CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tweetytweety

ALL ABOUT EBI KORNELIS - Dulu & Kini : Volume 4

 Close [Copy link]
Post time 14-6-2008 10:52 PM | Show all posts

Reply #2211 noriz's post

nak tido dah ni.....layan jiwang kejap
dengar lagu-lagu lama p.ramlee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2008 10:53 PM | Show all posts

Reply #2210 noriz's post

mesti cepat je dapat tangkap,ebi kan lari lajuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 09:46 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Semoga Kbians dan Ebi ceria di hari minggu nie....dan sentiasa bersyukur pada Allah atas segala rezekiNye...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 03:28 PM | Show all posts

Reply #2201 lailamajnun04's post

iyolah.ade red carpet segala.
pada uols yg gigih form Eh! ade kat BH tarikh 15,23,28 Jun.pastu 2,10 julai.
sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 04:50 PM | Show all posts

Reply #2215 alesandra's post

thanks nyah..noted..cekgu tweet pesan berita mingguan pun ada..
iols baru nak gi beli..koser ar ptg2 baru nak beli paper..ketinggalan sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 04:52 PM | Show all posts

Reply #2210 noriz's post

kaka noriz, santeknya tempat abe rob shooting neh
sesuai ngan jiwa heols..ala2 mr adventurous gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-6-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #2217 rubi_perez's post

kan.kalo wat tempat berdating nie beh  nie

nyah. Eh! tu kan ghupenya yg nominated dari 10.pastu 7.dari tujuh tinggal 4.
antara juri pilih tu rizalman ibrahim ngan anak cikgu fati ,aleya.(sesuatuh tul sheols tu mencalonkan diri sendiri)
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 05:27 PM | Show all posts

Reply #2218 alesandra's post

kan?ngedet ngan abe rob lagi besh
wah..mana uols taw in detail pasal EH neh?gali kat ne?nampak sgt haku neh paling pemalas nak menggali
sheols calonkan diri sndiri for kategori kapel kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2008 05:32 PM | Show all posts

Reply #2219 rubi_perez's post

takyah nak gali sangat.sbb umah mmg beli paper BH hari2.ayah iols ler rajin baca newspaper hari2.
hari rabu lepas ade deiols tulis pasal Eh! nie.event wat kat GSC gardens mid valley on 6/8/08.
pasal aleya tu sheols wakil hotfm.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 05:48 PM | Show all posts

Reply #2203 lailamajnun04's post

dia nie pengarah filem ke?mcm penah dengar heols nie penah menang award.kalo salah sori ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by alesandra at 15-6-2008 05:32 PM
takyah nak gali sangat.sbb umah mmg beli paper BH hari2.ayah iols ler rajin baca newspaper hari2.
hari rabu lepas ade deiols tulis pasal Eh! nie.event wat kat GSC gardens mid valley on 6/8/08.
...



ooo... kisahnya..  6 ogos ari rabu........ nda bilang buat siang ke malam nyah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 08:22 AM | Show all posts
Originally posted by noriz at 14-6-2008 10:43 PM



Ni ada sket gambar yang iols ambil masa pi Kiulu hari tu





Uols imagine la, Robbie belari mengejar iols kat ateh jambatan gantu ...



santekkkknya pemandangan yang kedua ni.......

cam kat negeri omputeh pun ya gak

[ Last edited by  tweetytweety at 16-6-2008 08:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:03 AM | Show all posts

Balas #2210 noriz\ catat

Good Morning uolss...................


wah , kak Noriz cntk nyer........


kiulu tu kat maner...????  Sabah, ek.....  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:05 AM | Show all posts
ASSALAMMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH

morning uols .....
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 09:21 AM | Show all posts
Originally posted by boringnya at 16-6-2008 09:05 AM
ASSALAMMUALAIKUM WARAH MATULLAH HI WABARAKATUH

morning uols .....


wasalam kakG.................      
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 10:10 AM | Show all posts
Monday morning joke...
*dah kena carutz sudah mak Hayam fren iols..



Subject: FW: Tips untuk Full Bar Coverage

Subject: Re: Tips untuk Full Bar Coverage (Document link: Tan Yap Koh)
Handphone ataupun telefon bimbit secanggih mana pun tidak berguna sekiranya coverage tak ada kan. Di dalam lif dan basement tempat parking kereta merupakan antara kawasan 'pantang' bagi handphone (hp). Ini kerana di tempat-tempat tersebut coverage hp amat rendah sehingga 1 bar dan kadang-kadang tiada langsung!
Bayangkan sekiranya anda berada dalam situasi yang yang cemas dan amat memerlukan pertolongan. Tetapi hp mahal anda itu tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Tentu anda mempunyai sebab munasabah untuk berasa kecewa dan menyesal bukan???
Ini satu informasi untuk anda dan sesiapa sahaja yang menggunakan hp 1G, 2G ataupun 3G. Dengan menggunakan wang kertas RM2 sahaja anda boleh mendapatkan full bar untuk hp walaupun di mana sahaja anda berada.
Ini kerana wang kertas RM2 mempunyai satu elemen untuk 'boost up'
coverage hp anda. Mungkin anda berasa sedikit hairan. Tetapi percayalah ini merupakan satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan!!!
Kaedah ini sesuai untuk semua pengguna 013, 016, 019, 012, 017 dan sebagainya.

Caranya ( Perhatian ila baca dan ikuti langkah-langkah ini dengan
teliti) :
Langkah 1 : Off atau matikan hp anda.
Langkah 2 : Lipatkan wang kertas RM2 menjadi sama saiz dengan bateri hp anda.
Kemudian selitkan duit yang telah dilipat tadi bersama bateri hp anda.
Langkah 3 : On atau hidupkankan semula hp. Periksa bar pada hp anda.
Semasa hp anda on, pastikan kod 'ID. 10T' tertera pada skrin hp anda.
Sekiranya kod 'ID. 10T' tertera di skrin, hp anda tidak akan mengalami masalah coverage lagi!

*Sila ambil perhatian;
Sekiranya kod 'ID.10T' tidak tertera pada skrin, sila periksa sebuah satelit yang besar di belakang wang kertas RM2 tersebut.
Pastikan sama ada satelit tersebut berfungsi dengan baik atau tidak.
Sekiranya masih tidak berjaya, sila ketuk-ketuk sikit hp anda dengan duit RM2 tu sekali. Sila periksa samada tengkolok Agong jatuh ataupun tidak. Kedudukan tengkolok yang tidak stabil mungkin penyebab mengapa kod 'ID.10T' tidak muncul di skrin hp anda.
Kalau masih tidak berjaya hentakkan hp di dahi anda 10 kali.
Mungkin kod 'ID.10T' dah bertukar menjadi 'IDIOT' ! Sape tahu yer tak??
Jgn marah kalau dah terkena......
Nasib baik duit RM2 tak dicetak lagi. Kalau tidak, lagi ramai yg fikir benda ni betul-betul...tapi cobaan.....



[ Last edited by  tweetytweety at 16-6-2008 10:11 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2008 10:12 AM | Show all posts
waalaikumsalam KakG..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2008 10:13 AM | Show all posts
waalaikumsalam KakG..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by noriz at 14-6-2008 10:43 PM



Ni ada sket gambar yang iols ambil masa pi Kiulu hari tu



Uols imagine la, Robbie belari mengejar iols kat ateh jambatan gantu ...

cantikkan kiulu....ai dah pi gali psl kiulu ni .....ni ada sikit info ai cilok
http://www.mmadventure.com/kinabalu/wwr-kiulu.htm

Kiulu River - This is more of a beginner's river. Kiulu River is suitable for beginners aged 5 years old to 65 years old that craves mild adventure whilst safely enjoy the rafting trip. We recommend advanced paddlers to go to Padas River

Kiulu River is located on the northwestern part of Sabah in a small town called Kiulu which are recognized as being the second most beautiful village in Malaysia. Kiulu River is calssified as Class I - II river.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 10:27 AM | Show all posts
ni info dr berita harian(jumaat) pasal Anugerah Stail EH! 2008


--------------------------------------------------------------------------------

Peluang pilih selebriti bergaya
Oleh Hidayah Mohammad



Pembaca boleh undi artis diminati menerusi Anugerah Stail EH! 2008

FESYEN dan industri hiburan bagaikan irama dan lagu. Tidak keterlaluan jika dikatakan tanpa industri hiburan, sukarlah bagi fesyen untuk berkembang. Memahami keperluan itu, julung kalinya tahun ini majalah gaya hidup tersohor, EH! mengajak pembaca menilai dan mengundi selebriti kesukaan mereka menerusi Anugerah Stail EH! 2008 yang dibawakan bersama Lancome Paris.


Pengarang majalah EH!, Asiah Mion, berkata anugerah istimewa itu memberi kuasa kepada pembaca majalah Eh! dan Berita Harian untuk memilih selebriti dirasakan terbaik bagi memenangi gelaran daripada 13 kategori yang dipertandingkan.


“Selain merancakkan industri fesyen, dunia kecantikan dan hiburan tanah air, Anugerah Stail EH! 2008 direalisasikan bagi mengiktiraf peranan selebriti dalam menaikkan mereka yang dikategorikan layak. EH! merasakan peranan selebriti besar dalam bidang kecantikan dan dunia fesyen.


“Tidak dinafikan, selebriti digunakan untuk menjual sesuatu produk dan ternyata ia berhasil dengan kerjasama penuh artis berkenaan. Lazimnya, menjadi selebriti yang sering kali dipaparkan di dada akhbar selain disiarkan di kaca televisyen, wajah mereka perlu cantik dan memiliki gaya tersendiri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Petaling Jaya, baru-baru ini.


Anugerah Stail EH! 2008 dijangka berlangsung dengan gilang gemilang pada 6 Ogos ini bertempat di panggung wayang GSC yang terletak di pusat beli-belah The Gardens Mid Valley Mega Mall. Penaja utama untuk anugerah itu ialah jenama kecantikan terkemuka, Lancome Paris sementara akhbar Berita Harian adalah surat khabar rasmi, 8TV (stesen televisyen rasmi) serta HotFm sebagai stesen radio rasmi.


Sebanyak 13 kategori dipertandingkan menerusi Anugerah Stail EH! 2008. Kategori berkenaan ialah Selebriti Wanita dan Lelaki Paling Bergaya, Selebriti Wanita Susuk Tubuh Cantik, Selebriti Lelaki Tubuh Segak, Selebriti Mesra Peminat, Selebriti Wanita dan Lelaki Paling Seksi, Selebriti Berbakat Unggul, Selebriti Paling Fotogenik, Selebriti Pencapaian Terbaik, Selebriti Pilihan Kulit Majalah, Selebriti Kulit Cantik serta Pasangan Selebriti Paling Diminati.


Asiah berkata, antara artis yang disenaraikan adalah penyanyi, pelakon, model, penyampai radio, pengacara televisyen dan juga pelawak. Mereka yang disenarai pendek antaranya, Maya Karin, Sazzy Falak, Anuar Zain, Erra Fazira, Dynaz, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Ziana Zain, Tam Spider, Mawi, Faizal Tahir dan juga Datuk Siti Nurhaliza.


Katanya, proses pemilihan calon akhir begitu sengit kerana daripada 10 nama selebriti yang dicalonkan, sebanyak tujuh daripadanya dipilih menjadi empat oleh pilihan juri profesional. Bagaimanapun, empat nama yang disenarai pendek oleh juri profesional adalah menjadi tugas kepada pembaca EH! dan Berita Harian mengundi serta memilih selebriti yang dirasakan layak berdasarkan kategori yang dipertandingkan.


“Jika peminat tidak puas hati terhadap pemilihan anugerah yang dianjurkan sebelum ini seperti artis paling cantik, paling seksi dan paling berbakat besar, ini adalah peluang kepada mereka memilih selebriti yang terbaik mengikut kategori yang disediakan.


“Malah, menerusi anugerah ini, pembaca diberi peluang merebut dan memilih siapakah selebriti yang paling disukai dan layak menyandang sebagai pemenang utama Anugerah Stail EH! 2008,” katanya.


Beliau berkata, untuk mengundi, pembaca majalah EH! boleh mendapatkan edisi Jun dan Julai. Selain itu, pembaca Berita Harian juga boleh mengundi menerusi iklan yang dipaparkan pada 15 Jun, 23 Jun, 28 Jun, 2 Julai dan 10 Julai ini.


Pilihan dan undian bestari pembaca adalah penentu kepada segala-galanya. Jangan lepaskan peluang menyertai permaidani merah Anugerah Stail EH! 2008 kerana EH! akan memberi 10 tiket percuma kepada mereka yang berjaya meneka dengan tepat siapa selebriti yang bakal merangkul anugerah dalam setiap kategori yang dipertandingkan.


Selain menghantar borang undian dengan cara mengepos, pembaca EH! dan Berita Harian boleh memasukkannya borang undian (penyertaan) ke dalam kotak undian Anugerah Stail EH! dibawakan bersama Lancome yang disediakan di semua kaunter Lancome yang ada di pusat beli-belah di seluruh negara.


Undian juga boleh dibuat melalui laman web www.eh.com.my. Tarikh tutup menghantar borang penyertaan ialah 31 Julai ini.


INFO: Anugerah Stail EH! 2008



Tarikh: 6 Ogos 2008
Tempat: GSC, The Gardens Mid Valley Mega Mall.
Masa: 7 malam
Kategori: 13 kategori dipertandingkan
Senarai kategori:
Selebriti Wanita Paling Bergaya
Selebriti Lelaki Paling Bergaya,
Selebriti Wanita Susuk Tubuh Cantik
Selebriti Lelaki Tubuh Segak
Selebriti Mesra Peminat
Selebriti Wanita Paling Seksi
Selebriti Lelaki Paling Seksi
Selebriti Berbakat Unggul
Selebriti Paling Fotogenik
Selebriti Pencapaian Terbaik
Selebriti Pilihan Kulit Majalah
Selebriti Kulit Cantik
Pasangan Selebriti Paling Diminati




Panel hakim:
Pengarang EH! - Asiah Mion
Wakil HotFm - Syarifah Aleya Syed Zainal Al Rashid
Wakil 8TV - Pengurus Besar, Brand Management Business Development, Marketing & Communications - Lam Swee Kin
Pereka Fesyen - Rizalman Ibrahim
Pengurus Pemasaran Lancome Paris - Elida Wong
Pegawai Promosi Pembangunan Perniagaan 8TV - Ann Nawar
Pengurus Penjenamaan & Promosi Blu Inc Media - Syarifah Nadia Syed Alwi
Pengurus Jualan Kanan Eh! - Jolston Ng





Senarai Penaja:
Jenama kecantikan terkemuka - Lancome Paris
Surat khabar rasmi - Berita Harian
Stesen televisyen rasmi - 8TV
Stesen radio rasmi - HotFm.




Undian boleh dibuat menerusi:
keluaran majalah EH! edisi Jun
keluaran majalah EH! edisi Julai
Akbar Berita Harian bertarikh 15 Jun, 23 Jun, 28 Jun, 2 Julai dan 10 Julai.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.060491 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list