|
Liga Cari Xpert11 - Musim 5 bakal bermula !!
[Copy link]
|
|
lama dh enche rocky balboa x buat preview dibisen 1.... ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
LAPORAN PERLAWANAN LIGA DIVISION 2-19 JAN 2009
LAPORAN PERLAWANAN LIGA DIVISION 2.
Isnin 19 Januari 2009 Jam 4.00 ptg.
Match 5.
darulaman fc vs Pakok United
Pakok United gagal untuk mencari mata penuh untuk merapatkan jurang antara pendahulu liga apabila sekadar seri 1-1 menentang darulaman fc ditempat lawan ptg tadi. Bermula dengan agak baik apabila berjaya menghasilkan gol pendahuluan pada minit 24 melalui striker muda mereka, Stelian Palimaru yg mendapat hantaran cantik dari tengah padang melalui Roberto Curi. Namun darulaman fc bingkas bangkit untuk menyamakan kedudukan pada lewat babak pertama melalui striker yg dibeli dengan harga 2 500 000, Cedric Christie. Permainan separuh masa kedua dilihat hambar apabila bola hanya berlegar ditengah2 padang dengan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati2 untuk tidak melakukan kesilapan yg boleh menyebabkan pasukan mereka tewas. Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat. 1 kad kuning dilayangkan oleh pengadil perlawanan kepada Pakok United.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Hans Beck
Pemain terbaik pasukan pelawat: David Kaufhold
Keputusan Muktamad: darulaman fc 1 Pakok United 1
Dubai Blues fc vs Mucha Lucha FC
Hasrat pangurus pasukan Dubai Blues fc yg baru. En. Adi@79 untuk melihat pasukannya mengutip mata penuh ditempat sendiri tidak kesampaian. Ini dapat disaksikan pada pertemuan dengan Mucha Lucha FC di Al-Shaab Stadium ptg td yg berkesudahan dengan seri 2-2.. Jaringan lewat permainan oleh pemain Mucha Lucha FC, berjaya mencuri 1 mata yg amat berharga ditempat lawan. Permulaan yg baik ditunjukkan oleh Dubai Blues fc, apabila berjaya mendahului melalui tandukan dari Abdulwahab Tahir. Namun kegembiraan pasukan Dubai itu hanya seketika, apabila Otto Marshal berjaya menyamakan kedudukan juga melalui tandukan hasil dari sepakan silang Borje Ferling. Permainan yg rancak ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membuatkan kedua-dua jurulatih dilihat tidak senang duduk dibangku simpanan. Tidak sampai 3 minit dari jaringan penyamaan pasukan Mucha Lucha tadi, Khaled Abbas berjaya menggamatkan seluruh stadium, apabila sepakan percuma yg diambilnya terus menerjah ke jaring untuk menewaskan Duddley Vitty. Namun, kelekaan barisan pertahanan pasukan tuan rumah pada minit-minit akhir perlawanan, dihukum oleh Richard Parr, apabila hantaran cantik dari Otto Marshal tidak disia-siakan olehnya yg terus merembat deras untuk menewaskan penjaga gol berpengalaman tuan rumah, Majid Fadi. 3 kad kuning dikeluarkan oleh pengadil kepada pasukan tuan rumah.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Khaled Abbas
Pemain terbaik pasukan pelawat: Otto Marshal
Keputusan Muktamad: Dubai Blues fc 2 Mucha Lucha FC 2
Kiddo Kickers FC vs Kokesen FC
Kiddo Kickers FC berjaya melakarkan kemenangan di gelanggang sendiri apabila menumpaskan Kokesen FC 2-0 ptg td. Namun hasrat penyokong untuk melihat penyerang sensasi yg dibeli dengan harga perpindahan mencecah 3 631 000 econ, tidak kesampaian apabila terus menjadi pemain simpanan buat pasukan Kiddo Kickers. Ini membuatkan penyokong terus tertanya-tanya kenapa Nimai Pajmordeh tidak dturunkan lagi walaupun telah dibeli sebelum sepak mula liga lagi. Apapun, tanpa kelibat pemain tersebut, Kiddo Kickers tetap garang dan unggul. Ini dapat disaksikan apabila pasukan tuan rumah membuka jaringan pada minit ke 16 apabila satu hantaran cantik yg dibuat oleh Ivandro Rivaldinho, tepat kepada kapten pasukan, Augusto Secco yg menanduk terus menewaskan penjaga gol lawan. Walaupun berjaya mengimbangi perlawanan pd separuh masa pertama, namun barisan hadapan Kokesen FC gagal untuk menjaringkan gol. Gol kemenangan pasukan tuan rumah dijaringkan pada separuh masa kedua melalui pemain pertahanan pasukan tuan rumah, Damian Socol hasil dari sepakan sudut yg diambil oleh Rodrigo Althof. Dengan kemenangan ini, pasukan Kiddo Kickers terikat 13 mata dengan pasukan sekulakitaFC yg berada dipuncak liga hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan gol sahaja. Namun kegembiraan pasukan tuan rumah terpaksa dibayar dengan harga yg mahal apabila arkitek serta ayam tambatan mereka cedera, dan kemungkinan besar tidak dapat diturunkan pada perlawanan yg begitu penting Khamis ini menentang pendahulu liga, sekulakitaFC. 2 kad kuning dikeluarkan kepada pasukan Kiddo Kickers FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Rodrigo Altholf
Pemain terbaik pasukan pelawat: Montel Rojas
Keputusan Muktamad: Kiddo Kickers FC 2 Kokesen FC 0
Airod FC vs Bitzam FC
Permainan berhati-hati yg ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, membuatkan perlawanan antara Airod FC dan Bitzam FC begitu hambar. Ini dapat dilihat apabila hanya 1 percubaan sahaja yg dapat dibuat pada separuh masa pertama melalui pasukan Bitzam FC. Walaupun permainan di separuh masa kedua sedikit rancak dengan beberapa percubaan dibuat oleh pasukan tuan rumah namun ketumpulan barisan hadapan pasukan yg dilatih oleh En. Ediefendie itu,gagal untuk menjaringkan sebarang gol sehingga tamat perlawanan. 5 kad kuning mewarnai perlawanan ini dengan 3 kad kuning untuk pasukan tuan rumah dan 2 kad kuning untuk pasukan Bitzam FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Walton Bass
Pemain terbaik pasukan pelawat: Niall Black
Keputusan Muktamad: Airod FC 0 Bitzam FC 0
Haku Power United vs sekulakitaFC
Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan ini, sekulakitaFC gagal untuk mencari 3 mata berharga apabila bertemu dengan pasukan Haku Power United di Haku Arena. Dikejutkan dengan jaringan seawal minit ke5 hasil dari sepakan percuma pemain tuan rumah, Alvaro Coco yg melorongkan bola kepada Juan Alencar seterusnya mudah menewaskan Jorge Midica. Kegagalan untuk menjaringkan gol ditambahkan lagi dengan kecederaan 2 pemain mereka iaitu Stid Fuentes dan juga pemain tengah berpengalaman Ernesto Gutierrez sehingga memaksa mereka direhatkan pada perlawanan yg akan datang. Pasukan tuan rumah yg sudah berkira-kira untuk mengutip 3 mata penuh akhirnya terpaksa berputih mata, apabila jaringan penyamaan dimasa kecederaan oleh Tino Moreno berjaya menyelamatkan pasukan sekulakita FC dari mengalami kekalahan yg pertama musim ini. 1 kad kuning untuk Haku Power United dan 1 kad kuning untuk sekulakita FC.
Pemain terbaik pasukan tuan rumah: Lui Machado
Pemain terbaik pasukan pelawat: Tino Moreno
Keputusan Muktamad: Haku Power United 1 sekulakitaFC 1
Perlawanan seterusnya pada Khamis 22.01.2009.
Airod FC vs Haku Power United
Mucha Lucha FC vs darulaman fc
Bitzam FC vs Dubai Blues fc
Kokesen FC vs Pakok United
sekulakitaFC vs Kiddo Kickers FC (Perlawanan Tumpuan Minggu ini)
kopipes ulasan berita :
YOBMANJOI AKA PERAKMAN UTD |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2266 mirage_46's post
aku bz...utk game esok aku buat review & preview game senin nnt time weekend.... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pelan2 kayuh bob... weii pekan tak naik air ke tahun neh? Thun lepas teruk smpai cam dah darurat ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2270 ibujarikaki's post
![](http://i51.photobucket.com/albums/f386/zairol_azwan/agnes.jpg)
ngapa kecik aje menda itu walo pon sudah diurut incik epi? adakah incik epi tk tau cara utk naikkan menda itu?![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2272 ibujarikaki's post
coba ko letak serena satu kali..
bio terbeliak seme mata...dn tahniah utk incik neo aka pakok yg berjaya membuat menda itu semakin bosar...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2270 ibujarikaki's post
patutkah aku bagi kredit bebanyak atau potong kredit bebanyak ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
manjang kalah je team aku
patut tukar nama ke malaysia![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku jumpa satu team tu dia letak Malaysia U21.. player2 sume bwh 21. skill average 6-7.kalo ko boleh buat player2 ko sume under 21 camtu mmg hebatlah.. cma tkut nnt kna blasah jer.. or ko buat Malaysia U31.ok gak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
![](http://www.anaivanovic.com/image.php?file=pictures/news/1413/Ana_Q2_FINAL_ME_MYSELF.jpg)
iklan lg..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku cari gambo ana yg HOT ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|