CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikanggun

G.A.H. ND V2

[Copy link]
Post time 11-1-2016 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mizkajura replied at 11-1-2016 08:09 AM
kan......ntah takat minat retis n ngutuk retis je pun porum ni.

jgn la sentap smpi tak leh foku ...

Tawu xpe...sentap sampai segala celah cari ni ada unsur2 sindiran semedang..parohh..biasa karatz koliang la merata ada..jenis xda laif..ahahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mizkajura replied at 11-1-2016 08:03 AM
i lagi suka nowaminmar diam. DUNIA nampak apa yg berlaku dari awal hingga kini.
enjoy abiskan dui ...

Update ig dpt pulangan lumayan xpalah..haha..koliang sado tu update pic pun memanjang propa..dgn majlis kawen..sendu bebenor gamaknye skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 10:26 PM | Show all posts
serious aku nak gelak baca statement org sebelah esp dari menatang yg goreng tepung tuh..omg..so berbelit2..kelakor la..macam takde facts..berbelit2 macam koliang..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mizkajura replied at 11-1-2016 03:58 PM
rumah sebelah panggil nowa ...mynamar.
i rasa mcm cute je kalau panggil minmar


Org seblh tu org utan aji ke uols?

Tak rasa mcm cute pun . Klau nak panggil Myanmar, panggil je lah Myanmar...

Minmar minmar... Sampai ai tersilap igtkan si Neymar...

Ahakssss
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mizkajura replied at 11-1-2016 04:03 PM
i lagi suka nowaminmar diam. DUNIA nampak apa yg berlaku dari awal hingga kini.
enjoy abiskan dui ...

Kalau diam sokmo, org igt dia bersalah pulak. Sesekali kena bersuara skit baru pihak sana tu gerun.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ilya replied at 11-1-2016 05:29 PM
trying harder nak baca rumah sebelah. bukan 2 Page, 2 post pun aku tak shanggup. Oh!! Drama giler

Uols kira kuat lah dpt baca waima 2 post ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2016 08:39 AM | Show all posts
staxxi replied at 11-1-2016 05:49 PM
Org sebelah tgk post2 merapu2 cam org mental Elok la same ngn idolat deme..aku jenguk pun tk sangg ...

Yang mendatangkan ngeri tu,
Rakyat dalam rumah Pasha ayat berlemah lembut cam kakak propa.
tapi bila jenjalan rumah retis lain, terserempak dengan rakyat yg sama ayat memasing macam
Cik Kiah Kepoh ujung kampung. Semua macam ayam tercabut bulu bila menaip.

Adehh.. Sangat propa tahap langit ke 7 kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 08:41 AM | Show all posts
KOSMO

Saya hanya mangsa keadaan – Nora Danish

Oleh ARINA AZLAN
Foto FAISOL MUSTAFA

UNTUK tahun 2016, Nora mahu memperlahankan aktiviti lakonan demi fokus terhadap perniagaan pakaian Muslimah dan restoran miliknya.

Sejak dahulu lagi, kehidupan peribadi pelakon kecil molek, Nora Danish, 33, sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat dunia hiburan tempatan. Selain kisah cintanya bersama Nedim Nazri, aktres berstatus ibu tunggal itu tidak pernah terlepas tempias kontroversi apabila hubungan baiknya dengan bekas keluarga mertua sering dipertikaikan.

Terbaharu, dia sekali lagi menjadi mangsa keadaan apabila dituduh sebagai orang ketiga yang merosakkan hubungan rumah tangga artis, Fasha Sandha dan suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

KOSMO!: Umum sedia maklum mengenai masalah rumah tangga bekas suami anda, Jejai dan Fasha yang turut melibatkan nama Nora ketika ini. Boleh jelaskan bagaimana situasi sebenar yang berlaku?

NORA DANISH: Sejujurnya, saya sendiri terkejut kerana tiba-tiba sahaja nama saya dikaitkan dengan pasangan tersebut. Saya dan Jejai sudah lama berpisah, sepatutnya hal rumah tangga dia tiada kena mengena dengan saya. Tetapi, saya sudah biasa terpalit cerita-cerita tidak betul seperti ini, jadi saya buat tidak tahu sahaja.

Jadi anda menafikan terlibat secara langsung dalam gejolak perkahwinan mereka?

Ya, saya mangsa keadaan hanya kerana mempunyai hubungan baik dengan keluarga mertua. Namun hubungan itu atas dasar anak saya, Putra Rayqal. Ia langsung tiada sebab lain, lagipun keluarga mertua melayan saya dengan baik. Mengapa perlu putuskan hubungan kerana Rayqal tetap sebahagian daripada mereka.

Kalau begitu, mengapa anda seolah-olah melarikan diri pergi bercuti ke luar negara saat isu berkenaan hangat diperkatakan?

Mana ada saya larikan diri (tertawa kecil). Percutian itu sudah lama dirancang dan tiket sudah dibeli, saya tiada alasan untuk membatalkannya. Hal sebegitu langsung tidak memberi kesan terhadap kehidupan peribadi saya. Apa yang penting keluarga saya semua gembira dan selamat. Lagipun, peguam saya ada menasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan. Maka berdiam diri adalah jalan terbaik.

Anda menggunakan khidmat guaman, adakah itu bermakna anda akan menyaman pihak bertanggungjawab yang mencetuskan isu berkenaan?

Saya melantik peguam untuk membela privasi dan nama baik agar tidak terus dicemarkan. Tunggu sahaja apa yang akan terjadi kelak, buat masa sekarang saya tidak dibenarkan bercerita lanjut soal itu.

Secara peribadinya, apakah punca yang menyebabkan nama anda tidak henti-henti dikaitkan dengan bekas suami?

Saya sendiri tidak tahu, mungkin selagi saya tidak berkahwin lain, orang akan beranggapan saya masih tidak boleh melupakan cinta lama. Tetapi itu keputusan saya untuk belum bernikah, tambahan saya pernah berdepan kekecewaan rumah tangga pada usia muda, pastinya saya akan lebih berhati-hati untuk kembali bernikah.

Jadi, anda mempunyai rancangan untuk bernikah dalam masa terdekat?

Insya-Allah, doakan sahaja jodoh saya cepat sampai. Saya tidak mahu berkahwin hanya untuk menutup mulut orang, biarlah ia berlaku dengan sendiri dan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

Bagaimana dengan perancangan karier seni anda untuk tahun ini?

Untuk 2016, saya mahu memperlahankan karier lakonan demi fokus terhadap perniagaan tudung Owl By ND dan kafe Kopi XOXO. Lagipun saya masih menunggu filem lakonan saya bersama Aaron Aziz iaitu Sayu Yang Syukur ditayangkan. Selain itu, saya akan berangkat ke New York hujung minggu ini bagi menjalani penggambaran siri drama Mak Cun musim kedua selama seminggu.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz3wzD1ueSc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 08:42 AM | Show all posts
kaogi replied at 11-1-2016 11:44 PM
Uols kira kuat lah dpt baca waima 2 post ..

baca bab ngutuk ND and Tah iols okey lagi baca,
tapi bab feeling peminat mulia bahasa dan pusaka tu
yg buat iolz rasa mcm nak panggil ambulans sendiri suh daftar diri masuk ICU.

Sangat propa, ayat sebijik mcm kakak propa.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:34 AM | Show all posts
mamapip replied at 11-1-2016 04:41 PM
KOSMO

Saya hanya mangsa keadaan – Nora Danish

Murah rezeki ND berlakon drama mok chun....dapat pergi NY gitu

Artis yg selalu dapat jemputan kahwin , majlis birthday party dan kawan2 kekonon hanya artis2 gred A itu ada tak berlakon sampai Spain, Paris, NY segala? Tak pun, paling cokia, India ke, Pakistan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:43 AM | Show all posts
marion24 replied at 11-1-2016 08:25 PM
Tawu xpe...sentap sampai segala celah cari ni ada unsur2 sindiran semedang..parohh..biasa karatz k ...


tahun ni nak i berporem secara berhemah. gitew
kalu jiran sebelah serang i secara terbuka pun i akan nangis senyap2 kat buju katil

tak moh dah perang2 keyboard
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:45 AM | Show all posts
kaogi replied at 11-1-2016 11:42 PM
Kalau diam sokmo, org igt dia bersalah pulak. Sesekali kena bersuara skit baru pihak sana tu gerun ...

ermmm betul jugak.

entah la,
tak suka la mrk (semua yg terlibat) memburukkana lagi keadaan. kesian anak2......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:49 AM | Show all posts
kaogi replied at 11-1-2016 11:40 PM
Org seblh tu org utan aji ke uols?

Tak rasa mcm cute pun . Klau nak panggil Myanmar, panggil  ...

ermmm i ok je panggil nowa kiut tu minmar sbb mmg dia drpd sana. buat apa nk malu ngan susur galur keluarga....
jendul ke, pendek ke, nowa tetap kiut. Tu fakta. Myanmar tu mmg asal dia dr sana. tu pun fakta.

bertabah la kaka nowa minmar..... semoga u, pesah, jenglot menemui jalan penyelesaian yg aman2 saja.


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 09:52 AM | Show all posts
marion24 replied at 11-1-2016 08:26 PM
Update ig dpt pulangan lumayan xpalah..haha..koliang sado tu update pic pun memanjang propa..dgn m ...

selagi buleh buat duit....gasak le. Mmg org tgh suka kat dia. tak dpt anugerah apa2 retis pun tak pe. yg penting buleh buat duit sendiri. "kita enjoy"!!



Alhamdulillah, kaka Pesah tak perlu update IG sbb suami ada bg nafkah......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:51 AM | Show all posts
Imel88 replied at 11-1-2016 05:42 PM
ND kalau nak kan xhub dia, dah lama kut merujuk masa xhub nak rujuk tu.

Pada ai jgn salahkan N ...

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 10:52 AM | Show all posts
mizkajura replied at 12-1-2016 09:52 AM
selagi buleh buat duit....gasak le. Mmg org tgh suka kat dia. tak dpt anugerah apa2 retis pun tak  ...

cemana pun pesah kena koje...JJ kan dah kata suka pompuan yang berdikari... karang JJ lari lagi kang kalo dia tak koje..bizz JJ pun mawar pudor warna dah...better pesah cari income seniri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
nhuser replied at 12-1-2016 09:34 AM
Murah rezeki ND berlakon drama mok chun....dapat pergi NY gitu

Artis yg selalu dapat jemputan k ...

esok2 ada la gbr kat ig on projek seberang laut. dia pantang dicabar.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:04 AM | Show all posts
Mierafaziera replied at 12-1-2016 10:52 AM
cemana pun pesah kena koje...JJ kan dah kata suka pompuan yang berdikari... karang JJ lari lagi ka ...

owh mcm tu ke kejadiannya. so tak le rancangan menjadi surirumah sepenuhmasa sambil update perkembangan anak2, selfie/wefieee n update IG ......
ingatkan dpt le merasa senang macam marion tu tak yah keje....duit tetap beranak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mierafaziera replied at 12-1-2016 10:52 AM
cemana pun pesah kena koje...JJ kan dah kata suka pompuan yang berdikari... karang JJ lari lagi ka ...

jejai tu tgk contoh mak dia, adik beradik dia, sedara mara, yg semua jenis independent women. diaorg tu semua contoh yg baik.

contoh yg mcm tu pun dah ada kat mak anak sulung dia. very independent
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2016 11:18 AM | Show all posts
ubiwankelubi replied at 12-1-2016 11:05 AM
jejai tu tgk contoh mak dia, adik beradik dia, sedara mara, yg semua jenis independent women. diao ...

kannnn..???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.224950 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list