CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladybirdninja

SALAM PERKENALAN DARI LADYBIRD.....[Topik Kenalan Hari ini 22.3.2007]

 Close [Copy link]
 Author| Post time 1-7-2007 08:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2007 08:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 08:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 08:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 08:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 08:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2007 08:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 08:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2007 08:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2007 10:17 PM | Show all posts
0930 bertolak ke Bai Rong
kesesakan lalu lintas yang teruk
1015 sampai di sana
kami ikut officer Pakistan untuk ke kedai langsir
fuhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!banyaknya kedai
banyaknya kain langsir................
rambang mata dibuatnya.......
1400 sampai di Kedai Lily
tengok tablecloth.......
fuh!!!!!!!!!!yang bestnya mesti dapat gift dari dia
hubby ambil kesempatan tidur.....penat
1500 bertolak balik
dalam bas ....lena......
sedar-sedar dah sampai kolej............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 08:51 AM | Show all posts

19 hari..............
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 09:46 AM | Show all posts
ladybird..
anak awak ke comel sungguh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 10:18 AM | Show all posts

Reply #2252 tangkaijering's post

bukan....itu anak officer Pakistan....kat tempat hubby berkursus..............:bg:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 10:57 AM | Show all posts
Kawal marah sifat terpuji

Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus

Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)

Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka.

Kebaculan

Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin. Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif. Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total? Sebelum itu mari kita lihat jenis-jenis manusia berkaitan dengan sifat marah.

Golongan Pertama: Tafrith iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah. Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah. Manusia jenis ini sama sekali tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran. Dia tidak terasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menentang musuh-musuhnya sekiranya perlu.

Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjadi perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia akan menghadapinya dengan sikap yang penuh kebaculan dan terlalu merendah diri. Sedangkan Islam melihat perlunya sikap cemburu demi untuk melindungi kehormatan ahli keluarganya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa抋d) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa抋d), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)

Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.

Golongan kedua, ifrath iaitu mereka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.

Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah.

Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.

Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah:

* Mengucapkan Ta抋wudz (A抲dzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.

* Diam atau tidak berbicara.

* Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.

* Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah

Golongan ketiga, i抰idal iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Kehormatan

Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agama Islam serta umatnya.

Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah.

Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.

Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)

Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i抰idal ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 10:58 AM | Show all posts
Mengurus stres

Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

SELAGI bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan sehari-hari. Pendek kata, dalam kehidupan moden yang serba mencabar ini, stres menjadi sebahagian makanan dan pakaian kita.

Suka atau tidak, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa perlu berdepan dengan situasi yang boleh mencetuskan stres. Belum lagi anda membelek akhbar hari ini atau mendengar berita di media elektronik.

Sepuluh minit pertama selalunya berkisah tentang liputan yang berlatarbelakangkan bencana alam dan jenayah manusia yang meresahkan.

Tanda amaran stres

Gejala fizikal

Degupan jantung yang cepat - Banyak berpeluh - Terasa loya - Bernafas kencang - Cirit-birit dan terasa hendak membuang air kecil - Sejuk kaki tangan - Selera makan berubah - Gangguan seks - Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya - Penyakit seperti lelah, sakit kepala dan timbul ruam

Gejala mental

Berasa hilang kawalan atau ditenggelami oleh peristiwa yang berlaku - Risau dan bimbang - Gagal menumpukan perhatian atau membuat keputusan - Rasa tidak sihat - Sukar tidur - Keinginan seks menurun - Amat letih - Meminum lebih banyak alkohol dan semakin kuat merokok - Perubahan perasaan atau fikiran seperti kemurungan, kekecewaan, sikap bermusuhan, rasa tidak berdaya dan kegelisahan

Kesan stres terhadap kesihatan

Darah tinggi - Lelah - Masalah kulit yang semakin teruk seperti jerawat, psoriasis, ekzema - Serangan jantung - Sinus/resdung - Hilangan fungsi seksual dan pembiakan - Strok - Masalah berat badan - Gangguan tidur - Cirit-birit atau sembelit - Migrain - Gangguan kebimbangan - Ulser perut - Sakit kepala - Kemurungan.

Banjir kilat, tsunami, jenayah bunuh, rogol, sumbang mahram, bunuh diri, penderaan, kemalangan jalan raya yang dahsyat, runtuh sana sini, penyakit kronik dan berjangkit, pergaduhan, buli, rempit dan lain- lain gejala sosial
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2007 03:25 PM | Show all posts
sibuk sikit hari ni......
lepas solat...dah tak boleh nak lena...mata tak mahu lelap...walaupun terasa mengantuk sangat.so...aku buat kad..dapatlah 20 keping........breakfast...mee hailam...lepas tu berkemas...sambil-sambil tengok forum..ada pembaharuan moga ia bermanfaat pada semua.lunch....sambung buat kad lagi..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2007 08:50 AM | Show all posts

18 hari lagi..................
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 08:51 AM | Show all posts
kak lady buat countdown

dh start packing ke kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2007 09:05 AM | Show all posts

Reply #2258 dak_ker's post

dah mula packing ni....pening....banyak sangat barang.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2007 09:15 AM | Show all posts
....................................................

[ Last edited by  ladybirdninja at 3-7-2007 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.375135 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list