CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

♣♥ Talking Corner~KOPITIAM CAFE VERSION 21♣♥

[Copy link]
Post time 23-2-2014 02:24 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:16 AM
Alah, bulat pun ok
Janji nampak comel

belon macam ni D....

comeyyyyy. (gigih aku cari gambar)






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2014 02:25 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:20 AM
Memula aku joint nie sebab suka dok umah gosip
Pastu p umah Johor
Skodeng umah2 MPS

haaa. yela.. aku macam penah napak ko reply kat bod PP.. mungkin reply ko tu antara yang aku setuju dalam diam laa.. hehehe..

bod MPS pun ko layan ekk.. ada time memang best kan..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 02:26 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:21 AM
nak tambah lagi pangkat, ajak jaja bersanding jugak. so, ada menantu lelaki jugak.

(memang dah ...

tu sekali dgn jaja le.. klu tk, pangkat biasa2 je..

puhh kiri.. puhh kanan... berkat doa ************





amik kao.. dh kena jampi dgn aku. siang mlm hang asyik teringat aku aje...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:27 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:24 AM
belon macam ni D....

comeyyyyy.  (gigih aku cari gambar)

Buat apa tunjuk kat aku?
Lepat yang nak kena pegang belon
Bukan aku la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 02:28 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:24 AM
Even aku nie dah lama register
Tapi aku bukan rajin borak2 pun
Baru2 nie jer jadi rajin

ada setengah2 tempat pggil yop. ada pggil abg, abg long..
tgk kawasan jgk.. biasanya tgk daerah.

point hang byk tu.. kira otai le jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:29 AM | Show all posts
ip_lepat posted on 23-2-2014 02:26 AM
tu sekali dgn jaja le.. klu tk, pangkat biasa2 je..

puhh kiri.. puhh kanan... berkat doa ****** ...

oittt.. motip nak jampi...

ada cerita seram takkk?

boleh D baca sekali.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2014 02:29 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:25 AM
haaa. yela.. aku macam penah napak ko reply kat bod PP.. mungkin reply ko tu antara yang aku setuj ...

Hahahaha....
Nie kira peminat rasia aku la ek?
Alah, aku komen based on apa yang aku rasa patut
Tapi kadang pandangan kita tak sama ngan apa yang tt nak kan

Umah MPS
Aku banyak baca
Then, dah settle sampai ujung, aku komenla sikit2
Aku umah tu siang jer aku berani baca
Malam2 jangan harap


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:30 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:27 AM
Buat apa tunjuk kat aku?
Lepat yang nak kena pegang belon
Bukan aku la

aaaaa.. okay.

mohon perhatian ya lepattt.. (ko baca tak ni? )

nak taknak kena cari belon camtu.. belon 2 kupang takmau ehh..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2014 02:31 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:29 AM
oittt.. motip nak jampi...

ada cerita seram takkk?

kao jgn ingat aku jampi btl2 tu.. memain je

cita seram yea... jap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 02:32 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:29 AM
oittt.. motip nak jampi...

ada cerita seram takkk?

1.Bercakap Dengan Jin

Suatu petang dalam tahun 1960, datuk yang sudah menjangkau usia 57 tahun, membersihkan senapang kampung berlaras satu di anjung rumahnya. Dengan tenang dia berkata pada saya “Kamu usah jadi pemburu.” “Kenapatok?” Dia tidak menjawab. Datuk terus menimang-nimang senapangnya. Kemudian datuk ambil golok perak. Dia mengasah golok di batu dekat kepala tangga. Dan saya masih menanti jawapan dari datuk. “Aku tak mahu cucu-cucu aku jadi pemburu,” tiba-tiba datuk bersuara. Dia duduk di anjung rumah kembali. Mendengar cakapnya itu saya buat keputusan tidak akan mengajukan sebarang pertannyaan padanya. Datuk mudah naik darah, kalau selalu ditanya atau disoal. Dia juga tidak suka orang membangkang cakapnya, terutamanya dari anak-anak cucunya sendiri.

Datuk memang handal memburu. Tidak ramai orang kampung Mandi Upeh macam datuk.Cukup asyik dengan kegemaran memburunya, hampir seluruh hutan Jajahan Dinding dijelajahnya. Orang-orang kampung menganggap datuk bukan pemburu sebarangan.Pemburu yang ada isi, kalau tidak masakan dia berani masuk ke dalam hutan yangtidak pernah didatangi oleh manusia. Datuk tidak menembak sebarangan pada binatang-binatang buruannya. Dia akan memilih tepat dikening diantara kedua-dua kening binatang itu. Dan setiap kali datuk masuk ke hutan dia akan memulakan langkah kaki kiri dahulu. Kedua belah tumitnya tidak memijak bumi, kecuali sesudah limatapak melangkah. Lepas itu datuk berhenti dia membaca sesuatu, lalu mematah ranting kayu yang berada di bawah ketiak kanannya. Dilemparkannya sebelah kiri.

Datuk dapat senapang bukan kerana dia Home Guard atau AP. Dia minta sendiri pada kerajaan dengan alasan mahu menjaga tanahnya yang seluas lima belas ekar yang ditanam dengan getah, durian dari serangan monyet dan babi hutan. Pemintaan datuk dipenuhi oleh Inggeris, sesudah pegawai polis, tuan DO serta penghulu dan ketua kampung memeriksa tanah datuk. Datuk beli senapang dari Taiping dalam tahun 1949. Sejak itulah datuk giat memburu dengan senapang. Sebelum itu datuk hanya berburu dengan membuat jerat dan sebagainya. Banyak perkara-perkara aneh yang datuk lalui sepanjang kariernya. Dan saya antara cucu yang selalu mendengarcerita-cerita datuk itu, kerana saya selalu menolongnya mencangkul di kebun,kadang-kadang menjadi temannya ke surau. Datuk terlalu sayangkan saya, kerana saya adalah cucu lelakinya yang pertama dari anak sulungnya iaitu ibu saya.Saya tahu apa kelemahan datuk dan kegemarannya. Dia pemurah dan suka mendengar orang mengaji Quran, kebetulan pula saya cucunya yang agak terkenal membacaal-Quran di kampung itu. Datuk tidak kedekut mengeluarkan wangnya untuk memberikan pada orang mengaji tapi datuk tidak memberikannya sendiri melainkan melalui saya.

Biasanya, kalau datuk suruh beri sepuluh ringgit, saya hanya memberikan separuh saja, yang separuh lagi masuk saku saya. Pernah datuk bercerita pada saya:Suatu ketika datuk dan kawan-kawannya masuk hutan dekat dengan Gunung Tunggal di Kawasan Segari berhampiran dengan Pantai Remis. Kawasan itu tidak pernah dimasuki oleh manusia. Datuk dan kawan-kawannya berjaya menembak beberapa ekor binatang. Kerana terlalu asyik memburu, tanpa disedari datuk telah terpisah dengan seekor rusa besar. Datuk mengikutnya dengan teliti. Datuk memintas rusa itu sebelah kiri dan mengambil tempat di sebalik pokok besar. Datuk menghala muncung senapang pada kepala rusa. Dia yakin sasarannya akan tepat pada tempatyang dimahunya. Tetapi rusa itu bagaikan mengerti dan mempunyai pengalaman. Dia mempermainkan datuk, macam mempermainkan kucing. Rusa merendahkan badannya kemudian menyelinap di depan datuk dan terus hilang.

Datuk terkejut dan bercampur hairan, tapi datuk bukanlah manusia yang mudah putus asa. Dia mencari kesan jejak rusa itu. Diperhatikannya ke arah mana tapakrusa itu lari. Dia mencium daun-daun kering yang terdapat di situ. Akhirnya, datuk merapatkan telinganya dengan bumi. Dia mengeluh, ternyata kesan rusa itu sukar diperolehinya. Waktu datuk berpusing-pusing di situ, seekor rusa lain muncul di depan datuk. Rusa itu jauh lebih besar dan tegap dari rusa yang pertama tadi. Matanya berkilau-kilau bagaikan menentang mata datuk yang terbeliak kerana terkejut. Datuk tidak melepaskan peluang dan terus melepaskan tembakan. Datuk gembira, tembakannya tepat mengenai kening rusa itu. Dia mencabut golok perak di tangan untuk menyembelih rusa. Golok ditayangkan didepan matanya. Datuk membaca sesuatu dan menghentakkan ulu golok ke tanah.

Bila datuk memulakan langkah. Rusa itu segera bangun. Di depan mata datuk sekarang wujud dua ekor rusa. Serentak dengan itu dada datuk berdebar. Dia mula terasa ada sesuatu yang kurang baik akan terjadi. Datuk terdengar kokok ayam hutan. Datuk melepaskan tembakan. Kena pada salah seekor rusa itu di kening. Rusa itu rebah dan bangun kembali menjadi tiga ekor. Datuk yakin ada sesuatu kejadian yang lain di sebalik semuanya itu. Tapi, datuk bukannya manusia lemah semangat, kalau tidak masakan dia berani meninggalkan kampung halamannya diAceh, berperahu ke Pengkalan Bharu dan bermukim di kawasan Bruas. Datuk terus menembak bertalu-talu. Rusa terus menjadi tiga,empat,lima,enam dan tujuh. Kokok ayam hutan bertambah nyaring.


Daun-daun hutang di keliling datuk bergerak-gerak bagaikan digoncang orang.Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak-gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapatmelihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat-rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar,matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, duagiginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya.

“Kurang ajar, manusia laknat,” suara itu bergema, daun-daun hutan bergerak macam ditiup angin.

Datuk diam bertafakur.

“Kau tahu kesalahan kau manusia ?” Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang-lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.

“Tidak,” jawab datuk dengan berani.

“Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku.”

“Aku sudah meminta kebenaran.”

“Aku tidak membenarkan.” Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak-gerak.

“Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi.” Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

“Kau manusia biadap,” pekik jin itu, pokok hutan bergerak-gerak.

Last edited by ip_lepat on 23-2-2014 02:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:33 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:29 AM
Hahahaha....
Nie kira peminat rasia aku la ek?
Alah, aku komen based on apa yang aku rasa pat ...

dah namanya forum D.. memang macam-macam komen.. kita tak boleh nak paksaorang terima pendapat kita, vice versa kan. kalau dah bukak topik kat PP tu, maknanya kena la terima apa jua pendapat. kadang banyak yang melahar je aku tengok.

aku minat jugak cara NEMESIS bagi pendapat. walaupun panjang berjela.





Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:33 AM | Show all posts
ip_lepat posted on 23-2-2014 02:28 AM
ada setengah2 tempat pggil yop. ada pggil abg, abg long..
tgk kawasan jgk.. biasanya tgk daerah.
...

Baru2 nie jerla yop
Dok gila borak
Tu yang dapat sampai 13k
Tapi la nie mood sedikit lemau

*Tak bestnya panggil ko yop
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:34 AM | Show all posts
ip_lepat posted on 23-2-2014 02:32 AM
1.Bercakap Dengan Jin
Suatu petang dalam tahun 1960, datuk yang sudahmenjangkau usia 57 tahun, me ...



ko memang layan cerita Tamar Jalis ni eh?

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:35 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:30 AM
aaaaa.. okay.

mohon perhatian ya lepattt.. (ko baca tak ni? )

Hahahaha....
Pokcik tu tak pandang benda remeh2 mcm nie


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:36 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:33 AM
dah namanya forum D.. memang macam-macam komen.. kita tak boleh nak paksaorang terima pendapat kit ...

Tu la
Nama pun kita mintak pendapat orang
So, kena tima even kena lahar pun

Oh! Nanti aku skodeng umah saner, carik nama dia


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:38 AM | Show all posts
ip_lepat posted on 23-2-2014 02:31 AM
kao jgn ingat aku jampi btl2 tu.. memain je

cita seram yea... jap.

aku tau, ko takkan sampai hati nak jampi aku..

aku kan budak baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2014 02:39 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:36 AM
Tu la
Nama pun kita mintak pendapat orang
So, kena tima even kena lahar pun

dia jarang online rasanya... mm..

dulu aku suka jugak masuk bod Family Discussion. motippp?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 02:39 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:33 AM
Baru2 nie jerla yop
Dok gila borak
Tu yang dapat sampai 13k

hang register 2006. lama tu.

tkyah le panggil aku yop.. geli plk teman dengornye.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2014 02:40 AM | Show all posts
honey_d7881 posted on 23-2-2014 02:35 AM
Hahahaha....
Pokcik tu tak pandang benda remeh2 mcm nie

ko panggil dia pakcik, lagi dia buat-buat tak nampak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2014 02:40 AM | Show all posts
bianglala posted on 23-2-2014 02:34 AM
ko memang layan cerita Tamar Jalis ni eh?

layan. best. byk jgk tempat2 dlm buku tu aku tau.
ada jgk yg dekat umah aku je ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.073290 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list