburkan pengunjung. Kehadiran mereka memeriahkan lagi acara.
Dafi, Nadia dan Naufara menghiburkan pengunjung semasa acara diadakan di Plaza Angsana bersama pengacara Shahdan.
Acara di Pulau Pinang juga lebih hangat dengan kehadiran kumpulan indie popular Meet Uncle Hussain, Nadia, Naufara serta Lan Kristal. Shahdan dan Hafz Nafiah pula bertindak sebagai pengacara.
Ternyata Meet Uncle Hussain memang memiliki ramai peminat. Apabila mereka mengadakan persembahan semakin ramai yang mendekati pentas untuk melihat persembahan mereka dari dekat.
Tidak kurang juga yang menyanyi bersama serta merakam gambar ketika kumpulan itu beraksi.
Artis lain juga ada peminat tersendiri. Dafi, Nadia, Lan dan Naufara juga meluangkan masa untuk menandatanagi aotograf untuk peminat mereka.
artikel dan foto credit to ManggaOnline |
|
|
|
|
|
|
| |
|